Rabu, 10 April 2013

MAKLUMAN

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia


Untuk hari ini , insyallah ada item baru ( malam Nanti ).

Buat masa sekarang ( siang ), Tok sedang uruskan Segala perlesenan, Penjenamaan dan pengubahsuaian syarikat induk di dalam mempertingkatkan privasi dan sekuriti syarikat kami, jadi agak sibuk pada hari ini sehinggakan begitu banyak sms dan panggilan tidak dapat dibalas dan dijawab, diharapkan semua Pelanggan memahami situasi kami buat hari ini.

Insyallah selepas beberapa lesen dan dokumen dikelaurkan semua pengurus kami akan diberikan surat perlantikan sebagai PENGURUS KEM SAMBILAN secara rasmi. 




PENGISTIHARAAN

Syarikat My Gemstone , Kem Mistik Tok Mat G.B dan bidang bidang lain akan diuruskan oleh Syarikat induk kami sendiri iaitu GESB , Nama " Kem Mistik Tok Mat G.B " Sendiri juga sudah siap untuk dijenamakan di bawah naungan utama GESB. Audit dan setiausaha rasmi sudah dilantik dari sebuah Syarikat Consultant bagi menguruskan segala galanya, Bermaksud semua akaun kami akan disemak semula secara rasmi dan jika terdapat mana mana penyelewengan pembelian berlaku, tindakan undang undang akan terus di jalankan tanpa sebarang NOTIS AMARAN. 

2 Buah Unit yang dinamakan U.T.P.O ( Unit Tindakan Penipuan Online ) Dan U.S.A ( Unit siasatan Audit ) Juga sudah secara rasminya didaftarkan di bawah SSM di mana UTPO adalah untuk kepentingan Pengguna dan peminat Mistik, beberapa ajen akan dilantik untuk mengesan penipuan penjualan Item item Online terutama Item MISTIK. Manakala U.S.A Pula adalah demi kepentingan Syarikat kami sekarang yang berstatus SDN BHD Dari penipuan org awam yang mengistiharkan membeli item kami namun tidak melakukan sebarang Pembayaran. 

Perubahan mungkin berlaku dari masa ke semasa dan ia adalah pertimbangan Pengarah Pengarah Terlantik Di Dalam GESB.

Pihak kami mengalu alukan penjual penjual mistik lain bernaung di bawah syarikat kami demi kepentingan perniagaan mereka. Jika berminat, sila hubungi :

Tok Mat G.B : 017-8259540

50 ulasan:

  1. Terbaik..semoga rezeki tok makin baik..utk kita warga gb smua...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, semua aktiviti ini memberi benefit untuk penjual dan pembeli...moga Allah memberkati usaha Tok dan rakan2...ia akan membantu semua peminat barang mistik..insyaAllah! Kita sokong Tok.

    BalasPadam
  3. Terima kaseh semua.... hok mano sms dan call x dapat di jawab tu, maaf lah utk hari ni memang tok sedang buat urusan formal dgn SSM, bank dan consultant..agak bz sampai depan consult td kene migrain belah kiri hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah tok mat atas perkembangan dan pencapaian ini....DIRGAHAYU GB....

      Padam
    2. Tahniah Tok Mat...Perjuanganmu amat dihargai.

      Padam
  4. terbaik la tok.. semoga smuanya berjalan lancar..

    BalasPadam
  5. huhu..terbaikk.. tahniah tok atas kemajuan yg di capai.. alhamdulillah.

    BalasPadam
  6. Insyaallah semua akan berjalan dgn lancar tok mat.

    BalasPadam
  7. Assalammu'alaikum. Saya Mohd Nazri dari Melaka,masih baru dalam perniagaan item mistik.Saya berminat untuk bernaung dan mendapatkan tunjuk ajar dari Tok Mat. Harap Tok Mat dan sahabat2 dapat beri tunjuk ajar pada saya.Nama syarikat saya,Nur Sufiniaga (MA0179785-P) dan blog saya http://www.baitul-aura.com.
    Tolong beri teguran dan bimbingan kepada saya sekiranya ada kesalahan yang perlu diperbaiki agar perniagaan item mistik yang saya jalankan sentiasa terpelihara dalam kebenaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan...tolong beri tunjuk ajar jika terdapat kekurangan sy.

      Padam
  8. http://www.baitul-aura.com. >>>The blog you were looking for was not found.<<

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan ada letak noktah dihujung com

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. owh...ptut la xleh bukak..ade titik upenye, , igt nk g survey2 item kt sane.. ape2 pn terima kasih tuan Nazri =)

      Padam
    4. Sama2 tuan..Harap beri teguran jika terdapat kecacatan blog sy...

      Padam
  9. Alhamdulillah.... pastinya yang terbaik dari Tok Mat GB!!!!

    BalasPadam
  10. dahsyatnyer tok sistem pengurusan sekarang... tahniah tok!!~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kita nak ikut prosuder aje, tax pun dah dijelaskan, alhamdulillah.

      Tok lalu setia troika nak naik ke highway kempas, nampak 1 bangunan baru buka IOI properties... tk cakap dgn alisya, isyallah 1 masa tok nak but bangunan macam tu juga menghimpunkan semua item permata geliga, item mistik , penjualan dan marketing juga nak buat di stu, dan semua sistem adalah online.... insyallah moga tercapai .... tok kalau dah berangan mcm tu, selalu tok akan realisasikan antara lewat atau cepat sahaja... insyallah.. minta kerjasama semua sahabat agar terus menjadi pelanggan setia GB, insyallah Tok berikrar akan menyediakan produk berkualiti untuk anda semua. Insyallah

      Padam
    2. Insyaallah tok akan tercapai cita2 tok mat.

      Padam
    3. insyaallah semoga dapat direalisasikan visi tersebut...

      Padam
    4. terbaik la tok mat.siap ng bangunan sdri lg tu..insyaallah..kmi stsa mykong tok mat..

      Padam
  11. Alhamdulillah ..tahniah Tok Mat , Pn Alisya dan GB , berkat kejujuran, keikhlasan dan berpegang pada prinsip..semoga GB Akan berkembang maju dlm tanahair
    dan luar negara...Amin.. Yg penting Tok memberi layanan cukup terbaikkk pd pelanggan dan tak lokek ilmu... Tkasih dan tahniah selagi lagi... Insyallah ...

    BalasPadam
  12. alhamdulillah... memang bertuah kalau jadi pelanggan GB... terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tok Mat kan kuat auranya....kita dapat tempias pun jadi le...hehehe

      Padam
    2. Betul Tn ae salno, sy terlambat skit dan pernah ditipu ...nasib baik terjumpa blog GB ...byk panduan., dpt pelajari dri Tok...tapi paling penting Tok la paling hensem ..dlm GB ni..

      Padam
    3. Bak kata org lama..tuah ayam nampak dikaki,tuah tok mat nampak pd kehensemannya...

      Padam
  13. Next election kita bawa Tok Mat bertanding DUN Jhr..seandainya Gerhana Emas Sdn Bhd berterusan maju ke hadapan!
    Mohd Nazri..Tok Mat encem eh???!! Heheee...Tok bg 50% ASAM GARAM kat Mohd Nazri ni nnt ok kot Tok...!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe... mana encem dah..kalau dulu..iya lah..jambu hehehehehe..skrg dah boroi

      Padam
  14. Cayalah tok. Makin maju nih. Pasni In sha Allah tidak akan berlaku penipuan online lagi. Terbaekkk......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah, jikaanda tertipu dan tak tahu macam mana nak buat, sila laporkan kepada kita Nama penjual, no hp penjual, alamat dan butiran lain jika ada, jika ada nama dan no hp saja..tak tau alamat, insyallah kita akan guna UTPO dan libatkan penyiasat persendirian bagi mengetahui identiti penuh penjual yang menipu.... jangan risau tuan...semua kos penyiasatan kita tanggung...dgn syarat kes itu tuan tuan setuju bawa ke mahkamah, di sana jumlah ini akan dipotong semula melalui jumlah saman yang dikenakan. jumlah selebihnya tuan ambillah semula sebagai ganti rugi.

      Kalau tuan tuan kena tipu dri penjual luar negara, minta maaf, kami tak dapat tolong.

      Jika dalam negara, insyallah..petik jari je ...seperti yang pernah kita buat sebelum sebelum ini.

      Padam
    2. Memang ada tok... Item yang dipesan sampai 3 bulan tak hantar pun ada..Nak buat macam mana, dia dah cari makan dengan cara menipu orang..Pastu bagi makan anak isteri..Semoga Allah memberikan hidayah kepada dia tu. Jenuhlah nak minta maaf kat orang2 yang dia tipu tu..Mungkin dia ingat hidup boleh menongkat langit kot....

      Padam
  15. wah tok..trbaik la..bak kata org utara"canggeh baqhiang"

    BalasPadam
    Balasan
    1. x paham tok walau tok org utara tuan hehehe

      Padam
    2. Org Perlis pun tak faham ni......

      Padam
    3. haha..maksudnye..canggih tok skang ni..baqhiang tu habaq kt hang..sori smua..campur siam skit ja..hehe

      Padam
    4. baghi kat hang... habaq kat hang noooOOOO!!~~

      Padam
  16. tok, tunjuk ajar ku sifu. bagi info ckit tok, cara nak bernaung di bawah penjenamaan baru gerhana emas sdn bhd. semoga ia dapat memberikan kebaikan kepada mereka mereka yang berminat untuk terus merancakkan ilmu khazanah melayu yang semakin dilupai di era moden ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan cuma perlu jumpa Tok, dan serahkan 2 salinan ssm,2 salinan i/c dan 2 keping gambar pasport, kita akan buat kan 1 surat bahawa syarikat tuan bernaung di bawah syarikat kita, 1 dokumen akn diserahkan kepada tuan, 1 lagi kita akan bagi syarikat perunding kita simpan.

      Yuran naungan setahun ialah RM 300, benefit yang mereka perolehi ialah , perlindungan penipuan di mana jika ada penipuan dan mereka melaporkan kepada kami, pihak kami akan membuat siasatan melalui penyiasat persendirian yang di lantik. semua aktiviti ( seminar, kem, ceramah ) perlu memaklumkan kepada pihak kami bagi menggelakkan sebarang kemungkinan x elok.

      Di dalam dokumen tersebut terdapat juga perjanjian pihak tuan dan pihak kami bahawa anda tidak akan sesekali menjual item palsu, item mistik indon, barangan sintetik, kaca , masak dan sebagainya .

      Pihak syarikat ini juga akan dilantik sebagai wakil syarikat kami . Boleh diklasifikasikan sebagai Ajen, Wakil, Pengurus syarikat kami.

      Item jualan syarikat mereka juga akan dimasukkan ke dalam semua network & marketing kami , pihak kami hanya mengenakan caj 10% dari nilai keuntungan jualan syarikat berkenaan.

      Syarikat ini juga akan terlindung dari siasatan pihak kami dalam UTPO dan mereka di kira sebagai salah satu anggota syarikat GESB dan mempunyai hak hak istimewa yang sudah dan akan dimaktubkan di dalam Dokumen berkaitan

      Padam
  17. Item Sedang dikodkan...jap lagi di snap gambar, baru upload... erm... Malam ni mungkin akan ada 1 item keluar seba dah berjanji... selebihnya akan keluar esok pagi ya .... malam ni buat permulaan ialah :

    KERIS KAYU GALAK MERAH....

    BalasPadam
  18. Tahniah tok mat n pn alisya.....bisness....semakin maju....

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN