Khamis, 9 Mei 2013

RUANG PEJABAT TOK MAT G.B SPECIAL EDITION

Haicehhh...

Ruang Pejabat Pun ada edisi Rupenyer yer.... kejap Klasik, kejap Hip Hop, kejap disco, kejap Special edition...

Ok... Apa yang special editionnya Tok Mat GB Oiii..??..

Special sebab ada gambar Sultan Pujaan Hati Tok Mat GB lah..... Mula tengok... " aku macam kenal org neh " hehehehe...sapa pernah mai umah dan lihat apakah mendenye yang ada kaitan dengan Sultan Handsome Hyper Handsome ni dengan Barang yang Tok ada...... 

Hehehe... pedang sebelah tu?.... takde apa..buat gimik je... bagi korang Jeles hahahaha......

Siapa kenal Sultan ini?..... Tok x mau jawab, nak lihat kepakaran sejarah anda , apatah lagi bagi anak Johor..... 





Lupa diri sungguh Tok Mat GB ni... Anak Perlis tapi dok Bangga Sultan Negeri orang...

Jawapannya :

" Di mana Kaki Berpijak , Di situ Langit Di Junjung " 

" Adab Melayu Menyembah Sultan Bukan Beerti Menyembah Bagaikan Tuhan, Namun Kehormatan Kita sebagai Bangsa Melayu, Sultan Adalah Lambang Kehormatan, Kebanggaan , Kemuliaan Bangsa Melayu, Ia Terjaga Dari Zaman Moyang Ke moyang Hingga Ke Moyang Kita, Mereka Adalah Lambang Kedaulatan Bangsa Melayu dan mereka adalah Bukti Kehebatan Bangsa Ulung Nusantara Iaitu Bangsa Mim "

" Tok Sedih zaman sekarang orang melanggar Raja, melanggar Sultan, Biadab terhadap Sultan dan Raja Raja Melayu seolah olah Memijak Kepala Bangsa Sendiri...Awat La Bodo Sangat ...Awat yang jahil sangat... 

Ibarat Kata Tun Mahathir :

" Melayu Mudah Lupa "

Kata kata ini adalah kata kata KERAMAT yang tidak akan dilupakan oleh anak bangsa Melayu yang sedar siapa mereka dan betapa TERKILAN nya mereka kepada bangsa sendiri yang khianat.....

Ibarat Skrip Hantu Mak Limah :

" Kite bako Aje "


Fikir Fikirkan....... Mereka juga manusia seperti kita, usah kita pertikaikan la cerita cerita gosip tentang mereka, tapi tanyalah diri sendiri :

" Jika Aku Jadi Sultan, Aku Mampukah Nak menjalankan Tanggungjawab sebagai Sultan....?"


Memang Kita tidak nampak apa Tugas Sultan, kita anggap depa dok goyang kaki dan bergaya sahaja, tapi ada pernah anda kaji apa peranan sultan dan istana kepada bangsa kita dan negara kita...tanpa Sultan... Kita bagaikan anjing di negara sendiri... Fikir..jangan Jadi Bodoh...


----------------------------------

Ini Bukan Politik... Tok Tak berminat denga Politik, Tapi Tok nak menegur... Kita bukan menyembah mereka macam Tuhan, tapi menghormati mereka, kerana mereka, kita masih di sini...di rumah dengan selesa dan ada segala galanya..... 

Apa mereka lakukan, itu urusan mereka...kita pun bukan BETUL mana... malah lebih teruk lagi..apatah lagi mengutuk mereka.. menunjukkan kita ni bangsa yang teruk, huduh dan gila dari mana mana bangsa di dalam dunia ini iaitu bangsa yang melanggar Sultan dan Raja Negara , seagama dan Sebangsa sendiri.... Gila... Khianat.... 

Bersyukurlah di lahirkan tidak menjadi Sultan / Raja yang penuh tanggungjawab....banyak benda nak difikirkan.

Dan fikirlah...mengapa anda tidak dilahirkan sebagai anak raja..Allah itu lebih Tahu

======================

Bukan sekadar Melayu, Bangsa Lain Pun ...Fikirlah..tanpa mereka... anda di mana... masih membijih?.... masih menoreh?.... 

Klau Raja Raja Tak restu kurung kita dalam hutan sana, x mahu masukkan kemajuan... x kemana juga kita.

Jadi jangan sembarangan melanggar Perlembagaan Istana dan Raja Raja Melayu... ibarat anda melanggar segerombolan pahlawan dan naga naga yang sudah lama tidur. Harimau Harimau yang menunduk bukan beerti takut, ia hanya menyimpan taring bagi menjaganya agar sentiasa tajam....

Belum coba belum tahu, sudah coba...lari hujung dunia pun belum tentu cukup tanah untuk sembunyi


45 ulasan:

  1. Bisnesss Tok.....semakin maju.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak tu pulak heheh..tok sebenarnya nak menguji... adakah anak bangsa tok dan rakyat malaysia sanggup pertahankan sultan mereka.... nak uji je, adakah anda takut memberi komen atau macam mana, tapi, sila jangan komen memburukkan bangsa lain, burukkan bangsa lain negara luar takpa... kita kena bersatu padu.... tak kira bangsa, we are malaysian....

      Heheh..tok ni memang berjiwa patriotik, sebab tu dalam 2 video yang akan keluar sebelum jam 3.00pm ni penyampaian nya agak garang hehehe... geram negara luar nak campur urusan negara kita..dah macam kita ni tunggul pulak hehehe..... rakyat kita bagus, cuma kekadang biasa lah... tidak tersampai akal apakah agenda sebenar... last last depa jdi kuli juga...muahahahhaha ( gelak etong )

      Padam
    2. Tok bla nk bwak kitaorang...mlawat ofis bru.............cekp jge Tok nie mnaip....pnjang karangannye.....

      Padam
  2. Cantik ofis dan di jaga dgn rapi. Saya sokong pandangan tok mat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe semak tapi teratur tok. Saya punya meja kerja? Haus... Heehe.

      Padam
    2. hehehe.... ni kat sini je, kalau kamera ke kanan sikit, sikittt je,... peh..mau pitam dibuatnya dalam lemari tu... x larat susun dah...huhu... apapun... ilham ada depan mata

      Padam
  3. hehehe...banyak HANG JEBAT moden la ni tok....tu yg lawan...HANG TUAH moden payah jumpa....spesis terancam...(>_<)...ruang keja yg selesa mencetuskan idea yg baik...terbaikkkk

    BalasPadam
  4. Muahahaha..salah..sir Ibrahim tu ayahandanye tuan

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. salah, yeaaa yeaa salah lagi hehe..cuba lagi

      Padam
    2. Sepertimana nama ayahanda Sultan Ahmad Shah Pahang ..

      Padam
    3. Almarhum jgk penah bagi tok chop mohorkan,huhuhuhuhu

      Padam
    4. Pedang kat sebelah tu mcm dlm gbr jer....

      Padam
    5. Bukan ya tuan bab pedang tu, tapi bab Pingat tu hehehe..pedang tu menyerupa sahaja.... matanya lebar, sedangkan baginda pegang pedang tirus

      Padam
  6. pagi pagi ni sampai ja 1.00 mintak jangan sapa sapa kol ya, tok belum tidur lagi...dok tgu video 1 siap upload, video 2 maybe jam 10 siap upload..apa pun semuanya akan siap upload sebelum jam 3. base pada server la.. mana tau tetiba jam 12 kabel tenet terputus pulak, susah juga hahaha

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Almarhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Almarhum Temenggung Daeng Ibrahim Sri Maharaja Johor (Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر ) (lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895) telah menggantikan bapanya Temenggung Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Beliau berumur lebih kurang 28 tahun semasa bapanya meninggal dunia[6]. Beliau memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Beliau ialah sultan pertama Johor moden.
      Temenggung Abu Bakar adalah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana. Beliau telah memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung dan membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, beliau telah menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikannya pusat pentadbiran kerajaan Johor. Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu".
      Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbirannya yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.
      Beliau telah mendapat pendidikan Barat sejak kecil lagi. Oleh itu, beliau sangat terpengaruh dengan cara pemerintahan dan pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat banyak lawatan ke negara-negara Eropah terutamanya ke England, untuk mencari pengalaman dan mempelajari cara orang Barat memerintah dan mentadbirkan negara. Kebijaksanaannya menyebabkan baginda dihormati oleh pedagang dan pemerintah British. Baginda juga bersahabat baik dengan Ratu Victoria, ratu Great Britain pada masa itu. Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 dan seterusnya beliau memakai gelaran Maharaja Johor.
      Kemudiannya, baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal.
      Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor Bahru pada tahun 1883.
      Pada 1885, Johor telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Maharaja Abu Bakar juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.
      Maka mulai 1 Julai 1886, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
      Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 4 Jun 1895[5] dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

      Padam
    2. Di atas adalah gambarnya semasa muda ... ramai org melihat gambarnya masa tua sahaja... org tertentu dapat melihat wajah mudanya ... huhuhu... ni pun tok bernasib baik aje

      Padam
    3. pengetahuan sejarah ni tok...terbaik...sejarah keTUANan DAN keRAJAan MELAYU....(>_<)

      Padam
    4. trbaik la tok..even tok bkn ank jati jhor..tp penerengan tu mmg trbaik la tok..hehehe

      Padam
    5. Ala, penerangan kopi pasta je tu tuan heu he heu, tapi memang tok tahu sejarahnya lebih dari itu juga termasuk hal hal kemistikan baginda... malas nak tulis pakai kopi pasta aje

      Padam
  8. alhamdulillah...ada jgk yg nk bukak kn mata2 yg celik tp buta...berbicara tanpa menyusun kata...berfikir tanpa akal...
    tengok sahaja apa yg berlaku d sekeliling kita...masihkn bersultan...berdaulat...kita patut berbangga kerana masih mengekalkn sistem berraja...mungkin ada yg xsetuju n mempertikaikn apa yg sultsn2 ini lakukan...tp ingatlah apabila jari kita menunjuk kepada seseorang pada masa yg sama ada tiga jari yg mengarah pd diri kita sendiri...adakah kita dh cukup bagus untuk mempertikaikn org lain...
    sy bukan pro kesultanan atau sebaliknya tp sy bangga menjadi anak Johor...punya Sultan yg masih mengambil berat ttg kebajikan rakyatnya...
    menjadi ketua keluarga shj belum tentu kita dpt melaksanakn tanggungjwp dgn sempurna inikn pula ketua negeri...kenangkn semua yg mereka lakukan dr zaman almarhum ke hari ini...andai ada kesilapan yg berlaku jgn tidak menadah tgn agar sultan kita di beri petunjuk n hidayah pd setiap solat jumaat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui...walaupun sultan2 Johor cengil.. namun kebajikan rakyatnya teta dia ambil , masuk ke kampung2 dan ambil tahu masalah rakyat.

      Kalau rakyat susah, p je istana jangan malu segan dan nyatakan masalah anda.. masalah anda akan diselesaikan masa tu jugak, ini pengalaman kepada beberapa org yg tok kenal, hidup susah , xde kerja, takde tanah pegi jumpa sultan mengadu, bukan merayu..mengadu bukan menyembah...mengadu.macam anda dok mengadu masalah anda kat mak pak, kat suami anda tu....haa macam tu lah.

      Sultan Johor memang kaya, bukan makan duit rakyat. berapa banyak kompeni dia ada, berapa banyak share dia ada dalam kompeni besar besar... memang lah kena bagi komisen sebab dia ada syer percent dalam kompeni tu, alahai apa lah..benda macam tu pun org kita xleh pikir...huhuhu

      Padam
  9. Berdiri bukan takut pada tumbang..
    Berlari bukan takut pada bayang..
    Naik bukan memijak lawan..
    Hebat bukan menumpang kawan..
    Bangkit dengan pendirian peribadi..
    Maju dengan kemampuan sendiri..

    Jangan ditepuk susu di dulang...
    Anak harimau tak dapat menyusu...
    Janganlah pecah rahsia hulubalang...
    Nanti harimau hilang kuku...

    BalasPadam
  10. istimewa nya orang melayu kerna mempunyai sultan/ raja..
    beruntungnya sesebuah negeri yang masih terdapat sistem diraja...

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. hahahahah Semakin kemas dan teratur opis tok, kih kih kih kih
    Terima kasih atas maklumat diatas, last skali baca pun time sejarah waktu skolah dulu. Ni kira refresher la nih... hik hik hik hik

    BalasPadam
    Balasan
    1. maceh... pedang tu memang dok kat situ tuan tuan, dua pula di ruang tamu, satu lagi dalam bilik.

      Huhu... psiko dalam hati bermaksud " walau macam aman, aku tetap kena berjaga jaga...ada mendatang memang aku tetak, libas, rodok dan pancung "

      Tapi kalau Psiko suka letak kayu merata tempat dalam rumah sampai bawah bantal, tu takat pukul berdarah aje...... psiko psiko...di situ org boleh nampak tekad, keberanian kita setakat mana huhuhu...

      Padam
  13. Slood tok cikgu mistik n sejarah,tak caya?ikutilah block GB hah baru padat kepala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tok share apa yg tok tahu je, tok tahu ada gak yang slack sikit2..tu pandai2 la korang betulkan semula

      Padam
  14. salam tok dan semua bangsaku, berbangga lah kita sebagai MELAYU. banyak sejarah kita yang telah dipadamkan oleh inggeris..nak tau sejarah bangsa sila layari www.sejarahnagarakedah.blogspot.com...fikirrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguih baguih.... pertahankan raja baru kedudukan melayu bertahan gah... ni dok pertahan bangsa tapi dalam masa yang sama nak tumbangkan raja...tak tau kalau raja tumbang, sekali dengan dia ikut tumbang hadoi la.

      Padam
  15. kalau tengok dalam gambar banyak makam raja-raja di sisih dan tak di jaga, tang situ yang sedih

    BalasPadam
  16. rajin-rajin selak dan baca sejarah asal usul melayu. bangsa melayu ni maju sebenarnya,seperti mana ujudnya kerajaan melaka. kenapa tak di tempat atau negara asia yg lain. fikirrr. tamadun bangsa cina yang maju ketika tu sanggup datang ke tanah melayu... fikirrr

    BalasPadam
  17. Sedih.. Zaman skg ramai org melayu yg xnk kn sultan lg.. Gara2 trmkn hasutan cina rasis DAP.. Ops!!! Maaf.. Trmsk bab politik plak.. Hehehe

    BalasPadam
  18. Melayu Mudah Lupa

    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya dipijak

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya retak

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya teriak

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya haprak

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya kelas dua

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya hina

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya sengketa

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya derita

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya kerdil

    Melayu mudah lupa
    Dulu bangsanya terpencil
    Tiada daulat
    Tiada maruah
    Tiada bebas

    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Melayu mudah lupa
    Sejarah bangsanya yang lena
    Tanah lahirnya yang merekah berdarah

    Ingatlah
    Ingatlah
    Ingatlah
    Wahai bangsaku
    Jangan mudah lupa lagi
    Kerana perjuanganmu belum selesai.

    BalasPadam
  19. saya pun nak ambil gambar opis saya juga la tok.. lau macam ni.. haha

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN