ARTIKEL INI DI AMBIL DARI KARIMON
Bertap Tok Mat Yang Besar Di Perolehi Dari saudara Joe.Terima kaseh sahabat
Ini adalah petikan dari kenyataan saudara waliquddus mengenai bertap/sanngul bunian.
“Mengenai Bertap atau Sangul atau Cindai Bunian ini, saya Baru lepas Melihat dari seorang sahabat, ianya dipanggil Bertap atau Bertat Cindai Sanggul Bunian, Bertat yang saya Lihat memiliki Pusar dan Pusat kerana didatangkan dari Induk Sanggul yang Beranak. KhasiatNya diperkatakan sebagai Pelaris, Pemanis, Penarik dan berbagai pendapat mengenainya, Bertat ini juga Hidup, jika tersalah penjagaan akan membuatkan ianya mati..So hati-hati bila memilikinya. Jaga-Jaga dengan Bertat atau Bertap yang berwarna Hitam kerana memiliki unsur Hitam Juga, Bertat-atau bertap yang memiliki Khasiat yang baik adalah dari Jenis Cindai Perang keemasan atau Putih berkilat keseluruhan atau pun memiliki 3 warna dalam satu..Wallahu..”
Dahulunya bertap ini amat popular sebagai medium yang sering digunakan seperti yang dinyatakan oleh beliau dan pernah atikel mengenainya dikeluarkan disebuag majallah.Selepas itu kurang kedengaran lagi mengenainya dan kini timbul kembali.Ianya adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperolehi maka sesiapa yang mendapatnya adalah dikira beruntung dan seperti yang dikatakan oleh saudara waliqudus maka hendaklah tahu menjaganya.Setahu saya tidak ramai pengumpul atau peminat barang mistik yang memilikinya mungkin disebakan pengunaannya agak terhad iaitu dari segi pelaris.pemanis,penarik dan pengasih.Setahu saya hanya beberapa helai rambutnya digunakan untuk dijadikan atau dicampur sebagai bahan pengasih,pemanis.Apakah saudara waliqudus berminat untuk memaharkan nya dan apakah rakan diblog yang lain turut mempunyainya?
=======================
assalamualaikum ..,,
sesuatu yg rare item yg antara sukar didapati . pemberian ikhlas dari alam bunian kepada individu2 yg terpilih . bukan sebarangan org bisa memilikinya serta bukan semua org layak utk menebusnya .
ia bergantung kepda nawaitu seseorg itu . jika berhati bersih insyaALLAH akan beroleh utk menebusnya , ttp jika berniat yg lain belum pasti bisa memilikinya . hanya jauhari mengenal manikam .
seperti yg dimaklumkan oleh waliqudus serta sahabat2 lain ya memg benar ia berfungsi sedemikian . di mana hanya mempunyai fungsi yg terbahtas .
ttp jika sanggup memilikinya , harus tegar dalam menjalankan ibadah lebih2 lagi rukun ISLAM n IMAN . hanya ALLAH lebih mengetahui . kita hanya insan yg lemah yg hanya boleh berusaha tp hanya ketentuan ILAHI membahtskan nya .
kepada saudara idham @ zam , jika saudara bisa membuatkan komen pada setiap barangan anda di web page mistik item , insyaALLAH ia kan memudahkan anda berurusniaga . demand tetap ada . hanya kita sendiri yg harus mencorakkannya .
kini dalam dkunia ict , pelbagai cara mudah untuk menggunakan teknologi bagi beroleh sumber pendapatan samada sampingan ataupun tetap . di mana blog adalah cara paling jimat dari segi masa, tenaga mahupun wang ringgit .
tahniah kepada semua pihak yg memberi respon yg menggalakkakn kepada semua web sedemikian rupa di mana sanggup menempis tohmahan pelbagai pihak dalam membangunkna blog masing2 .
jika ada terkasar bahasa ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
==========================
Assalamualaikum Para sahabat yang dirahmati Allah, Terutamanya Sahabat saya Saudara Neo dan Pengasas Blog ini.
Maka Benar dari Allah atas Ilhamnya kepada Hambanya yang Berkata-Kata Benar, lagi Halus diUraikan mengenai Perihal Bertap ini.
Bertap yang Hidup, gulungan Rambut tersebut adalah Kemas manakala Bertap yang Mati, gulungan Rambut tersebut akan terurai dengan sendirinya…Ada lagi satu Pantang mengenai Bertap ini, iaitu jangan dibawa ketika menghadiri jenazah, atau tempat Orang Mati..Sebab Bertap ni ada Penjaganya dari Alam dari mana datangnya ia…Jangan Berbuat sesuka hati,..Jika digunakan untuk Pelaris Perniagaan..Jangan lah menipu, Jika Dbuat Pemanis dan Penarik…jangan sampai ter berZINA..Jika Dibawa untuk Berjudi…LU PIKIR LA SENDIRI….Jika dibawa dengan Nafsu Hati ..Jangan Sampai Mati Hati, Jika Dibawa kerana Lilahi..Kerana ALLAH, Beruntung lah Diri…
==========================
PANTANG BERTAP DI BAWA KE TANAH KUBUR ATAU LAWAT JENAZAH
Saya pun Masih Berguru tidaklah saya ini dikatakan Guru, Belum tentu banyak memberi komen boleh dikategorikan sebagai Guru. Saya Banyak Guru bukan satu supaya tak tertipu, kekadang terkene tipu dan kene sapu, macam mana nak dipanggil Guru. Ada juga Guru saya dikalangan orang yang bukan Islam, tetapi ilmu tidak memilih Bulu. Saya Tidak memilih Bulu dalam menuntut Ilmu, Walaupun kaki saya banyak Bulu sedari Dulu. Tetapi Biarlah mencari Ilmu sampai ke negeri Budu, adalah lebih Afdal Kita Bersatu, supaya Semua Tidak tertipu dek kerana Hawa nafsu.
Mistik adalah sesuatu Kepercayaan tentang sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh Hukum Akal, tetapi apakah Tujuan jika ke tanah Perkuburan jika kita Fikirkan secara Ilmiah yang Nyata. Kerana Ghaib seiring dengan yang Nyata. Bukan Tidak Boleh Dibawa. kan dah Kata..Ikut Niat Hati Kita..Bawa Bertap kemana saja tempat tak sepatutnya..Nak Buat apa?? Lain lah jika keadaan terpaksa membawanya atau terbawa. Cuba Renungkan jika Tanah atau calitan kesan Lumpur tanah Kubur terkena tempat Bertapnya..Fikirlah…Tebus Bertap kalau nak niaga, letaklah tempat Niaga wat aper ke tanah kubur peginya. Nak ziarah Jenazah pegi ler Bawak Surah Yaasin la, Bukan Bawa Bertap…
Terpulanglah Kepada Sesiapa sahaja PemilikNya. Jika Bertap tak Berkesan atau Terurai cindainya, Bukankah Kekadang Kita jadi Mangsanya atas apa yang kita kata..ada Dua jenis Penjual. Yang Pertama..Nampak Duit saja. Yang Kedua Menyatakan Allah BagiNya..Jual Hanya Suka-Suka dapat Duit tak Kira Tiada Pantangnya. Bayangkan Jika kita Baru Lepas Berkhitan terus pakai Seluar Jeans dan Makan Benda-Benda yang Gatal…ada Pantang Tak??sebab apa?? sains kan?? kalau Bende Mistik pula..Pasti Juga ada Logiknya..
Bagi Saya Bertap yang Terbaik adalah..Berentap dengan Diri Sendiri Mencari Jalan yang Diredhai dengan Rezki yang Diusahakan dengan Titik Peluh Sendiri dengan Bersungguh-Sungguh sepenuh Hati.
Jangan Ashik mendengar sahaja Kata Orang Lain. Kadang-kadang kita perlu menggunakan Akal kita yang Logik dan atas Asas yang Nyata. Yang Pelik Tebus Bertap Untuk Tujuan Apa Sebenarnya??..Ni mesti nak jadikan Pemanis atau Penarik Diri???Bertap kalau dah Ada, Cuma dapatkan 7 Helai darinya masukkan kedalam Botol yang berisi Minyak Attar Zafaron atau Zafaran, Buat Pengisian yang disertakan Niat Hati yang Ikhlas untuk Tujuan Demi Kerana Allah…ianya adalah Lebih Afdal, Manakala selebihnya disimpan di dalam rumah ditempat yang sepatutnya..Minyak tu dah boleh dipelbagaikan kegunaanya..Yang nak bawa seketul kesana kemari nak buat apa. Nanti Bila dikata ..terasa Pula…Maafkanlah saya yang cela ini jika tercatat kata yang dianggap nista Bagi Diri..InsyaAllah..Gunakanlah Petua Orang Dulu Hingga Kini agar tak Terkeliru Hati.
=========================
PENGGUNAAN BERTAP SEBAGAI PELARIS
=========================
Tok punya ada, tapi tak di maharkan sebab ia koleksi paling di sayangi dalam semua semua koleksi....
tuan waliquddus salah seorang sahabat/guru saya
BalasPadamtuan , dia tu idola tok dan tok anggap dan bayangkan dia tu bagai seorang panglima yang lincah dan gagah...huhuhu.... salute lah
Padamtok, waliquddus, banyak guna bahasa kias, susah gan saya nak faham pada mula-mula saya kenal dia..lama juga nak faham sesuatu yang di kiaskan..dia ajar saya untuk guna akal n otak untuk berfikir, baru sesuatu ilmu yang dipelajari tak lupa...
Padamseperti petua orang melayu lama, kalau ada ilmu, jangan diajar semuanya!!! persoalannya kenapa? ada sebabnya tuan-tuan..guna akal fikir tuan-tuan akan dapat banyak jawaban dan pendapat dalam persoalan di atas...
PadamSlm Tok...sya d jge bertap nie...cmne cra pnjagaannye Tok...nk bgi ia cpat mmbesar...
BalasPadamseminggu sekali mandi dgn air mawar dan kemudian nya keringkan dengan masuk ke dalam kain nipis dan pusing kuat kuat agar airnya benar keluar, kemudia spray dgn minyak 1000 bunga..... ratakan dgn tangan....
PadamTrma ksh Tok.....
BalasPadamsama sama
Padaminfo terbaek...
BalasPadamMinyak 1000 bunga boleh dapat kat mana Tok?
BalasPadamkedai atar ada tuan...kedai pakistan jual minyak, ada juga.....
PadamTok pakai minyak olive oil jenis gervenne....
Alhamdulillah tok.. tn jeo dah pos bertap emas & putih tok.. seb bek cindai da satu jer.. huhu.. terima kasih tok, atas tunjuk ajar..
BalasPadamdulu nak ambil x brani sbb x da ilmu, bila tengok koleksi tok & tunjuk ajar dr tok, baru ada keyakinan nak kumpul..
Padamalhamdulillah, jaga la elok elok
Padamin sha allah tok..
PadamSalam....
BalasPadamAlhamdulillah..sy amat berbesar hati dgn tok..
Terima kasih tok sbb banyak support sy..In shaa Allah tok...sy sbgai org baru amat mmrlukan tnjuk ajar dr tok....terima kasih tok..terbaik...
Untuk penyimpanan gaimana la tok, time malam n siang..
BalasPadamAssalamualaikum, maaf menganggu... p.sdara sy mahu melepaskan bertap emas Sesiapa yang berminat boleh whatsapp 0139297647. Maaf yea tok.
BalasPadamsalam..nak tanya kalau ada jual bertap hitam?
BalasPadamAssalam tok kat mne lau nk cari bertap ni
BalasPadamAssalam tok kat mne lau kita nk cari sendiri bertap ni
BalasPadamhutan belantara jauh ke dalam
Padam