Ahad, 13 Januari 2013

ANDA TANYA TOK MAT GB JAWAB




Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat dan pelanggang semua.

Ruangan ini Tok Buka sebagai perkhidmatan soal jawab anda berkaitan :

- Permaharan Semua item di sini
- Item
- Penjagaan
- Maklumat lengkap
- Dan lain lain

Apa sahaja anda boleh kemukakan di sini, insyallah Jika diberikan Kelapangan Masa dan Ruang kepada Tok pada hari hari berkenaan, maka semua pertanyaan dan persoalan anda akan terjawab. Semua jawapan yang diberikan adalah diberikan berdasarkan pengetahuan Yang Tok ada.

1 Link Ruang Ini akan Di cipta Dan ia akan sentiasa berada di bahagian Kanan Blog di antara Link Link yang Tok Senaraikan Seperti Blog Tok Mat Life, Thai Item, GB CHAT Dan sebagainya ... Cuba Skroll page sebelah Kanan Tu... ( blog Tok ni dah crowded sangat sangat dah, nak mengemas macam kemas rumah, blog ni bukan lah rumah... biasalah..bilik seorang profesor pun semak juga ... )

Diharapkan Kewujudan Ruang ini dapat membantu anda di dalam segala persoalan yang anda ingin ketahui, malah rakan rakan lain juga dapat berkongsi jawapannya.

440 ulasan:

  1. Tok mat... Saya ada mustika. Dah ada seorang yang mempunyai mustika minta saya rendamkan mustika saya dan titiskan titisan minyak wangi selepas semalaman air rendaman itu dibuat mandi. Apa fungsinya ye....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengikut cara yang diberikan, ianya adalah cara penjagaan dan juga mengkembarkan khadam dengan diri tuan... tu yang boleh jadi saka tu tuan....

      Biarlah ia dok saja di batu tu , dia dgn lerja dia, kita dgn kerja kita... jika sudah dikembarkan, agak susah nak buang.. takut nanti mati kita dalam keadaan aib tuan

      Padam
    2. ayok, mcm bahye jek tu tn jatijohor.

      Padam
    3. tapi org skrg ramai juga yang mencari saka... itu tidak menghairankan tok..tapi bukan tuan la..org lain yang pernah berurusan dgn Tok

      Padam
    4. Ehem ehem..

      Tu cara menjelmakan qarin dari khadam batu tersebut..

      Padam
    5. apa pun ia tetap akan menjadi dampingan..

      Padam
  2. Tok, betol ke Ada 9 alam ghaib? 1 Nya alam bunian

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5 sahaja...selain tu adalah alam kita. Ini apa yang terbatas kepada manusia untuk mengetahuinya tuan. Apa yang Allah bataskan

      Padam
    2. Tok,5 alam nie blh kita lawati tak? Dgn belajar kursus yg dianjurkan oleh Tok tu,ilmu terawangan tu blh ke alam dulu kala (back to future).

      Padam
    3. wallahualam , x pernah di cuba pula tu tuan

      Padam
    4. Tok,klau sesuatu hari nnt tok dah cuba dan berjaya terawang ke zaman dulu kala(back to future)...bagi tau ya,sy mmg sanggap nak belajar tau...nnt sy bg tau kenapa,hehehe...

      Padam
    5. Insyallah, tiada apa yang mustahil tuan, namun sejarah tetap tidak dapat di ubah tuan

      Padam
  3. Tok mcmana kite nk bg sesuatu permata jadi masak atau matang. Contoh kalau yg xada urat boleh jadi byk urat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukkan ke dalam Madu atau jemur atas dasbod kete selama beberapa bulan ya tuan

      Padam
    2. Wahhh. Express nyer tok reply. Okay tok. Terima kasih banyak. Tok rehat la dulu.

      Padam
  4. tok, knp sejarah Raja Kelantan Cik Siti Wan Kembang hilang ye tok? begitu jgk Puteri Saadong. Benarkah mereka wujud?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kt umh sy ada gambar cik siti wan kembang. Tp berupa lukisan. Sy pown nk tahu jugak mengenai kewujudan raja dan puteri.

      Padam
    2. Puteri saadong masih hidup...tp di alam lain...tp bukan alam bunian...kalo x silap saya la...puteri adalah manusia biasa,tapi ilmu Nya tinggi...

      Padam
    3. Setau Tok Puteri ini hilang di bukit payung. Beliau lari kerana mahu di nikahkan dengan Raja Siam. Kerajaan nya sekarang berpusat di G.Musang

      Padam
    4. Nik aziz adalah waris puteri saadong dan cik siti wan kembang.. Puteri saadong ada wasiat yg mengatakan jika timbul sebiji batu besar yg dibuangnya di dlm sebuah tasik, maka waris puteri saadong akan bangkit kembali menjadi pemerintah kelantan..

      Padam
    5. as salam
      mhn maaf mencelah...andai salah hrp d perbetulkan...

      puteri saadong tu x d mamah usia ke tok?
      btl ke p.saadong tu pergi pasar kat pasar popular d kltn...

      Padam
    6. entah..utk tok beliau tak glamer ...( d hati tok lah )

      Padam
  5. slam tok mat. .saya. Ada telur ayam jantan,tok Tok tahu tak apakah khasiatnye?

    BalasPadam
  6. slam tok mat. .saya. Ada telur ayam jantan,tok Tok tahu tak apakah khasiatnye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dulu banyak telor ni... erm,..tok tak berapa pasti apakah kelebihannya, cuma bila Tok tak tahu tat means ia tidak begitu penting ... mungkin untuk judi

      Padam
  7. Assalamualaikum tokmat dan sahabat2 sekalian... Saya ada 2soalan..

    Yg pertama, mcm mana cara kita nk tahu sesuatu geliga/permata/keris/azimat yg kita ada serasi dan sesuai dgn pemiliknya, blehkah ia diketahui secara mata kasar?

    Yg kedua, bolehkan kita melihat warna aura tubuh kita dan kekuatan pancaran aura tubuh kita dengan mata kasar? Jika ada, bagaimana caranya?

    Tu je tokmat stakat ni.. Terima kasih tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama : Kita boleh tahu samada ia serasi atau tidak , permata ini akan merubah warna atau uratnya hidup , ia bertindak balas dengan haba tubuh badan kita , malah ia sebenarnya menyerap toksin dalam badan.

      Kedua : kita melihat warna aura tubuh badan kita berdsarkan gerak hati sahaja tuan, bukan dgn pandangan mata kasar. merasa akan jenis getarannya boleh kita ketahui akan jenis warna yang kita miliki, ada yang dapat mengetahui warna aura dengan ilmu metafizik, ada yang mengetahuinya dengan kaedah gerak hati atau takrifat...

      Padam
  8. Salam tok.cam ne nak guna geliga bulan, ibu mutiara dan batu siput untuk memancing. Ada khasiat lain lg x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika ada 3 biji lain jenis atau sama jenis, sila masukkan sebiji dalam poket, sebiji dalam joran dan sebiji lagi berhampiran mata kail ya

      Padam
  9. Askum..Tok, masih Ada lagi tak G. Bulan dan brapa maharnya? Wafak memancing Tok ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saya tau brapa maharnya? Dan sesuai ke buat isian dan diikatkan cincin ? Adakah tidak boleh memakai semasa bulan mengambang?

      Padam
    2. ya, batu bulan atau moon stone mmg x boleh dipakai bulan ngambang, baik dri segi sains atau mistik... wallahualam...

      RM 156 sebiji tuan...

      Padam
    3. T.kasih Tn, Insyallah kalau ada rezeki sy nak 1 biji awal bulan Feb, bulan ni baru persekolahan mula.. Kalau sy nak order dgn Pn Alisya ke?

      Padam
    4. order hantar ke akaun Tok, namun pertanyaan stok atau penghantaran boleh tanya Puan Alisya ya

      Padam
  10. Assalamualaikum Tok.

    Saya mohon izin utk bertanya.

    Setiap G.Permohonan ada cara penjagaan yg khusus atau disimpan mcm tu sahaja ?

    Terima Kasih Tok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tumpang lalu...
      selain penjagaan, apakah cara utk mematangkan geliga tersebut.
      saya ada baca catatan tok ttp yg ada utk cenuai, g.lipan, g tahan biasa, sederhana, tinggi dan super.GMG.G.bulan,Buntat Delima,Buntat Lipan.G.Malakai.GSKAJ (catatan Mac 2012)
      tetapi camne nk tau g.permohonan kami ada pada tahan yg mana satu
      sebagai contoh Permata Mustika Puteri Kemala Sari bagaimana cara penjagaannya?
      maaf kerana panjang berjela2...sbb xtau nk pendekkan cerita...hihihi...

      Padam
    2. Salam sahabat tumpang soalan yg sama berkenaan geliga permohonan. Tok sy listkan soalan yg bermain diminda.
      1.cara penjagaan geliga permohonan
      2.cara pengunaannya (di simpan @ di pakai)
      3.cara mematangkan geliga tersebut

      Ada soalan bkenaan geliga permohonan sila la tambah ye:-)

      Padam
    3. secara umumnya , penjagaan geliga atau permata adalah dengan cara memasukkan ke dalam beras, kerana beras boleh memberi tindak balas ke atas sesuatu permata melalui 1 proses kimia , di mana lama kelamaan beras ini akan habis dan hancur.

      Untuk mematangkan , boleh menggunakan 2 kaedah yakni :

      - Meletakkan madu
      - Jemurkan atas dasbod kete selama beberapa bulan.

      Cara penggunaan Geliga permohonan bagus dimasukkan ke dalam poket atau diletakkan di tempat yang selalu kita lalui , setiap kali di lalui, auranya akan hinggap di badan dan akan memberikan reaksi terhadap masalah yang kita hadapi. Jarak hinggapnya aura ke atas badan sekitar 10 meter. dan setiap aura yang hinggap ke badan mampu bertahan selama 12 jam sahaja.

      Tiada zikir diperlukan, tiada asap kemenyan diperlukan kerana ia bersifat alami, khadam khadamnya adalah alami, bukan isian. setiap batu walau batu jalan ada khadamnya tuan tuan... hanya ahlinya sahaja yang tahu

      Padam
    4. faham tok...terima kasih tok...

      Padam
  11. salam tok mat.. urrm... dlu tok mat ade ckplaa.. setiap permata/geliga/dsb xbole bt masuk dalam tandas kn,sbbnye takut nty aura brg tuh ilang..hurmm..tok mat.. mcm mane plak klu kite terlupe nk cabut@simpan dlm poket..pastu masuk plak dlm tandas??

    klu da jd cm tuh.. cmne kite nk caskan semula aura brg tersebut??? sekian tok.. trime ksh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tn zairul
      kalau xsalah saya tok ada buat catatan di dalam blog ni...
      tuan boleh gunakan ruang carian (di sebelah kanan atas) dan taip "penjagaan geliga"
      tuan boleh baca satu2 dari carian yg dapat
      ada berlainan cara penjagaan utk geliga yg berlainan...
      andaikata apa yg sy nyatakan di atas salah...sy minta maaf...tp ini lah cara yg sy lakukan...

      Padam
    2. Kesimpulannya, jika barang alami.. usah khuatir jika masuk daam tandas pun, kerana auranya akan pulih sendiri dalam masa 3 jam , namun ia tetap tidak digalakkan.

      Bagi barangan isian, auranya tidak akan bertambah dan akan menjadi semakin kurang dan kurang, last2 kosong la.

      Insyallah setiap batu kita adalah alami, kecuali atas permintaan tuan2 sendiri nak tok buat isian

      Padam
  12. Salam tok. Macam mana nak tahu sesuatu pusaka @ permata itu berkhadam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap pusaka @ permata memang berkhadam tuan, beza hanya pada kekuatannya sahaja.

      Namun nasihat Tok agar jangan di ambil tahu akan sebab musabab khadam itu takut calar iman, biar ia dgn kerjanya , kita dgn kerja kita ya....

      Padam
  13. Tok... bagaimana nk menggunakan G.Besi Hitam utk mengubati kerasukan/histeria??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di basahkan sedikit , kemudian ditekapkan di dahi atau belakang atau tengkuk sambil membaca Kursi tuan

      Padam
  14. alang2 sy pong nk tanya tok.. insyaallah bagaimana nk kenal pasti khadam alami utk batu permata dari kalangan jin, bunian atau isian? keduanyer.. camner nk kenal yg mana ghaib lelaki dan yang mana ghaib perempuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pertama, jika ia barang isian , ia mudah dikesan dengan rasa denyutan . jika alami kita rasainya dengan perubahan suhu di tangan kita memegangnya..

      Khadam tidak ada dari kalangan Bunian Tuan.. Jika ia mengaku bunian pun. ia tidak benar kerana bunian sama sifatnya macam manusia... khadam terdiri dari Jin dan syaitan saja tuan... Samada ia terdiri dari Kafir atau islam , itu berdasarkan apa yang sudah Allah tentukan kepadanya dan kepda kita sendiri.

      Ghaib laki dan perempuan ?.... maksud tuan?

      Padam
  15. Salam tok.saya ada bebera soala. 1.Bagaimana kita nak tahu tanda2 ada petempatan bunian atau jin.
    2.Bagaimana caraguna minyak epal jin dan kegunaannya samakah dengan kemenyan epal jin.
    3.Apa perbezaan buntat embun dengan buntat air.
    4.Adakah khasiat permata @ batu akan menjadi lemah sekiranya tidak diikat cincin

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Tanda tanda adanya penempatan Jin adalah : pandangan mata kita kepada sesuatu kawasan , kelihatan ia aman, sayup dan hati kita yakin ia berpenghuni. selain itu selalunya kita panggil mata kasyaf yang tok ajarkan di dalam dewan dulu.

      2. Minyak epal Jin di pakai pada tubuh. manakala kemenyan pula dibakar dgn arang kayu.

      3. Buntat embun lembut di luar dan bila masuk dalam air ia hilang, buntat air keras dan bila masukkan ke dalam air ia masih kelihatan, namun menaikkan suhu air dgn cepat

      4. tidak... ia cuma seperti di KIV kan sahaja, sebab itu batu permata sukar merubah kecuali sudah diikat di tubuh.

      Padam
  16. salam tok, nak tanya mngenai mantera raja penggerun...sekali amalkan terus jadi atau perlu diamalkan selalu...apa maksud "tarik ibu jari di misai sekali sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sekali buat terus jadi...namun ayatnya kena di hafal agar sebati dan seterusnya khadamnya melekat terus kat tuan , baru menjadi hehehe....

      Tiap ayat ada khadam... khadamnya berupa anak harimau garang.

      Palit di misai sekali... rasanya ada videonya

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. kalau xda misai, xjadi ek tok? ~ rasanya kalau dah ada misai memang muka garang pun ~ haha

      Padam
    4. xperlu ada misai tuan, tok takde misai pun

      Padam
  17. Balasan
    1. delima merah banding tu bleh ikat dengan suasa x?

      Padam
    2. boleh rasanya kalau ada duit.. hehehehehe.
      maaf ye merapu... buat lawak ptg2 ni,boring. hahahaha

      Padam
    3. hehehe..bukan apa tuan, dulu besi wafaq saya ikat dgn perak pakai dlm 2 bulan abis bengkok cincin tu..dh xde rupa cincin dh

      Padam
    4. delima merah banding boleh ikat suasa tuan..insyallah

      Padam
  18. tok masih terbuka ke untuk penarikan keris keturunan dan berapa kosnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cantek jgk ni...
      nk jugak la klu ada rezeki...

      Padam
    2. nie pown antara soalan sy jugak tok. nak bagi nama siapa??

      Padam
    3. salam tuan firdaus,keris permohonan telah pun ditulis oleh tok mat...cube tuan taaip keris permohonan pada butang search...tk salah saya,maharnya rm1300 dan perguruan tok mat yang buat....dan ada syarat2 yang lain...itu yg saya ingat...maaf jika terkasar bahasa

      Padam
    4. trima kasih.. tp tok masalahnya yg tahu cuma nama ayah,atuk dan moyang saje. selebihnya lost...

      Padam
    5. Sama la kita cuma kita tau asal leluhur dari solo, indonesia

      Padam
    6. Penarikan keris leluhur.... syarat yang diperlukan :

      Nama Anda
      Nama Ayah anda
      Nama Atok Anda
      Nama Moyang Anda

      Itu sahaja

      Upah fidyah RM 1300..... Upah untuk guru dan lain lain rakan seguru kami, kerja ni bukan guru sorang yang buat

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  19. Tok...
    1.katakan la ahli keluarga kita hampir semua ada mendapat pemberian sedangkan kita sekali pn xpernah...
    apakah sebabnya tok..?
    2.kalau penglihatan alam ghaib di tutup, adakah ia akan terbuka kembali secara semulajadi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Masing2 kita ada rezeki yang Allah swt telah tetapkan , bagi Tok labih baik x pernah mendapat langsung namun 1 masa dapat sesuatu yang lebih besar ( Harap tuan faham maksud Tok )

      2. Penglihatan Yang terbuka adalah 1 Rahmat dan Nikmat, tertutupnya juga adalah 1 nikmat, namun jika pernah menutupnya secara paksa ( ilmu / Guru ) maka ia tidak akan boleh dibuka kembali kerana ia dalam kategori hamba yang tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan.... jadi jika sudah terbuka, biarkan ia terbuka dan jika tertutup, biarkan ia tertutup sendiri.....

      Padam
    2. no 1 faham tok.
      terima kasih.

      no 2 ada kemuskilan sikit, sbb bila usia dh lepas 21, ada yg mula menampakkan diri kembali. satu insiden tu siap berbual, bagi nasihat dan sepotong ayat utk di amalkan masa putus tunang. menurut cerita org nyer muda dan besar tubuh badan, bersih muka. yg peliknya dia mintak ajar solat dan trus jadi makmum.lepas bagi salam terakhir ramai yg menjadi makmum pada hal sebelum tu xder org pun. (waktu asar klu xsilap saya di salah satu R&R di negeri Johor(bukan saya la tp org terdekat)

      Padam
    3. Jadi ia anugerah, terimalah dengan hati terbuka tuan

      Padam
  20. Tok, sy ada dua soalan bkaitan geliga dn cincin.
    Pertama, permata tanduk kerbau mati beranak ade x tok dn brape maharnya?
    Kedua, katakn sy nk buat cincin perak tanpa permata, bleh x tempah ngn tok? Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. CTK ada lagi tuan , dan ia barang kedai Unkle atau umum di P.G org panggil ayahanda pasir Gudang. Maharnya siap cincin Rolex Ialah RM 650 Belum masuk kos pos.

      2. boleh, namun sila tentukan designnya ya

      Padam
  21. ni berkaitan keris leluhur tok..katakan ada yg merasakan keturunan belah ibu lebih kuat keturunannya,boleh ke tok bantu dptkan keris leluhur sebelah ibu??dan biasanya keris yg dpt tu leh ke tgk dulu kerisnya mcm mana?dr segi bentuknya,usia dan asal usulnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Hal keris leluhur ini sebenarnya amat kompleks kerana ia adalah bantuan dari perguruan dan bukan direct Tok sendiri, jika sudah di mohon maka wajib ambil.

      Jika tuan mahukan sebelah ibu, boleh juga.Namun tuan perlu tahu risikonya jika abg / adik atau sepupu sebelah lelaki waris ibu anda memohon keris leluhur dri tok atau mana mana perguruan yang mampu, maka keris yang tuan miliki ini akan hilang dan beralih tuan yang berHAK

      Padam
    3. tapi boleh tak tok LOCK keris tu mcm mana tok buat pd trisula supaya xde waris yg boleh tuntut lagi?

      Padam
    4. Boleh..tapi khadam asalnya akan di buang dan digantikan khadam baru atau pun di biarkan kosong sahaja

      Padam
  22. assalam tokmat
    1jenis permata apa buat cincin kena kulit n jenis apa tk perlu kena kulit?
    kayu penunduk nak buat cincin bagi kena kulit tak?
    10q...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenis perlu kena kulit ialah jenis Kebal

      Jenis Tak wajib kena kulit ialah jenis tembus/lutsinar kerana auranya mampu menguasai pemilik dalam jarak 10 meter

      Jenis Gelap perlu dekat dengan pemilik ( pada jari ) namun x boleh kena jari .

      Jenis Pembisa tak boleh kena kulit kerana ia mempunyai medan letrik yang mampu bersambung dgn medan tenaga jasad, dan bila memukul musuh, musuh tumbang, kita pun tumbang, jenis ini diikat pada cincin namun di larang cecah kulit pemilik

      Padam
    2. salam tok..jenis gelap camana tu tok? mohon penjelasan... :)

      Padam
  23. Salam tok, tak ada buat geliga permohonan ke untuk sesi pertama tahun ni???

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan...sy nk tumpang tanya pd yg veteran/senior
      dr bacaan sy, setiap org boleh buat 3 permohonan atas nama dalam setahun...
      soalan saya...tahun tu hijrah ke masihi?

      Padam
    2. rasenye bln 2 akan dibuat sesi geliga permohonan utk thn ni....pernah tanye tok seblm ini...haap maaf jika data tk tepat

      Padam
    3. 1. Bulan Hijrah

      2. Ahmad ewan : Jawapan anda tepat


      Setepatnya adalah selepas Kem Tahap 2 bulan 2 ini

      Padam
  24. aslkm tok ade tak ayat untuk mengasah mata bathin/kasyaf....tq tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xyah asah2 dh. Jom g try ngn cik sarah. Confirm terang.

      Padam
    2. ha ha haarrr... den nak pi try ari minggu neh.

      Padam
    3. seisi bersama Cik sarah akan diadakan bermula Petang Jam 5 dan selepas isya'..lepas dibuka, peserta akan diletakkan di tepian sungai Tok Puteh berseorangan.......

      Kem kali ini di hadiri cuma 14 org yang sudah mendaftar... kawasan ledang ni...lagi sikit lagi bagus kerana tempatnya x luas

      Padam
  25. Assalamualaikum...

    Tok..satu soalan.

    Sekiranya sesuatu permata/geliga/azimat yg mempunyai khasiat Pengasehan jika dicalitkan minyak yg juga mempunyai khasiat pengasehan..adakah aura pengasehan tersebut akan berganda??

    Sebagai contoh...jika GMG dicalitkan dgn minyak Gaharu bunian..

    Sekian saja tok.. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. x boleh tuan, sifatnya berbeza, antara minyak dan batu ia takkan menyatu

      Padam
    2. kalau ianya berunsur kayu...contoh seperti permata teras cenuai??

      Padam
    3. ok.. terima kasih tok.. (^_^)...

      Padam
  26. sy nk minta pengesahan drpd tok ttg perbezaan MERAH DELIMA dgn DELIMA MERAH...sy boleh tgk dr bentuk permata tersebut tp utk terangkan pd org agak ssh ckt...boleh tok bg penerangan agar xde org konfius lg..
    Terima Kasih....

    BalasPadam
    Balasan
    1. delima merah melalui proses pemanasan untuk menjadikan delima itu berwarna merah .tetapi merah delima adalah bebas dari proses pemanasan, ia berwarna merah secara semulajadi dan natural.
      maaf tok kalau salah .

      Padam
    2. kalau camtu boleh x kita bezakan dgn mata kasar?

      Padam
    3. Boleh kalau mahir.....

      Dalam keilmuan Tok :

      Merah Delima : Delima Biasa kebanyakan org pakai

      Delima Merah : Yang boleh dididik menjadi merah air melalui cara penjagaan seperti aturan menjaga Geliga Lipan...ia juga bermaksud " Delima Merah ****.... Yakni Delima Merah Air "

      Padam
  27. Aslm tok..
    Boleh kongsikan :
    1.petua menggunakan batu petir dan amalannya?
    2.Bagaimana cara penjagaan sebenar batu ni? ada yg cakap x boleh dibawa masuk tandas dan sebagainya.
    3. Adakah ianya berkait rapat dengan ilmu persilatan? apakah amalannya?
    Terima kasih Tok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan 2 & 3 Merujuk kepada benda Isian Zikrullah, ia bukanlah dikira sebagai Alami , Kekuatan Permata dan batu alami jika ia adalah hasil kekuatan alaminya sendiri, kekuatan yang terhasil dari Pembentukan permata itu sendiri.

      Cara menggunakan batu petir hanyalah memakainya sahaja dan cukup bertawakal kepada Allah swt dan yakin akan ciptaannya yang sempurna terhadap manusia. Awas jika memukul musuh, musuh boleh menderita dan mati beragan di mana dalam tempoh ini jika tidak di rawat mangsa enggan makan dan minum, Matinya kerana tidak makan minum

      Padam
  28. Tok selamat Malam , masih Online kah Tok ?

    BalasPadam
  29. Salam tok,maaf bertanya,cincin 13 pasak besi tu kebal darurat ke kebal alami?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cincin 13 PA Sudah Available.... Tok malas nak ambil sebab nak ambil saja modal dah tinggi... satu bentuk RM 1400

      Padam
  30. Assalamualaikum tok..

    Sekiranya kita bermimpi mempelajari ilmu persilatan dan adakalanya mimpi menewaskan musuh dengan ilmu yg dipelajari(dlm mimpi jugak)...ada kemungkinan tak ilmu persilatan tu tertanam dlm tubuh kita?

    wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam tuan ache...setahu saya,ilmu persilatan yg dapat tu adalah ilmu autocas...pabila ade emergency....kita akan tibe2 pandai bersilat...maaf jika jawapan tk memuaskan tuan ache

      Padam
    2. Tok setuju.... kalau saja saja nak ingat balik memang x dapatlah...namun latihan kepantasan tangan dan kaki juga amatlah perlu dipraktikkan

      Padam
    3. ok...faham2... selalu jgak mimpi macam tu... insyaALLAH mungkin berguna utk satu masa nanti...

      terima kasih tok dan tuan ahmad utk penerangan..:)

      Padam
  31. Salam tok. Pernah tok beritahu geliga ibu mutiara boleh beranak pinak. Macam mana caranya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang boleh beranak tuan.... tapi bukan sehari dua lah, setahun dua juga nak tgu dia beranak

      Padam
    2. Di biarkan saja ke tok @ nak kena rendam air

      Padam
    3. aih..masukkan saja dalam beras..jangan dalam air ya tuan

      Padam
  32. As salam Tok Mat...
    seperti sedia maklum terbukanya hijab adalah satu yang sangat di inginkan tetapi adakah ianya boleh dibukakan atau terbukanya sendiri….banyak yang mengatakan bahawa hijab akan terbuka dengan 3 cara:
    1. Terbuka sendiri - (Para Wali Ambia, Suhadah dan Solihin)

    2. Membukanya sendiri - ( Ilmu yang ada Pada Guru )

    3. Dibukakan - ( Dibukakan dan didoakan oleh GURU )
    ada yang mengatakan hanya 5 minit sahaja hijab akan terbuka …..kenapa begitu mudah
    Boleh Tok terangkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana ia perlulah dengan izin Allah...

      sebenarnya Tok tak suka nak membuka Hijab Orang, sebab org yang Tok buka semuanya jadi Kurang siuman sampai hari ni.

      Tok melantik Cik Sarah Kerana dgn kaedah beliau boleh on off, kemudian kalau jd apa apa... Bukan tanggungan Tok lah hehehe....

      Untuk khidmat Konsultasi dengan Cik Sarah...

      Buka HIjab : RM 99

      Minyak Perindu : RM 50

      -------------

      X dapat nak terangkan dgn jelas, sebab Tok kurang sihat hehehe

      Padam
    2. Tok sy nk buka hijab pada kem tahap 1 nie boleh ke tok?

      Padam
    3. boleh sangat laaa tn syafiq... rm99 jer ngan cik sarah. den pun nak try bukak, kalo x tahan den tutup balik... hahhaha...

      Padam
    4. tok bkak kn spi jd kurg siuman? mksd tok?

      Padam
    5. Boleh, peserta lama boleh hadir ke kem tahap 1 yang akan diadakan, Kalau tak mahu masuk yuran, makan minum dan tempat tgl adalah sendiri ya.

      Boleh reply balik apa yang sudah belajar nanti..berguna untuk peserta baru.....

      Ingat :

      Kem 1 : Membosankan
      Kem 2 : Excited
      Kem 3 ( Final ) : Menakutkan dan paling menyeramkan

      Padam
    6. Kurang siuman kerana nak tido nampak lembaga hujung kaki, nak keluar kerja tak mahu sebab nampak benda di pintu, nak bersosial bercakap sensorang , di mana yang dah di buka tidak ada ilmu mengenal, tidak mengenal mana makhluk nyata dan mana yang ghoib...maka jadinya kurang siuman

      Padam
    7. owh mcm tu...lau ada rezeki...dan x keberatan...nk mhn tok bka kn hijab utk sy..itu pun atas izin-Nya...

      amin..
      smpi kan salam kat bodyguard tok...

      Padam
  33. Tok kalau buka hijab melalui jarak jauh boleh x?

    BalasPadam
  34. Balasan
    1. salam tn dgadg... rasanya kalau nak bukak hijab baik berdepan dengan guru, takut terjadi sesuatu yang tak diingini... biasa alam sebelah tu tak seperti yang kita bayangkan... lagipun bukak hijab rasanya bukan sejenis jer...

      Padam
    2. bukak hijab yang sebenar benarnya adalah menakutkan dan jika sudah terbuka...tok berani potong jari..anda akan hidup dalam ketakutan..

      Apa yang digembar gemburkan adalah palsu berkaitan dengannya.... rasa sendiri yang sebenar..anda pasti serik seumur hidup

      Padam
    3. anda tu sapa tok?? den ker... hehhehe, ampun tok.

      Padam
  35. salam sejahtera.. tok,semoga chat dari selsema n demam... dan dpt menjalankan ibadah seharian.. hamba mussalman dri perak ingin bertanya... mengenai "cra2 utk mngaktifkan batu delima".ia ada 4 minggu perlu dilalui... minggu yang ke 4 tu,hamba x faham .. apa yg d maksudkan dgn..perlu disediakan 1 sejadah dibelakang.."(bahagian lelaki kanan jika hitam,bhgn perempuan kiri bagi kuning,putih dan merah.."soalannya..warna tu,adakah warna bagi gliga lpan tu?.... Dan,adakah meksud lelaki dan prmpuan tu,pemilik empunya geliga itu?

    soalan ke2... macam mana hendak tutupkan dgn gelas lutsinar dan letakkan ke dlm srang brung tmpua,sedangkan pintu srang burung tu ,kecil je,adakah kena tebuk lubang lain di sarang tersebut?

    sekian..Jutaan Terima Kasih..
    Terima Kasih juga.. bg free give..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mphon Maaf, TOK... geliga lipan,bukannya batu Delima...

      Padam
    2. 1. bukan ikut warna geliga... apa sejadah tak kisah

      2. laki dan perempuan adalah jenis khadam geliga itu.... ikut tertib ajak solat sekali, kalau laki sebelah kanan, kalau pompuan sebelah kiri...

      cari gelas kecil dan sarang tempua lubang 1

      Padam
    3. salam.. TOk.. so warna merah,hitam,kuningg,oren n hitam tu merujuk kepada apa? warna sejadak ke?atau warna kkhadam? konfius ckit,maaf ya Tok.... :)

      Padam
    4. Boleh memilih mana satu warna sejadah ini, lainnya x boleh

      Padam
  36. Aslm tok..
    Boleh kongsikan :
    1.petua menggunakan batu petir dan amalannya?
    2.Bagaimana cara penjagaan sebenar batu ni? ada yg cakap x boleh dibawa masuk tandas dan sebagainya.
    3. Adakah ianya berkait rapat dengan ilmu persilatan? apakah amalannya?
    Terima kasih Tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah terjawab di atas ..terima kaseh...lagi... Questions?

      Padam
  37. Tok masih Online , Tok rasanya pelaris yang mana sesuai untuk saya , tadi petang yang call Tok , Dokter

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum tok. Tentang pengunaan gmg. Sekiranya klu tidak ikat cincin tp di selitkan pada mana2 anggota badan supaya terkena kulit boleh ke tok?? Atau mmg kene buat cincin juga???

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan Syafiq..

      setahu saya yg patut kene kulit adalah asbab kekebalan...utk asbab pembisa plak tak digalakkan mengena kulit kerana risau memudaratkan org lain...yg lain2 tu seperti pengasehan, pelarisan dam sbgnya memadai diletakkan antara jarak 10meter dari badan...sbb aura sesuatu geliga keluasannya adalah lingkungan 10meter.

      maaf kalau ada tersalah info..saya budak baru belajar...

      wallahualam..

      Padam
    2. saya tambah sikit soalan...
      adakah aura yg terpancar oleh geliga/permata dapat di kongi dengan ahli keluarga yg lain atau hanya utk pemilik shj?
      ada apa2 panduan yg mengatakan geliga/permata yg kita perolehi itu mensi di jadikan cincin atau lain2...atau boleh di jadikan mengikut kehendak pemilik?

      Padam
    3. Sesuai permata adalah di jari tuan, seeloknya buat cincin, namun kalau ianya ada kaitan dgn hal diri, dinasihatkan jangan buat cincin,,org dulu2 simpan dalam kain sebab:

      - Takut jatuh
      - Tak mampu buat cincin

      Pancaran aura ini hanya Boleh mempengaruhi tuannya sahaja ( ada rahsia di sebaliknya akan maksud ini )

      Padam
  39. Salam Tok Mat...Ingin bertanya berkenaan geliga mangkubumi .. Adakah namanya sempena dari sesuautu tempat?Andai bukan darimanakah asal nama tersebut dan apakah khasiat geliga mangkubumi tersebut...

    Alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mangkubumi adalah nama seorang Laksamana Acheh di alam sana tuan.... Ia memberatkan pukulan, panca indera lebih awas

      Padam
  40. Wassalam dato...tiada perkataan takut dlm idup sy tok kecuali takut kpd Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, jadi harap dapat hadir ke kem nanti ya tuan..insyallah

      Padam
    2. syukur.. nanti boley ler den tumpang berani dgn tuan dgadg.

      Padam
  41. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  42. Salam tuan dgadg, memang benar sesungguhnya manusia itu hanya diwajibkan takut kpd yang maha Esa sahaja...tetapi takutkan sesuatu selain Nya adalah harus hukumnya....
    Mari saya berkongsi pengalaman dengan tuan...Saya mempunyai pengalaman melihat makhluk halus tp malangnya makhluk tersebut sedikit menyeramkan...kejadian ini berlaku semasa saya diminta tolong untuk memagar rumah dan kawasan persekitarannya dari gangguan makhluk yang sebegini rupa...
    Pernah suatu ketika semasa proses memagar tersebut dijalankan,tiba-tiba ada makhluk yang bermata satu bertenggek betul2 di dahan pokok dpn rumah...rupanya macam kelawar...besar mcm manusia dewasa..matanya bewarna hijau...tk salah saya....berderau darah dibuatnya semasa penampakan makhluk tersebut...lagi satu,semasa pemagaran dlm bilik tuan rumah,tibe2 terasa dipegangnya kaki...terasa amat lembut sangat tangan yang memegang tu tp....sape yg tk seram tuan....nasib baik semangat kuat...jika tak,saya da lari tuan...tk sanggup...
    Banyak kali juga saya mohon pd Nya...biarlah dinampakkan khodam terlebih dahulu...biarlah saya biasakan diri dengan mereka kemudian barulah makhluk lain yang berwajah hodoh dan sebagainya....
    Sering kali saya berdoa...Ya Allah,jika diriMu menghendaki hijabku terbuka...maka bukakanlah di saat diriku begitu hampir dengan Mu...Andai hijab diriku terbuka juga,maka nampakkanlah makhluk yang elok rupa parasnya terlebih dahulu kemudian barulah yang lainnya...
    Itulah doa saya tuan....Maaf kerana banyak berceloteh dengan tuan Dgaadg...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak rupanya yang handal dalam blog tok ni.... segan pulak tok heeeee

      Padam
  43. Assalamualaikum Tok Mat... abg tumpang berlajar...

    Tok saya nak tanye...
    1) Apa yang dimaksudkan dengan rezeki 4 & 5 penjuru?
    2) Apa yang dimaksudkan dengan Kebal darurat & Kebal alami.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Rezeki 4 Penjuru ---> Kiri, kanan, depan , belakang

      2. Rezeki 5 Penjuru ---> kiri , kanan, depan, belakang dan atas

      Ini bahasa kiasan.... ia sebenarnya tersirat, sila kaji dgn guru tuan ya

      Padam
    2. he..he.. guru??? sekrg ni tok mat la guru... kalau nak kaji... kaji dgn tok la... kalau tok sudi bg penjelasan kat sini... lg baik semua boleh kongsi... insyaallah...

      Padam
    3. betul tok...ilmu kongsi2 jd insyallah xhilang dr pengetahuan...hehehehehe...
      baru nk kenal2 ni...

      Padam
    4. salam tok, tok sihat? saya ingin bertanya cara penyimpanan batu petir? adakah kene simpan dlm beras jugak ke>...? satu lg camana cara nak tahu batu petir asli or tidak... selain dr guna emas&perak...

      Padam
    5. Yang tok tahu adalah dgn emas dan perak sahaja tuan...cara lain tok x pasti.... 1 question 1 thread only... campur campur nanti pening na

      Padam
  44. salam tuan ninja...ini pendapat saya...
    Apa yang pernah saya pelajari...
    1. Rezeki 4 penjuru ini merupakan arah tiupan mata angin...iaitu utara,selatan timur dan barat....selaju mana rezekinyaa,selaju itulah arah mata angin tersebut...Maaf,hanya itu sahaja pengetahuan saya...jika salah,mohon betulkan...
    Mengenai kebal pula....seingat saya,tok mat pernah terangkan....
    2. Kebal darurat merupakan satu sifat atau keadaan yang mana kebalnya boleh dibuat pertunjukan dan sifatnya tidak permanent manakala kebal alami pula terjadi apabila berlaku sesuatu dalam keadaan emergency (autocas),maka serta merta bdn kita akan kebal dari serangan,tetakan,peluru dan sebagainya dan sifat kebal alami ini adalah permanent...
    Jika salah infonya,mohon dibetulkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo mcm tu ke tuan... he..he..he.. kalau ada apa2 yg kurang, pasti tok mat tlg tambah apa yg patut... terima kasih tuan d atas info yg dberi... saya amat menghargainya, saya doakan semoga hidup tuan sentiasa diramahti Allah s.w.t...amin

      Padam
    2. salam tn ahmad ewan.
      rasenye utk penerangn kebal tu mcm terbalik.
      kebal darurat - hanya aktif ketika darurat.
      kebal umum - anytime ley kebal.
      kebal alami - ??? mcm xde pape pencerahan dari tok lagi.
      apapun semuanya terjadi adalah dengan izin dari Allah yg maha kuasa.
      maaf jika tersalah.

      Padam
    3. Kebal Darurat : Kebal yang terjadi semasa diperlukan di mana ia bertindak balas semasa perasaan kita menjadi gemuruh... secara lojikalnya kekuatan auranya akan membuatkan kulit lebih kental, semasa gemuruh/terkejut kulit akan mengalami reaksi menegang, aura batu ini akan menambahkan ketegangan kulit, sebagai contoh... menetak urat lembu yang tegang..bukankah ia sukar.

      Kabal Umum : Membawa erti kebal untuk semua orang, di uji cara potong rambut tak putus, sesiapa saja yang pegang boleh kebal tidak semestinya tuan barang.

      Kebal Alami : ini adalah perkataan umum yang merujuk kepada 2 kebal di atas, alami bermaksud kebal semulajadi dari sifat "Barang ", bukan barang isian, jika isian ia dipanggil " Kebal isian "

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. terima kasih Tn. Hashimi dan Tok Mat kerne betulkan pendapat saya tu...alhamdulillah...Kedua-dua mereka ni bagus2 belaka...Moga dipermudahkan lagi kefahaman yang sedia ada....

      Padam
  45. salam semua,hijab ni!!!! nak cita pun susah...macam ni lah, saya bagi 1 bayangan.. sedang anda nak lelapkan mata tiba-tiba ada makhluk yg hodoh,busuk betul-betul berada 1 inci dimuka anda.. 1 lagi, sedang anda tidur, bila anda pusing je, di sebelah anda ada seseorang yg mengerunkan... buat bayangan atau makrifat anda sendiri..tak leh tido beb...and jiwa kacau jadinya nanti macam orang hilang akal. p/s pernah nampak kaki ular!! ular ada kaki tau..ni salah satu pandangan hijab

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu baru di bayangkan... hahaha..belum betul2 buka sepenuhnya... kalau buka sepenuhnya tak perlu bayangkan dan tak perlu susah payah nak menutupnya, tetap kelihatan 24 jam sepanjang hayat... agak agak.... kalau yang ambik 12 orang buka hijab, tahun depan 12 ni semua jumpa di tampoi kot... hehehhe... pikir dulu sebelum buat, sudah buat pikir kemudian tidak berguna. :)

      Padam
    2. jumpe d tampoi... tp sebagai staff kat dlm sana sbgai perawat he..he..he.. insyallah

      Padam
  46. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian Tuan ahmad ewan...sekurang2 nya Tuan adalah salah seorang dr seribu org yg beruntung dpt melihat alam mereka walaupon dlm keadaan diselubungi perasaan ketakutan...Indahnya ciptaan Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..mula mula mmg ngeri tuan, tapi bila dah lama lama dan otak mulai menerima apa yang kita nampak, insyallah sudah tak ada apa apa lagi... yang perlu ditakutkan ialah Allah... ehem.... *Tok pun takut pocong lagi neh

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Btol kata tok tu, saya setuju....mula2 memang ngeri tp lama kelamaan akan terbiasa kerne otak kita da mula menerima isyarat yang mcm tu....
      Tok yg terrer ni pon ade jugak yg ditakutkan...ape lagi saya...baru setahun jagung tok...tu yg kene masuk Kem Mistik tok tu...tk sabaq da nie...
      Tp klu nk cerita pasal ni,memang banyak boleh diceritakan...ada jugak la pengalaman tp semuanya yg menyeramkan dan ngeri...hehehe...
      Untuk Tuan Dgadg,jgn risau...di mana ada kemahuan di situ ada jalan...saya berikan kpd Tuan Dgadg satu jln atau ikhtiar...tp perlu diamalkan sungguh2...
      Tuan biasakan membaca ayat ini...ALA YA'LAMU MAN sehingga akhir...satu ayat dari surah al-Mulk...baca 1000x selepas solat isyak selama 7hari berturut-turut dan jangan terputus walau sehari pun...klu terputus,kene ulang dari yg pertama la tuan...ada cara tawasulnya...cube tuan tanyakn Tok Mat kerne beliau lebih arif...
      InsyaAllah...apa yang tuan hajatkan...mudah-mudahan terjumpa tp jgn lari plak pebile ada yg hai hai,bye bye nnti...hehehe...

      Padam
    4. mudah mudahan kat kem nanti xde pocong... kalu ada... hangpa jangan pelik tgk tok freeze macam batu na hahaha

      Padam
    5. hehehe...tk mau la tok...cukup2 la tu...seram...tp sikit2 boleh la...tk pasal2 ade je yg berhambuq larik....

      Padam
  47. Salam tok,yg mana batu atau geliga dr tok yg kebal umum?

    BalasPadam
  48. Ramai jugak dalam blog neh yang berilmu tinggi dan dah terbuka hijab atau ada pengalaman dengan alam sebelah... den ni 00 bab neh, nanti tokmat didik den biar jadi macam depa neh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. eheks... depa pun boleh dah tu tuan... Tok ni cuma pemberi laluan sahaja... xda blog ni kot tak jumpa la kita gamaknya..insyallah

      Padam
  49. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  50. Salam Tok dan Sahabat semua.
    Terima kasih ucapan dari saya dengan ilmu pengatahuan yg dikongsikan bersama diantara Tok dan juga Sahabat2 semua malah dgn soalan2 yg dpt kita tambahi dengan ilmu pengatahuan.

    saya ingin menambah pertanyaan/soalan iaitu..
    Apa yg dinamakan ilmu terawangan,ilmu scann dan buka hijab.persoalannya..adakah ia 1 ilmu yg sama atau berbeza diantara maksudnya.

    terima kasih tok..belum kesempatan utk ke Kem Thp 1 lg.hrp hari yg mendatang ada lg Tok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ketiga tiganya tak sama tuan....

      Ilmu terawangan adalah ilmu astral, yakni makrifat dan hakikat bergabung menjadi 1 .... aih... kita toksah guna bahasa dalam, nanti ada yg tak paham... begini sahaja....

      Di mana Keyakinan dan fokus menjadi 1 melalui proses proses ringkas, insyallah .

      Scan.... dan buka hijab... hehehe... jom masuk kem, kalau tak tok tak tau nak ucap apa nanti dalam kem heeeeee

      Padam
  51. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  52. Tok... Andai seseorg tu dh buka hijab, maka secara automatik dia bleh nampak sume yg halus/terselindung dek mata kasar...

    soalan saya...adakah mereka mampu menyentuh makhluk tersebut dan berinteraksi yakni berhubung secara lisan??


    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak Boleh.... berhubung lisan boleh..namun jika keupayaan makhluk tu boleh sampai mewujudkan dirinya ( sifat ),mungkin boleh... namun belum pernah terjadi...

      Padam
  53. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  54. Jutaan terima kasih pd Tuan ahmad ewan atas perkongsian ilmuNya...Allah jualah yg dpt membalas dgn kebaikanNya,Amin ya Rabb

    BalasPadam
  55. Tok Mat...biasa dgr ilmu lipat bumi x? Adakah ilmu ni termasuk dlm ilmu terawangan???

    Lipat Bumi ialah ilmu Roh & Jasad, di mana kedua-dua Roh & Jasad bergerak selari dalam Ruang Tempat sambil Merentas Masa. Oleh kerana ilmu ini telah pupus dan manusia terlalu memandang wang untuk bergerak, maka kami diarahkan untuk menghidupkan ia kembali supaya dapat memanfaatkan sesiapa saja yang mahu merasai Ma'arifah Kekuasaan ALLAHU Qadirun, Satu-Satu Dia Yang Berkuasa. Diturunkan dari ALLAH melalui Khaidhr Rasul ALLAH kepada beberapa individu sehingga sampainya kepada Che' Puteh Adam Longtambang. Dihadiahkan dengan Ikhlas kepada sesiapa yang ikhlas hendak beramal. Dengan ini diizinkan secara Ijazah Zahir namun begitu Ijazah Bathinnya dari Khaidhr sendiri atas Kehendak Rabbul'Alamiin. Bermohonlah hanya pada ALLAH Dia Yang Satu-Satu Dia, Tiada Yang Hak Melainkan Dia-lah Tuhan Pencipta Yang Empunya Zat Seluruh 'Alam serta Segala Isi Kandungan Dalam Genggaman Zat-Kepermurahan Dia.

    Bacaan Wirid yang dihafal sehingga sebati (bahasa Arab Kuno):

    BISMILLAHI 'ALAA QALBIIY HATTAA YARWAAA.
    Dengan Nama ALLAH-INI di atas hatiku ini hinggalah penuhlah ia.

    BISMILLAHI 'ALAA RUKABIIY HATTAA TAQWAAA.
    Dengan Nama ALLAH-INI di atas lututku ini hinggalah dikuatkan ia.

    BISMILLAHI 'ALAA ALARDHI HATTAA TUKHWAAA.
    Dengan Nama ALLAH-INI di atas bumi ini hinggalah dilipatkan ia.

    Ma'arifat & Manasik:

    Ma'arifnya ialah penumpuan cara ikhlas, tenang dan fana pada zikir laju "ALLAH,ALLAH,ALLAH....tanpa henti"

    Pertama, pejam mata dan bayangkan cu nampak hati letaknya dibahagian kanan perut.

    Keduanya, buka mata dan zikir senyap "ALLAH,ALLAH,ALLAH....tanpa henti" dan bayangkan setiap sebutan "ALLAH" Ini dimasukkan/diisikan/dituang terus ke dalam hati. Sambil sedetik saja (1X) niat dalam hati "hinggalah penuhlah ia". Petanda hati sudah penuh ialah rasa loya-loya & separuh lelap, tetapi teruskan zikir.

    Ketiga, jeling (1X) ke lutut kanan dan tumpukan pula pengisian zikir ke lutut kanan, detikkan 1X saja dalam hati "hinggalah dikuatkan ia". Petanda ia penuh, akan rasakan mengantuk yang teramat sangat tersenguk-senguk...kemudian

    Keempat, jeling sekali pada tanah atau mukabumi atau bukit/gunung atau mengadap arah untuk ditujui, detikkan "Mekah", "Alor Setar" dan sebagainya lalu "hinggalah dilipatkan ia". Lepas tu akan terlena, celik dari lena...maka sampailah ia kalau ALLAH izinkan.

    Hanya buat ketika dalam perjalanan jer...ye cu...kalau duk kawasan rumah tak yah ler amal...nanti duduk atas Gunung Everest.
    Perjalanan dengan kaki jer...ye cu...kalau bawa kereta nanti hentam divider.
    Ikhlas..ye cu...kalau tidak sesat jalan, jumpa Beruang Kutub.
    Dalam tenang dan sejahtera jer...ye cu...waktu tension jgn buat nanti jumpa Singa Afrika.
    Berhadap hati dengan ALLAH jer...ye cu...selain dari-Nya batal...nanti masuk An-Nara.

    Sa-kian, wa salam dan berkah-Nya Rabbul'Alamin.

    BalasPadam
  56. Salam tok.Tok kata Geliga Seri Mahkota Panchar Dewi mampu mendapatkan kekayaan melalui amalan yang diberikan. Apakah amalannya

    BalasPadam
  57. salam tok, pertanyaan pasal GUCMANI. mmg dia akan jd bertambah gelap ke tok bila buat pakaian hari2.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN