Sabtu, 21 September 2013

MAAF TUAN TUAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Maaf ya tuan tuan sebab malam ni tidak ada barang sempat upload di sebabkan Tok petang tadi sibuk membuat " pagar " rumah disebabkan galaknya beberapa kecurian di kawasan sekitar.

Malam tadi pula ajar silat dan duduk berborak sehingga 15 minit tadinya.

Item untuk di maharkan ada dan boleh tahan juga setelah perolehan semalam, insyallah Tok akan cuba untuk luangkan masa untuk uploadkan... Esok?... erm mungkin lewat sikit sebab esok tok ada urusan di BBU dengan agen Hartanah. Selesai urusan di sana insyallah akan di masukkan item Hyper rae yang di maksudkan.

Senjata yang tok dapat tu akan di buat bid sahaja pada esok hari ya.

Minggu depan sudah Kem Siri 2 Ambilan 2/2013, Tok nak kena uruskan penginapan dan bajet makan minum anda semua , jadi bagi yang berminat nak menyertainya sila segera beri maklumat anda, kalau x takde tempat tido kang haa... Peserta kita HADkan maksima 15 org sahaja untuk penumpuan lebih di dalam pengajian. 

Item ASAM GARAM ada 1 sahaja sekarang dan akan di lancarkan malam esok di dalam blog, belian luar blog adalah di larang.  


MINYAK CENUAI sudah available, sudah ada sebenarnya, cuma belum di hantar dan belum di posting ke blog sebab belum ada botolnya dong, esok kena cari botol kosong di MYDIN BBU lah jawabnya.

Kuantiti adalah terhad.... kalau habis kena tunggu bulan depan



==============================

Tok akan mengeluarkan item item mistikal yang tok buat sendiri melalui perguruan yang tok belajar dulu. insyallah

Untuk mengilap / polish, bersihkan cincin lama sudah available, kos untuk kerja kerja ini ialah RM 5 bagi sebentuk cincin, RM 10 Bagi Gelang , RM 15 Bagi Rantai. Belum Termasuk kos pos

Salut emas 25k juga sudah available dan kosnya bagi sebentuk cincin RM 20, gelang RM 30, Rantai RM 40. Belum termasuk kos pos

Semua kerja kerja di atas di lakukan Tok sendiri dan upahnya masih di bawah kadar pasaran biasa... kos sadur emas 24k di kedai dengan kualiti tinggi yang Tok lakukan ini ialah sekitar RM 80-120/cincin.

Sesiapa yang ingin menyadur item mereka , boleh menghantar melalui Tangan, Pos ke rumah Tok sendiri.




11 ulasan:

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN