Alhamdulillah, pada malam semalam Tok telah melalui satu perjalanan ruhani ke alam astral. Dalam perjalanan tersebut, Tok berkesempatan bertemu dengan Permaisuri Urduja yang ketika itu singgah sementara di Kerajaan Awan lapisan kedua. Perjalanan menuju ke sana tidaklah semudah yang disangka.
Semasa melalui lapisan awan pertama, Tok menghadapi sedikit kesukaran untuk menembusinya. Awan tersebut kelihatan dikelilingi oleh kepulan seakan gas atau toksin berwarna ungu dan hijau, memberi rasa berat dan menghalang pergerakan. Tok tidak memperincikan atau menyelidik lebih jauh mengenai hakikat kepulan tersebut kerana keutamaan Tok adalah untuk segera ke lapisan seterusnya. Namun, Tok sempat berhenti terapung seketika, menoleh ke belakang dan memerhatikan keadaan awan yang diselubungi kepulan tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke atas.
Setibanya Tok di lapisan awan kedua, Tok disambut oleh sekumpulan wanita berpakaian serba putih. Pakaian mereka menyerupai pakaian ihram, dengan bahu kiri kelihatan sedikit terbuka, manakala kepala mereka dihiasi bunga-bungaan yang mengeluarkan bauan harum dan menenangkan. Sambutan mereka penuh tertib dan aman, tanpa sebarang kata yang berlebihan.
Kerajaan Awan yang Tok lihat sangat luas dan mengagumkan. Dari lapisan awan pertama hingga kelima, keluasan alam tersebut seakan-akan melebihi keluasan permukaan bumi. Di sana wujud kerajaan-kerajaan, wilayah, penduduk, serta sistem kehidupan yang tersusun rapi, dan keseluruhannya dipenuhi suasana keamanan dan kemakmuran.
Permaisuri Urduja berada di Kerajaan Awan tersebut hanya untuk singgah sementara, bagi menemui sahabat-sahabat karibnya. Tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai kepulan toksin yang Tok lihat di lapisan awan pertama. Tok juga memilih untuk berdiam diri dan tidak mengemukakan persoalan tersebut, memandangkan mereka baru sahaja melalui konflik dan peperangan. Tok merasakan adalah lebih baik memberi ruang ketenangan terlebih dahulu sebelum membuka sebarang perkara yang belum masanya.
Dalam pertemuan tersebut, Tok telah diamanahkan dengan Geliga Bekal Askar Kayangan. Menurut penjelasan yang disampaikan, tentera Permaisuri Urduja masih lagi ditugaskan di kawasan antartik , khususnya bagi mengawal keadaan serta perimeter sejauh 30,000 kilometer. Pada masa ini, hanya terdapat satu kerajaan yang sedang bergolak, namun mereka masih mempunyai sokongan yang kukuh daripada kerajaan Kota Kayang, dan belum memerlukan bantuan daripada kerajaan Barat dan Selatan. Permasuri Urduja sendiri,, dikecualikan daripada tugasan tertentu kerana baru sahaja terlibat dalam peperangan.
Geliga yang Tok terima itu merupakan bekalan yang mewakili 15,000 tentera Kayangan. Untuk membayangkan tentera ini, mereka digambarkan memakai jubah dan serban berwarna putih sepenuhnya. Di belakang mereka terdapat kain layang putih, seakan-akan kain terbang seperti yang digambarkan pada watak-watak penjaga atau pelindung. Keseluruhan penampilan mereka melambangkan kesucian dan disiplin.
Tentera-tentera ini terdiri daripada golongan yang menghafaz Al-Quran, dan kehadiran mereka tidak dizahirkan secara nyata. Sekiranya pada suatu masa terdengar bacaan Al-Quran secara halus atau tanpa sumber yang jelas, janganlah merasa takut. Ambillah Al-Quran dan bacalah bersama-sama, kerana itulah adab dan jalan yang paling selamat.
In Sha Allah, segala yang berlaku ini adalah dengan izin-Nya dan mengandungi hikmah yang mendalam bagi mereka yang menjaga adab dan amanah.
kod produk :
========================
CIK DIELA : 0178991048





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja