Isnin, 5 September 2022

KISAH TOK MUDA

 Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semuanya

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat kiranya tok menulis artikel ini untuk tatapan anda semua.

Pada ketika penulisan ini di cipta tok berada di Negeri Perlis di teratak Kebun Tok Muda , Di sebabkan tiada pekerja yang sanggup tinggal di sini kerana kawasan yang angker teroksss sampaikan Pekerja paling kental pun terpaksa tarik diri, makanya terpaksalah tok sendiri yang menjaganya, Bila dah lama duduk sini bertemankan Kawan kawan tak Nampak tu, tok dah tak selesa nak pulang ke Alor Setar sedangkan Rumah sana lebih selesa dan Nyaman, Tapi kerana ia terlalu luas maka ia menimbulkan kerimasan , mungkin dah nak biasa duduk dalam Lubang kubur yang sempit haha. 

Semenjak bulan January 2022 di mana Tok menceburkan diri di dalam Arena POLITIK ( Sekarang dah stop ) sampailah tok bertemu Puan Kai dan berkahwin dengannya, Macam macam perkara tok lalui.. sebenarnya bermacam macam perkara. Nak diceritakan pun dah tak sanggup dah sebenarnya, ia adalah ujian dan dugaan sepanjang tok Mengenalinya senang kata nyaris nyaris angkat gang 30 dah dalam urusan dengan dia ni hahaha, Nyaris sahaja, tapi alhamdulillah tok mampu selesaikannya sendiri. 

Dalam pada yang sama keadaan kesihatan tok yang turut merosot akibat kerap melalui perjalanan yang jauh juga menjadi penyebab tok tidak dapat aktif di dalam blog dan membuat update terbaru melainkan tok bagitau bonda butirannya dan bondalah yang menaipnya di blog. 

Kini Bonda di naikkan pangkat menjadi Penyelia, dia menyelia semua Tugasan Pekerja dan memastikan Adik dan Anak sulung tok mampu melakukan bagaimana dia lakukan lepas selama 9 tahun. Dan tok memintanya untuk fokus kepada anak anak sahaja, Buat kerja blog ni menuntut masa yang banyak dan anak tok nombor 3 yakni anak Bonda JJ sendiri pun dah masuk alam persekolahan, Maka tok menitahkan Bonda JJ untuk fokus kepada hal hal rumahtangga dan anak anak sahaja. Kiranya dah Jadi Mam Besar la haha. 

Sampaikan FB pun tok tak sempat update apabila tok kembali ke arena blog di mana tok sedang mengumpulkan barang barang bagi penerbitan di 2 blog. 

Jika anda lihat sekarang penerbitan Produk adalah tidak tetap , ini kerana kita lebih kepada offline sekarang. Jika tiada nampak komen GRAB, itu bermaksud ia di GRAB melalui Whatsapp dan kesemua barangan baharu akan di broadcast dahulu di dalam whatsapp kepada semua pelanggan yang sebelum ini ada namanya tersimpan di dalam simpanan data kami. 

Malah banyak barang baharu termahar terlebih dahulu sebelum ia sempat di maharkan di blog. 

Cara pasaran zaman sekarang adalah lebih laju dari zaman dahulu, lebih pantas dan lebih efisien, Generasi zaman anak anak tok dan wife tok ni berbeza dengan cara pasaran zaman tok. 

Sebab itu tok minta kepada semua pelanggan untuk mendaftar ke nombor admin 01117447688 untuk mendapatkan broadcast item terbaru apabila ia available. 

Tok juga menjalankan Kerjasama bersama beberapa rakan seguru, Agen agen barang Mistik seluruh asia dengan tidak menhira Ugama , Bangsa kerana pelanggan kita juga sekarang ramai yang bukan muslim, Kita bersikap terbuka untuk semua apabila sampai 1 tahap kita memahami sesuatu yang org lain tidak sampai dek akal mereka. 

Tok juga melihat beberapa Peniaga dari FB yang dah mula berniaga LIVE di Tik tok seperti Sdr Joe.. selalu tok menyampuk dalam live dia utk membantu jualan dia, bila tok sebut nama tok ni Tok Mat, dia terdiam, Awat Joe hang segan nak sebut nama aku?.. aku senang je sebut nama hang dalam Blog Aku ni?.. rileks.. rezeki Allah itu luas .

Tok juga kini dalam perancangan untuk membangunkan projek Fertigasi dan Hidroponik di bawah seliaan Kerajaan di Tanah Kebun tok sendiri, In Sha Allah dalam proses perangkaan mendapatkan dana kerajaan. Kalau sekarang menanam sayur itu adalah kegemaran tok di sini , selain amat suka akan sayuran ia juga menambah pendapatan sampingan, Kazen tok mendapat pendapatan pasif 1 hari RM 1500 hanya dengan menjual sayuran yang di tanamnya.. Sudah tentulah tanamannya banyak untuk mendapatkan Kilo RM 1500 sehari. 


Rasanya itulah yang mampu tok tuliskan untuk anda baca. Yang penting.... Sila daftar Untuk Dapatkan Broadcast di 01117447688 Segera dan tak lama lagi mungkin info bergambar sahaja akan di masukkan dalam BLOG ini dan Blog Legasi. 


Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN