Assalamualaikum wbt dan salam subuh buat semua pelanggan GB mahupun pemerhati blog ini Biarpun anda membacanya pada tika sudah Zohor makanya tok mengucapkan sekali lagi ianya sebagai salam Solat 5 waktu.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah yang menciptakan Langit dan bumi, Sekian Makhluk dan seluruh semesta Alam yang Indah untuk Para HambaNYA khususnya kita sebagai Manusia dan Insan , dan ianya di ciptakan kepada kita agar kita berfikir dan mengenal diri dan Allah melalui apa yang di persembahkan kepada Kita sepanjang Hayat Ini.
Salam Sejahtera Kepada Semua Roh roh Para Nabi dan Rasul , para waliyullah, para ahli kitab dan para mujahidin yang syahid ketika ini , semoga di suatu masa kita berjumpa mereka di sana dalam keadaan diri kita yang mulia dan terpinggir dari kecacatan dosa dan perkara perkara yang membawa kita ke arah kebathilan dunia.
Pertama sekali, sebelum tok meneruskan kuliah subuh secara tidak rasmi dan bertauliah ini, ingin Tok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat, teman teman, pelanggan dan para rakan seperjuangan kerana terus berani mara dan juga memberi sokongan kepada kami di Kumpulan Tok Mat GB ini , Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Hirobbil ala min....
Di dalam teks ini , iaitu pada ketika ini Tok ingin berkongsikan kepada anda beberapa perkara dan kelemahan diri kita sendiri di dalam erti ilmu mengenal, baik mengenal diri, mahupun mengenal ilahi di arasyil sana.
Pada ketika ini juga ingin tok katakan bahawa apa yang di ucapkan di dalam teks ini baiknya datang dari Allah dan buruknya dari Diri Tok sendiri akibat tidak menggunakan akal dengan sempurna sebelum menyampaikan sesuatu perkara sedangkan berkali kali di dalam Al-Quran Allah berfirman bahawa manusia diberikan akal untuk berfikir dan gunakannya di jalan kebaikan.. dengan itu Tok ingin memohon maaf kepada semua yang membaca jika ada yang berkecil hati, tersinggung dengan ucapan ini, maka maafkanlah kerana Tok juga insan seperti anda, yang masih bertatih mengenal diri dan mengenal Allah di dalam 2 kalimah Syahadahnya.
==================================
Buat semua.... serta diri sendiri... ucapan seperti ini adalah lebih baik di karang dari di lisankan agar tiada kecacatan di dalam penyampaiannya. Insyallah
Tuan tuan.... sepanjang Tok di dalam perjuangan membawa umat Muhammad di negara ini di dalam mistik ke arah jalan yang lurus tanpa menekankan obses dan taksub kepada jin dan makhluk halus lainnya.. terdapat beberapa kecelaan yang berlaku dan ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan apatah yang bersoal jawab dengan tok ketika itu berusia 18 tahun ke atas dan sepatutnya sudah mempunyai asas yang kukuh di dalam pengertian / mengenal.
Ada beberapa individu dan tok ingin menekankan di sini agar ia menjadi umum tanpa menujukan kepada sesiapa.. dan tok mencuba agar kita tak lari tajuk....
Tajuknya ialah :
APAKAH ZIKIR TERKUAT
Yang Boleh di gunakan di dalam ritual?
Yang boleh di gunakan bagi menguatkan sesuatu item mistik mengikut keyakinan anda?
Dan jawapan Tok ialah berzikirlah kepada Allah
Dan dipertanyakan semula kepada Tok
" Apakah zikir itu ?"
Dan jawapan Tok ialah :
" Syahadah "
JAWAPAN MENYEDIHKAN IALAH :
" Syahadah tu apa?"
Nauzubilllah... amat kasihan dengan orang yang bertanyakan sebegini
JAWAPAN PALING MENYEDIHKAN
" Zikir Syahadah ni kuat ke Tok, Takkan takde zikir lain ?"
Masyallah... dan nauzubillah hi minzalik.......
Jadi dalam keadaan masih waras dan sabar, tok menganggap bahawa mungkin sememangnya penanya tidak tahu, mungkin tahu namun masih kurang YAKIN.
Jadi Tok bertanyakan kepadanya soalan cepu emas :
" Saudara...apakah yang ada di antara langit dan bumi ?"
Macam macam jawapan di berikan, pokok, air, tanah, haiwan..... namun itulah bukanlah jawapannya...
Makanya Tok yang hina ini menjawab:
" Jawapannya ialah Lailaha illallah "
Kalimah ini di ucapkan oleh semua binatang dan tumbuhan, manakala umat muhammad mengucapkan "
" Lailah Haillallahu, Muhammadun Rasullullahu:
Atau anda boleh mengucapkannya dengan bacaan yang panjang... namun pengertiannya pasti bertambah dan pastilah jika di ucapkan dengan
"Asyhadu an la ilaha illallahu, Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullahu"
Persoalan nya lagi dari penanya:
" Kuat ke kalimah ni, kenapa ada HU belakangnya?"
Dan Tok menjawab..Hu Kerana hujungnya ialah Huruf Ha, ia dilepaskan dengan nafas , bukan dengan bunyi....
Penanya menjawab : " errr..ok... tapi kuat ke "
Tok masih dalam keadaan waras... dan tok menanyakan kepadanya, jadi bagi tuan apakah zikir yang kuat?
Jawabnya ialah:
" Guru sy cakap zikir terbaik dan kuat ialah Allahu, atau Hu Allah, atau paling biasa subhanallah"
Dan Tok tersenyum, kerana Tok baru mengetahui dan masih ingat bahawa kata kata guru Tok suatu ketika dahulu....
" Yasir...guru ni ada 3 jenis, kamu tahu ?"
" Tak tahu, apa dia ?"
Guru Tok menjawab bahawasanya manusia mempunyai calitan Azazil di bibirnya dan calitan ini menusuk hingga ke hati dan jiwa manusia sehinggakan mereka menjadi sombong, riak dan takbur, sementara ia di bibir manusia, maka mudahnya manusia itu menyatakan dirinya pandai di dalam segala perkara, dan dari bibirnya terucap kata kata fitnah, meninggi diri dan meninggi diri sebagai seorang guru.
Guru ada 3 jenis di dalam dunia ini, dan walau di zaman mana sekalipun.... ianya tetap 3 jenis yakni :
Guru Terpelajar Yang mendidik manusia menerusi ilmu para sanat
Guru Baru Belajar Yang baru di dalam pengertian haq, bathil dan hayat
Guru Kurang ajar yang mengaku dirinya ilmu namun sebenarnya tidak berilmu dan hanya mahukan wang menerusi bicaranya, dan kebanyakan murid mereka juga sama.... iaitu kurang ajar dan berkurang ajar dengan manusia lain, menganggap diri mereka lebih dari orang lain , sedangkan mereka lupa jika mereka berada di hadapan Allah kelak, mereka sama seperti orang lain, kerdil, lemah dan tidak berdaya, kerana Hanya Allah yang maha bijaksana... jika mereka mengaku bijaksana, maka mereka menyamakan diri mereka dengan Allah kerana manusia bukanlah sebijak mengenal semua erti semesta dan dunia ini. apatah hal hal akhirat dan 7 Lapisan langit , Lauhmahfuz, Arasyil dan singgahsana Allah. Maka barang siapa yang mengaku bijak, sebenar benarnya mereka lah manusia paling bodoh di sisi Allah swt kerana mereka lupa bahawa Suku sebagai Hamba adalah sama, yang membezakan cumalah pahala yang tersimpan rapi di sana yang kita pun tidak tahu berapakah jumlahnya pahala kita peroleh di dunia ini.
Maka..untuk Persoalan penanya tadi.... Tok menanyakan kembali beliau:
" Tok ingin bertanya, adakah jika seorang non muslim mengucapkan dengan bersungguh zikir yang guru tuan berikan itu...adakah mampu membawanya menjadi muallaf dan memeluk islam, adakah zikir itu cukup power dan hebat bagi mengubah nasibnya dari bukan islam kepada islam?"
Maka dengan tepat beliau menjawab:
" Tak Tok"
Dan Tok menanyakan lagi :
" Namun jika seorang non muslim mengucapkan 2 kalimah syahadah dengan bersungguh , mampukah ia mengubah nasibnya menjadi seorang muallaf / memeluk islam ?"
Penanya terdiam sebentar dan menjawab :
" Ya Tok, dia akan menjadi muslim secara rasmi di sisi Allah"
Nah...Jawapan sudah kamu perolehi ZIKIR manakah yang POWER DAN HEBAT........
Jadi tuan tuan/puan/cik sekalian... adakah anda semua faham dan mengerti apa yang ingin tok cuba sampaikan di sini?.....
Seorang guru tidak akan terus memberi jawapan kepada muridnya selain memberi jawapan dengan menggalakkan muridnya berfikir. Kerana Allah sudah berfirman Sepertimana petikan ini :
Sebenarnya Allah SWT memerintahkan kita untuk berfikir. Sebagai contoh, perhatikan firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka.
“Wahai Tuhan kami, siapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Engkau hinakan dia, dan orang yang melanggar aturan itu tidak mempunyai penolong.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang memanggil kepada keimanan: Berimanlah kepada Tuhanmu! Lalu kami beriman. Wahai Tuhan kami, sebab itu ampunilah dosa kami dan tutuplah kesalahan kami dan wafatkanlah kami bersama orang yang baik-baik.
“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-rasul Engkau dan janganlah Engkau hinakan kami di akhirat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
“Maka Tuhan memperkenankan permohonan mereka dan mengatakan: Sesungguhnya Aku tidak akan membuang percuma saja pekerjaan orang yang beramal antara kamu, baik lelaki atau perempuan, satu dengan yang lain adalah sama. Oleh itu, orang yang berpindah negeri, diusir daripada rumahnya, diseksa kerana mengikut jalan-Ku dan berperang atau terbunuh, sesungguhnya akan Kututup kesalahan mereka dan akan Aku masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Itulah pahala daripada Allah dan di sisi Allah pahala yang sebaik-baiknya.”
Seorang guru yang benar guru Akan memberikan jawapan untuk difikirkan, kerana jika beliau terus memberi jawapannya..beliau tidak akan tahu apakah was was atau permainan syaitan ke dalam pikiran muridnya ketika itu yang mampu merungsingkan jawapan dan memutar belitkan jawapan guru itu nanti kepada muridnya...
Kerana itu ramai guru di dalam ilmu mengenal, namun ramai juga muridnya yang RIAK, Sombong dan menganggap dirinya lebih dari orang lain. Mereka gagal mendidik akhlak dan akidah murid mereka sehinggakan mereka tidak sedar di hadapan pijak semut tak mati, di belakang pijak gajah pun boleh tumbang....
Makanya seorang guru yang mahir, mengenal dan fasih sebagai seorang guru @ pendidik akan menyampaikan mengikut tertib guru sufi, bukan mengikut tertib guru sekolah
Maka saudara seislamku semua.... berfikirlah...
======================
Ulasan Tok
Jika syahadah pun tidak kenal, jika 2 Kalimah syahadah pun masih dalam was was, perbetulkan semula duduk anda di dalam jemaah ugama terutama hal bidang fikh
Barulah kembali di dalam bidang Mistik dan paranormal
Jika tidak...di khautiri....
Iman anda rosak
Akidah anda pincang
Jiwa anda musnah
Diri anda terhumban ke neraka
Usah menzalimi diri sendiri akibat merasa sudah pandai dan paham, belajar mengenal dan mengerti, insyallah anda akan selamat dunia dan akhirat
Salam tok...walaupun ringkas ceramah tok tapi amat mendalam mendalam ilmu Allah yg tok sampaikan,Allah amat sayangkan tok sekeluarga
BalasPadamInsyallah, mudah mudahan begitu juga buat tuan dan semua umat
PadamAs-salam, Tok Mat GB. Terima kasih, pengalaman yg amat berguna...
BalasPadamAlhamdulillah, terbaekkk tok....
BalasPadamKuliah Subuh antara yang terbaikkkk Tok!
BalasPadamAlhamdulillahirobbil a' lamiiinn...trma ksih tok dgn ilmu yg dberikan...
BalasPadamJazakallahu khoiron kathira Tok Mat <3
BalasPadamRamai yang datang tak tahu adab berguru...jumpa guru dok banding guru saya begini..guru ni begini..suh belajar adab dulu tok..hu hu
BalasPadamAlhamdulillah.Asalamualaina WaAllah
BalasPadamHibadillahi Solehin.
Amin ya rabolalamin.
terima kasih Tok..ats perkongsian ilmu...
BalasPadamsama sama insyallah
BalasPadamterima kasih tok. alhmdulillah.. sy mengikuti blog tok mat gb dgn tidak bosan kerana dgn ilmu2 sebegini lah.. tok xpernah bosan untuk berkongsi ilmu trma ksih sngt2 .. sy doakn tok d murah kn rezeki dunia akhirat amin..
BalasPadamSalam Tok. Blog yg bersinar n diharapkan akn terus bersinar. Amin.
BalasPadamSalam Tok. Blog yg bersinar n diharapkan akn terus bersinar. Amin.
BalasPadam