Isnin, 28 Julai 2014

AKIK BATIK ASLI LAWOOOO BEB


Akik batik..... ni barang bermodal tuan tuan...Tok beli sebab ia ori bukan masuk kaler dan sintetik.... alhamdulillah..... 

Kebaikan permata ini ialah :

Mendinginkan panas baran..

Penaik aura dan membuang aura negatif di dalam badan - Thinker wajib pakai

Pengasehan umum
( org kasih la tgk kita cool je kan )

Bagus buat pelajar dan penuntut sekolah/kolej/U kerana ia mampu mengawal emosi belajar mereka dari tensional....eh silap... tensen....    :)


Kod Produk : AKIK BATIK 22714-96
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 96 ( Fix ) 

SALAM LEBARAN 2014





Assalamualaikum wbt dan salam bahagia

Di Detik detik terakhir ini Tok Mat GB ingin mengucapkan SELAMAT AIDILFITRI yang bakal berkunjung tiba..... Ucap awal awal takut pagi raya tak sempat nanti.

Jika ada salah dan silap dari Tok dan pihak Tok selama kita berurusniaga , jika ada terkasar bahasa atau terlebih kurang minta di maaf dan di halalkan dunia akhirat.

Di sini Juga Tok ingin menyatakan dengan penuh rasa gembira tidak lah perlu anda semua pesaing pesaing Tok menyimpan dendam kerana dendam hanya akan memakan hati dan tidak akan kemana dendam itu, dan adat di dalam perniagaan semasa di dalam berniaga ada perdebatan, permusuhan...diingatkan bahawa ia hanyalah lakonan kita sebagai ahli perniagaan di dalam mempertahankan kredibiliti masing masing, dan memang itu adalah hak kita sebagai seorang peniaga, namun apabila kita besua muka, pastinya kita ibarat sepasang sahabat yang akrab ibarat bangsa cina berniaga... time raya cina bagi angpau jugak .... di mana mana pun di dalam dunia ini.... apa yang berlaku di dalam dunia perniagaan ialah pada ketika sebagai peniaga, dan ia berlaku sebaliknya apabila kita di luar masa perniagaan kita.

Ibarat kata orang, dunia ini ibarat pentas lakonan, kitalah pelakonnya yang menjayakan sesuatu cerita dan filem, setiap manusia ada filemnya tersendiri.... jika kita ingin ikutkan panas hati dan bara yang membakar, kelak di hari tua mungkin ianya hanya akan menjadi suatu lelucuan buat kita sambil menghisap rokok di atas bangku malas , sambil terkenang dan tersenyum.....itu lah dunia tuan tuan semua..... dunia yang pada ketika kita tua nanti ianya hanya akan berakhir begitu sahaja...masing masing dari kita akan menghadapi keadaan ini di hari tua kelak.....

Ingatlah bahawasanya rezeki kita sudah ditetapkan Allah swt dan setiapnya sudah dipertimbangkan mengikut keperluan hidup dan peranan kita kepada masyarakat semenjak sebelum kita di lahirkan ke atas dunia ini lagi...

Saudara seperniagaan sekalian..... termasuk diri tok di sini.... kita semestinya sentiasa percaya kepada Qada dan Qadar kerana itulah salah satunya tonggak keimanan kita kepada Allah dan ia nya pasti di datangkan dengan Full Package of cubaan dan dugaan , samada dugaan hati, dugaan mental dan sebagainya....

Maka di hari yang bakal berkunjung ini iaitu di hari lebaran, sama samalah kita membuka buku baru dan bersatu di dalam perniagaan ini agar sama sama maju ke hadapan dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan kita..... bersatu teguh bercerai roboh..... 1 lidi mudah dipatahkan, namun jika segenggam lidi...ianya amat sukar di patahkan......apabila memandang bintang di langit...jangan di lupakan cacing di dalam tanah. Harta yang Allah berikan kebanyakannya adalah untuk rezeki org lain juga untuk kita agihkan di dalam zakat harta dan zakat perniagaan...jangan lupa bersedekah, kerana bersedekah itu membersihkan harta dan juga baja kepada rezeki kita di kemudian hari...percayalah, bahawa anda tidak akan rugi bersedekah...

Salam aidilfitri...maaf zahir bathin buat semua pelanggan, yang mengenali dan para rakan di facebook ini.... gunakan wall yahudi ini untuk kebaikan , agar terdapatnya kerugian buat bangsa mereka...dan kerana ciptaan mereka ini lah ( FB ) kita umat islam bersatu dan berpegang kepada yang satu...gunakan senjata mereka demi merobohkan perpaduan mereka sendiri.... akhir kata.... Jagailah silaturrahim kita walau sebesar mana pun masalah di antara kita, kerana ada lagi masalah yang lebih besar perlu kita fikirkan demi Agama, bangsa , negara dan keturunan kita kelak...wallah hualam bissawab.....


======================

Malam ni ingat nak Main Meriam Buluh la dengan Ipor duai.... 

UPDATE 28.7.2014








Kita lihat siapa yang dapa item lawa ni di pagi raya.....

" Di hari raya, terkenang daku kepada si dia....kampung halaman ku nun jauh di sana, ayah serta Bondaaaaaa......" Tok la ni ada ka Terengganu... Mai la beraya.... petang nak p dungun kot... nak p jumpa member polis kat sana ( tok ni semua polis memba dia , prasan hahahaha ) 

NEXT : 5.00PM

( Tok tau Anda sibuk makan kuih raya , ketupat dan rendang.... azam tok tahun ni nak makan ketupat sampai masuk spital....tahun lepas tak sampa azam tu, makan sampai pening je erkkkk )

Yellow sapphire rare tu masuk ke blog ez ya 

Jumaat, 25 Julai 2014

GB BERHARI RAYA

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.

Semua urusan GB akan kembali berjalan sepenuhnya pada raya ke-4 ini. Item item yang di hantar melalui Nationwide semalam akan di hantar oleh pihak N.W pada raya ke -3 ini berikutan mereka dan lain lain courier akan memulakan semula operasi pada raya ke-3 ( termasuk pos laju )

Manakala item auto upload akan naik pada hari dan masa yang sudah ditentukan dan ianya akan di hantar pada raya ke-4 melalui pos laju Kuala Terengganu .

Salam lebaran , hulurkan tangan saling bermaaf maafan 

Khamis, 24 Julai 2014

TEMPAHAN PELANGGAN ........ANDA BOLEH MARAH TOK JIKA NAK

Assalamualaikum wbt dan alam bahagia


Dukacitanya di maklumkan ... walau sudah bersungguh sungguh kami cuba melakukan yang terbaik buat pelanggan semua... namun kami gagal berikutan masalah tukang di dalam menyiapkan semua tempahan anda....

Anda boleh marah tok sebab tok pun dah meluahkan semuanya pada tukang..... Tok tak tau nak cakap apa dah.... sorang dua cust sure and of course maki hamun tok punya...

Tai 1 ja tok nak cakap.... ini la masalahnya kenapa dari dulu kami tanak amik sebarang tempahan cincin walau buatan cantik dan unik..... masalah kekurangan tukang dan tempahan yang terlalu banyak mereka terima dari pelanggan luar ( bukan pelanggan tok ).

Marh lah tok.,... maki lah.... Tak pa la, tok redha menerimanya makian ada..


Baca Perbualan di bawah dan TOLONG baca :









Rabu, 23 Julai 2014

CINCIN DELIMA CINDAI SAIZ 18








Kod Produk : CINCIN DELIMA CINDAI SAIZ 18 26714-250
Bentuk : Cincin
Saiz : 18
MAHAR : RM 250 ( Fix )


Ada 1 sahaja tau... dan ini ialah cincin milikan Hj Maarof sendiri tok kenen kenen dengan dia di jarinya Tok kata " sempena raya takkan takda jajan best untuk pelanggan kita kot ji ?" hehehe.... dia pun membuka cincin ni dan meletakkan depan Tok.... " nah amik la , haji bagi murah murah saja... "

Alhamdulillah syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat ( lagu nasyid )

Alhamdulillah, kelebihannya sama saja lah dengan delima cindai lepas tuan tuan, tak perlulah tok menyatakannya lagi di sini kowt ..... Uiiiii naik lemak ar dah murah nak descripsi panjang lebor plok hahaha... ( gurau je tuan tuan ye )

Alhamdulillah :

Ni siap cincin, kalau tuan tuan beli kat tok pun rasanya rega batu ni saja dah RM 250 kan.... bhahahahaha..... ingat tau, last penghantaran kita ialah pada hari khamis ni.. pakai nation wide

So...tok nasihatkan hari rabu malam kena call pihak kami untuk mengingatkan semua item anda, manaaaa laaaaa tau kot kot ada yang tercicir..... Nombor yang di buka HOTLINE malam itu ialah :

0111-7775251
01121709939
0196046861

Tok , Mr Baz Al-Hadi danTun Teja akan menjawab panggilan anda ( 9.00pm-5.00am )

5 BERTUAH DARI 27 JUTA RAKYAT MALAYSIA DAPAT DUIT RAYA





Sempena Aidilftri yang bakal berkunjung tiba....

HANYA UNTUK 5 ORG BERTUAH SAHAJA DARI 27JUTA RAKYAT MALAYSIA

Tok akan pulang ke Terengganu pada hari Khamis ini insyallah mulai bertolak pada jam 12.00 dan akan singgah di Cawangan jelebu untuk 1 malam... perjalanan Tok ialah dari :

Johor bahru---> Highway Utara selatan----> Yong Peng Utara-----> Segamat-----> Bahau----> Jelebu / REHAT 1 MALAM / Jelebu -----> Highway Karak----> Jalan Jabor----> Wakaf Tapai / SAMPAI RAYA KE-3 / ----> Kuala Terengganu----> K.Baharu----> Jeli----> Grik----> Kedah----> Perlis----> / SAMPAI RAYA KE-7 / ----> Highway Utara Selatan----> Perak----> Johor Bahru.../END/.

Selama di dalam perjalanan ( dalam perjalanan dan di hentian lebuhraya sahaja ) jika anda terjumpa Konvoi Tok Mat GB bersama staff di mana salah 1 kenderaannya bernombor Plat JMC 7747 ( HITAM ) . Silakan angkat Lampu Tinggi 3x , pihak kami akan memberhentikan kenderaan bagi menyerahkan sekeping cek ini sebagai duit raya anda ( selagi tidak habis 5 cek ini ).... semua penyerahan akan di masukkan gambarnya di dalam Blog dan peluang ini terbuka kepada semua yang mengetahui akan berita ini tidak kira pelanggan GB, bukan pelanggan, dan juga kepada yang tak pernah membeli dengan pihak kami. 

IANYA ADALAH TANDA PENGHARGAAN KAMI BUAT ANDA.... DAN PELUANG KAMI MENGERATKAN SILATURRAHIM BERSAMA ANDA

KECUALI : Staff GB, Ahli Kumpulan GB ( Blog )...... 

Ahli GB dan ahli Kem boleh dan sah 


Tarikh Cek ialah 28.7.2014 iaitu Hari Raya Pertama Insyallah...

ESOK.....LUSA......KITA JAMU MATA DULU......

Ini ialah Banjaran Nakawan dan puncak tertinggi berada di depan rumah Tok sahaja, jalan kaki pun sampai



Ni Abah Tok ....amacam, muka sama tak



Ni tok la


Assalamualaikum..... esok amik barang semua tempahan cincin yang sempat disiapkan....lusa balik kg doh..... 

Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Maaf Zahir dan Bathin.... zahir je kot...sebab kita takde touch bathin hahahaha.....

Staff Tok pun nak ucap juga...kita tunggu kot kot esok ada pesanan mereka okay

AUTO SCHEDULE

Assalamualaikum wbt dan salam hormat buat semua pengunjung Blog GB

Alhamdulillah beberapa item sudah di jadualkan untuk diterbitkan secara automatik pada hari hari yang sudah ditetapkan.. Alhamdulillah

Ini Hintnya :

www.geligabunian-ez.blogspot.com



www.geligabunian.blogspot.com


Nama item di rahsiakan, hehhhe , baru supriseeee!!!!

Selain itu juga MUNGKIN akan ada pertambahan item di luar jadual yang Tok perolehi semasa di dalam perjalanan Tok ini



Selasa, 22 Julai 2014

UPDATE 23.7.2014








ESOK JAM 11.00AM


Ada 1 sahaja barang di masukkan, asal ada je la ni haha.....Yang lain akan di masukkan secara berskala dan sampai page akhir kita akan bagitau ya..demi raya

DELIMA CINDAI































Tuan tuan sekalian.... ini ialah delima cindai terakhir dalam simpanan Hj Maarof pontian Bagi perolehan lepas 

Tok melawatnya petang semalam dan itulah kata katanya, sebenarnya tok nak ambil banyak juga, semasa mula dapat semuanya amat banyak sekali, dia nak lunsum jual kat Tok semuanya RM 21,000.... mana la tok nak cekau..... semalam p jumpa dia , tinggal 6 biji ni saja... hairan bin ajaib, mana banyak banyak tu?.... rupanya pemborong lain sudah membeli darinya.... Ahh... org kaya agaknya mampu borong semuanya.

Delima cindai ini amat menawan kalbu , di pandang 10x pun tidak akan jemu.. khasiatnya sama sahaja dengan delima cindai lepas. Tuan tuan boleh meyemaknya di " ITEM CARIAN ANDA ", Insyallah untuk perolehan lain, Tok tak tanya pula Haji. 

Sepetang tadi jalan di Jb memang JEM teruk, Tok ke sana sini berjumpa sekutu termasuk tukang yang membuat cincin tempahan anda.... dan berjumpa dengan seorang pembekal leklai, alhamdulillah.. ada lagi leklai dalam simpanan dia. Tok amik la sikit yang dah siap loket.... kalut  sungguh hari semalam

Kod Produk : D5 CINDAI 21714-200
Bentuk : permata
MAHAR : RM 200

* Cakap terus terang. tok untung sikit saja , nak tukau Tayar BM pun tak lepas waaaaa

CARA BERURUSAN