Isnin, 11 Ogos 2025

Pemaharan Istimewa – Minyak Puncak Embun dari Kerajaan Sokur Taku

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat dan pengikut setia blog Legasi Tok Muda.

Hari ini Basyri, selaku wakil rasmi dan admin bagi pihak Tok Muda, ingin memaklumkan tentang satu pemaharan istimewa daripada Arkib Perbendaharaan Kerajaan Jerai dan Sokur Taku.

Seperti yang ramai maklum, Tok Muda sekarang ini sedang terlibat dalam dua perkara yang agak mencabar dan bersaing serentak – mencipta lagu baharu yang kini sudah mula masuk ke platform Spotify, sambil dalam malam yang sama masih meneruskan ritual-ritual seperti biasa. Walaupun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan sepenuhnya, beliau tetap istiqamah meneruskan amanah yang dipikul. Lagu berkembang, ritual berjalan – dua dunia yang kelihatan berbeza, tetapi saling melengkapi bagi seorang Tok Muda.

Untuk makluman para sahabat semua, kali ini kita membuka peluang untuk memiliki Minyak Puncak Embun – satu-satunya botol yang dihadiahkan secara langsung oleh pihak Kerajaan Sokur Taku. Minyak ini bukan minyak biasa. Menurut catatan yang disampaikan bersama hadiah tersebut, ia memiliki pelbagai kegunaan, antaranya:

  • Perlindungan dari gangguan alam jin dan bunian.

  • Memudahkan urusan perniagaan dan menarik rezeki.

  • Menguatkan seri wajah dan wibawa diri.

  • Digunakan dalam beberapa ritual khusus sebagai pemanggil penjaga ghaib dari Sokur Taku.

Nilai sejarah dan keampuhan minyak ini sangat tinggi. Namun Tok Muda hanya menetapkan mahar RM3000 sahaja untuk ia dimiliki oleh seorang yang benar-benar menghargai dan menjaga amanahnya.

Bagi sahabat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang minyak ini atau barang-barang lain dari simpanan Tok Muda, bolehlah menghubungi Puan Kai di 01111701048.

Ingat, ini bukan sekadar minyak – ini adalah warisan daripada sebuah kerajaan ghaib yang tidak mudah membuka tangan memberi kepada manusia. Peluang seperti ini jarang datang dua kali.


Basyri,
Wakil & Admin Tok Muda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN