Isnin, 13 Januari 2014

TOK MAT KE UTARA TANAH AIR

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Tok akan ke utara Tanah air sehingga lah ke Bangkok Pada Selasa pagi ini dan akan pulang selepas 17hb insyallah , itu pun jika singgah di Perak Ziarah Guru di sana. Jika tak singgah , 17hb tu dah sampai rumah dah.

Perjalanan Tok ke sana ialah dengan bermotosikal dan Lone rider jerk. Takde konvoi atau Member... sorang sorang is better rider , kalo jadi apa apa tengah jalan sendirik bikin la hahaha..... 

Tok akan ke Kelantan bagi berjumpa 2 Orang kerabat Kelantan dan 1 Bidan , dengar kata bidan tu nak jumpa Tok, so..untuk menghapuskan Good Impression bidan tu, Tok akan ke sana rider pakai ala ala rock dan mat rempit la hahaha.... Better org tak pandang kita bagus so kita boleh lihat perangai sebenar mereka..Itu caranya mengenal manusia. 

Selepas itu Tok akan meninggalkan Motorsikal antik tok tu di Lapangan terbang Narathiwat dan terbang ke Bangkok , di sana hanya sekitar 3 jam lebih kemudian akan pulang semula... semasa dalam perjalanan Tok akan melalui Grik Perak menembusi Kedah dan terus ke Perlis melihat Ibu yang kurang sihat di sana. Kemudian akan ride ke arah selatan dan akan singgah Di Perak. 

Di dalam perjalanan ini minta maaf, tok tak dapat berjumpa sesiapa samada untuk : 

-Silaturrahim
- Perubatan
- dan lain lain. 

Kerana masa yang tok ada amatlah suntuk.....

Berjalan sendirian tak takut ke?.... tak jugak la... takut rosak motor aje, maklumlah motor antik..... sebenarnya escort tok ada mengikut dalam jarak 1 jam di belakang.

Menceritakan hal hal escort ni..... Tok ni ada musuh ke?..... erm.... boleh tahan la.... kalo dalam bidang mistik ni cuma ada dalam 3-4 orang sahaja yang dok berdendam tapi tak lah guna kekerasan seperti senjata api.

Semasa perantauan Tok yang lepas dengan Azim , semasa kami dalam perjalanan pulang .... masa tu baru lepas jumpa Tuan Obi dan Tuan Muharizal di Kuantan.... selepas di Pekan jalan ke Nenasi Rompin, Baru perasan ada sebuah kenderaan yang sejak lama lagi berada di belakang kenderaan kami. Tiba tiba kedengaran bunyi " Ktanggggg " di bahagian belakang Frontier... dan kereta itu terus meluru laju melalui jalan bengkang bengkok, kami kejar jugak lah, mana boleh frontier bawak laju jalan macam ulor tu... kereta KIA spectra kelabu itu terus meluru laju ke hadapan meninggalkan kami.... Sampai di kedai makan sekitar Rompin, tok cuba melihat jika ada kesan perlanggaran... tiada, yang ada cuma di lampu brake belakang kesan seperti terkena sesuatu yang keras dan kecil..... rasanya kesan air gun.... itu kalo jarak dekat mau mau tembus juga kepala. 

Itu pengalaman di Malaysia... Macam macam hal.... nasib baik dia tak buat trik nak tahan tengah jalan, memang tok langgar aje muahahahaha...... 

Insyallah perjalanan kali ini dengan Motor mudah mudahan selamat... 


============================

Semasa ketiadaan Tok di Jb bukan beerti Tok tiada dalam Blog, 2 Hp Tok siap Wifi 4G akan menemani sepanjang perjalanan, di Johor juga ia akan di Pantau nenek dan Wan ... 

Jika ada dalam perjalanan Tok ada barang bagus, insyallah Tok akan masukkan ke dalam Blog Ya..... 

Semua urusniaga berjalan seperti biasa


16 ulasan:

  1. semoga perjalanan tok dipermudahkan dan selamat dari mara bahaya.. Amin..

    BalasPadam
  2. Moga dpermdhkn sgla ursan tok.cme bhati2skg dbgkok lg bergolak@prhmpnn repomasi jlann.

    BalasPadam
  3. Semuga selamat dilndungi Allah. Amin

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum WBT
    SELAMAT PAGI Semua
    ............ amin

    BalasPadam
  5. Hati2 rider ye Tok....smoga d permudhkn sgala urusn Tok....slamat dlm prjalanan pergi dn balik.....amin...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN