Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah selesai sudah Qurban pada tahun ini yang tok jalankan untuk 23 penama yang terdiri dari ke empat ibu bapa tok, adik beradik , bapa saudara , arwah atok dan nenek ke tiga2 belah pihak dan Isteri isteri dan bekas isteri isteri .
Pada tahun ini tok di murahkan rezeki oleh Allah SWT dengan rezeki yang melimpah ruah dari Syarikat Golver 8, Shepard Breeder , Dumilah Group, NGSB serta My Gemstone dan kerana kegembiraan yang amat tersangat kerana dapat mewarisi rumah arwah tokwan tok di Perlis serta juga wang yang tok standby untuk membayar faraid kepada 6 bapa dan ibu saudara di tolak mereka ( tidak perlu bayar ) maka wang ini tok gunakan untuk melakukan ibadah Qurban di atas nama nama mereka dan lebihan wang itu di buat juga atas nama mereka yang seterusnya, Alhamdulillah.
Ada pihak yang mengecam tindakan tok meletakkan kenyataan bahawa tahun ini tok melakukan Qurban sebanyak 23 penama adalah satu penipuan, Untuk pengetahuan anda semua, tujuan tok bukanlah untuk menunjuk nunjuk atau riak, tapi perbuatan tok adalah sama seperti Utz Ebit Lew, iaitu untuk mengajak org ramai iaitu anda di sini melakukan hal yang sama juga.
Ibadah dan kebaikan boleh di tunjuk di dalam pendapat ulama sebagaimana yang di lakukan Utz Ebit Lew kerana ia mampu memberikan dorongan kepada orang ramai contohnya " owh di dalam MCO boleh juga menderma ya". Atau dalam perilaku tok " Owh dalam ibadah Qurban juga boleh buat atas nama bukan saudara waima bekas isteri kita sekalipun ya ". Di dalam perlaksanaan Ibadah menurut islam adalah di benarkan mempamerkan dengan niat untuk memberi kecenderungan kepada org lain melakukan perihal yang sama dan di contohi, dan itulah maksud tok . Cuma bagi mereka yang berkepala senget dan sentiasa negatif hidupnya akan terus menuduh ke arah hal hal negatif.
Di atas tok pamirkan nama nama yang tok letakkan dan ia di jalankan oleh sebuah NGO di Utara Semenanjung Malaysia pada pagi tadi. Tok berharap ibadah ini memberi inspirasi kepada semua orang bahawa ibadah Qurban bukan sahaja untuk diri sendiri, bukan sahaja utk ahli keluarga, malah untuk kawan kawan, bapa saudara , malahan bekas isteri kita dan semoga pekerjaan ini akan memberi bantuan kepada mereka di Padang Masyar kelak. Amin
Alhamdulillah mudah-mudahan semakin melimpahruah rezeki Tok sekeluarga. Amin.
BalasPadam