Rabu, 20 Februari 2013

JAWATAN KOSONG !!!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.....

Diistiharkan Pihak G.B ingin mempelawa individu individu yang Berkomitmen, berwawasan , Tiada pekerjaan diutamakan , Bijak Mengurus dan mengatur Program.




JAWATAN

- Pengurus Kem Mistik Tok Mat G.B ( Negeri )
- Pengurus Kem Mistik Tok Mat G.B ( Brunei )
- Pengurus Kem Mistik Tok Mat G.B ( Singapore )
- Pengurus Kem Mistik Tok Mat G.B ( Indonesia )





KELAYAKAN

a) SPM
b) P.R Terbaik
c) Sabar
d) Bijak Mengurus dan mengatur
e) Teliti Di dalam pengurusan
f) Pandai Excel, word
g) Sanggup Bekerja membantu menjayakan Kem 1 Hari tidur 6 Jam sahaja
h) Individu perseorangan / Berkumpulan





ELAUN

- Elaun dibayar mengikut Bilangan Ahli, Kos Kem Yang telah Tuan / Puan Uruskan Antara Kos kem ialah :

a) Makan Minum
b) Penginapan
c) Pengurusan dengan pihak Hotel/Chalet/Kawasan
d) Insuran Peserta
e) Lain Lain Urusan

Pengurus kem Perlu Bijak menguruskan Kos Kos Ini kerana Jumlah elaun yang diberikan adalah berdasarkan Kepada Kos Yang pihak kami keluarkan, makin sedikit kos makin tinggi elaun anda. Makin besar kos , maka makin kecil elaun anda.

Elaun yang sudah biasa dibayarkan sehingga kini kepada Pengurus Kem adalah sekitar:

RM 1500-RM 2000*
SGD 1000- SGD 2000*
BND 1000- BND 2000*
IDR 3,113.00 - IDR 6,226,800*

Kami tahu Pengurus adalah manusia yang mempunyai tanggungjawab kepada keluarga masing masing, maka elaun ini kami berikan berdasarkan bilangan peserta dan kebijaksanaan mereka menguruskan sesuatu kos berkaitan kem. 

Jumlah ini adalah setelah di tolak Kos Kos tersedia. 

Elaun Dibayarkan Setelah Tamat Kem, Semua Kos Dibayarkan semasa Pengurus Menguruskan Kem Tersebut.


Pihak kami memandang serius kepada individu yang berminat untuk menjadi Pengurus Kem Mistik G.B.

Negeri Kecil : 1 Pengurus
Negeri Sederhana Besar : 2 Pengurus
Negeri Besar : 3-4 Pengurus

Jawatan ini adalah terhad bagi membantu Pengurus Pengurus Kem Ini Di dalam mengembangkan Sumber ekonomi mereka, ( Ya lah, kalau banyak pengurus , kang nanti bermasam muka pula bila kawasan masing masing di uruskan pihak lain )





PENDAFTARAN CAWANGAN

Pihak G.B akan mendaftarkan anda sebagai salah 1 cawangan syarikat Kami di dalam SSM. Salinan Ini akan di hantarkan bersama Kad Keahlian sebagai Pengurus Kem Mistik Tok Mat G.B





SYARAT SYARAT PERHUBUNGAN

- Pengurus Kem Negeri ini Perlu merujuk kepada Pengurus Besar Kem Mistik Tok Mat G.B Negeri Johor Iaitu En Han Dan Puan Mimie. 

- Pengurus Kem Negeri ini perlu sedar bahawa mereka hanya boleh menguruskan sesuatu kem apabila Pengurus Besar Tak cukup tangan di dalam menguruskan Kem Kem Sedia Ada.




-----------------------------------------------------

PESANAN TOK MAT 

- Sehingga kini  Pengurus kem Kami menguruskan dengan cekap sekali, namun biasalah terkadang penat juga mengurus dan berkejar ke sana sini , apatah lagi apabila kem berada di luar negeri Johor. 

- Kewujudan Pengurus Kem negeri ini adalah bagi memudahkan urusan Pihak Kami mengadakan Kem Mistik Tok Mat G.B di kawasan kawasan jauh dari Negeri Johor

- Kami di sini ( Tok Mat G.B / Pihak Pengurusan ) juga mempunyai komitmen sendiri selain kem, jadi untuk menguruskan Permintaan Kem seluruh negeri adalah amat mustahil sekali.


PERKARA TERLARANG

1. Anda tidak dibenarkan Memohon Penaja

2. Jangan Menguruskan kem di dalam kos yang terlalu tinggi, kita bukan nak honey moon atau melancong



BERMINAT ????

HUBUNGI 

Tok Mat G.B : 017-8259540



----------------------------------------------------------

Pengurus Besar ( Johor Baharu )

Tok Mat & Alisya
017-825 9540
017-740 9490



Pengurus N.Sembilan ( K.Pilah )

Tuan Azim ( IF )
012-242 4436
019- 6021348


Pengurus Selangor ( Batu Caves )

Tuan Azli 
014-260 0200



Pengurus Selangor ( Ampang )

Tuan Muad'zam & Utz Rizal 
017-207 3478
019-367 1467



Pengurus Kuala Lumpur ( W.Maju )

Tuan Shafiq Rahman
017-632 6329



Pengurus Perak / Kedah 

Tuan Nizam
018-873 2844



Pengurus Sabah ( K.Kinabalu )

Tuan Mazlie KK
014-8690002



Pengurus Sabah ( K.Belud )

Cik Juwita 
016-813 6965


SURAT PERLANTIKAN SEMENTARA 

Surat Perlantikan Sementara Akan di hantar bagi yang serius , di dalam surat berkenaan menyatakan bahawa tuan adalah wakil kami bagi menguruskan kem Mistik Tok Mat G.B. Selepas Kem Pertama Anjuran Pengurus Negeri Ini Selesai dengan Jayanya , maka barulah surat perlantikan Sebagai Jawatan tetap dikeluarkan dan Salinan Lesen Cawangan Akan dikeluarkan, Pengurus Kem Negeri adalah Dikira sebagai Pekerja Sambilan Pihak G.B dan Pihak G.B hanya membayar Elaun bagi setiap kem yang yang berjaya dianjurkan sahaja, tiada imbuhan lain . 

Namun Tok sedang mempertimbangkan Untuk melakukannya dengan lebih profesional di mana Pengurus Kem mungkin akan di bayar bonus tahunan berdasarkan bilangan kem yang telah mereka berjaya anjurkan. Namun perkara ini memerlukan Bilangan Pengurus Yang banyak dan kesemua Pengurus Negeri aktif di dalam menganjurkan Kem Di Negeri Masing masing.

Di sini ia lebih kepada Give and take, Tok ingin kita membantu sesama sendiri dan dalam masa yang sama kita dapat menambah kenalan dari pelbagai suku dan bangsa dari serata nusantara.

Sebelum terlupa.... Tuan Umar sudah memberikan Tok beberapa Besi Keras dan kuat bagi dijadikan Pedang, insyallah para peserta hanya perlu membayar Kos Upah sahaja, jika ada kos penghantaran, maka peserta perlu menambah sedikit bagi kos penghantaran. Ini di anggap sebagai bonus kepada peserta yang mengikuti kem Mistik Tok Mat G.B


* Sesiapa yang berminat, sila maklumkan kepada Tok dan mulakan langkah pertama anda sebagai Pengurus Kem, Untuk mempelajari lebih mendalam , boleh hubungi Tok atau Pengurus Besar ( Johor ) , anda boleh belajar dari mereka dan Tok bagaimana mengendalikan sebuah Kem Mistik G.B 

Semoga Perjuangan ini terus kekal di dalam memartabatkan warisan Bangsa, memperbetulkan amalan amalan Langka dan tidak menyalahi Hukum Islam.

"Berilmu di dalam Akidah"

133 ulasan:

  1. Diwujudkan sebab banyak permintaan untuk diadakan kem Mistik Tok Mat G.B ini...Tok takut Pengurus sedia ada kami Pengsan Hanya kerana menguruskan Kem ini sahaja... Jadi bagi mempercepatkan proses dan permintaan, maka Tok wujudkan Pengurus Di serata Negeri Bagi melancarkan Urusan.

    Pengurus kem ini juga akan diberikan peluang peluang perniagaan lain di masa hadapan jika ada..

    " Sharing is caring "

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Kalau minat trus hantar resume tuan.hehehehh

      Padam
    2. Berminat ke Tuan Shafiq? Sy yg jd co-asst utk Kem 2/1 haritu pun terkejar2.. Mmg penat sey.. Nasib baik semalam cuti lg.. Klu x.. Rabak mata ni x cukup tdo... Hehehe.. Meoooow.. :-)

      Padam
    3. Masalah nya tuan imagica join skalie kem. Mmg la penat bagai nk rak. Apada. Hahaha. Mmg la nk anta resume tp rasa nya yg kl dh ada org kowt.

      Padam
    4. Tau xpe.. Insyaallah.. Tok ckp nk buat kt UB lg bg Kem 1/3 nnti.. Kalau jd, meh laa Tuan Shafiq, kita dok tolong Tok Mat, Alisya, Abg Han & Kak Mimie.. Meooooow.. :-p

      Padam
    5. Tuan IF juga boleh jadi pengurus kem negeri ni tuan... tuan uruskan dgn baik sekali, alhamdulillah...

      Padam
    6. Di KL boleh adakan pengurus seramai 1-3 orang tuan... tiada menjadi masalah. penduduk di kl jutaan org juga... jika kita ambil 100ribu peserta pun, tak habis 3 pengurus untuk uruskan kem untuk mereka ....

      Kita nak menambah kenalan sambil berilmu tuan tuan... insyallah jika niat kita terus kekal begini, maka kenalan dan ilmu juga makin bertambah... sebab yang datang kem bukan kosong2... tok pun boleh cedok sikit2 juga dari depa kan

      Padam
    7. Minat jgkk nk join. Mengurus sambil praktis. Sbb haritu langkah bnyk sumbang.. Hahaha..

      Padam
    8. Sekurang2nya Nad dpt jugak langkah yg tok ajar wlaupn "sumbang".. Leo x dpt blaja cmtu pun sbb Leo mstu jumpa "mambang"... Hehehe.. Meoooow.. :-)

      Padam
    9. hahaha abis da meow meow acaner. Syok la blaja. tp mengantok je xleh tahan. hahahah~

      Padam
    10. Ngeeeee... :-p tau xpe Nad.. Mmg rabak mata nie.. Tp sungguh, tempohari mmg btl2 lemah sgt..

      Padam
  3. Wah...lps ni tiap2 bulan ada aktiviti ke tok? Tgh jobless ni heheh

    BalasPadam
  4. wah terbaik nie Tok..sy pasang niat ek hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaaaah... Tuan Osman nk jd pengurus kem GB? Sy sokong niat Tuan Osman.. Meooooooow.. :-)

      Padam
    2. sarawak belum ada yang nak jadi lagi, boleh juga tuan osman jadi peng8rus di sana

      Padam
    3. Bleh la tu tn osman. Kira jdik la. Nnt kter org pegi kuching join kem. Insyaallah. Hehe.

      Padam
  5. Agak2 peserta@Tuan/Puan@Kawan2@Adik Beradik Seperguruanku sekelian.. Boleh x Leo jd Pengurus utk NS? Meoooow? (tnya pendapat korang nie)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, Tok izinkan...

      Temuduga adalah kem pertama yang anda uruskan...leo dah lulus dah haaaaaa

      Padam
    2. selepas kem pertama yang di anjurkan pengurus berjaya, baru tok keluarkan lesen cawangan dan beberapa dokumen berkaitan untuk yg berdaftar pengurus tu....

      Padam
    3. Jika Tuan IF ingin ... sila sms Tok...tadi nak masukkan nama tuan dah, cuma tgu kata putus dri tuan sahaja

      Padam
    4. Leo dh lulus dgn jayanya ke? Hehehe.. Tenkiu My Sifu.. Ok Tok.. Jika Tok dh kata lagu tuuu.. Leo setuju jelah.. Insyaallah.. Leo wt yg terbaik Tok.. Insyaallah.. Amin.. :-)

      Padam
    5. tahniah tuan IF...
      selamat berjaya...

      Padam
    6. Sy sendiri pown amat berpuas hati dgn pengurusan di ulu bendul. Insyaallah di harap dapat kekal mcm 2. Muahx99!!!

      Padam
    7. Setuju. Stiap kali kem di NS. Ada tiramisu. Stuju sgt. Haha

      Padam
    8. Pn nadeya jgn bgtaw org ada tiramisu. Sbb dorang nnt nk kene puasa mutih. Kihkihkih.

      Padam
    9. Ok la. Xnak bagitau ADA TIRAMISU... Hahahaha

      Padam
    10. Tenkiu Very Muchooo.. Tuan Kr33ps, Tuan Shafiq & Pn Nadeeya.. Huh? TIRAMISU? Agak2 laa der.. Kesian pd peserta yg puasa nnti.. Hehehe.. Tp, Insyaallah.. Trademark akan dikekalkan.. Bkn je TIRAMISU, FULLY LOADED CHOCLATE MOIST pun boleh.. Hehehehe.. Meoooooow.... Pasni 1 potong kek Leo buat, leo kenakn charge laa... Kaya aku pasni.. Kikiki :-p AHEM.. AHEM.. ( tiru cara Tuan Aesalno ) kikiki... Meooooow.. :-)

      Padam
    11. tah niah ... tuan hehe kem ulu ben mmg best .. sokong buat lagi huhu

      Padam
    12. Insyaallah Tuan Bashah.. Ni sy tunggu "GREEN LIGHT" dr Tok bg Kem 1/3.. Nnti leh laa Tuan Bashah turun sama.. Jd co-asst sy plak.. Leh x? Leh x? Leh x? Meooow.. :-)

      Padam
    13. Taniah lah ye Tuan Imagica dpt jd Manager @ Kachou @ Abang Long Kawasan Negeri Sembilan...huhu....pasni klu sy jd peserta jgn buli tau...huhu...adeh~...

      Padam
    14. Meooooooow... Tenkiu Tuan Taufiek.. Insyaallah.. Sy tunggu Tuan Taufiek di kem 1/3 nnti.. Huishhh.. Xde laa nk buli Tuan Taufiek.. Insyaallah.. Kita sama2 blaja.. Mudah2an hubungan ukhwah kita brkekalan selama2nya.. Insyaallah.. Amin.. :-)

      Padam
  6. Saya nak tok ~ bukan elauan menjadi keutamaan ~ tapi ilmu dan pengalaman itu yang penting ~ =))

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sudah disenaraikan nama tuan..alhamdulillah...

      Sarawak belum ada org nie...besar juga...jika ada pengurus kem tiap daerah besar pun tak apa...kalau pengurus kuching nak uruskan di bintulu...rabak juga penatnya kan... hahaha

      Padam
    2. hahaha.. bukan rabak je tok.. punah terus.. =))

      Padam
    3. Dalam kem ini kita menggalakkan peserta wanita.. kerana peserta wanita lebih mudah terkena gangguan, di situlah peserta boleh mempelajari teknik mengubatinya dengan teknik mudah dan simple aliran Tok .... 2 minit sahaja insyallah, dengan izin Allah...

      Padam
    4. ...tok na' pembantu pengurus2 sajalah, kang tambah kurus pula, hahahahaaa...

      Padam
    5. Salam Tok.. cawangan Penang dh ader ker pembantu? klu tak der.. rase mcm nak jer apply.. bleh gak blajar nnt.. Bleh ker Tok..?

      Padam
    6. application x approve lg.. huhuhuhu

      Padam
    7. Yang nak sila Sms Tok Dan Berikan Nama Serta Lokasi Kawasan ya......

      Itu sahaja yang diperlukan... utk belajar adakan kem , sila kol tok, jika pengurus kem ramai, tok akan buat 1 hari kursus untuk pengurus kem ini

      Padam
    8. ah.. tu bagus tok... kursus untuk pengurus kem.. bagus2

      Padam
  7. Minta-minta ada yang buka kat belah utara...senang sikit nak pi masuk kem

    BalasPadam
  8. tok mat saya nak membantu shj blh?yang utk negeri sabah lah..jika sy msih disini..xmntk bayaran pn..nk tlg2 utk tmbh ilmu pengurusan dan kalau ada peluang perniagaan hrp dpt share dgn sy.insyaAllah..blh tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah..terus dilantik pengurus kota belud..mencbr juga..sy nk tlg2 je smbil bljr..mm.mgkn.kita blh buat kem di area poring(ranau)ada satu tmpt air terjun..kipungit waterfalls dn langganan waterfalls..dn ada gua kelawar kt dlm tu...tp area y sy sndri pnh nmpk sstu di dlm sebuah rumah kosong y terbiar di air terjun Mahua ..Tambunan...tp di kota belud di kg siasai sndri terkenal dgn B kuasa dua...:)))..kalau nk lg keras di Gua Madai di Kunak..ermm sb sy 'sakit' teruk..lps p sini membwa pulang sstu dr gua itu..masuk je gua itu dh terasa..sb rupanye ddlm tu msih bersepah tulang2 manusia..y dulu dtanam dlm pokok dn dibiarkn bersepah
      bgtu shj skrg..wallahualam..

      Padam
    2. asalkan ia angker, ada chalet utk urus setia dan dorm utp peserta atau tapak khemah utk peserta.... kalau paling pun semua khemah dan ada tandas serta bilik air selesa...dah cukup dah tu cik

      Padam
  9. Kalau dekat Brunei rasa2nya sya nak juga nak tambah ilmu Dan pengalaman bukan Wang Jadi ukuran saya tapi ilmu yg di parolehi nanti

    BalasPadam
  10. Mmg berminat dan Macam tergerak hati jugak nak menolong tok nih. Tapi biarlah saya tamatkan 3 tahap kem nih dahulu bagi mengetahui selok belok perjalanannya Insyaallah.... Moga dibuka jalan olehNya...

    BalasPadam
  11. klu jadi tenaga sukarela boleh la...
    sambil2 tu boleh belajar...
    nk pikul tanggungjawap cam xmampu lg...

    BalasPadam
  12. Agak-agak tok kalau kat batu Caves ( yang ni terdekat kalau nak tunggu kat utara entah bila boleh pi) bila kem tersebut nak di adakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. depa sedang kumpul org.... pengurus b.caves dan Ampang sedang bekerjasama tu nak buat kem, depa dah mulai tunjukkan komitmen dah , hari ni ada sms tok dah pasal penginapan...laju sungguh..alhamdulillah

      Padam
  13. sy blh jadi penolong jika ada org nk uruskn di pahang .. bab pengurusan sy x pndai sgt .. sbb .sy pemalu =P ....
    di area pahang harap ada lh 4 org ... sedikit sebnyak insyaallah sy blh tolong ketua pengurus di pahang ..

    BalasPadam
  14. Balasan
    1. Eh? Ingatkn nk tolong Pengurus 1 negeri Pahang? Rupanya Kuantan je ke Tuan Aurora Nasrudin? Sy pn nk tolong leh? Tolong TENGOK jer.. Kihkihkih.. Meoooow.. :-p Pape pn sy rindukan Tuan.. We are gud sparring team mates... Sy brsykur ke hadratNYA dpt dipertemukn dgn Tuan.. Mudah2an jalinan ukhwah kita berkekalan selamanya.. Insyaallah.. Amin.. (awl pg td sy g Kuantan, tp sy x smpai hati lak nk cll Tuan sbb rasa2nya Tuan dh tido ms tu) insyaallah, dipertemukan lg olehNYA di kem 3 nnti.. Insyaallah.. Amin..

      Padam
    2. eh..len macam je korang neh..ada apa apa ke heeeeeee

      Padam
    3. Meooow? Xde laa Tok.. Syg adik bradik seperguruan.. Hehehe.. :-)

      Padam
    4. hahahaha adeh... korang bercinta ek? bek ngaku.. hahaha

      Padam
  15. lol . bt apa awal pg lg gi kuantan ? ape pun . silaturrahim kita harap ok selalu =D bertuah juga dpt kita ditemukn oleh allah . yg penting .kita baik dgn org . org akan baik dgn kita . insyaallah.....
    bro mmg terbest ... insyaallah ada perkara baik tersirat di masa hadapan ..

    BalasPadam
  16. Sy pergi jumpa Ustaz kat sana.. Insyaallah Tuan Nasrudin.. Mudah2an.. Amin.. Harap2 dpt jmp Tuan Nasrudin di kem 3 nnti.. Persiapkn diri utk menempuhi kem ke 3 nnti.. Insyaallah.. Masing2 bakal memilih haluan masing2 selepas Kem ke 3.. Insyaallah.. Amin..

    BalasPadam
  17. sy akan berusaha sebaiknya ..harap kita semua dpt jmpa lg ..

    BalasPadam
  18. x perlulh brtn dgn sy .. pgl nasrudin je ... =)

    BalasPadam
  19. Kt blog ni kira official laa skit.. Lain laa kalau kita jumpa di kem.. Hehehe..

    BalasPadam
  20. Salam tahniah tuan leo d lantik pengurus kem n9, den banggo waris den nie haaa...huhu, penjaga amanah gunung angsi, yg pasti tiramisu n choc moist sodap yg amek sgt tuh jang...hehe:)))

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah..kemungkinan besar Pengurus Azli, Utz rizal dan Muadzam Kemungkinan akan anjurkan Kem tahap 1 di sana pada Minggu ke-2 Bulan 3 Ini...

    Semoga Maju Jaya.... perjuangan tetap diteruskan...

    BalasPadam
  22. slm tok nk tnya y kem 2 tu bla dpt buat ye..sy belum lg lps thp 2 ni..kalau buat kt sabah..ade ke y nk.mai sini utk thp 2 tu..:(

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum....

    Dimaklumkan bahawa Kem Mistik yang akan diadakan di Templer Park pada cuti sekolah nanti terpaksa diubah ke lokasi lain iaitu di Air Terjun Sungai Gabai pada tarikh 8, 9 dan 10 hb Mac 2013. Ia adalah atas nasihat pengurusan atasan memandangkan Templer Park tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi dan selesa untuk diadakan kem. Tarikh pula terpaksa diubah kerana kem kali ini digabungkan dengan peserta dari Ampang di bawah Ustaz Rizal dan Tuan Muadzam. Jadual baru adalah seperti di bawah:

    Tajuk : Kem Mistik GB Tahap 1
    Tempat : Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor.
    Tarikh : 8, 9 dan 10 Haribulan Mac 2013

    Sekiranya Tuan ingin hadir, sila maklumkan dengan secepat mungkin untuk memudahkan pihak pengurusan berurusan dengan pihak lain seperti pihak polis, penginapan dan sebagainya. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. Terbaik ni Tok.. Leo turut serta leh x? Nk mengulangkaji pelajaran laa Tok..

      Padam
    2. boleh jer Tn Azim @ Leo @ IF @ MeowWWW!!~~ hahhaha

      Padam
    3. Terbaik Dato.. Insyaallah.. Jika x clash dgn kursusu Jabatan, sy on je g sana.. Hehehe.. Dato incharge kt sana ke?

      Padam
    4. staff tambahan jer, incharge Ustaz Rizal & Tuan Muadzam

      Padam
    5. Insyaallah.. Nnti leh laa kita jmp nnti ye Tuan Dato.. Hehehe.. Meoooow.. :-)

      Padam
    6. tempat tu memang best..
      teringat plak masa zaman kolej dulu.. klu tak lepak kat suntex, pegi mandi ke sungai gabai ataupun pegi ke airpanas ulu langat..

      Padam
    7. insyallah kalo dizinkan olehNYA leh datang ziarah @ bersuai kenai dgn sahabat2 GB kem tuh tok...huhu

      Padam
    8. Salam. In Sha Allah jika tidak ada halangan sy nak join kem di sg gabai.

      Padam
    9. Tuan aza datang laa... ramaikan majlis. Lagipun tn aza senior sangat kat sini...
      Ustaz pun dijemput...

      Sapa yang datang kem akan dapat kad ahli GB. dengan kad ni dapat diskaun 10% kat blog. masa kem, dapat beli barang sgt2 murah. sampai 80% diskaun....

      Padam
  24. aik!apa dah jd ni..?? apasal tiba jd bulan April ni... april pool dah ke ni...

    BalasPadam
  25. mac ...pilihanraya kot...kene skip satu bulan ..standby

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiya... itu mcm ka.. feb blum abis... mimpi ke ni?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. hahaha suka ati tok la nak buat apa.. adeh.. tu pun nak kecoh.. =))

      Padam
  26. tok..saya berminat nak jadi pengurus di kelantan...kalau di izinkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan juga kalau boleh saya nak cuba memohon sebagai pengurus di selangor.kira nak apply dua kawasan iaitu di kelantan dan selangor( ni kalau masih ada kekosongan pengurus lagi di selangor..if takde kosong di selangor then takpe tok..no problem..then saya jadi pengurus di kelantan jer...Tapi kalau boleh dapat dua dua negeri iaitu di kelantan dan selangor and tok izinkan then kira alhamdullilah sangat saya tok.. :) Untuk info tok, kelantan dan selangor memang tempat saya membesar tok..so ...hope tok dapat bagi feedback ye..tqvm tok

      Padam
    2. insyaallah boleh tuan, cuma tunggu tokmat balik lepas 26hb...

      Padam
    3. kem di kelantan nanti saya nk masuk, tp jgn jauh2 sgt ye, xsampai nk pegi nanti..
      kalau dpt buat di tasik danau to'uban best jgk, tenang je kt situ tp syg xda kemudahan sgt.. tp ada masjid besar kt situ.

      Padam
    4. mcm mana kalo buat kat jeram pasu pasir putih ?? Kat situ den penah tapa dulu... bunian kat situpun ok gak...

      Padam
    5. terima kasih tuan dato...insya Allah saya akan tunggu jawapan dan keizinan dari tok mat dulu..lepas dia da balik. :)

      Padam
    6. tuan ahmadfirdaus bachok terima kasih ye atas info menarik..

      Padam
    7. terima kasih juga pada tuan dato atas cadangan menarik...

      Padam
    8. tp kalau nk kemudahan yg cukup dan sesuai dgn kem mistik 1 ni saya cadangkan jeram mengaji di pasir puteh. best jugak..

      Padam
  27. Teringin nk join kem. Tp kat Sarawak blum ade.

    BalasPadam
  28. Ganu tak ada yang nak jadi pengurus ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan basir jadi pengurus di tganu..saya sedia membantu...

      Padam
    2. Kerja banyak takut jadi tak terurus nanti..

      Padam
  29. ada sesaper perasan tak entri ni bertarikh 30 April 2013?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin tok set mcm tu.. sebab akan sentiasa di depan agar senang org nak baca...

      Padam
    2. Oit Master Seth !!~~ Salam. dok kat New Zealand ker skarang neh?? X jumpa pun masa kem 2 ari tu...

      Padam
  30. Kem 1 ambilan 4 akan diadakan di kem kemensah( blkg zoo negara). Tarikh akan di tetap kan kemudian. Sesiapa yg berminat sila hubungi num telefon sy yg tertera di atas. Sesiapa yg tidak dpt hadir di kem 1 ambilan 3 boleh lah menghadiri kem ini. Terima kasih banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tajuk : Kem Mistik GB Tahap 1/3 2013
      Tempat : Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat, Selangor.
      Tarikh : 8, 9 dan 10 Haribulan Mac 2013


      Ada lagi tak yang nak join??

      Padam
    2. Dato...berapa orang yang akan join kali ni di Sg Gabai?

      Padam
    3. Assalamualaikum wrh wbt.
      Kepada sahabat GB yg ingin ikut serta kem mistik 1/3, sila daftar segera bagi memudahkan pihak pengurusan, penyertaan adalah terhad. Sila sms butiran di bawah :
      1. Nama penuh.
      2. No. i/c.
      3. Alamatlengkap.
      4. No H/Phone
      5. Email

      hantarkan makumat anda ke mana2 no. tel di bawah :
      1. Tuan Muad'zam : 017-207 3478
      2. Utz Rizal : 019-367 1467
      3. Tuan Azli : 014-260 0200
      Anda akan dihubungi untuk langkah yg seterusnya. Terima kasih

      Padam
    4. Uztaz Rizal.. Leo nk join leh x? Meoooow? Tn Shafiq.. Nk Leo bantu Tn Shafiq x? Meeeeow.. :-)

      Padam
    5. Tuan Leo klu nak join, silakan....xde masalah..

      Padam
    6. Untuk kem 1/3 di sg gabai, peserta akan tinggal dalam dorm yg agak selesa dan makan minum disediakan. Alhamdulillah...

      Padam
    7. tadi petang dah pegi survey ngan anak bini den kat situ... waaa, anak den yang umur 9 bulan sampai tak nak naik mandi kat air terjun tu... menangis-nangis dia nak mandi terus, masa tu dah kul 7pm dah so terpaksa berangkat pulang...

      cantik tempat ni dan 'sesuai' untuk tapa beranta semalaman.... air terjun dia memang power aaa.... kata org kat atas lagi ada teluk, den dok kat bawah jer....

      penginapan dan makan minum amat selesa... dekat sangat dengan kawasan air terjun...

      jap, den nak open blog untuk uplod gambar dia...

      Padam
  31. Salam tok. Saya sdh tempah batu kersani dr setiausaha tok.. Alhamdullillah tok.. Rezeki saya tok.. Dpt juga akhirnya.. Lama saya mcarinya tok.. Duit saya dh bank in.. Tggu siap je.. Time kaseh tok..

    BalasPadam
  32. salam...sya bminat nak jd pngurus kem ni,sya bkerja di politeknik muadzam shah, phg..sini complete ada dewan kuliah utk seminar / bengkel, asrama utk pginapan, cuma saya btul2 baru nak belajar..& hope dpt tunjukajar.. TQ..

    BalasPadam
  33. Salam..sya zieta,sya bminat nak jd pgurus kem ,,sya bkerja di politeknik muadzam shah, phg..kt sini mmg ada dewan kuliah utk sminar/bengkel,asrama utk peserta,complete..cuma sya masih baru dlm bidang ni..& hrap sgt dpt tunjuk ajar...TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... pengurus kem kena anjur kem kat tempat yang angker.

      Padam
    2. kem 1 ~ tak perlu angker sangat ~

      Padam
    3. bagi saya untuk kem 1 politeknik ok ~ cuma perlu pastikan tempat tu sunyi n tak crowded sgt masa kem..

      Padam
    4. oo..politeknik ni sabtu ahad sunyi jgak sbb student balik.. angker tu mksudnye?

      Padam
    5. angker tu keras sikit maksudnya.. tapi politeknik pun tak kurang juga cerita hantunya kan? =)) hehehe

      Padam
  34. Untuk pengetahuan semua pengunjung:

    Blog sementara untuk Kem Mistik Tokmat GB telah dibuka. Sila lawati alamat di bawah:

    http://jelajahmistik.blogspot.com/

    Blog tersebut hanya sementara sahaja bagi memudahkan pendaftaran peserta atau untuk rujukan...

    BalasPadam
  35. salam tok mat. saya nak offer jadi pengurus kem bahagian kuching, sarawak. saya akan balik semula ke malaysia bulan depan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaa... master dah bali dak dari NZ... ada bawak balik apa-apa tak utk dimaharkan?? hehehhe...

      Padam
    2. hehehe belum jumpa puak bunian kat new zealand lagi tuan :p

      Padam
  36. MAAF JUGA MENCELAH...

    # KEM MISTIK TOK MAT GB NEGERI DI BAWAH BAYU-TAHAP 1

    SETELAH DIPERKENANKAN OLEH TOK.. SAYA MENGISYTIHARKAN KEM MISTIK TOK MAT GB NEGERI DI BAWAH BAYU - TAHAP 1 - AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN YANG BERIKUT :

    TARIKH : 24,25 & 26 MEI 2013
    TEMPAT : PUSAT LATIHAN RELA NEGERI SABAH.

    *UNTUK PENDAFTARAN, SILA SMS BUTIRAN SEPERTI.....

    NAMA PENUH :
    NOMBOR KAD PENGENALAN :
    ALAMAT :
    NO. TELEFON :

    .......KEPADA SAYA DI NOMBOR : 014 - 869 0002

    *TARIKH TUTUP PENDAFTARAN ADALAH PADA 15 APRIL 2013.

    *TEMPAT ADALAH TERHAD.

    -----------------SEKIAN TERIMA KASIH----------------

    BalasPadam
  37. Mesti Baca ! !
    Assalamualaikum.. dan salam sejahtera untuk semua bakal-bakal peserta kem..

    Kepada mana-mana bakal peserta yang sudah mendaftarkan diri kepada Tuan Nizam (Sandakan) sebelum ini untuk Kem Mistik Tok Mat GB di Sabah, sila daftarkan diri anda semula kepada saya selaku Pengurus Kem Mistik Zon Kota Kinabalu, sekiranya berhasrat untuk mengikuti Kem Mistik Tahap 1 pada Mei 2013 nanti.

    Adalah dimaklumkan sehingga ke hari ini , kita masih lagi belum menerima dan terus menunggu senarai nama peserta yang telah mendaftar daripada Tuan Nizam untuk disenaraikan ke dalam Kem Mistik bagi Zon Kota Kinabalu yang akan datang, berikutan Tuan Nizam sekarang terlibat dengan operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah. Sehubungan dengan itu, anda amat digalakkan untuk menghubungi saya secara terus 014-6580002 / 014-8690002, sebagai pengesahan daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk menyertai Kem Mistik Tok Mat GB Zon Kota Kinabalu, Sabah nanti.

    Untuk proses pembayaran yuran penyertaan, hendaklah dibuat sebelum atau pada 10 Mei 2013. Walaubagaimanapun, seperti yang berlaku pada kem-kem yang lepas, pihak MYGEMSTONE amat berbesar hati untuk memberi kelonggaran kepada mana-mana peserta membayar yuran penyertaan secara ansuran mengikut kemampuan masing-masing tetapi mestilah dijelaskan secara keseluruhannya sebelum atau pada 24 Mei 2013.

    Terima kasih.

    www.aesalno.org

    BalasPadam
  38. Khusus Untuk Bakal Peserta Di Zon Lain
    Assalamualaikum... Bagi pihak Tok Mat GB , saya ucap terima kasih kerana berminat untuk menyertai siri Kem Mistik Tok Mat GB... Dalam minggu ni saja, saya dihujani macam-macam panggilan dari rakan-rakan di merata Malaysia yang ingin menyertai Kem Mistik Tok Mat GB... Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya hanya mengurus pengambilan peserta untuk Kem Mistik Tok Mat GB - Zon Kota Kinabalu, Sabah, sahaja ya.. =) Lain-lain kawasan , kita ada pengurus yang lain... =)) mana-mana bakal-bakal peserta yang terdaftar ke Kem Mistik Tok Mat GB tu, jangan risau.. nanti saya beri maklumat tuan-tuan, puan-puan kepada pengurus-pengurus di kawasan masing-masing... Di sini saya senaraikan nama-nama pengurus dan kawasan... selamat maju jaya ~ =))

    Pengurus Besar ( Johor Baharu )

    Tok Mat & Alisya
    017-825 9540
    017-740 9490

    Pengurus N.Sembilan ( K.Pilah )

    Tuan Azim ( IF )
    012-242 4436
    019- 6021348

    Pengurus Selangor ( Batu Caves )

    Tuan Azli
    014-260 0200

    Pengurus Selangor ( Ampang )

    Tuan Muad'zam & Utz Rizal
    017-207 3478
    019-367 1467

    Pengurus Kuala Lumpur ( W.Maju )

    Tuan Shafiq Rahman
    017-632 6329

    Pengurus Perak / Kedah

    Tuan Nizam
    018-873 2844

    Pengurus Sabah ( K.Belud )

    Cik Juwita
    016-813 6965

    www.aesalno.org

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN