Ahad, 15 September 2013

DARI BLOG DARUL SYIFA DATO HARUN DIN BERKAITAN BUNIAN

Dari : http://www.darussyifa.org/SJ007.php

SJ007: Adakah orang bunian benar-benar wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia atau golongan makhluk halus?


Soalan
Saya adalah salah seorang peminat yang sentiasa mengikuti jawapan dan penjelasan Dato' dalam ruangan ini. Dalam jawapan terdahulu tentang makhluk halus, Dato' tidak menyentuh tentang orang bunian, soalan saya adakah orang bunian ini wujud? Adakah mereka termasuk dalam kategori manusia kerana disebut orang atau ianya termasuk dalam golongan makhluk halus?





Jawapan
Memang pernah saya menyebut dan mengulas tentang mahkluk halus, tetapi saya tidak menyebut secara mendalam mengenai orang bunian. Oleh kerana saudara berminat, maka saya cuba menjelaskannya.

Makhluk halus yang dikenali dengan jin, syaitan, iblis, ifrit dan sebagainya jelas terpapar dalam al-Quran dan hadis sahih yang boleh dirujuk dalam jawapan terdahulu.

Adapun istilah orang bunian ataupun bunian sahaja, dalam masyarakat Melayu pernah difilemkan oleh allahayarham P. Ramlee yang menceritakan perihal masyarakat makhluk bunian.

Pada saya, makhluk ini wujud, ia tergolong dalam makhluk halus. Ianya dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan yang mereka berumahtangga, beranak pinak dan bermasyarakat.

Ada yang mendakwa melihat bunian dan ada juga dakwaan manusia berkomunikasi dengan bunian sehingga boleh berjiran tetangga termasuk meminjam barang-barang harian. Betul atau tidak cerita itu saya pulangkan kepada Allah S.W.T lebih mengetahui.

Saya yakin bunian tergolong dalam makhluk halus kerana hadis Nabi s.a.w menyebut bahawa ada makhluk halus ini yang suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia.

Golongan bunian ini disebut Rasulullah sebagai 'aamir atau ummar' yang tinggal berhampiran dengan manusia.


Dalam suatu kisah yang diriwayatkan, kejadian berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah tiba-tiba hilang daripada masyarakat. Lalu keluarganya bertemu dengan Nabi s.a.w menceritakan kehilangan Khurafah.

Tidak berapa lama kemudian Khurafah muncul semula dan menceritakan pengalamannya. Dia telah membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedar diri dan apabila sedar dia berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Ringkasnya dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu. Mereka menuntut supaya dia dibunuh balas. Dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai sistem keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguambela dan sebagainya. Khurafah dibela oleh seorang peguam dan mengemukakan hujah dengan berkata, "Khurafah tidak boleh dipersalahkan kerana dia membunuh satu anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukan berniat membunuh orang kita, tetapi membunuh musuh di alamnya."

Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila dikisahkan hal ini kepada Nabi s.a.w, maka ramai sahabat mempertikaikannya. Maka Nabi s.a.w menyebut (maksudnya), "Dengarlah cerita Khurafah, ianya ganjil tapi betul."

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk tentang cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Tetapi asalnya adalah cerita benar orang yang bernama Khurafah. ( maksudnya anda berkata sahabat Rasullullah berbohong ?....dan Rasullullah juga berbohong? )---ni tok yang tanya....jawab la. napa diam...?


Rupanya Perkataan Khurafat tu asalnya dari Khurafah Ya......

Saya sebut kisah ini kerana saya lihat seolah-olahnya yang berlaku ini, mungkin boleh disamakan dengan masyarakat bunian. Ertinya mereka boleh melakukan sama seperti manusia seperti dalam kisah Khurafah tersebut.

Masyarakat bunian adalah satu daripada kelompok yang banyak dari masyarakat jin atau syaitan. Daripada cerita-cerita rakyat yang menyentuh soal orang bunian, menjadi suatu lagenda masyarakat Melayu sehingga kini, bunia dikaitkan dengan masyarakat beragama yang mempunyai masjid, surau dan bunyi azan, termasuk orang mengaji al-Quran dan sebagainya. Orang Melayu lebih percaya ianya dikaitkan dengan jin Islam.

Sememangnya Islam mengakui adanya jin Islam sebagaimana yang disebut dalam Suratul Jin. Dalam surah itu menyebut bahawa jin mengakui telah mendengar al-Quran yang penuh dengan keajaiban, menunjuk ke jalan yang lurus, maka kami beriman (kata jin). Jin juga mengaku di kalangan mereka ada yang Islam dan ada yang kafir.

Oleh itu memang ada kemungkinan, masyarakat bunian ini jika betul seperti yang didakwa merupakan sebuah masyarakat beragama.

Dalam masyarakat manusia contohnya ada yang tidak Islam. Hatta dalam masyarakat Islam awal di zaman Rasulullah s.a.w di Madinah, dalam masyarakat ideal itupun wujud golongan munafik dari kalangan Islam. Seperti dalam masyarakat kita hari ini juga wujud golongan tidak Islam, Islam fasik dan Islam munafik dan sebagainya.

Oleh itu apakah tidak mungkin dalam masyarakat bunian, berlaku sama seperti masyarakat manusia? Waalahu a'lam.


<Kembali ke Menu Kemusykilan Agama>




* Wahai Sahabat semua, merujuklah kepada sesama manusia yang arif di dalam soal ugama dan hukum, jangan lah kamu mempercayai permainan iblis yangs sesat lagi menyesatkan


=================================

Artikel ini Tok Copy Paste dari Halaman Darul Syifa berkaitan Bunian berikutan Perdebatan yang berlaku di :



Berkaitan tentang salah satu Blog yang menyebarkan ajaran sesat di dalam kebenaran, kini blog berkenaan di dalam siasatan Jabatan berwajib.

32 ulasan:

  1. Bagus penjelasan yg ditampilkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tok yang jelaskan, ni Datok Harun Din Yang jelaskan... sebaiknya merujuk kepada Ulama , bukan yang berimaginasi lebih....

      Padam
    2. Tok perasan nama Putera Aria tu... dulu tahun 1999 memang ada sebuah novel fiksyen alam yang canggih dengan kehidupan moden, berkaitan Putera Aria dan isterinya yang canthik jelita Puteri Suri...

      Tok rasa...tok tahu siapa yag buat Blog ini dan kenal suara siapa itu...

      Sang Sida Buana..... kita sama sama tahu siapakah gerangan orgnya... tak habis habis nak menjatuhkan org dengan pelbagai jalan walau sanggup bersumpah nama Allah... org mcm ni, suruh junjung Quran 1 kontena pun sanggup..

      Dulu blognya lain, jual batu jugak, siap berhadis hadis dan amik ayat ayat firman... last last sekali dengan dia dengan blog ghoib selamanya. bab berfirma memang handal... apa susah.. search google, semua firman dan hadis kan keluar... zaman sekarang mudah sangat nak dapat info... bukan susah... rasanya dia tak tahu di blog harun din ada pernah keluar isu ni, kalau dia tahu awal awal lagi dia takkan buat penulisan dan video apa semua....

      Aih Tok buat video , dia pun nak buat video... tapi muka tak da lah...berani pulak kan...

      Berani kerana benar, takut kerana salah...

      Padam
    3. Tak payah nak keluar hadis bagai...tok bukan utz... klik google ... cari kat web ulama, dan salin balik bulat bulat... kan senang... kesian, susah susah search hadis dan firman dengan daya reka imaginasi lebih tahap gaban., last last jatuh juga dengan sedikit bingkisan dari ulama.

      Tak larat nak cakap dah, hangpa ada akai, guna akai, jangan guna kepala lutut... kepala *** hagpa la...

      Dok merujuk dengan benda tak sohih buat apa... dah macam kita ni takda ulama nyata dan sohih nak merujuk... awat bodo sangat...

      hambik sekali.. aku dok taram lama dah... hehehe... maaf na, orang utagha memang kasaq... tapi nak mengajaq, nak mengajaq sebab sayang, kalau tak ajaq tu namanya bukan sayang....bukan sayang sesama akidah islam .

      Amar makruf nahyil mungkar la...... apa janji kita

      Padam
    4. Betul tok, dlm video tu mmg angkuh dan bongkak iblis yg menyamar sebagai raja segala bunian(org rahsia)

      Padam
    5. betui, mmg bongkak habis , di mukaddimah nya dah awalan bongkak...tu pun depa dok tegakka juga iblis tu bagus... ni nak rujuk ulama yang berpandukan Nabi atau nak berpandukan iblis .... iblis ( Azazil ) tu hafiz Quran cek oii... tanya la dia mana mana ayat pun dia tau la... isk...

      Padam
  2. bagus artikel ni tok...smoga xada pertikaian lg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm, pertikaian?.... blog harun din tu dah lama wujud, sedih betol.... yang mungkar tu jugak lah depa nak rujuk.... apa ni... apa dah jadi dengan dunia ni... Ya Allah.. kau cepatkan lah kiamat tu... tak sanggup dah... sakit jantung dah Tok kat sini... punya payah la kerja nak menegakkan syair islam ni... Ya Allah....banyak sungguh dugaan dari iblis yang ingin menyesatkan

      Padam
    2. pd sy senang shj...klu Dia menghendaki tiada yg mustahil...

      Padam
  3. Akhirnya tokmat tahu... Ini yg saya tertanya-tanya mesti ade tujuan org yg buat video bersuara neh. Alhamdullilah Allah SWT tahu segalaNya Yg tersembunyi d lubuk hati manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, berhati hati mainan iblis tuan...,banyak tipu muslihatnya ...

      Seingat Tok, pernah ustazah tok bagitau dlu, di akhir zaman seramai berapa puluh ribu ulama tah terpedaya dengan iblis ni.....

      Inikan kita tuan.... yang cuma ilmu agamanya secubit...

      Masyallahhhhhhhhhhhh

      Padam
    2. setahu tok , makhluk bersayap ni di panggil dedemit di negara indonesia, ianyaebangsa ( org kanan iblis )

      Bab ni sila rujuk ulama indon

      Padam
    3. ada pulak kat mahkota dia ada lambang PAS?....

      Awat dia tak mai tamba undi bagi PAS menang PRU 13 hari tu....?...isk pelik sungguh.... hehehe...

      * Tok kalau bab nganjing org, mmg no 1... heheh.. sebab tu tok cakap ... kalau lah tok pandai melukis... semua bendera tok lukis kat selendang bunian.... baguih dok ada.... :)

      Padam
  4. Jika kau tahu...sorokkan dirimu...hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ada di sini.........

      * jangan biarkan hidup anda di selebungi misteri......

      Padam
    2. Jangan di suatu masa di tahun mendatang , wujud pula cerita berdasarkan Novel ini :

      http://theroyalkeossstory.blogspot.com/2012/08/isteriku-bunian-30-31.html

      Padam
  5. Napa dgn 'dia' tok? Hehehe...ini blh bikin ayahanda marah!! Suara ghaib sapakh dlm video itu? Apakah erti smua ini? Mgapakh kucingnya brnama latip??

    BalasPadam
    Balasan
    1. kih kih kih.... misteri tu... siapa ya agak agak... bairlah Tok dan sang sida buana sahaja yang tahu... tak baik aibkan org... aibkan tanpa tatau nama takpa ..org x kenai...

      kucing dia nama latip?.....
      Ferret tok namanya horror.....

      Semua ini tiada erti apa apa , melainkan pemilik blog itu hanya membuang masanya sahaja... lebih baik masanya itu di gunakan utk mencari rezeki dan berbagi sedekah kepada yang memerlukan dari menaip sesuatu yang sia sia dan lagha

      Padam
    2. ayahanda dah asah parang semalam, berkilat kilat depan fahmi dan puan nad... hah .. tau la nasib... nasib baik x napak muka, kalau x parang dah terbang suboh suboh tadi tepat ke arah suara misteri... alahai.. kita hidup nak cari ramai kawan, bukan nak cari musuh.... usah bercakap soal ugama kalau ilmu ugama baru setitis air di lautan dunia...ibarat sebuah zarah kecil di dalam lautan besar dunia ini., belum masuk 7 lautan lagi, kerana ilmu Allah itu lebih besar dari 7 lautan dunia...fikir2 lah....

      Lain org lain jalan rezekinya, carilah jalan rezeki kamu sendiri , usah beririhati dengan org lain sehingga akal di ketepikan semata mata megikut hawa nafsu.

      Insyallah akan ketemu juga jalan rezeki kamu...

      Tuan tuan.... tok pernah susah , merantau sana sini berbekalkan sedikit batu permata dalam poket, merantau.. duit habis, sebiji dari permata tok akan jual... kemudian tok akan meneruskan perjalanan tok... begitulah seterusnya....

      Tok pernah makan ubi kayu , beli telor 2 biji makan dengan nasi dan kicap dalam masa seminggu, telor di bahagi bahagikan.... org kulim tahu ...

      Tok pernh makan nasi dalam tempurung kotor tanah disebabkan nasi bungkus tok jatuh ke tanah sebab kecuaian tok sendiri, nak beli lagi satu duit tak ada. Tok pernah tidur di wakaf kubur lama bersama seorang hantu wanita di sebelah. tapi biarkan sahaja kerana memikirkan hujan lebat dan jauh dari kampung orang di kalimantan.

      Hidup tok dulu susah dan merempat serempat rempatnya selepas tok resign sebagai pegawai felda ...

      Selepas Tok berkahwin... Alhamdulillah Allah bukakan rezeki tok Seluasnya berkat solat hajat dan amalan memohon rezeki selama 2 minggu menangis atas sejadah... aku nak bagi anak dara org makan apa kalau xda kerja... nak kerja bawah perintah org, tak boleh sebab tok jenis baran kuat tak boleh di perintah, itu kelemahan tok.

      Anda susah?.... pernah buat solat hajat 2 minggu berturut turut, puasa mutih 12 hari dan 2 hari pertegeni minta pada Allah akan rezeki?..... sejauh mana usaha dan doa anda?...

      Pernah berkayuh sampan dari Sarawak ke Sempadan kalimantan sebab takda duit na sewa bot? Pernah merentasi sungai Rajang dengan rakit buluh bersama org kampung sana?

      Pernah makan tupai?... makan ayam hutan?.. makan pucuk kayu dalam hutan atau makan anai anai dalam hutan semata mata utk hidup dalam mencari ilmu?.....

      Kalau tak pernah walau salah satu... usah pertikai... tok minta ..tolonglah janga pertikaikan apa yag Allah bagi pada tok hari ini ... Tok sebelum nikah ..tok mengaku tok umpama pengemis,merempat... harap muka hansem duit tarak.. kalau org kata lica bawak tuah buat Tok... ya mungkin bnar dan tok hanya mampu tersenyum mengenangkan zaman susah tok dulu... amat amat perit dan susah....

      Mak bapa tak bela?.... ada.. memang depa suruh balik, tapi tok ni jenis degil gila gila punya... boleh tanya adik tok dalam FB nama id nya "Awis"

      Tok susah dulu makan ubi kayu, dialah saksinya...tok susah hidup merempat?.... seluruh murid murid lama tok tahu kisah hidup tok.... murid murid lama tok di At5 cukup cukup tahu apa jadi pada tok selepas kehidupan sebagai pegawai... 45 org..semuanya menangis melihat keadaan tok.. bukan tok cerita pun...

      Padam

    3. Apa yang hang pa tahu pasal kisah hidup aku?...

      Yang anda tahu nak busuk hati, nak khianat, nak iri hati...?

      apa yang tok dapat sekarang ini tidak adilkah dengan penderitaan selama hayat tok sebelum berkahwin 2 tahun lepas... tidak adil kah?....

      Anda bermula dengan kesenangan Allah bagi ada kereta best best... rumah, kehidupan bagus, namun kerana boros , anda lupa... akhirnya anda muflis dan anda susah... itu pun masih lagi ada kereta boleh gerak sana sini...anda sudah mengeluh?....

      Usah bercakap dengan Tok anda hidup susah... anda tak tahu sesusah mana tok dulu.

      Tok berhenti kerja pegawai kerajaan kerana ingin mencari ilmu....anda sanggup?

      Apa yang berlaku di dalam kehidupan Tok adalah sesuatu yang Adil bagi Allah, kerana itu apa aja, mana org pun cuba nak jatuhkan Tok, insyallah tidak akn Allah izinkan... kerana Allah dah bagi tok susah dulu untuk menguji Tok di dunia sementara ini.

      Dulu anda senang lenang, sekarang anda susah kerana salah sendiri... adil bukan?

      Korang takkan tahu sejauh mana kesusahan Tok ketika itu....

      Sebab itu tok pernah cakap...

      Walau tok di tohmah 1000 tohmahan, tok masih boleh utuh berdiri sambil tersenyum, kerana apa yang tok alami sebelum 2 tahun lepas adalah lebih besar dasyatnya dari semua tohmahan dan dugaan tersebut. Dan tok bersyukur apa yang tok alami dulu, di jadikan sebagai satu antibodi kepada diri tok sekarang utk menahan tohmahan, fitnah dan sebagainya di masa kini. Kalau anda , rasanya dah lama delete blog ini bukan?...sebab feed up.

      Tok bersyukur dengan apa sekarang... kaya ... kalau tok kumpulkan..mmg tok dah jutawan... tapi yang kerja kat bank tu, sila cek akaun tok berapa sen ada.... duit banyak habis dgn sedekah dan sumbangan...bukan nak ungkit..tiddak sama sekali... cuma tok tak mahu menjadi org yang tidak sedar diri di masa depan, biar diri tok sama dengan org lain agar tetap menjadi diri tok sekarang sampai bila bila.

      sila la cek akaun bank tok kalau anda kerja bank... toksah terkejut la kalau ada berapa sen sahaja... tidak ada.. nak tgk resit derma anak yatim berapa tebal?.. mai la rumah... bukan nak ungkit.,..maaf ya... tok x ada anak.. jadi mereka lah anak anak tok

      Minta maaf tuan tuan... bukan tok nak minta simpati sebab tok susah pada sebelum 2 tahun lepas... skrg pun tak senang da x susah, sama saja mcm anda. macam org biasa.


      Tok cuma nak mereka mereka yang busuk hati ini berfikir... adilkah dulu tok susah dan skrg mereka ingin menjatuhkan tok kerana iri hati mereka..dengan segala pengorbanan yang tok lakukan satu ketika dahulu utk mencari ilmu Allah... adil?

      Jadilah org org yang bersyukur....itu adalah lebih baik dan Allah menyukainya

      Padam
    4. Tok suka anda kena diri tok, kenal siapa diri tok , dan siapa diri tok satu ketika dahulu... ia bukan cerita kosong... saksinya penderitaan tok ini ratusan org yang boleh di tampilkan jika mahu....

      Usah bual pada tok anda hidup susah dan merungut....tok lebih lagi

      Padam
    5. Org yg merasai susah akan menghargai kesenangan yg dperolehi. IN shaa Allah sesingguhnya Allah Maha Adil& Bijaksana. Pengalaman tokmat jadi pedoman pd tokmat&jadi pengajaran pd kami semua....

      Padam
    6. sdih dn kgum mlht pgrbnan tok dlm pjuagn bg mncri ilmu dn rezki..hya ALLAH swt yg thu sgla2nya dlm dri tok.Kpd insan yg berhati bsuk thdp org lain.sdrlh..hidup ini umpma roda..ALLAH stsa adil pd stiap hmba2nya..kmi akn jdknnya sbg pgjrn dlm hidup kmi tok..kpd tok..truskn prjuagn..kmi stsa skong tok dr blkg..gud luck tok mat dn kak alisya...

      Padam
  6. Adoiiii berderau darah. Mujoq nama kucingnya Latip. Apa nak pertikainya bab bunian nih. Kalau kurang ilmu baik diam macam saya nih. Baru orang tak nampak kebodohan kita. Biaq Allah jer yang tahu. Dua org sahabat saya meempunyai hubungan secara langsung ngan bunian nih. Salah seorang anaknya diambil ketika dalam kandungan dan seorang lagi kakaknya diambil dalam kandungan ibunya. Kedua2nya sudah mencapai usia 9 bulan dalam kandungan. Mula2 malas nak taip cerita nih tapi memandangkan ada juga yang mempertikaikan kebesaran Allah maka saya rasa terpanggil untuk menulisnya. Anak sahabat saya itu masih lagi datang berjumpa dengan ibu bapanya sehingga kini. Anaknya yg diambil bunian itu kini berada di Mekah. Seorang lagi sahabat saya itu kakaknya diambil dan sehingga kini digelar Puteri Kamariah dan tinggal di g Senyum. Saya difahamkan ada 3 orang Puteri Kamariah di Malaysia nih. Salah seorang Puteri Kamariah itu masih m3mpunyai ibu dan ketika ini sedang sakit. Setahu saya bunian hanya akan mengambil anak manusia dalam kalangan ustaz mahupun ustazah sahaja. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu. Hanya Allah Yang Maha Bijaksana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah benar.... terima kasih atas perkongsian cerita

      Padam
  7. Tok xmo marah2 eh tok... Biar yg kat atas je lah balas nnti.biar org buat kita, jgn kita buat org sudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui... bukan marah, cuma melepaskan kesedihan...

      Mengapa manusia terutama bangsa kita tak boleh fikir....

      Kisah hiduo tok banyak di catatkan di website lama tok :

      www.runnerantik.webs.com

      Bahagian berita web

      Padam
    2. Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
      ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD.
      SAYA TABIK HORMAT PADA TOK.

      Padam
  8. ALLAHUAKBAR..SESUNGGUHNYA KITA SEMUA ADALAH TETAMU DALAM MUSAFIR MENCARI REDHANYA..MOGA DIPENGHUJUNGNYA ALLAH BERSAMA DENGAN KITA ..AMIN

    BalasPadam
  9. Khas buat tok;
    "Bukankah kami tlh mlpangkn utkmu dadamu?
    & kami tlh mghilangkn darimu bebanmu.
    Yg mmberatkn punggungmu?
    & ki tggikan bagimu sebutan (nama) mu,
    Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
    Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kmudahan.
    Maka apabila kamu sudah slesai (dari ssuatu urusn) krjaknlah dgn sgguh2 (urusn) yg lain,
    & hanya kpd Tuhanmulah hndaknya kamu brharap."

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN