Khamis, 3 April 2014

MY IDEA ......UR CHOICE TO CHANGE UR LIFE

IDEA IDEA PERNIAGAAN YANG MUNGKIN ANDA BOLEH CUBA

Assalamualaikum wbt semua , di sini Tok Mat GB nak share beberapa Jalan Perniagaan yang ada dan akan Tok Mat GB sendiri akan laksanakan insyallah dalam tahun ini juga , Tok tak lokek ilmu untuk berkongsi idea idea ini bersama anda kerana peluangnya amatlah luas dan meluas sekali…..

Apa pun…Kena ada story baru Syok kan haaaa….. Baru baru ni Tok balik Ganu dan Perlis… Singgah jugak la Ke Cameron Kejap…. Dalam Dok berjalan , drive dan musing musing ni…Kepala Tok bukan jenis kepala Orang lain, kalau 8 jam Drive, maka 8 jam tu lah otak Tok sentiasa berfikir “ How To Create 1 Cent To 1Million”…… Hanya berhenti berfikir ketika solat, tidur sahaja… sedangkan dalam berbual dengan org pun Tok berfikir dan terus berfikir… sebab tu kalau berbual dengan Tok… kekadang Tok akan Tanya perbualan anda beberapa kali… bukan Pekak… tapi sebab dalam kepala banyak benda difikirkan…

Tok suka perniagaan atau jalan perniagaan yang mudah namun perolehannya adalah terbaik, Modal kecil untung besar, risiko kecil….. kerana tidak semestinya modal besar, untung pun lumayan.,..tidak sama sekali…

Ok lah, kita direct apa idea ideanya yang ada dalam kepala Tok Mat GB pada ketika ini… anda boleh buat jika mahu dan rasa situasi anda sesuai dengan peluang peluang ini :


1.       Masuk Auction Pangsa Modal dalam RM 50k Boleh dapat dalam 2 Biji Rumah Pangsa, Renovate sikit tandas, tingkap, cat lebih kurang dalam 6 Ribu, ingat…macam mana pun, cuba Fixkan Maksima Modal renovate ni dalam RM 6k sahaja…. Buat la lagu mana pun asalkan rumah pangsa ni sempurna kembali dan sesuai di duduki manusia hahaa……

Katakan Auction Lelongan Kita dapat sebiji RM 20k , Modal Renovate RM 6k. Total ialah RM 26k belum termasuk modal modal kasar…. Jual semula dalam tempoh minimum 3  bulan dalam RM 36,000… untung kasar ialah sekitar RM 10k untuk sebiji Rumah….. jika anda menang 2 biji?.... 3 biji?..... so..kira sendiri… ini lah kerja paling senang, namun kena ada modal lah…

2.       Hantar Ulam ulaman dan Buah Jering ke Ganu ….. Kalau di Perlis Buah Jering ni banyak terbiar saja…. Kalau di ganu hari hari orang makan sebagai ulam, sebuah keluarga makan Jering ni boleh di katakan semua memakannya sebagai ulam., takda ulam ibarat tak lalu makan…Ka Johor lagi lah terbiar ( kawasan kota Tinggi )

Nilai Jering sekilo di Ganu ialah RM 6-7 / Kilo….. harga Tolak kepada peniaga ialah RM 5.00/sekilo….

Di Perlis maksima Nilai Jering sekilo Cuma lah RM 3.00 dan kalau dah musim sekilo dalam RM0.30 sen sahaja…..

Kalau bawak pakai Hilux… apatah lori… agak agak berapa tan?......

Pembeli?.... apa susah, masuk pasar pasar dia dan Tanya saja untuk tolak jering…. Berebut peniaga ambil….. u see?

3.       Peniaga peniaga Thailand memerlukan Transport untuk membawa masuk barang barang jualan mereka  sehingga ke Johor… yang buat kerja ni salah satunya ialah Tok sendiri….

Penghantaran 1 lokasi kita ambil RM 200…. Murah kan?..... tapi sekali hantar bukan 1-2 tempat… kita selalunya hantar sampai 10-12 tempat dalam 1 perjalanan ikut muatan. Dekat peniaga Thailand ni dah kita cas, dekat pembeli dan pemborong di Malaysia pun kita cas…. 1 trip is about RM 2700 untung bersih… sekali jalan kena dalam 3-5 buah lori atau kenderaan 4x4. Baru muai….

4.       Perniagaan Mover atau khidmat pindah barang pejabat, pindah barang rumah ke lokasi yang lain…. Untuk permulaan kena ada 1 lori…. Untuk tujuan ni cukup pakai lori 4 tayar dulu modal dalam RM14k…. Second hand , cari jenis Hicom.. Dah puas hati dah… 1 Kg Cas RM 2.50…. sekali bawak agak berapa kilo?..... So… sesuai dan bagus bagi yang baru nak berjinak dalam perniagaan Mover.

5.       Runner penghantaran surat, dokumen penting dari lokasi ke lokasi…ini saja pun dah RM 3k sebulan dan  boleh di lakukan secara partime sahaja , bagus bagi yang gila stereng dan mat rempit…. Why not u try…?

6.       Belacan, ikan pekasam perlis… sapa tak kenai….. nyam nyam…. Sedap sampai menjilat jari, tersohor sampai ke Sabah….

Modal Belacan 1 Keping RM 1.00 sahaja… belum ada label… kita Cuma sediakan label dan tolak di mana mana kedai pun, kalau ada lori … tak mustahil boleh supply ke Pasaraya atau mini market….. pakai label sendiri…..nak KKM punya kelulusan ke…. Plzz don’t  make Joke.. its belacan okay hahaha…..

Harga ambik kat pengeluar di Kuala Perlis Cuma RM 1.00 sekeping, Harga Tolak Rm 2.00 kepada peniaga, dah untung Rm 1.00.. peniaga pulak selalunya akan jual dalam Rm 2.50 …. Peniaga kedai runcit… untung RM 0.50 sen tu, dah kira besar buat nya…. Jual keropok budak budak makan tu agak agak depa untung berapa je… kan kan kan?.....

7.       Agensi agensi kerajaan seperti peladang, Mardi dan sebagainya menganjurkan 1 kampung 1 produk, seperti kampong di Perlis tu… 1 Kampung buat kelulut ( madu ), 1 Kampung buat bahulu, di B.Baharu buat telor masin…… kalau sekali jalan ke sana macam macam benda kita boleh HANGKUT walau dalam exora sekalipun…. Apatah jika lori?....nak tolak mana?.... don’t worry… benda makan ni …. Mana mana kedai boleh tolak…. Kedai runcit..? kedai makan?, pasaraya?.. peniaga peniaga kecilan lain, peniaga partime?...... banyak beb… why korang perlu pekapkan kepala risau tak tentu arah hahha

8.       Perniagaan 2 hala 3 hala dan 4 hala, ni buat sambil sambil je…..

Ganu – Perlis
Di ganu amik keropok lekor kering hantar ke Perlis , dari Perlis Ke Ganu Hantar Ulam Ulaman atau ikan pekasam Perlis… ambil banyak dan pastikan ada untung setelah tolak kos perjalanan….. Woooo, nampaknya anda balik Kampung Free la lepas ni…..   J

Johor – Perlis – Kelantan – Ganu
Bagi kita lelaki, barang yang kita minat la kan, yakni barang motor dan kereta memang murah di Johor, bawak balik ke Perlis Tolak sikit , dapat modal beli Pekasam atau Rebung madu, bawak balik pula ke Kelantan, Tolak Barang Kenderaan selebihnya sikit dan Pekasam serta Rebung madu, Dapat Modal lagi , ambil barang barang Kelantan seperti tudung , kain kain batik dan Tembakau darat Kemubu ( sedap tembakau tu hahaha ) , sampai di Ganu Tolak Tembakau sikit, barang Motor sikit, pekasam sikit, dapat modal sana ambil pula Keropok lekor terbaik sana, sos sos …. Barang selebihnya yang ambil di perlis , klate dan ganu tadi tu bawak balik ke Kl atau seremban… ending ni yang best… tolak boleh mahai sikit…. Untung bersih terkumpul bila kita sampai rumah… experience tok la…. Paling pun RM 4000 of course dalam tangan….. That’s means dalam perjalanan tu…. P Perlis, p Kelantan, P Ganu… takkan x singgah Padang besaq, p jalan jalan, singgah Cameron ke makan angin…. Dengan kos kenderaan dan tol…. Anda jalan jalan FREE saja, malah sampai rumah walau penat . tak rasa penatnya… sebab dalam tangan , masih ada cash minimum dalam RM 1500-2000…. Bagi yang makan gaji, jumlah ini besar dan mampu menampung untuk sebulan … bagi berniaga PASTILAH amat besar, orang berniaga ni 20 sen berkira…. Macam Tok ahaks….


JANGAN JADI BEGINI

Orang jual Lemang laku, dok 2 bulan penuh jalan tu dengan lemang, macam macam nama ada, lemang komando pun adow…

Orang jual goreng pisang laku , tak dan 1 bulan ada la 3 pondok lagi jual goring pisang jugak….

Orang Jual Jambu Batu ( tu yang dok banyak tepi jalan tu )….. kita pun sibok nak jual Jambu batu juga… dengan lori la lalu, kereta la lalu, habuk jalan masuk habis dalam tu….. aiseh man….

Sama juga Jual batu… Tok jual batu Nampak mewah , pun depa sibuk jual batu… bila kita pakai merc, pakai kete 4 biji, kete kompeni banyak, staff pun adow… org pikir dan Nampak ….” Owww Tok Mat GB jual batu jadi kaya, aku pun nak jual gak la….” Pastu bila buat sendiri tak jugak Kayooo….. mula la cakap memacam, pakai minyak dagu la, apa la… macam macam hal…… walhal…nu haaaaaaa…… I have a lot idea to do.,.. and Tok do sungguh sungguh… batu is Hobi… kekadang x untung mana pun dengan perjalanan, kos upah dan segala…..     The Rahsia ialah idea idea atas nu.. sebab tu tok selalu dan sukaaaaaa sangat Travel sana sini…. Yessszzaaaa … itu rahsianya beb…. Duduk setempat is not the way…. Jalan jalan sambil enjoy melihat bumi Allah , solat pun Allah bagi kelonggaran…. Boleh jamak… lihat… kelebihan Allah bagi kepada Hamba yang berjalan melihat KebesaranNya , dapat pengalaman dan rezeki…. Boleh di katakan dunia akhirat dapat….. Muai gak la…..

Korang tak mau ke?.....

Nanti ada yang Tanya….. “ Tok x sayang ke share idea idea ni…. ?” sayang apa?... Malaysia Luas, kalau Malaysia kecik… nu dunia luas lagi, kita jalan p Eropah pulak bawak belacan pekasam dan keropok lekor… Mustahil ke?..... rakyat Malaysia ada 27 Billion orang…. Walau 100,000 orang buat pun… tak habis makan la…. Nak kaya?.... nak kaya lagu mana?.... kalo ada sebulan dalam RM 100,000 pun income … cukup la… makan banyak banyak pun nanti kena darah tinggi, kencing manis hahahha… nak beli harta bebanyak pun nanti LHDN atau BPR kejar… time kena bayar cukai tu kita takde sen pulak… tak pasal ke dalam… hahaha…. So… nak tamak kenapa… sharing is caring…., sekurang kurangnya bila Tok dah meninggal nanti, ada jugak pahala idea ni…. Membantu orang ni macam macam cara, melalui idea, bantuan juga melalui idea…. So.. why nak kedekut…. Hahha

Banyak lagi idea idea dalam kepala ni, belum masuk Perniagaan 3 hala atau 2 hala Antara Hutan belantara dan Peniaga, Pantai pantai dan Peniaga….. Uihhhhhhhh Banyak lagiiiiiiiiiiii…….

Rezeki Allah ada di mana mana, jangan Pekupkan Kepala anda dengan momokan orang…. Kalau nak buat, buat terus,, toksah Tanya yang bukan pro dalam bisnes….

So….. Bila lagi……. Tunggu apa lagi depan Pc nih……. Bangun dari kerusi anda dan buka langkah pertama anda sebagai seorang AHLI PERNIAGAAN , Berjumpa kita dalam Dunia Korporat……


Salam Kejayaan Buat buat anda semua……

7 ulasan:

  1. Assalaamualaikum wbt. Heheheh... Pokcik tgh lepak la tu... Baru nk bangun wat keje.... Hahahah... Gurau je ye pokcik oooiiii... Tqvm tok 4 sharing those brilliant ideas. Sgt2 bernas. Yg tgh mencari tu, apalagi??? Cargas margas la... Heheheh ( termasuk la hamba pacal yg hina ni...wawawawa). Jihad diri dan keluarga melalui jihad ekonomi... To mmg berwawasan jauh... Alhamdu lillah... Sesungguhnya kurnia Allah itu Maha luas (bagi mereka yg berkehendak mencari dan memahami.) insyaAllah... Tq again tok mat. Wassalam...

    BalasPadam
  2. idea2 yg molek tu tok...
    bagus utk di laksanakan...

    BalasPadam
  3. yerp... kalo x bole bua sendiri,,, x rugi pasang workers

    BalasPadam
  4. Mmg patut sangat kalau nak berguru dengan Tok ni... bukan belajar tarik duit... tapi belajar buat duit....

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN