Selasa, 23 Julai 2013

RINDUNYA

Baru sehari dua meninggalkan rumah, terasa rindu dekat blog. 

Di Hotel Tok duduk ni GB.Wave , internet ada, tapi agak slow.. cepat sikit je dari siput tu huhu. 

Kalau ikutkan , hari hari di rumah, keluar bilik tengok blog, keluar bilik air tengok blog, lepas makan tengok blog, lepas isap oksigen tengok blog... Boleh kata masa tok banyak dihabiskan dengan Blog lah.... ( biasa la, org dah jenis suka bebel,tak bebel 1 jam dia rasa ada benda tak kena dalam hidup ni hahahah ).

Insyallah, esok segala galanya akan disiapkan. Better macam tu lah.

Kedatangan Tok ke sini ( J. Baharu ) taklah pelik sangat bagi re-rakan dan murid di sini, cuma semalam ada lah kelakar juga, ada seorang hamba Allah tu dok mesej Alisya dok tanya soalan soalan perangkap.. Mani gajah tok dari kelantan la dan Sekarang Kami ada di Kelantan nak ambil mani gajah la... Macam macam manusia, Alisya dah tak Rot nak cakap dah yang kami ni ada kat JB selesaikan urusan penting. Tok very sure tu org meniaga juga. Nasib baik Alisya tak cakap begini " Tak la tuan , kami bukan amik mani gajah kat Kelantan, Kami amik kat London " hehehe...... 

Kalau bertanya pasal Stok mani gajah.... memang Tok dan unkle sendiri pun tidak ada stok tu. Hak Tarik ka, hak koleksi org lama lama ka, memang xda lagi. Tok pun mmg dok harap kat unkle je neh utk dia dapatkan. Kalau utk barang tarik, .... mana la boleh mohon, kan ikut apa dia nak bagi, kalau dapat sebesaq ROUGH seketui 30 KG kan sedap juga kan. Boleh share dengan unkle... 

Datang JB ni sempat juga lah jumpa kekawan yang kelapangan nak jumpa, sempat tadi senja berbuka puasa rumah Tuan Kr33ps ( ahli kem Berlumut ), walaupun kedua pihak agak sibuk, namun sempat juga meluangkan sedikit masa untuk beramah mesra dengan kami dan anggota keluarganya, cuma Tok ni kalau dah penat sangat , darah dalam kepala semacam Jem strawberry dalam urat kepala, bergerak slow sangat hehehe.... Insyallah lain masa kita jumpa lagi.

Tak masukkan barang dalam blog pun dah buat Tok rimas tak tahwan hala dah . Barang banyak lagi kat rumah, Tukang dah siapkan banyak permata, cincin ada la sikit sikit, sebab banyaknya mendapat permintaan dari kedai kedai emas sekitar Kota Tinggi, tengok laku sungguh cincin Tok depa jual... rega depa jual...boleh tahan.. siap ada kedai tu buat bayaran ansuran jika Keje Goment, sempat lagi tu depa...haish.

Gelang gelang aura yang sebakinya kita akan gantikan berperingkat, maklumlah jenis dapat alam sana ni , kena tunggu stok dulu, masuk lab dulu baru hantar, kalau di beli kat kedai kan senang aje kita gantikan, sehari dua dah boleh gantikan , tunjuk je kat kedai huhuhu.... tapi ni brg alam lain, kenalah sabar menanti ia keluar, dah tu janji depa. Insyallah. 

Berkenaan Telaga emas yang kami korek, masih dalam proceed , ada lagi 3 kaki nak korek sebelum final, utz Hashim pun dah bagi green light.. apa lagi, korek la.. esok ingat nak tambahkan bidang Tok kepada cari gali pula, pakai lesen sendiri lagi puas hati kan. Esok la semua bab bab korporat ni nak diselesaikan. 

Kerja kerja pertukangan permata pula sekarang sibuk dan tidak dapat menampung permintaan kami yang kian hari kian meningkat, Tok dah rancang nak hantar seorang staff Tok untuk membuka sebuah cawangan di Kelantan, Haaaaaa.....ni baru la nak ke Kelantan ( lepas raya ). Bukan kes nak amik batu mani gajah tau, tapi untuk Transit permata permata ROUGH utk di canai, di sana banyak tukang batu permata, dan yang akan handle Batu permata GB di kelantan ialah tukang yang bernama Ayah Haji di sana, dengar cerita agak terkenal juga. Barang di kelantan sana, Tok lebih berat akan bertap @ sanggul bunian, dengar kat Tumpat ada pemiliknya yang menjual pada kadar murah, Tok nak beli yang besar besar betis tu buat BAKA dan menternak Bertap Pula. Pasaran adalah orang cina Johor dan Singaporean. Dapat murah so, boleh la kita bagi murah juga. Gudang di Narathiwat pula dah Habis Load dengan barang barang import seperti Jaket Kulit, kasut Kulit Boya, Ulaq sawa dll, tunggu nak launch besar besaran sahaja kepada Pengedar bila masuk sempadan. Untung atas angin je lah, nak bawak masuk jual buat pening kepala sahaja, sekarang pun terlalu banyak nak kena handle , Alhamdulillah Doa anda semua makbol , Allah memurahkan rezeki Tok.

Di Johor Baharu pula akan di buka main office bagi consultant , Travel & Tours, import eksport utk seluruh Malaysia antaranya produk utama Teddy Bear, barangan elektronik, Alatan perhiasan wanita dan lelaki , kemungkinan besar lepas raya tapi tak tahu jadualnya bila, Tok kena ke Pakistan untuk deal dan nego bagi Produk Herba, Atar ( Ittar ) dan insyallah cuba untuk mendapatkan mesin pembuat cincin dan permata serta tukangnya sekali untuk melakukan kerja kerja tersebut di Negara kita , Perancangan ini terlalu besar buat Tok dan agak merenyahkan sebab sendiri yang uruskan, MOTTO Tok kali ni ialah " PERNIAGAAN MENCIPTA PERNIAGAAN " , Kalau nak MOTTO " wang mencipta wang " tu agak mudah dan terlalu mudah, tak perlu ke luar negara , ada modal dalam 100K dah boleh cipta bisness sedemikian rupa, dok kat rumah tanpa buat apa apa dan goyang kaki... Tapi ia tidak mencabar bagi Tok sendiri, agak membosankan dan tak Ceria. Money Create Money Is something different, it was so easy to have something that we want to..... But its not one of my Challenge in my life. Tok suka sesuatu yang berbeza dan mencabar  , kalau ada yang berminat nak create Money dengan dok goyang kaki, nak tahu hala lubang macam tu, kena la bawak mai buku nota ke rumah Tok, Tok akan bagi kursus untuk bidang berkaitan, Tapi kena ada Duit lah paling sikit pun untuk bermula ialah RM 20k, Its safe , bukan cara haram punya, ini terang punya cara dan banyak hala lubangnya hahaha... ada tu hari dalam Video youtube Tok janji nak revealkan... Tapi kena mai umah la, tak leh citer kat sini, nanti satu Malaya kaya raya dan kerajaan rugi sebab dah takde org nak kerja... Goment pun kita kena support, tanpa mereka kita tiada di tempat kita berada sekarang. 

Ok lah... berbalik kepada tajuk Emas ... Tok ni kan, kalau berbual, pasti lompat lompat tajuk hehehe, tapi ok lah sebab pendengar boleh mendengar banyak perkara dan paling penting ia bukan bual kosong Tin Milo, ia berisi dan sesuatu yang perlu kita selesaikan.. Tok punya cara macam tu, kalau dah cakap...so... its must be done, dan tahap Tok nak " Done" kannya adalah di luar akal anda semua... senang kata, bila dah cakap , so kena lah buat ..walau menunggu di hadapan ada 1 Juta dugaan dan rintangan... macam mana sekalipun... ITS MUST BE DONE....

Harap murid murid Tok di luar sana boleh mempelajari sifat ini dan menjadikan ianya sebagai salah satu langkah di dalam kejayaan anda, sedikit pergerakan kita di dalam hidup, It means anda sudah satu langkah jauh ke hadapan dari diri anda sekarang, dan motivasi untuk diri anda ialah, orang yang berjaya juga adalah MANUSIA, why not aku pun berjaya kerana aku pun manusia macam mereka. Insyallah. Tapi bagi tok sekarang, Tok masih lagi BUKAN berada di dalam kategori berjaya... kaya dan berjaya adalah di dalam konsep berbeza, buat apa kaya kalau hidup tak mencabar dan kita selalu mencipta sesuatu dan menjayakannya bagi memuaskan hidup kita... itu satu lagi perinsip hidup Tok... kalau kaya dan terkenal sangat, hidup memang mencabar, mencabar dengan banyak musuh dan org dok tunggu nak ambil kesempatan atas kekayaan kita. Berjaya ialah sesuatu perkara yang hanya kita seorang sahaja merasainya dan mengecapinya.... dan ia tak boleh di share sebab ia bukanlah dalam bentuk material, ia adalah dalam bentuk keperibadian di dalam kehidupan di dunia sementara ini. Macam mana endingnya , its Done By Allah swt Only.....kita tak boleh mengharap namun kita boleh berusaha..

Itu sahaja bebel kali ini, hahaha...bebel rupanya ya... esok kita berjumpa lagi, eh....malam ni lah... tok sudah ada di rumah... tapi bukan ertinya tok free... Tok hanya free selepas Ahad ini sahaja. Tu pun belum tentu. 

Eh ....jap jap..... bab emas tadi... wakakaka... belum habis lagi bebel Aku neh.... ok bab emas pula, insyallah beberapa item dari luar negara sudah di order dan dalam perjalanan ke sini, satu peralatan Tok kena tahan kat e-pot dan x boleh di bawa masuk, namanya GPS Gold Tracker. Apa la... benda tu kan buat cari emas je, takkan la x boleh masuk, kan nanti negara juga yang kaya dari emas emas tu semua tertanam je dalam tanah dan di buru pemburu emas haram dari negara luar secara diam hahaha... goment tak tahu gamaknya harta khazanah dia dah kena gali suku dari yang dok ada dan di seludup ke luar negara terutamanya eropah..... dari pemburu emas luar ambil, biarlah anak tempatan yang ambil, kita bagi kat kerajaan lah, dapat juga hadiah RM 15% dari jumlah nilai... bukan nak simpan dalam rumah buat tukun, nak jual kat mana kalau secara haram, tok pun tak mau. 

Untuk Sukarela negeri lain lain tu, insyallah bersabar lah, Tok bukan target sekadar raya sahaja cari emas ni, tapi masa ke hadapan pun ia tetap diteruskan juga. kalau dapat Funder RM 2 Juta boleh lah cakap nak segera , Funder RM 2 Juta kita perlukan untuk membuka Lombong serta mesin mesin melombongnya... di lokasi berkenaan ada lebih dari 40 Tan metrik, ia Projek Utz Hashim dan ia tergendala kerana Modal RM 2 Juta Tu...lesen ada, permit pun ada.... bayangkan kalau anda ada duit nak fund atau anda ada org boleh fund, RM 15% dari hasil kalau katakan ada 40 tan dan kita ada seramai 12 orang share... tak jadinya dapat seorang rm 9.8 Juta?..... so..sendiri mau pikir la kalau mau cari duit raya tahap gila gaban punya... maka silakan cari RM 2 Juta dulu, ni projek nyata, terang dan berlesen. berurusan dengan Tok jangan risau punya, Tok tak suka buat kerja dalam " Gelap ".... susah nanti.... 

Ok itu sahaja kali ini.. apa pun sila Call jika ada urusan penting ttg order dan segala... kalau SMS sekarang memang lambat kita nak balasnya sebabkan MASA kita sekarang terlalu terhad, namun jika order anda sudah di SMS, maka anggap sahaja ia sudah selamat kami terima dan anda bakal menerima tempahan anda dalam waktu terdekat, bagi order biasa 3 hari utk anda peroleh, bagi tempahan pula sekitar 2 minggu. Lebih dari itu , sila CALL segera..thats means , order anda sudah CICIR na...

Assalamualaikum wbt dan selamat Pagi


=========================


Utk Pemburu emas Sukarelawan.... Bersedia jika anda dapat seperti ini ....


http://www.youtube.com/watch?v=I_slKnuV0y

25 ulasan:

  1. Balasan
    1. aih, ada seorang dah bangun awal, sahur ye cik yus na, alhamdulillah.. tok da dah bobok lepas isya tadi .. dah x leh bobok lagi ...selamat bersahur semua

      Padam
  2. SALAM TOK DAN SELAMAT BERSAHUR, ALAT PENGESAN EMAS YANG TERBARU DARI GERMAN (LUPA NAMANYA) BOLEH KESAN EMAS SEDALAM 15 METER, HARGANYA +- 9000 EURO TOK. OPEN LAGI KE KALAU SAYA NAK CHECK-IN PENCARIAN EMAS NI. ASBAB SAYA TOK GRAB OFFER TOK TEMPUH HARI KERNA SAYA NI BEKERJA MAMA GAJI TOK...TUU YANG JADI MACAM-MACAM RASA TU,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. gadget cari emas ni banyak jenis tuan.. yang spec kita pakai pun dah ok sebenarnya , rangertell dan binocular boleh kesan sehingga 40 meter .

      Kalau labih sedap, syok pakai GPR, tapi reganya pun syok juga tuan, kita mula kecil2 dulu.. nanti ada modal memang kita akan Grab GPR.... nak pakai GPR kena ada permit dalam Negara kita , tak silap tok lah... yang ada GPR ni UKM dan USM, serta seorang dato dalam msia ni... tapoi dato ni minta 50% dari perolehan jika berhasil..tu le masalahnya, tok on je, jemaah lain?.... off hehhehe

      Padam
  3. terbaik dari ladang...hehehe...selamat bersahur semua...;-)

    BalasPadam
  4. KALAU KAT FB TOK BOLEH TENGOK KAT MY METAL DETECTOR...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada MD boleh cari besi sahaja, dan ada MD yang ada alat khas khusus kesan emas sahaja. Group tu boleh tahan. so, apa kata kita buat group TMGB hehehe...

      Insyallah nanti kita mulakan operasi rasmi, kita akan masukkan gambar gambar kita beroperasi... benda ni tak salah di sisi law. ada yang takut salah , hehehe

      Padam
  5. DI MALAYSIA NI, ADA 1 SYARIKAT NUSANTARA DETECTOR TERLETAK DI KEPONG KL, MD NI MESIH BARU DI NEGARA NI. SEBAGAI PERMULAAN BOLEH LA CARI MAS DITEPI PANTAI.. HE HE.. MD NI , KALAU NAK MURAH BELI KAT EBAY.COM

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg murah utk pantai sahaja... baik beli direct company dia tuan..takut masa posting, brg sampai rosak.. jenuh juga

      Padam
    2. tok x berapa pakai MD dah tuan... hehe.. pakai yg ekstrim sikit. nanti tgk la.. heheh.. MD ada satu ja pakai.. yang lain rasanya tempat lain belum pakai, tok order selepas survey merata di negara kita.. insyallah moga penghasilan berbaloi la dengan harganya nanti

      Padam
  6. satu lagi kalau nak cari emas, cari kat kampung2 sebab ramai orang bahari tanam emas kerna takut di rampas oleh tentera jepun semasa perang dulu.. tak caya cuba tanya nenek,atok,opah masing2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betu tu, tapi macam kita cuba dulu, org kampung kacau la... kalau ada jemputan individu ok la sikit tapi berisiko... jenis emas ni ada Iblisnya tuan, seperti guru tok cakap.. manusia bila melihatkan kepada kilauan emas, memang akan jadi lupa. memang dah termaktub sejak zaman sahulu kala, manusia sanggup berperang kerana emas. itu bahayanya..silap haribulan kita yang tolong cari tak dapat apa apa..dapat jugak lah...... utz hashim kata...dapat penat hehehehe.... jadi kalau nak buat kat kg , kena betui betui kenai.. tu pun masih belum secure... ketakutan masih ada..tok ni...dah serik hehehehe

      Padam
  7. kadang2 jumpa keris...kalau jumpa barang ni kena bawa jumpa tok, takut ada aura negatif.. he he he jangan marah tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... keris jangan ambil la..org buang tu, ada hantu raya huhuhuhu

      Padam
  8. sokong 110% apa yang tok tulis...tang iblis tu yang tak tahan, pernah jadi di batu pahat, lupa parit apa entah, nak emas pertukarannya nyawa anak, paham-paham je la. maksudnya taknak bagi la tu...

    BalasPadam
  9. ok la tok, saya nak check out ni, dah mula keja...kalau tak silap parit jawa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wokey... selamat bekerja.. tuan, parit jawa banyak bom jepun tuan hehehe..khazanah jugak tu... emas pun ada

      Padam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kmi pn sma tok..kalo tok xupdate apa2 dlm bloq ni..sunyi gle..kmi merindui brg bru..hehehe...

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN