Ingatkan dah nak habis populasi Jenis Keluarga CENDERAWASEH NI, rupanya masih ada lagi walau sebiji sebiji datangnya.... item ini semuanya dapat petang semalam, hari ni Tok cuti sebab nak p gunung Pulai , cuti dari ke Tasek Linggiu lah... Ada urusan dengan orang dalam sana.
Insyallah cendra ini :
Penguat kasih sayang
Pelaris
Pengasehan
Penaik seri aura wajah
Kod Produk : CCG-SENYUM
Bentuk : Permata
MAHAR : RM 200
----------------------------------------------------
Semalam , dok berbual dengan Pak Tua selepas semua tamu pulang, berbual perihal Hakikat Insan dan Hakikat Dunia.
Apa yang Tok perkatakan adalah apa yang di ucapkan oleh beliau, namun sebelum itu biar Tok perkenalkan siapakah PAK TUA
BIODATA
Nama : HJ Abdul Mahmood
Umur : 1200 Tahun
Bangsa : Jin
Agama : Islam
Keluarga : -Tiada-
Asal Usul : Majapahit
Hobi : Hisap Rokok daun, Berbual dengan manusia, suka menasihati
Pemilik Asal : Wan Jah Binti Wan Ismail
Asal Pemilik : Kelantan
Manusia Sering memperkatakan bahawa kiamat itu sudah dekat, dan apabila di tanya bagaimana diketahui , maka dijawab mereka dari tanda tanda kiamat kecil dan kiamat besar yang Allah swt Tunjukkan, pada ketika dahulu..... ya, itu adalah pada ketika dahulu....
Sehingga kini manusia masih memperkatakan hal yang sama , sehingga berlaku perpecahan sesama islam , berlaku perpecahan dari segi undang undang , rukun dan hukum islam. Sehingga kini.... saat ini, manusia tidak lagi mengenal mana yang baik sebenar benar baik dan mana yang jahat sebenar benar jahat. Manusia saling menuding di antara satu sama lain namun hal sekecil sebenarnya adalah salah diri sendiri, ya ...apabila manusia mulai menuding, maka sebenarnya awal lagi dia sudah menjadi manusia yang bersalah, salah di sisi hukum manusia ( dunia ) dan salah dalam hukum Ugama islam, kerana asasnya tidak selayaknya Hamba sesama Hamba menuding jari di antara satu sama Lain, mengapa mereka tidak boleh berfikir dan menganggap bahawa apa yang terjadi ada hikmahnya dan setiap hikmah yang berlaku ada kifarahnya samada kifarah baik mahupun kifarah tidak baik.
Sama hal di dalam berilmu, setiap manusia sentiasa menuding jari di antara satu sama lain, org tu begini dan org tu demikian, jika difikirkan, mengapakah manusia mudah menuding jari ?
Ya... kerana 2 perkara, wang ringgit dan pengaruh. Manusia menuding jari bagi melindung perihal dirinya agar perhatian manusia lain teralih dari terus memerhatikannya, manusia menuding jari bagi melindung sumber periuk nasi nya sendiri, namun dalam masa yang sama perbuatannya hanya meruntuhkan nilai moral dan jemaah Islam itu sendiri. ( masa masuk bab ni, tok terpana sekejap )
Apabila di tanya, sayangkah kamu kepada Islam, Rasul dan Allah... maka jawabnya pasti ....Sayang.... Namun sebenarnya, hakikat nya ...mereka tidak pernah sayangkan 3 perkara ini. Maka kerana itulah mereka mudah menuding jari sesama sendiri, sedangkan mereka tahu, perbuatan menuding jari ini sama seperti meruntuhkan jemaah islam.
Zaman ini, manusia sibuk menyesatkan islam islam lain tempat, memperkatakan islam sana sesat, islam sini sesat, namun sedihnya semua agenda itu hanyalah untuk kepentingan politik. Tidakkah manusia berfikir bahawa asasnya mereka hanyalah Hamba kepada se- ( satu ) Tuan, dan sesama hamba itu sebenarnya tidak layak pun untuk menuduh antara satu sama lain sesat dan sebagainya, maka terjadilah peperangan di antara saudara saudara se-Islam itu sendiri, Ingatlah....apabila di katakan saudara Se-Islam, maka bermaksud seseorang itu memegang 2 kalimah Syahadah, dan apabila seseorang itu sudah memegang 2 kalimah syahadah, sudah mengucapkan dan meng-iktikadkan sesungguhnya :
" Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan Aku bersaksi Nabi Muhammad Itu Utusan Allah "
Maka Hal hal manusia itu, urusannya, seluruh hayat selama iktikad beliau sehingga ke hari kiamat dan sehingga ke Padang masyar adalah URUSAN ALLAH SWT , segala gala tentang dirinya.... Adalah Urusan Allah Swt. Dosanya , pahalanya...... Bukan menjadi urusan sesiapa pun Kecuali Allah Swt, sedangkan Malaikat Pencatit dosa dan pahala pun hanya mampu mencatit dan tidak mampu menegur, inikan pula sebagai Seorang HAMBA yang nyata sebagai Hamba.
Terkadang manusia melampaui batasan apabila mereka beranggapan Diri sebagai seorang Khalifah, maka mereka beranggapan boleh menghukum sesama mereka sendiri, dan apabila mereka mulai menghukum Manusia Lain yang sama agama dengan mereka, secara tidak langsung mereka merasakan diri mereka itu lebih dari Hamba hamba yang lain, sedangkan :
Beringatlah : Kita tidak mengetahui pangkat dan kedudukan kita di sisi Allah swt itu sehinggalah kita dibangunkan semula di Padang masyar, sedangkan wali sendiri tidak mengetahui mereka adalah para waliyullah.... Inikan pula kita sebagai manusia yang Allah berikan baru secebis Kebaikan dan Kelebihan.
Sudah mahu menghukum , menuding, dan dimulia muliakan seolah olah mereka lah mulia di sisi Allah swt, seolah olah mereka lebih mulia dari manusia lainnya , Ya. Sedangkan Rasul...tidak pernah menuding jari terhadap mana mana manusia walaupun bukan berugama islam.
Apabila hal hal ini terjadi secara tidak langsung, sebenarnya manusia itu sudah melampaui batasan batasan sebagai seorang muslim, perlu diingatkan bahawa manusia mempunyai beberapa rukun:
- Rukun manusia
- Rukun Hal Berugama
- Rukun Berugama
- Rukun dalam Ugama
- Rukun sebagai Hamba
- Rukun sebagai Khalifah
- Rukun sebagai ..........tah..tok dah lupa sikit2 bebelan dia neh semalam......
Memang Benar semulia makhluk adalah manusia , dan semulia mulai makhluk itulah banyak tanggungjawabnya dan jika difahami , di jalankan dengan benar, maka mereka akan terus di masukkan ke dalam Syurga Firdaus. Namun Jika ia tidak dijalankan dengan benar dan lurus, maka dengan mudahnya mereka akan di campakkan ke dalam Neraka Jahannam.
Kuar dah...
BalasPadamSaya grab...
Padamtahniah tn.
Padamhensem ne klu wat loket.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamHehehe ada item yg sedang saya tunggu nih....
PadamYg merah ke yg hijau? Ahaks.
PadamHehehe .......
PadamMbb to mbb mygemstone
PadamDate:27/3/13
Time:09.03pm
Jum:rm725.00
Utk:-
-cendera cindai gunung senyum
-p anugerah gelanggi
-p kebesaran panglima gelanggi
-p dwi warna 8a
Details smsed to tok mat & pn alisya...tq gb...:)
tq.
BalasPadamnasihat dan peringatan yg sgt berguna.
Ilmu yg bguna utk kita yg slalu alpa..trima kasih tok mat n Pak tua
BalasPadamBanyak bebelannya yang Tok dah Lupa, Tok masukkan sebiji sebiji apa yang dia cakap, dan apa yang masih Tok ingat, sebab tu bila di baca betui2..macam ada 2-3 point hilang ... bukan hilang, tapi tok lupa.... tok suka berbual dgn dia, tapi bukan beerti tok akur dgn nasihat dia, tok cuma beringat dan dgr pesanannya sebagai pedoman, bukan nak ikut nasihat dari seorang Jin.... maaf pak tua, jika engku raden cabul
BalasPadamterima kasih tok atas perkongsian ilmu..
BalasPadammoga2 tok selalu dapat berkongsi ilmu..
btol tu tok...
BalasPadam