Isnin, 14 Oktober 2019

KERAJAAN GUNUNG FAKIR TERBANG, PEDU DAN ILMU BENING NAFAS








Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semuanya.. lama tok berdiam diri tanpa menulis sebarang artikel baharu dan mesej whatsapp pun sudah 1 minggu tok biarkan , nanti tok balas ya..ingat tau, kalau bab tanya stok, tempahan, kena tanya bonda.. ada 2 bonda ,  kikiki...

Selepas tok habis selesai ritual mistik, ya tok ni takda sibuk benda lain dah, main bola tak reti, pergi stadium tgk bola pun tak pernah...ops dulu sekali pernah kazen belanja sekali masuk stadium kangar tahun 2006, tu pun tok tak faham aih kenapa mereka dok berebutkan 1 bola haha. 

Selesai semuanya pada 10hb tok merasa bosan dan lone rider meneroka kawasan negeri kedah bermula dari susur Kota sarang semut, Naik ke Sungai Tiang, masuk pedu , pusing balik ke kuala nerang jalan belakang Kedah sampai ke Durian burung pun dah jam 7.06pm, pintu sempadan Ngam tutup.. nak tanya sikit ye... bagi AKSEM... kenapa pintu sempadan durian burung takde petugas AKSEM ye?... selain tu rasanya semua pintu sempadan ada sekatan AKSEM ( UPP ) , pelik nih. 

Ok rewind semula masa tok berada di Kawasan Pedu. Ada 1 kawasan yang bersebelahan dengan Gunung Fakir terbang, kawasan tu agak misteri  ( jalan tu 5 minit cuma 2 biji kenderaan di waktu petang ) dan pada ketika tok melaluinya ia baru lepas hujan .

 Tok memberhentikan kenderaan tok kerana terpana dengan pemandangan indah di kiri dan kanan jalan. semasa tok keluar dari kenderaan bahu tok terasa di cuit sebelah kanan dan tok merasa ada sesuatu di kawasan ini.


Di atas ialah gambar zoom, ia jauh sekitar 2KM dari mata memandang dan selepas bahu tok di cuit, tok membeningkan diri seketika dan mengatur pernafasan agar menjadi lebih perlahan, aturan nafas perlahan ini adalah untuk memasuki zon Atom perlahan ( itu istilah yg tok sebut nak mudah faham ) dan setelah itu tok dapat melihat suasana GAH kerajaan Bunian dan jalan yang tok berhenti ini atasnya ada sebuah jambatan yang tinggi sekali bagi menembusi kawasan perumahan di sebelah kiri ( gambar di atas ) , gambar sebelah kanan tak dapat tok masukkan , malah tak dapat tangkap pun atas sebab sebab mistik walau device yang tok gunakan sudah canggih.

Apakah ISTILAH MEMPERLAHANKAN ATOM JASAD?... 


Setiap Dimensi mempunyai pergerakan atom, zarah yang tersendiri dan pergerakan atom ini lah penyebab ghoibnya alam lain yang dulunya menyatu dengan alam manusia. 

Tok bagi contoh ya... Katakan Pergerakan Atom Manusia adalah lebih laju dari Pergerakan Atom Alam Bunian. Kita ambil Kelajuan Atom Alam bunian ialah 100: 50 dan kelajuan alam Jin pula ialah 100: 10.... 100 manusia dan 50 bunian dan 10 jin. 


ASAS PERGERAKAN SEL TUBUH MANUSIA 

Mengenali alam mistik bukan sekadar terikat kepada hal mistik semata mata... bukan sebagaimana yang org kampong tafsirkan, sikit sikit jin, sikit sikit jin... nak kenal alam mistik kena itu ini dan macam macam benda khurafat mengarut bagai di lakukan antaranya ialah Buat ritual sesajen di bawah pokok, guna darah ayam cemeni dll... sebenarnya tidak perlu. Malah ilmu pengetahuan yang tok ada pada hari ini juga bukan seperti dulu . Apa yang tok ada hari ini berkembang dan membiak pengetahuannya dari kefahaman yang tinggi mengenai ilmu mistik dan ghoib.. Mudah sahaja untuk anda faham..... org kalut , gelabah, gementar memang tidak akan mudah berjumpa makhluk halus.... kenapa?...

Apabila perasaan ini wujud, gementar, kalut, gelabah, dll yang sama maksudnya berlaku, apa yang berlaku kepada jantung dan nafas?..... Ya.. jantung berdegup kencang , nafas juga cepat... ini hanya akan menyebabkan anda menjadi 100: 110 atau lebih... lebih sedikit dari nisbah 100 ini maka anda bukanlah insan pilihan untuk mampu melihat makhluk halus dan berinteraksi dengan mereka. 

Kunci di sini ialah Apabila kita memperlahankan pernafasan kita , degupan jantung juga akan menjadi perlahan, dan tahap memperlahankan pernafasan ini mestilah pada tahap menuju KEMATIAN bagi orang biasa. kalau bagi tok, tok di bantu penyakit tok iaitu saraf sempit dan sedikit kebocoran di sistem saraf di jantung, ini akan membantu proses memperlahankan pernafasan tok adalah lebih maksimal dengan cepat.

Apabila sistem denyutan menjadi lemah, darah akan menjadi perlahan ke seluruh sistem sel badan termasuk otak dan apabila sistem sel di otak terutamanya semakin kekurangan oksigen, maka akan mulailah wujud bayang bayang makhluk ini... ini bukan reaksi gila kerana anda perlu tahu orang yang sedang sakaratulmaut mereka akan mulai boleh nampak makhluk halus sebelum menghembuskan nafas terakhir. Apa yang tok lakukan ialah menghampiri batas sempadan KEMATIAN dengan tanpa Allah belum menetapkan Ajal kepada diri tok pada ketika melakukannya, maka sistem kawalan denyutan ini masih di dalam kawalan diri kita sendiri apabila kita mulai bernafas secara normal kembali. 

Apabila sistem sel otak mulai kekurangan oksigen dan juga seluruh sel di tubuh kita akan memasuki zon Atom perlahan iaitu kita terasa proses kita lakukan ini lama sedikit dari masa sebenar yang sedang berlalu... maksud tok di sini ialah semasa melakukannya tok merasa lama melakukannya tapi dalam waktu yang sama waktu sekeliling di alam manusia adalah berjalan normal dan ia sebenarnya cuma beberapa saat sahaja...kita rasa macam 10 minit. 

Proses memperlahankan Atom jasad ini di lakukan tidak boleh lama kerana ia mampu membuatkan bahagian organ dalaman lain rosak atau terjejas . Jadi proses ini hanya boleh di jalankan oleh profesional sahaja kerana tok dan mereka tahu bila masa perlu stop dan bernafas kembali seperti normal. Pada ketika proses ini di lakukan kita boleh melihat alam ghoib secara jelas di tahap maksimal pada waktu yang terhad mengikut Suhu kawasan, suhu badan, Tahap oksigen, dan juga kelembapan udara. Anda perlu tahu semasa bernafas perlahan ada air di dalam udara dan ia masuk ke paru paru dan kemudian ia tertahan di paru paru mengakibatkan paru paru berair jika terlalu lama dan kerap dan ini akan menyebabkan anda mengalami sesak nafas atau paru paru berair ( amatur dan kerap melakukan ) . Kerana itu tok TEGASKAN proses ini hanya boleh di lakukan oleh profesional atau di pantau profesional. 

Pada fasa ini juga sebenarnya diri dalam keadaan melemah,  sistem perisaian badan / perisai Yang berkait ilmu di dalam badan akan turut sama membening, namun sistem perisai terhadap penyakit pula akan meninggi kerana penyedutan udara yang perlahan ini akan memperlahankan pergerakan darah , mengurangkan oksigen di dalam darah dan menyebabkan virus / bakteria sukar masuk ke dalam badan dan barah di dalam badan juga menjadi perlahan seketika proses tumbesarannya. Namun ia tidak bermakna juga kerana pernafasan fasa ini ada hadnya dan tidak boleh di lakukan lama dan kerap. 

Semua di dalam badan menjadi perlahan... dan ia menyatu dengan dimensi lain yang juga perlahan , pada ketika ini lah kita mampu melihat, mendengar dimensi lain . 

Konsep ini boleh di umpamakan anda sebagai sebutir peluru yang sedang bergerak laju...adakah anda dapat melihat pemandangan kiri kanan anda atau semuanya kelihatan sama sahaja?... itulah konsepnya. Memperlahankan Kelajuan Atom badan/jasad sendiri. 

Konsep ini juga digunakan sang pertapa, lojikalnya juga ada dan di buktikan dengan ribuan kejadian iaitu manusia mulai nampak bayang bayang lembaga di dalam bilik air hendak mencekiknya ketika membasuh muka atau mandi, ketika sedang mamai dan baru nak terlelap nampak kelibat di dalam bilik.... ini kerana anda menjadi tenang, nafas anda menjadi perlahan lebih dari di luar kamar atau kamar mandi. orang mudah nampak makhluk halus di kawasan perbukitan dan pergunungan kerana pada ketika itu mereka sedang menghayati suasana damai hutan dan udara segar belantara. mereka berasa tenang dan kemudian opss.... mereka nampak sesuatu, kemudian mereka cemas, bila cemas nafas mereka kembali normal dan benda itu hilang... wow.. benda tu hilang atau sebenarnya atom anda baru sahaja kembali ke normal?... 

Pernah dengar..... " makhluk ghoib ada di sekeliling kita "
" Mereka ada cuma kita tidak nampak "

Bayang bayang macam predator di dalam hutan... itu kerana anda baru mencapai nisbah 100: 55 , anda tak layan penampakan tu dan anda jadi excited, bila excited pernafasan anda akan kencang dan ia akan hilang, benarkah ia hilang...?... atau sebenarnya kita ter- keluar dari nsibah memasuki fasa alam ghoib?

Baik..tok teruskan.. di sebelah kanan tok ada sebuah bukit yang tok tidak ketahui namanya namun tok ketahui nama kerajaannya yang menjadi tajuk artikel ini, dan kawasan bukit ini seolah olah memanggil manggil tok ke sana... jarak dari jalanraya cuma sekitar 200 meter.. kawasan itu berkabus dan ada seseorang di sana memanggil tok agar ke sana, jika anda?.... kalau anda lemah semangat pasti anda akan memasukinya kerana ianya amat indah sekali.. terpesona, terpana... jika anda tidak pernah melihat sesuatu yang lebih indah dari itu pastinya anda akan berjalan memasuki hutan itu bukan?... apatah anda memikirkan ia hanya berdekatan jalanraya. Tok terpesona cuma untuk 2 saat sebelum berfikir kembali bahawa jalan itu adalah 1st time tok lalui dan memang kalau tok ke sana dan hilang macam Saudara Acap keluarga tok mampu mengesan lokasi terakhir tok ( tok ke mana mana akan pasang live location utk family ) kerana kemana mana sahaja tok pergi tok menjadi sasaran makhkuk ghoib dan juga manusia alam kita... sasaran makhluk ghoib adalah kerana sebab sebab perjanjian yang tok pernah lakukan dan tok rasa lebih dari 100 perjanjian tok lakukan.. usah risau ia tak melibatkan darah dan daging manusia pun.. perjanjian itu cuma akan menyebabkan tok di ambil ke sana , di satukan bersama isteri tok di sana dan mungkin jadi penduduk di sana, Pemerintah juga kan penduduk.

Manusia di alam kita pula terus terang tok cakapkan dari anggota polis. dari jabatan jabatan tertentu yang mencurigai bahawa tok ini kemuingkinan adalah ketua panji Panji hitam Malaysia. memang ada beberapa anggota ada datang menyamar untuk berkawan, belajar , jadi murid, nak belajar bisnes konon. Macam kita tak tahu, senyuman aku ini dah cukup membuatkan kamu faham bahawa aku tahu siapa kamu dan tujuan kamu. Cuma aku layankan kerana aku tahu aku BUKAN ketua pengganas militan . Tok ni seorang yang bersifat terbuka dan secara terbukanya tok ingin sampaikan agar mereka baca, tok lebih suka berkawan dengan bunian di dalam bukit dan jin di atas gunung dari berkawan dengan manusia yang penuh syak wasangka tiada penghujungnya. Aku adalah PEWARIS bagi 2 Bahagian untuk generasi lama semenjak Tahun  Kemasukan 5 Daeng ke Tanah Melayu. Memang tok akan gunakan ilmu ini untuk menentang musuh musuh islam yang terang benderang, INGAT...terang benderang lagi bersuluh sportlight. Kalau main agak agak tok tak layan , kes kes kecik kecik yang melibatkan sendiri punya rela hilang dalam alam ghoib juga tok tak campur kerana itu pilihan masing masing sebagaimana pilihan tok pada hari itu nak masuk ke bukit itu atau tidak. Tok Lone Wolf yang bergerak sendirian dan menggunakan 100% kelebihan alam ghoib yang Allah kurniakan untuk jalan kebaikan, tok tak perlukan gambar, nama atau lokasi musuh kerana tok amat YAKIN Allah itu MAHA TAHU dan MAHA KENAL. Tidak ada tempat bersembunyi bagi mereka . 

Memang tok ada ke Hatyai dan menyertai kelab menembak Hatyai tapi ia cuma untuk suka suka dan riadah sama seperti ratusan warga Malaysia lain yang dtg ke situ , siapa tak mahu dapat merasa memegang senjata api dan menembak, tapi itu cuma di sana, habis di sana, Di sini tok cuma seorang Tok Ayah Biasa yang membai'ah umat islam dan membawa mereka ke jalan kebaikan, di dalam grup perguruan tok tok melarang ahli tok melakukan protes, angkat sepanduk, bersorak di atas jalanraya Selagi mana Agong tidak bersuara apa apa, Selagi mana Ugama Islam itu tidak di henjak macam najis di jalanraya oleh musuh islam , jadi selagi belum ada warga Malaysia kaum mana pun yang secara rasminya declare war kepada Islam Malaysia, maka selagi itu grup tok berada di kedudukan pasif sama seperti grup perguruan lainnya, itu sahaja. Dan selama itu juga tok menghabiskan waktu tok dengan urusan mistik kerana ini adalah lebih sebahagian dari hidup tok. 


Tempohari tok ke Indonesia ada tok ceritakan mengenai pejuang mujahidin berjubah serban di Jayapura bukan. tok berurusan dengan kumpulan itu atas dasar mistik dan dasar militan mereka senyap senyap di belakang tok, tok cuma dapat tahu apabila Master Wahe memberitahu tok mengenai mereka, setelah itu baru lah kami berlalu ke Bogor bagi menggelakkan syak wasangka semua pihak kerajaan , sat g tak pasai pasai tok kena tahan kat airport. Dan kerana itu juga selepas kebanyakan ahli Kiyai Sholeh ini juga ke Bogor dan keadaan masa tu panas, tok beralih arah ke Daerah Indramayu bagi berjumpa master Andi... berjumpa Master Andi sebenarnya lebih kepada diversion diri tok sendiri dari Kumpulan Kiyai Sholeh yang pada waktu itu aktif dalam merencanakan serangan seterusnya ke Indramayu.. tok ni cuba sedaya upaya untuk selit keluar dari kawasan mereka dengan menyibukkan diri dengan guru Master lainnya. Boleh kata tok ni Touch n Go.. tok jumpa mereka , dapat apa tok nak dan tok sambung lagi perjalanan tok dan memang tujuan utama tok ialah mencari ilmu, bukan untuk menyertai mana mana kumpulan , nak sertai apanya kita sendiri ada kumpulan perguruan  di Malaysia , cuma keagresifan mereka di sana agak kurang menyenangkan tok sebagai warga Malaysia, senang kata... aku tak mahu terlibat dengan masalah negara korang, sementara mereka juga bukan terdesak anggota untuk menyertai, itu saja. Bukan tidak endahkan pembantaian umat islam di negara luar, tapi rasanya warga mereka berkali ganda lipat lebih ramai dari warga Malaysia... Jangan nanti org kata, Kera di Hutan di susukan, Anak di rumah mati kelaparan. Perguruan kita Standby dan hanya bertindak apabila kerajaan sudah sampai ke dasar meminta dan menyeru rakyat membantu, barulah kita membantu, itu maksudnya ketenteraan dan pertahanan sudah melemah, takkan kita rakyat masih nak duduk rileks menanti negara di jajah kali kedua?

Tok ada 1 kelebihan anugerah Allah iaitu tok boleh mengesan lebih awal sekiranya ada pihak tertentu yang hari ini sedang merancang nak berjumpa tok mungkin atas tujuan syak wasangka mereka...ini ialah ilmu gelombang dan getaran... getaran haisut maksud mereka itu menyebabkan mereka excited dan excited ini akan mengeluarkan gelombang fasa kasar dan mudah di rasa oleh gelombang fasa halus yang tok miliki, contohnya dulu ada 1 kumpulan SPRM ambush rumah tok di Terengganu, jam 9.30pagi mereka datang 1 pasukan... 12 orang.. kepung sampai belakang rumah.. tok buka pintu dan jemput masuk, siap belikan makanan 12 bungkus untuk mereka makan... hanya 1 orang makan bersama tok iaitu SP kanannya yang lain tak sentuh pun...tok menyatakan sudah mengetahui kehadiran mereka 2 hari sebelum mereka datang dan mereka ialah SPRM, dan kerana tok tidak bersalah maka tok menanti mereka dan langsung membuka pintu setelah mereka sampai. Itu kerana tok berada pada mood baik, ada 2 hal jika mereka tidak dapat mengesan tok.. pertama mungkin kerana tok memang salah, dan kedua kerana mood tok tak elok untuk berjumpa dengan mereka dan perlu tahu, tok suka "bermain main " dengan mereka yang suka berprasangka buruk dengan cara memasukkan gelombang ke dalam minda dan tubuh mereka semasa tok dan mereka sedang berbicara dan ia langsung tidak dapat di kesan bila tok lancarkan, akibatnya apabila mereka pulang mereka akan bermimpi tok hadir dan sekiranya tok memasukkan getaran maka getaran ini mampu membinasakan organ dalaman mereka malah ia mampu berjangkit sekiranya getaran manusia di sebelahnya sama seperti getaran yang di milikinya, maka getaran yang tok hantar ke dalam badan mereka akan berpindah pula ke tubuh yang lain iaitu mereka yang mempunyai prasangka yang sama dengan mangsa pertama, getaran ini tidak mampu di binasakan dengan apa pun kecuali mangsa dan org sekeliling kembali bertenang dan belajar menikmati hidup di dunia yang sementara ini, itu sahaja. Getaran bukan angin, dan angin pula Jin, tok bukan main Jin, Getaran ialah sebuah benda yang tak dapat di rungkaikan dengan ilmu pengetahuan alam manusia, dan ia dulu tok pelajari dari Seorang guru di alam ghoib. 

Benda mistik yang ada getaran antaranya ialah Buluh perindu gunung berbentuk leper.. jika di libas di hadapan musuh, musuh akan muntah darah dan mati, kerana getaran dan frekuensi yang di keluarkan adalah halus dan tajam. Jadi anda tahu dan dapat belajar hari ini bahawa seorang ahli mistik yang mahir mereka mempunyai Frekuensi yang menghasilkan getaran yang halus malah adalah tajam. Ilmu ini sebenarnya di gabungkan dengan beberapa ilmu lain untuk menembusi mangsa dan kuncinya tidak boleh tok beritahu kepada sesiapa pun yang tidak tok kehendaki. 

Tok Lanjutkan mengenai kes orang hilang akibat benda ghoib.... pernah dengar apabila masuk ke hutan mencari org hilang tidak boleh bercakap, tidak boleh bernafas kuat, tidak boleh berlari, tidak boleh bercakap kuat?... kalau nak di jumpai cepat ini lah kaedahnya... ada org pertikaikan kenapa tok tidak endahkan kes org hilang di Perak..kes saudara Acap..jujur tok maklumkan tok tahu kes beliau hilang pada hari ke 10 dan pada waktu itu tok sedang memandu dari utara ke KLIA dan pada ketika mendapat mesej itu juga kebetulan tok memang sedang melintasi kawasan tersebut.....kenyataan tok di dalam grup " Putera Bunian melaporkan tiada anak bunian masuk ICU akibat di langgar manusia " itu bukan gurauan dari tok. Dan acap tiada di dimensi alam Bunian Pun. berkaitan kesnya tok membuat andaian bahawa selepas jauh berlari dia berhenti di sebuah kawasan untuk menghilangkan penat dan semasa sedang mengawal penantnya ( mengawal nafasnya ) acap tidak sedar dia sudah memasuki fasa 100:10 yang mana mungkin menyebabkan dia nampak sesuatu dan sesuatu itu memanggilnya atau dia ke arah sesuatu itu dalam keadaan nafas masih perlahan...kenapa nafasnya tidak menjadi laju atau menjadi excited apabila nampak kelibat ini ?...itu anda kena tanya apa berlaku kepada degupan jantung setelah berdegup kencang terlalu lama semasa berlari.. perasaan gemuruh, excited akan hilang malah tidak ada sama sekali . Cuba anda panjat bukit dan gunung kemudian setelah anda panjat anda nampak sesuatu kelibat , anda tidak akan menjerit pun.. malah anda akan rasa macam benda biasa... apa tu?... benda apa tu?... cuma hairan, tapi denyutan masih melemah. Jika terkejut sekalipun tidak akan seteruk biasa kerana baru tadi jantung sudah bekerja penat mengepam darah dan penat mengepam darah. Itu andaian tok sahaja. Jadi yang buat video keliling kawasan bukit sambil bercakap, buat video bagai, tok jamin 100% usaha mereka adalah sia sia. Bukan tak perlu cari, tapi biar kena dengan caranya....pengalaman tok jika lebih dari 40 hari masih tidak di jumpai, tok minta ahli keluarga menunggu selama 1 tahun dari tarikh ia hilang kerana pada masa itu JIKA BENAR dia berkahwin dengan makhluk ghoib dia akan di benarkan pulang bersama isterinya hanya untuk 1 jam sahaja ...itu pun jika benar andaian bomoh bomoh yang terlibat tu. tok rasa pasukan penyelamat pun tak buat bising semasa mencari orang hilang dalam hutan, woii sana woii sini.. kecuali bila perlu. 

Kenapa tok tak cuba di alam jin?.. anda tahu Bonda Sha akan melahirkan kandungannya Disember ini?.. tok tidak mahu menaruh risiko walaupun 1% dan tok tahu masih ada yang lebih mahir dan pakar dari tok untuk membantu. 

Baik, selesailah artikel dan cerita hari ini. In Sha Allah jika ada rezeki tok akan melanjutkan urusan bersama kerajaan ini jika mereka bukan kerajaan berkecuali seperti Jerai. In Sha Allah  


9 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian tok.. Alhamdulillah bru fhm knpa ilmu hikmah lebih kepada pengawalan pernafasan..

    BalasPadam
  2. Pt article tok ni knpa sy bru dpt ye? Sy ni siap set arlam utk lihat harian update.. Mcm pelik blh terlepas pandang article yg ni.. Huhuhu.. Apa2 pn tq tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama tuan, bukan apa artikel ni dah masuk list, tapi bonda tertekan masuk ke draft balik, tok baru perasan pagi tadi

      Padam
  3. alhamdulillah, terima kasih untuk perkongsian.. semoga menjadi ilmu yang bermanfaat kepada semua.. banyak ilmu yang disampaikan dalam artikel ni menjurus kepada teori relativity eistain, teori getaran dan gelombang tenaga dari Tesla dan Law of attraction. Saya harap dapat berjumpa dengan tok untuk mempelajari sedikit sebanyak yang boleh dimanfaatkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah dan in Sha Allah tuan . Semoga dapat berjumpa kelak.

      Padam
  4. Dari mana pula datangnya artikel ni? 🤔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buka blog ni pakai mobile version memang kekadang ada halaman pelanggan x nampak. Kalau pakai versi web baru nampak semua. Ni kali ke 200 kot tok dok pesan hehehe

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN