Jumaat, 1 Mei 2020

EMAS DAN PERAK



Alhamdulillah makin laku keras penjualan silver, dinar dan dirham tok di shopee, malah Platinum pun sudah di poskan tadi ke customer, tok pun tak faham platinum ni .. tapi jual je la hahaha. 1 biji tu rm 4k lebih.

Dirham eid mubarak ada customer beli borong semua, asal keluar terus beli borong, uih nak raya sakan ni. untung anak anak menakan dia.

Tok tahun lepas pun bagi anak anak buah dirham buat duit raya, ada yang tak faham tanya " bagi benda ni nak buat apa , bukan boleh belanja " hahaha.. sekarang memang belum, ke depan silap haribulan dirham sekeping itulah untuk buat beli makanan, duit dah tak laku zaman tu. Kalau tiba2 dunia jadi sengketa saja, semua org terkebil kebil , wang kertas tak laku apatah syiling, dirham itulah yang akan menjadi pemuas perut in sha Allah..kalau ada dinar lagi besar makanan boleh beli masa tu.

Perniagaan di Shopee tok lihat, org kita lebih membeli dirham atau silver bar, bangsa cina pula beli emas / gold 20 gram ke atas sekali dia beli.

Ada org kita nak beli tapi was was, betul ke emas asli ada di jual di shopee hahahahehehe. macam macam. Alhamdulillah setakat ini pembekal emas tok bukan calang2, bukan dari seller facebook, nu..kilang teruih.. sebab kalau nak pakai seller atas seller. berapa sangat kita mampu mark up. 1 bar untung rm 80 paling pun, mana tahan. Modal lagi. Nak kejar modal bar dan lain lain lagi .

Nak direct Nadir di Turki bukan senang, laman web dia pun bukan dalam bahasa inggeris. Mujur ada customer di sana org kita yang kerja di sana boleh tolong, Alhamdulillah terima kasih.

Tapi ada akibat nya pada tok. Akibat nak mewujudkan perniagaan ini modal yang besar di perlukan dan tok menghabiskan lebih separuh duit yang tok ada. semua jadi bar gold dan bar silver, bagi tok, x laku pun tak apa ia makin lama makin naik harganya, kalau boleh jual lagi 3 tahun pun maksudnya waktu itu sudah makan untung besar lohh. Kalau jadi sengketa dunia pun itu emas perak boleh guna untuk hidup loh. Itulah yang tok berminat perniagaan ini.

Perniagaan batu dan hikmah boleh di gunakan ketika sengketa berlaku , emas dan dirham juga boleh di gunakan ketika itu, maka tidak rugi apa apa, kedua duanya untung baik dari segi mana mana situasi pun.

Usah was was, buat org kita, dirham tok jual bukanlah palsu, bukan compound pun. asli seaslinya. beli ler semantara dok murah ni, jangan membazir ke benda lain. Apatah emas. ini bukan pelaburan tau, ini emas fizikal. takda kaitan dengan pelaburan, Pelaburan... anda bayar duit, brg takda dalam tangan.. Ini anda bayar , brg dalam tangan, anda menentukan bila nak jual ( bila harganya naik lah ) itulah pelaburan yang sebenarnya. Sesuai bagi semua golongan, baik pemalas atau golongan rajin ( malas nak intai harga pasaran ) waima bitcoin pun takkan mampu mengatasi . Ingat... Emas perak di gunakan sampai di dalam syurga sekalipun... neraka pun pakai emas dan perak di mana ia di leburkan dan di masukkan dalam mulut anda kerana tak bayar zakat emas perak... Wassalam

*baru ni tok jual bar gold 50 gram Whole sale sahaja, baru masuk pos.. En Lim sarawak dah sambar... laju dan tepat betul dia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN