Ia dikenali sebagai Geliga Sakti Sultan Ahmed, yang pada asalnya digunakan untuk meredakan ribut dan taufan dengan izin Allah SWT.
Geliga ini diberikan dalam jumlah yang sangat terhad.
Kaedah penggunaan:
Geliga ini boleh dijadikan cincin. Apabila rumah atau kawasan didatangi ribut dan angin kencang, arahkan cincin ke langit lalu berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 11 kali. Dengan izin Allah, ribut dan taufan akan cepat reda. Kini memasuki musim hujan dan banjir, maka ia boleh dimanfaatkan untuk tujuan ini.
Geliga ini bukan sahaja berfungsi untuk meredakan ribut dan taufan dengan izin Allah, malah mampu menyejukkan hati musuh yang sedang membara dengan api amarah melalui kaedah yang sama. Contohnya, jika esok ingin berjumpa seseorang yang diketahui keras hatinya, lakukan amalan ini pada malam sebelumnya di luar rumah dengan niat agar hatinya menjadi tenang ketika pertemuan esok. InsyaAllah.
Inilah antara kelebihan Geliga Sakti ini.
Selain itu, jika berhadapan dengan pesakit gangguan, saka, atau kerasukan harimau, lakukan kaedah yang sama dengan menghalakan cincin ke arah dada pesakit. Dengan izin Allah, pesakit akan menjadi lemah dan tertiarap, sekali gus memudahkan urusan rawatan.
Sekiranya bertemu dukun sihir yang melakukan sihir berbentuk pertunjukan — yang kini ramai berselindung di sebalik gelaran ustaz dan mengadakan persembahan di pelbagai tempat — halakan cincin ini ke atas, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 11 kali, dan niatkan memohon kepada Allah agar pintu sihir mereka ditutup. Setiap penyihir lazimnya telah memasang penjuru sihir sejak awal. Dengan izin Allah, geliga ini mampu menutup ruang tersebut, menyebabkan sihirnya gagal dan penyihir menjadi kelu.
Banyak khazanah Kerajaan Keriang yang bersifat luar biasa dan jarang ditemui sepanjang Tok berada dalam bidang ini. Semua ini adalah tanda kekuasaan Allah SWT, yang sering diperkecilkan oleh manusia. Sedangkan seperti pesan guru Tok, ilmu Allah itu walau manusia hidup dan mati tujuh kali sekalipun, tidak akan pernah habis pengetahuan-Nya.
perhatian :
MULAI HARINI , TARIKH 30/12/2025, SELURUH GROUP PADUKA AKAN MEMBUAT PENGEPOSAN PADA HARI YANG SAMA PEMBELIAN . INI UNTUK MENJAGA KEHARMONIAN ANTARA PELANGGAN DENGAN KAMI .
========================





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja