Rabu, 4 September 2013

ITEM PENCARIAN 8 TAHUN


ANTARA PENGEMIS DAN MINYAK CENUAI 


Gambar Ilustrasi sahaja


+




Ni Gambar Betulnya Cenuai.. ramuan dalamnya ialah Akar Cenuai dll
( Sepatutnya Tok kena Blurkan Gambarnya agar org tak tiru patern bahan , nasib korang la )


Alhamdulillah,,, di sini tok ingin kongsikan item yang tok dapat setelah bertungkus lumus selama 8 tahun mencari sana sini, hantar orang selongkar hutan dan perkampungan orang asli, menghabiskan masa , tenaga dan berbelas ribu ringgit , baht, dollar SGD , rupiah untuk mencari dan memilikinya sebagai 1 koleksi bernilai yang kian pupus dan banyaknya hanya lah KLON yang di PALSUKAN.

Tok suka mengumpul Minyak Minyak TERAMAT BISA sebagai koleksi Tok, dulu dah banyak dah, macam macam jenis, kalau sekadar minyak pengaseh asas atar ni memang pejam mata lah heheh. Tak mau dah, nak mencari yang betul betul BERBISA dan AMPUH.

Alhamdulillah pencarian Tok untuk MINYAK CENUAI ASLI DAN BERBISA Terhadap Jiwa ini berakhir malam tadi apabila ada seorang hamba Allah yang misteri tiba tiba datang dan terus menghulurkan ke dalam tangan Tok, Hamba Allah ini tanpa cakap banyak menyerahkan sekali Ayat BISAnya kepada tok tanpa bercakap hal lain, setelah Ayat berkenaan di sampaikan, beliau terus berlalu dan hilang di dalam kesibukan dan kesesakan manusia di kawasan sekitar. Beliau berpakaian Seperti pengemis dan Tok cuma menyangka ia pengemis biasa. Semasa Tok memperhatikannya di dalam hati tok tertanya tanya, adakah betul orang ni pengemis, ke perisik yang buat buat jadi pengemis, kemudian jauh di sanubari tok terlintas di hati " alangkah bagus kalau aku kaya raya berbilllion duit tak boleh buat apa dah, pasti aku bantu orang ini dan lain lain senasibnya mendapat kehidupan yang lebih baik. ", itu sahaja, tok tidak melangkah berganjak dari kedudukan Tok berdiri sambil memerhatikan beliau, hamba Allah ini perasaan im Stare at him, so...tetiba dia bangun dan datang berikan benda ni kat Tok..... miracle terjadi apabila ayatnya mempunyai ayat yang mengaitkan dengan benda yang Tok cari selama 8 tahun ini.

Setelah dia pergi.... Tok teringat kata kata tok di dalam hati tadi dan bertanya kepada diri sendiri " diakah pengemis atau aku yang pengemis ?" .... dan kepala Tok berfikir bahawa selama 8 tahun aku mencari benda ini , akhirnya aku memperolehinya dari seorang pengemis?.... maksudnya selama 8 tahun aku mencari , seolah olah mencari di dalam "kehidupan"... ia umpama hidupku belum cukup dan mencukupi dengan apa yang aku ada, bermaksud aku adalah lebih dari seorang pengemis, sedangkan pengemis itu tok lihat ia senang dengan kehidupannya, selesa dengan kehidupannya begitu..... dan tiada apa apa dalam hidupnya istilah "mencari ", setelah itu, terfikir lagi... sedangkan aku melihat dia adalah pengemis...namun benarkah dia pengemis "amal" , sedangkan aku begini pun adakah masih cukup amalan aku ?..... atau adakah aku di hadapan mata Allah aku lah yang "mengemis " amal?.......

2 perkara yang tok dapat hari ini iaitu , item pencarian 8 tahun : MINYAK CENUAI ASLI DAN BERBISA, dan kedua ialah SIAPAKAH YANG MENGEMIS DAN PENGEMIS SEBENAR ?.....

Masyallah..... Allah Huakbar.....................


Ini Bukan nak cerita pasal minyak cenuai yang tok dapat sangat tuan tuan, tapi nilai kita dan di manakah kedudukan sebenar kita sebagai seorang Hamba.....Kepada Allah swt dan umat Nabi Muhammad SAW.

Tentang minyak tu jangan pikir sangat... bukan nak jual pun , sengaja nak berkongsi cerita sahaja

28 ulasan:

  1. tereng...tereng tereng tereng...hehehe bunyi filem ikan JAWS nak mai...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. gambar ataih tu yg mengancam tuh...hehehe..teman tau laaaa..dah la teman baghu guna laptop...hehehe..jakun tak abih lagi nih..dok taip merata..hahaha.

      Padam
    2. ishh.ishh..tok.. purak purak ngak tahu pulak...hehehe..blueteyes bertukar ghupa..hehehe..tokojut eden..hehehe..

      TQ tok
      i love u lahh
      hehehehe

      Padam
    3. Dapat jer petang tadi teghuih kita p possing dengan bangganyer..hahaha...

      TERBAIK,SEMPOI,MENGANCAM

      Padam
    4. pakai shirt nya pulak, 3 warna tepi tu buat org kedah x tahan woo

      Padam
    5. hahaha..3 warna sja dah diwartakan tok...pakat belaghi wooo..hehehe

      Padam
  2. Moga ade hikmah yg tersirat disebalik penemuan yg terjadi Tok.. Insyaallah.. :)

    BalasPadam
  3. Masyallah, Allah Huakbar.

    masih mencari kehidupan..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah......sesungguhnya banyak rahsia di dalam rahsia....

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Itu adalah rezeki Dari Allah utk TMGB

    BalasPadam
  8. tok kat sini cuba upload beberapa kali gambar minyak, tapi mcm crash saja, korang nampak tak , atau server tok yang bermasalah?

    BalasPadam
  9. Benar tok..
    Dalam kehidupan ini. Bahagia itu dtg apabila kita telah merasa 'cukup' dgn pemberian dari NYA.
    Alhamdulillah tok sentiasa diperhatikan Oleh Yang Maha Mengasihani.
    Hati yang tenang tidak dpt dibeli oleh sesiapa.
    ;)

    Slamat pagi tok & lica~

    BalasPadam
    Balasan
    1. btol...btol...btol...
      Hanya Dia yg tahu apa yg nyata dan tersembunyi...
      Dia yg Maha Pengasih dan Penyayang...
      kita hamba yg lemah berusaha mendapat keredhaan Nya...

      Padam
    2. Apa yang lahir dari Hati.
      Hanya Pencipta dan pemilik yg lebih mgerti.
      Kerana Hati kita semua Milik Allah s.w.t.
      DIA yang menjaga hati hamba2 nya. :)

      Padam
  10. Berkat kesabaran Tok....slama 8 thn ye.....

    BalasPadam
  11. pada dia dunia dah tiada nilai tok, mana tau dia dah jumpa cinta yg agung.. nak mati takot neraka tok, bila hidup menderita merinduiNya, jadi dia berkelana dalam percintaan.. menunggu saat mimpi yg terindah..melihat dunia dalam sudut berbeza dari kita, kita mengejar dunia, pada dia, keperitan, kesusahan hanya ujian pembuktian kasih yg tiada berpenghujung.. kesenangan hanya mengusarkn hati dia, seumpama tidak dipedulikan..

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN