Sabtu, 12 Oktober 2013

LAGENDA PAWANG BUKIT SALAK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera tuan tuan/puan/cik

Selama 9 jam berfikir semasa perjalanan pulang dari dungun ke Johor semalam, akhirnya Tok membuat keputusan untuk menghidupkan kembali PAWANG BUKIT SALAK

Gelaran ini diberikan guru Tok iaitu Pak Tua di Bintulu iaitu di kampung Ulu Sebauh . Lama Tok memakai nama ini sehingga terkenal sehingga ke Miri di kalangan isteri isteri jutawan yang hilang cnta dari suami mereka. Pawang bukit salak ialah Pawang Asmara sepenuhnya , pada masa itu Tok hanya  Merubat masalah Jodoh, lambat Jodoh ( Johorn ), bini lari ( Kabong ), laki lari ( Saratok )... anak hilang ikut janda ( kabong ), masalah sihir hati dan cinta bagi gelap tak nampak bini , hanya nampak perempuan itu sahaja... Alhamdulillah pada waktu itu agak terkenal juga di kalangan Iban Ulu Sarikei, Bintangor, Sarikei sehingga ke Miri Bagi bangsa Kedayan.

Akhirnya Bila Tok nak berkahwin, Tok ambil keputusan untuk membekukan kebolehan itu ( bahagian asmara ) kerana takut Isteri tok tak boleh menerimanya, namun selepas menikah, alhadulillah Rupanya Lica ni Sporting dan boleh menerima Tok seadanya.

Apabila Tok menggunakan nama Tok Mat GB ni ( Asalnya En Mat je , tapi Tok nan Parit Raja Yang Mulakan Dulu ) Tok langsung tak buka kelebihan ilmu asmara yang ada pada Tok, sebab Tok ni jenis pandai membahagikan kelebihan mengikut nama nama Gelaran Tok.... dah nama pawang , cuma apabila tok aktifkan semula amalan amalan Pawang Bukit salak ini, Tok x kan jadi seperti diri Tok sekarang, kerana Pawang Bukit salak amalannya amat panas , dan menyebabkan Tok mudah menjadi bengis.,, Kalau Anda rasa skrg tok bengis, cuba anda bayangkan kalau ia tambah bengis 5x ganda lagi... bengis dan tegas... amalannya agak panas dan berat sekali. menyebabkan jiwa tertekan selalu. Tapi jika ada masalah rumah tangga insyallah mampu di bantu dengan mudah.

Sebelum ini tok menggunakan Kaedah biasa dalam masalah rumah tangga sebab kalau tok menggunakan Ilmu Asmara ini, maksudnya Tok sudah menjdi Seperti Pawang dahulu, bengis dan tegas, rasanya harimau pun mungkin lari .... mungkin la kan hahaha..... Azim dan generasinya dulu amat tahu akan kebengisan Tok... berapa ramai murid kena tampar dan penerajang sebab lembab dalam silat. Itu lah Tok Dahulu..... 2 tahun lepas..... sebab tu sekarang Azim cakap abg dah banyak slow.... tapi lihat lah hasilnya akibat didikan begitu... mereka menghormati Tok sebagai guru mereka, tidak sama dengan murid zaman sekarang.

Tidak mengapa akan hal itu.....


INSYALLAH..... DI UMUMKAN.....

Pawang Bukit Salak....

SUDAH KEMBALI


Jika ada masalah anak hilang, bini lari, laki lari, bini curang, nak jodoh, berkenan perempuan, berkenan lelaki, janda nak bujang, duda nak dara.... silakan datang bawak gambar mereka dan sekotak kapor barus...itu sahaja... tok x minta duit , kalau nk bagi rokok, tok hisap rokok surya 16 sahaja...

Suami nak poligami isteri tak bagi, isteri nak poligami, madu tak boleh berbaik, nak kahwin tapi takut satu masa isteri curang, seblum malam pertama mai sini dulu Tok petuakan... tobat tak jadi jahat..tapi x lah jadi bodoh x boleh kerja. Silakan bawak gambar dan batu sungai besar tapak tangan serta 3 kain ( kuning merah , hitam tiapnya cuma setengah meter ). 

Di samping itu juga Pawang Bukit Salak Insyallah mampu dengan izin Allah :

- Jika kampung ada Toyol
- Jika kampung ada org minyak
- Jika kawasan ada Penanggal
- Jika sekolah ada Jin dan kerap histeria
- Jika Ada kes sihir dan ingin membalikkan
- Kelar dan kerat Daging musuh jarak jauh, namun pikir elok elok, kerana jika jadi, salah satu anggota badan anda akan patah sebagai tumbalnya.
- Masalah Pontianak Amuk di kawasan


SATU SAHAJA TAK BOLEH ......SO SERIUS.........

- Apa sahaja berkaitan POCONG...tok minta maaf Banyak Banyak.... cari Pawang lain saja


Amalan ini di aktifkan kerana, bila tok dalam keadaan begini, terlalu mudah dan lembut.... orang suka pijak kepala tok dan tok x mampu membalasnya kembali sehingga terpaksa korbankan masa cari orang sana sini. nanti dah aktif... Rasakan saja penangannya... Semua dengan izin Allah Jua, Ilmu ini juga Ilmu Allah juga

PESAN TOK 

* Kepada Semua, selepas Tok Aktifkan amalan Ini, ia akan bermula Malam esok dan berakhir 3 hari selepas itu..

* Jika anda datang ke rumah Bawak Isteri, adik, anak yang sudah matang... asalkan ia perempuan... Tok tidak akan bercakap memandang mata langsung, jadi sila maklumkan mereka awal awal, jangan di kata Tok sombong... masalahnya kalau dah terpandang Temu Mata Hitam ke Mata Hitam, Takut Balik rumah asyik teringat, kita yang jadi masalah nanti . Kerana ia akan jadi sendiri.... Tok pesan awal awal agar anda Faham.... Sama juga dengan murid murid perempuan Tok... Jangan cakap Tok sombong ya..... Suka hati anda nak cakap tok bergurau atau apa... tapi ia boleh jadi kes serius...lagi bagus jangan bawa...pondan pun jangan

* sedangkan amalan Rohaniah pun dah menarik jiwa .... inikan amalan berat yang Tok ambil dulu dan menerima Gelaran tersebut.

* Baca benda ni dan simpan, jangan banyak tanya ok

33 ulasan:

  1. Salam tok..nanti kalau datang dungun lagi helo2 tok,bleh pekena air secawan 2..lagipun ada benda nak bincang ngan tok..trma ksih

    BalasPadam
  2. insyallah... x bagitau org tak tahu, dah bagitau, jangan cakap tok bangga atau riak pulak ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya org2 yang sempit akal shj yg akan ckp mcm tu tok

      Padam
  3. Mudah2an kalau niat baik.. Tok permudahcara nyer... Mcm tu ke tok??

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya. insyallah tuan, tok cuma cuba berkhidmat selagi hayat masih ada. kerana itu tu enggan ambil bayaran

      Padam
  4. tumpang tya..amalan rohaniah tu pn amaln pnas jgk ke tok?

    BalasPadam
  5. Salam Tok.. Dari dulu lg Leo tau nama "Pawang Bukit Salak" ni.. Tapi x sangka lak Leo, Tok adalah orangnya.. Meeooow.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu pawang bukit salak ni amat jahat orgnya hahahha..mcm mcm benda x elok ada...nak nikah punya pasal, dah insaf dan bertaubat... tu pun pasal jual minyak dagu, ilmu lain banyak buat bantu org sahaja. Nak menikah ni mana boleh simpan myk bunuhan...nnati takut isterj mudah kesurupan..bahaya..itu pun kalau asli lah

      Padam
  6. As Salam tok. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Tang pocong tu. ...ingat baru nak tanya....tapi tok dah bagi jawapannya. .....huhuhu. ....

    BalasPadam
  9. bab rokok surya 16 yang dok leh tehe ter..... hahahahaahha

    BalasPadam
  10. Salam tok
    Boleh bagi alamat
    Saya nak datang bawak kakak ipar
    Dia ada masaalah dengan suaminya
    Ada perempuan lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sms tok ke 017-8259540..nanti tok bg alamat

      Padam
    2. Ni alamat tok , biar org nampak terang dan jelas :

      NO 1 JALAN BENTARA 3
      BANDAR TENGGARA
      81440 KULAI JOHOR


      Nak datang kol dulu sehari awal ya

      Padam
  11. Farabo ahmad.buatlh kem kt dungun tue.

    BalasPadam
  12. Return of the legend...tahniah & Terbaikkk..!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak nama lagenda tok yang tok tinggalkan , kebanyakannya demi masa dan situasiiiii.....

      http://geligabunian.blogspot.com/2012/11/batu-serai-bunian.html

      Padam
  13. asalamualaikum tok...tok kalau sy nak berguru terus dgn tok tak perlu ikut kem boleh tak?

    BalasPadam
  14. salam tok. saya ada minat dengan sorang perempuan ni. perlu saya jumpa tok secara terus ke kalau nak dapatkan khidmat ni? ataupun ini sebenarnya ilmu yang tok akan ajarkan dekat orang yang nak? ada konfius sikit la tok... anyway, saya netul2 perlukan bantuan tok ni. boleh contact saya ke terus tok? thanks!

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Bg alamat bomoh yg di kulai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama apa tuan ni. Nama pun xdak nih. Salam ka hai pun xda. Sapa nak bagi tah tah pembunuh bersiri ke.

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN