Ahad, 2 Jun 2013

BEBEL MENULIS



Tuan Fahmi 





Puan Nadeeeya

UJIAN SELEPAS IJAZAH JURUS HAQ
( SUAMI ISTERI )

========================================


Assalamualaikum wbt dan dalam sejahtera semua...

Alhamdulillah, dengan rahmatnya dari masa ke semasa kem mistik yang di anjurkan mulai mendapat sambutan dari pelbagai kaum tanpa mengira jantina. 

Sekurang kurangnya ,walau pertambahan tersebut sedikit namun dari sini kita dapat mengenal pasti bahawa masih ramai di luar sana sentiasa mencari peluang untuk menyertai aktiviti yang dijalankan berkaitan mistik.

Kem di Sabah sudah berjaya dengan sempurnanya , bagi Tok. Ia adalah satu kem yang berprestasi tinggi dan berkualiti. Bukan kem kem lain tidak berkualiti, namun matlamat kem ini, ia sebagai sebuah program perkongsian ilmu di mana seorang peserta iaitu Utz Wan dan beberapa lagi peserta tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan mereka di dalam hal hal mistik. Alhamdulillah. Dan kesemua peserta di Sabah memberikan komitmen yang cukup baik serta berniat baik semasa menyertai kem. Tidak seperti sebelum ini yang datang ada yang mahu mencuri keilmuan, ada yang mahu mencuri pengalaman dan mencurahkannya kepada murid sendiri dengan menyatakan itu pengalamannya sendiri, ada yang datang inginkan kehebatan dengan sekali berkursus, ada yang datang ..terus tak nampak lagi batang hidungnya. 

Perlu tok ingatkan, ya memang.. Tok masih muda, dan bukanlah org yang tebal ilmunya.. namun semenjak meletakkan jawatan sebagai pegawai kerajaan, tok memulakan langkah Tok menjelajah ..bukan sambilan, namun sepenuh masa di dalam  pencarian, di serata tempat , ceruk dan daerah di seluruh nusantara. Bukanlah nak cakap Tok ni hebat, jauh sekali.. Tapi kalau tak cerita orang tak tahu bukan?...jadi apa salahnya bercerita . 

Selama pencarian tersebut, sepanjang masa tok di habiskan dengan mencari dan belajar, habis duit, jual batu .... selama Tok merantau, di dalam poket Tok ada bekalan batu permata, ada duit, tok simpan, tidak ada ...tok jual lah... dari duit duit sikit tu lah Tok menyambung perjalanan Tok sebagai perantau.

Tok bukanlah seorang yang ada pekerjaan dan di masa cuti Tok baru nak berkelana, tidak... ia tiada bermakna bagi diri tok kerana sesungguhnya masa itu adalah amat singkat dan masa itu tidak akan kembali semula. Jadi bagi diri Tok , pengajian di hujung minggu bukanlah memberi pengalaman yang baik, hanya membuatkan kita terkejar kejar dan sentiasa di dalam kebimbangan dan gelisah.

Di dalam perantauan seorang diri, tok belajar mengenal diri , dari kesusahan dan kepayahan berdikari sendiri, terkadang tidak makan dan tidak minum.... ahhhh........lebih selesa orang yang duduk bertapa di dalam gua selama 40 hari, tidak kena panas dan hujan. 

Sekembalinya Tok ke tanah air, tok lihat kebanyakan manusia Loba dengan wang, loba dengan pengaruh  dan loba dengan perempuan... bermacam macam cara di gunakan, walau pun cara berkenaan boleh kita katakan sebagai " menghalalkan cara ", namun " di dalam haram ", masyarakat kelihatan rakus mengejar kesenangan dunia. Tok cuba meneruskan perjuangan Tok di dalam media media internet, di dalam forum dan sebagainya. sehingga ke hari ini... apa yang tok saksikan bukan lah ia menjadi lebih baik, namun ...lebih memburukkan keadaan. 

Sebagai contoh, apabila Tok membuka perniagaan ini, kemudiannya di pandang hina "kau bisnes apa ?", jawap tok " bisnes batu ", pada masa itu orang mencebikkan muka mereka dan memandang rendah kepada Tok, namun Tok hanya mampu senyum kerana Tok sedar, mentaliti masyarakat kita adalah berbangga bagi yang makan gaji, bisnes maju macam mana sekalipun...orang tidak akan pandang kerana mentaliti buruk kedua pula ialah " sekarang memang maju, ke depan ?.... ", " sekarang boleh la, 10 tahun lagi ?"..... dan yang mampu Tok buat hanyalah ...tersenyum.....Namun bila mereka lihat orang maju , mereka pun nak meniru, namun tanpa ilmu.. di dalam mistik Malaysia, kebanyakan orang bukan kenal dan faham item mistik termasuk peniru ini, maka macam macam andaian lah keluar... dan akhirnya...sehingga ke akhirnya... mereka sedar selama ini item mereka beli hanya lah Plastik, hanyalah Sintetik.... kalau batu ori.. tak pa juga... puas hati ia asli batu kan.

Perkataan perkataan ini membuatkan Tok lebih bermotivasi di dalam perniagaan Tok agar ia kekal lama dan berharap ia kekal bersama Tok Mat GB, dan akhirnya adalah pada Hujung nyawa Tok Mat GB sendiri. 

Sebarang halangan sebenarnya .... langsung tidak memberi kesan, walau blog di bom dengan pelbagai tohmahan, walaupun video2 di youtube di tohmah, sebenarnya...ia tidak sedikit pun menjejaskan semangat Tok untuk memperjuangkan Hal hal kebenaran di dalam permaharan batu permata.

Tidak sedikit pun menjejaskan itu bukan apa.... kerana semasa perantauan, tok menghadapi banyak cabaran yang jauh lebih mencabar dari sekadar tohmahan, apa yag tok lalui semasa perantauan dahulu, adalah jauh 50x ganda lebih dasyat Tok terima dari hanya sekadar 100 Tohmahan. 

Kerja tok sebagai pelupus Pemahar Palsu bukanlah satu pekerjaan yang di gemari, sudah tentu Tok banyak musuh, dan sudah tentulah segala persiapan sudah di aturkan sebelum kerja kerja begini di jalankan. Jika anda lihat di dalam Video Perihal Barang wafaq... berapa ramai peniaga yang tiba tiba membisu berkaitan item wafaq, seolah olah " Membaling batu kemudian menyorokkan tangan "..... jika item palsu begitu mereka boleh buat tak tahu dan tidak mahu bertanggung jawab , apatah item lainnya.?.. 

Perjuangan Tok , walaupun hingga kini hanya sia sia, namun ia tetap diteruskan , insyallah selepas ini dengan unit U.T.P.O yang kita wujudkan... semoga pemahar palsu ini beroleh pengajaran.

Tok sudah bermesyuarat dengan semua ahli jawatankuasa Unit Tindakan Penipuan Online ( UTPO ) ini , sebenarnya kami teragak agak samada untuk meneruskan memburu pemahar palsu atau bagaimana?.... Nak memburu, mereka 1 bangsa kita, tidak di buru..mereka menipu orang sebangsa kita.... jadi apa patut kami lakukan..?.... perkara ini di bangkitkan berulang kali, akhirnya pada petang tadi, kata sepakat sudah diperolehi. UTPO akan aktif bergerak mulai 10.Jun 2013 di seluruh Malaysia bagi membasmi pemahar2 Item palsu.... 


Fikirkan :

Banteras dan korbankan 1 individu ( Penipu ) 

Atau Biarkan 1000 orang Tertipu ( Pembeli )

* Manakah yang afdal ?


Maksud palsu di sini ialah: 

a) menjual item bukan permata asli , dan semasa permaharan di lakukan ia di akui sebagai permata asli dan penjual enggan bertanggungjawab

b) Menjual item bukan permata asli seperti :
- Zircon
- High Zircon
- GGG
- Batu masak
- Sintetik
- Pemalsuan item 

Jika  penjual menamakan ia sebagai " Geliga ****", dan batunya adalah asli, maka ia tidak menjadi masalah, namun jika di namakan apa sekalipun dan di klaim sebagai batu asli , dan pihak kami menerima aduan dari mana mana pihak. dengan itu UTPO akan terus bertindak dengan terus ke alamat yang di tujukan bersama:

a) Anggota UTPO
b) Anggota Polis
c) Penguji batu permata dari syarikat yang diiktiraf seperti Habib atau Poh Kong atau dari mana mana pihak yang profesional

Semua item di dalam simpanan pemahar akan di uji secara langsung menggunakan peralatan moden Gemologi dan jika terdapat pemalsuan, maka pihak profesional ini akan mengeluarkan 1 surat isu, di mana melalui surat ini, pemahar boleh di tahan di bawah akta penipuan barang jualan atau mereka akan di kenakan saman , atau semua item mereka akan di rampas dan pendaftaran syarikat ( jika ada ) mereka akan dibekukan. 

Insyallah, segala tindakan ini masih di dalam penyemakan ..namun antara tindakan yang boleh di buat dan paling popular ialah penjara minimum 6 bulan-2 tahun jika di sabitkan kesalahan.


=================================

Baiklah.... pasti anda tertanya mengapa TMGB susah susah buat semua ini, pasti ia memerlukan kos yang tinggi.... yang sudah pasti... untuk membangunkan UTPO ini.... pekerja ini bukanlah sukarelawan, mereka di bayar gaji, siap yang bayar?.. polis atau habib?..tidak, UTPO adalah di bawah naungan Syarikat Tok yang kini bergelar Sdn Bhd dan mereka ini di gajikan oleh TMGB sendiri. 

Kos melibatkan pihak berkuasa dan peguam juga TMGB yang bayar.... 

Jadi...Tok...kenapa Tok buat semua ni... adakah Sebab Tok :

a) Dengki dengan mereka ?
b) Nak buat naya depa ?
c) nak susahkan hidup anak bini depa?

Jawapannya : TIDAK


Jawapan yang tepat ialah :

Setiap perkara ada Finalnya, ada pengakhirannya, ada klimaksnya........ jika baik , maka baik lah...jika buruk , maka jahanam semuanya.....

Maksudnya ialah Jika terlalu banyak aduan penipuan diterima dari pembeli item mistik oleh PDRM dan pihak berkuasa lainnya....

ADALAH TIDAK MUSTAHIL, kesemua blog blog, web, dan forum yang mengandungi unsur mistik TIDAK KIRALAH ia benar atau menipu..... ia boleh dipadamkan serta merta atau disekat oleh pihak berkuasa buat selamanya dan fatwa baru akan di keluarkan bagi menangani aktiviti permaharan Mistik.

Bagi anda di luar sana yang memahar, menjual item mistik palsu.... Tok tahu anda tak pernah terfikir pun akan hal ini... kerana anda hanya fikir ..wang ...wang dan wang..... asal dapat wang...anda joli, asal dapat wang, anda jadi lupa.... kemudian terus menipu dan terus menipu di dalam permaharan mistik..... di akhirnya ... anda boleh sakit...kami yang benar ni pun boleh sakit juga.....

Anda tidak pernah terfikir sedikit pun perkara begini akan terjadi kerana anda bukan lah ahli perniagaan sebenar, anda cuma seorang manusia biasa yang tamakkan wang ringgit.......

Anda sanggup menjual batu Zircon kemetot lebih kecil dari kuku jari kelingking dengan mahar RM 1200 ( AlongGhoib.com ), walhal ia di jual di pasar seni sebiji RM 2.00 sahaja. Maksima harganya ialah RM 15. Namun berlandaskan kata kata berHIKMAH dan sedap di dengar, anda memalsukan ayat ayat ini dan memalukan agama sendiri demi kepentingan diri anda. 



KESIMPULANNYA DALAM BEBEL INI 

Unit UTPO sudah di aktifkan dan akan mulai bekerja mulai 10.Jun 2013, bersama kami di bawakan sekali Video kamera dan apa yang di rakamkan akan di masukkan ke dalam youtube serta Facebook.... 

Kepada yang berniaga item palsu, batu serai ( zircon), batu sintetik, plastik pokok bunga rumah, batu sungai jual mahal mahal..... tidak kurang juga kepada penyihir, keluar batu ikut mulut, ikut tapak tangan, ikut seluar dalam... bersama kami di bawa guru pamungkas ilmu ke-jinan. Insyallah .. kami...khususnya TMGB tidak gentar walau secubit pun sihir anda. tak perlu nak ugut dalam sms atau email... semua tu hanya buat TMGB lebih bersemangat memburu kalian.Teringin nak tgk muka yang ugut ugut tu depan mata... cakap belakang bukanlah panglima atau Jantan... itu namanya Pondan..pondan pun lebih berani dari anda yang hanya berani cakap belakang...di depan sengih macam kerang busuk....

Jika anda rasa pesanan ini hanyalah kata kata kosong dan anda tetap meneruskan penipuan anda.. maka mari kita lihat adakah ia sekadar kata kata kosong .... ingat 1 perkara.... 


" Tok Cakap, Tok Buat "


Bagi yang pernah tertipu di dalam permaharan mistik, boleh berjumpa dengan pihak kami untuk di bantu mendapatkan semula ganti rugi melalui tindakan UTPO ini.

Perkhidmatan kami adalah percuma 


Sila hubungi : 017-8259540

Lebih baik datang sendiri berjumpa TMGB membawa:

a) Item Palsu ( ia akan di uji dahulu, jika ia asli batu natural , maka ia adalah asli, jika ia plastik, barulah kita akan meneruskan tindakan selanjutnya )

b) Maklumat penjual

c) Maklumat pembayaran 

d) Komunikasi yang terekod di dalam sms 

77 ulasan:

  1. tahniah n syabas dlm usaha tok...
    insan yg sanggup mengorban harta benda sendiri untuk kebaikan bersama...
    saya sokong usaha tok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. klu tak kerja la mlm td n tau tok nk buat test
      mesti datang punya la...
      tahniah Fahmi n Nad...

      Padam
    2. Hehe thnx tn. Kreep. Alhamdulillah. Da lama xkne sebat. Kikiki

      Padam
  2. Terbaik tok...untung la abg fahmi dan kak nadia...umah dekat...cuti nnt sy pon nk lepak umah tok la tok... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xbrape nk dkt jgk tn. Jarak adalah dlm 45min. Hihi

      Padam
  3. syabas tok mat,
    tindakan kadang2 sbagai pengajaran....
    cakap kadang2 sbagai peringatan....
    saya sokong tindakan tok mat membasmi gejala penipuan 200%.

    BalasPadam
  4. As-salam, terbaik drp Tok Mat GB. Ini yg kita mahu dlm masyarakat bertanggungjawab secara 'Total'. Semoga rakan2 yg bersama dlm G-Bunian Tok GB sentiasa harmoni & dilindungi Allah swt.

    Dlm sedikit peluang, saya amat bersyukur & bertuah tlh berada bersama2 dgn Tok Mat GB di Sabah. Semoga maju jaya Mudah2an mendapat keberkatan...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah bila pi umah tok mlm tu baru boleh test item yg dibeli... Bila test item daripada tok mmg ternyata asli... Bila test geliga lipan yg dibeli drp ehemmmm ternyata plastik..Aaaah aku tertipu....Bagilah makan anak bini dgn cara menipu....Pastu bila x ada keberkatan dlm hidup,mulalah menyalahkan Allah... Manusia kadang kala mempersendakan agama dengan menyamar sebagai orang alim dan menipu insan lain semata - mata untuk mengaut keuntungan duniawi....Dunia dah tua......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaikkkkla Tn..,sy pun ada mahar lain2 brg sebelum sy tahu TMGB..Insyallah kalau diizinkan nk gi umah Tok Mat yg hensem ni..hehehee sy rasa brg sy tu pun jenis masak sbb berbeza sgt dgn item Tok..yg penting kejujuran dan prinsip harus diutamakan bukannya dikaburi wangringgit ..ilmu dan brg mistik ni pd padangan sy perlu dikongsi bersama supaya ia diturunkan dr generasi ke generasi...supaya tk pupus masa hadapan.

      Padam
    2. Betul tu tn Imran, yg saya pasti tok memang jujur....Masa tok nak test , beliau suruh uji mana2 saja batu...Kalau tok tipu pasti tok suruh test permata org lain dan bukan daripadanya...Saya sengaja ambil peluang untuk uji hampir kesemua item tok yg saya bawa pada mlm tu....Ternyata mmg asli...Alhamdulillah..

      Padam
    3. Memang benar Tn...hati pernah berdetik , kenapa lambat aku jumpa blog GB ni..alhamdulillah skrg sy pun dah jadi ahli dlm keluarga TMGB ni..hanya kem sy lum sertai ..Insyallah kalau diizinkan sy akan sertai...cewwaaah pagi2 da ada dlm blog GB ..da breakfast ke Tn..?

      Padam
    4. Hehehehe.....Pagi tadi minum + makan kopok Tganu jer...Kejap lagi baru pekena nasi lemak...Huhuhu...Saja nak panaskan jari kot2 pantas mcm tn Imran....Hehehehe....

      Padam
    5. beruntung kita krn d gerakkn utk mengikuti blog tok...
      sy asalnyer hanya suka tgk2 shj...maklum la batu cantek2...
      tp yg lebih menarik perhatian sy apabila tok sertakn penjelasan n kelebihan batu...
      tok pulak xkedekut ilmu...apa yg boleh d kongsi...d kongsikn...
      klu d izinkn n d pnjgkn umur...insyallah sy akan sertai aktiviti2 yg tok anjurkn...

      Padam
    6. Ya kita mmg beruntung tn2. Wah pg2 da minum teh mkn kopok ganu tn obitamtam. Ni saya tgh angkat 5 biji kelapa nk bawak balik. Panas i herhe

      Padam
    7. In shaa Allah....Saya pun akan sertai kalau ada kesempatan...

      Padam
    8. Hehehe nak buat nasi lemak ke tn Adi?....

      Padam
    9. Nak buat per kelapa tu Tn Adi..nk empokkan belakang peserta kem Tn Adi ke...pergghhh tk mau la heheheeeee..

      Padam
    10. Hehehe bukan tn, ni nk belikan keluarga. Konon2 mcm tepi pantai hehe. Kalau untuk peserta Insyaallah saya sendiri pakai kelapa tapi untuk peserta2 lain saya siapkan bola bowling 15kg punya heheh

      Padam
    11. Bola bowling ....perggghh dashyat manager ni...hahaaaa ..

      Padam
    12. Jgn tok Mat hempuk bola boling sambil bayangkan org yg jual barang mistik palsu sudahlah....Naya.....Hehehehe..

      Padam
    13. UTPO ni kita aktifkan juga sebab final/klimaks perniagaan ini , di khuatirkan ia ber-ending buruk...

      Habis lah perjuangan yang selama ini tok pertahankan.

      Mau x mau, memang kena memburu juga

      Pemahar item item mistik palsu ini akan di buru bermula dgn along ghoib tersebut. skrg pun batu tn Yu*** dah di hatar buat pengesahan di kedai gems ...dan mmg nyata tidak asli.. ia jenis zirconia..bukan high zirconia..high zirconia boleh tahan lagi walau ia kaca berkualiti .

      Gunakan penjelasan mistik anda tersebut di dalam mahkamah di depan Hakim...

      ITU PUN JIKA PENJELASAN ITU LAKU LAH

      Padam
  6. Teruskan usaha tok..moga dipermudahkan semua urusan tok dan dimurahkan rezeki ke atas tok sekeluarga dan rakan2 tok..

    BalasPadam
  7. tuan obitamtam tami boleh ke sms sy 0139874343

    BalasPadam
  8. Tu dia tak tau....haaaa
    Info:
    KEM MISTIK 1(UTARA)
    GUNUNG JERAI,KEDAH
    SG.TEROI(DATARAN RIMBA)

    DATE:14-16HB JUN 2013
    FEES:RM250/ORG
    ACC:MYGEMSTONE
    REG:AVAILABLE TO 13.6.13
    STATUS:OPEN

    INFO
    NIZAM
    0188732844

    BalasPadam
    Balasan
    1. nizasm , silakan tumpang dalam website tuan aesalno dan tuan dato... tuan xda websit kan... mintak tumpang dengan mereka, jadi mereka pun dapat benefit dimana org napak banyak aktiviti dijalankan di seluruh malaysia ok

      Padam
  9. Tahniah tok....semoga perjuangan tok ini diberkati....kami mendoakan agar ianya mampu menegakkan yg haq...dan menghapuskan yg bathil.....amin.....

    Allahu Akbar. ....!!!

    BalasPadam
  10. sokong TMGB sepenuhnya.. hapuskan penipuan tok.. HIDUP TOK MAT!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm... dalam blog tok ni ada juga sebenarnya seller item palsu ... xde pulak diabagi komen dalam sini... to kenai hangpa... heheheh

      Padam
    2. Kt kampung saya ni ada sungai timbul harta karun bila hujan panas..hehe nanti saya dapatkan kesahihan ceritanya..
      Sokong 100% usaha tok

      Padam
    3. Sapa tu,tok? hehehehehehe.......

      Padam
    4. saya pernah sekali tertipu... konon geliga delima... dah bakar jadi hitam pula.. kalau mana yang kenal dgn blog tujuh luk... hati2 la yer...

      Padam
    5. hahaha..7Luk..aduyai..sma2 terkono...

      Padam
    6. sebenarnya bukan saa terkono pun.. saja buat eksperimen... untuk encek edy.... sekali lagi... PADAN MUKO... hahaa

      Padam
    7. oh sama la kita....7 luk tu ada jual jugak kat lelong.com...sy pon terkena gak...

      Padam
    8. Ada lagi yg terkena tu tapi malu2....

      Padam
    9. hahahah... 7 luk itemnya 99.5% adalah palsu, sebab tu berani lelong rm 1.00. adesh, sabo je la..nak kutuk kawan sendiri juga

      Padam
    10. kwn tok ke tu..aduyai..so tok akn ambil tndkn kt dia jgk la ye...

      Padam
  11. yeah yeah...mana pakcik easalno nie....bayang pn x nampak nie...hehehehehe.. :)

    BalasPadam
  12. Trbaek tok... Yelah yg rm2... Jual ler rm5 , jgn ler jual rm1000, naya org sgt dah tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 tu sempot sangat tok, kalau rm bawah 100 boleh la lagi, semua kos nak di ambik kira juga..tu cara berniaga..jangan melampau.

      Yang penting, ia batu asli, bukan batu sintetik

      Padam
  13. Usaha n tindakan yg bagus tu tok. Terbaik tok mat GB n Tahniah ,juga kpd tuan fahmi n puan nadia coz telah brjaya dalam ujian sebatan.Terbaikk.. Peeweeet...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thnx tn mohd. Lepas suda. Hehe nmpk dlm vdeo mcm slow je. Tp real seram dan mmg kuat hentakan tu. Slamat mcube.

      Padam
  14. Syabas tok!! Hehe aku dah buat list nama² lanun² yg pernah tipu aku nih.. Siaplah kmu kali ni huhahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye..dorang x paham, sekurang kurangnya ia batu asli ..bukan sintetik.. pelanggan pun puas hati..

      nak boh geliga apa pun, boh la.. tapi kena paham betul aura batu dan penting sekali ia BATU ASLI

      Padam
  15. maaf ye tok saya tak baca sangat bebelan tok kali ni, temgok panjang sangat, mata plak ngantok, tapi apa yang menarik perhatian saya bukan bebelan tok, tapi perkataan "loba" yang tok pakai...

    ingatkan orang sarawak je ada perkataan loba hahaha

    BalasPadam
  16. bantras dorang tok jangan xbantras...jgn dengan setitik nila, rosak susu sebelanga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya market mistik dah rosak tuan baru baru ni...

      Padam
  17. teruskan perjuangan tok..cucu2 di sini menyaport tok..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cucu?...dah mcm tua bebenor laaa hai:)

      Padam
    2. hehe..tok n tokwan sy dh xde..sy anggap tok je la tok n tokwan sy..sy jd cucu..hihi

      Padam
  18. SEBUAH BLOG PENJUALAN PERMATA BAHARU AKAN DI WUJUDKAN SEBELUM 48 JAM, INSYALLAH TOK AKAN BAGI LINKNYA NANTI

    SIDA BUANA PUN NAK AMIK BAHAGIAN

    BalasPadam
  19. Terima kasih tok berkongsi pengalaman dan ilmu kpd kami.semoga usaha tok dpt meyedarkan masyarakat kita yg dok jujur ni..cuma x tau bila dpt g berguru dgn tok lg..masa sentiasa meniggalkn kita...

    BalasPadam
  20. apa pn kmi stsa mykong 100% usaha tok..trbaik la tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kaseh semua.... 10 jun ini kita akan bermula dari perak dgn alongghoib.com....

      Nasib la... tipu gila gila punya barai... beli rm 5 jual rm 1200...

      kalau brg ori tak pa lagi..... ni brg zirconia

      Padam
    2. tok xbgtau pn nk trun perak...bgtau la..mna tau time tu free..bleh join sekaki..

      Padam
  21. saya suresh: tok mat terimakasih .mat bagi saya batu kelapa buntat .saya taktahu apa kegunaan.boleh terangkan tentang batu kelapa

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN