Ahad, 22 November 1998

BAGAIMANA MENAMPAKKAN PERNIAGAAN LAMA DI BLOG

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Halaman ini sebenarnya di tulis pada:

22 November 2019 / 10.42am / Bogor, Indonesia

Tok mencipta halaman ini untuk menunjukkan bagaimana blog yang baharu wujud pada tahun sebelum blog ini wujud diciptakan kelihatan berusia lebih lama dari blog ini. 

Blog geligabunian seiring dengan pendaftaran di SSM dan mendapat sijil penghargaan SSM pada tahun 2019 sebagai sebuah syarikat berusia 7 tahun, ia di bangunkan secara rasmi dan official pada tahun 2012. 

Sesebuah blog keaslian tempohnya dibuktikan melalui sijil SSM dan juga sijil penghargaan SIJIL SYARIKAT MALAYSIA ( SSM ), ia bukan di nilai dari tempoh masa yang " mampu di cipta " seperti halaman ini. 

Halaman ini tok ciptakan bagi membuktikan kepada semua pelanggan bahawa otai tak otai sesebuah blog bukan dari apa yang anda lihat, tapi ialah apa yang anda pegang ( sijil di depan mata )

Jika mengikut permulaan keilmuan. Tahun 1998 ialah tahun rasmi tok menceburkan diri di dalam bidang mistik secara rela 100% ,kerana sebelumnya ia di lakukan atas suruhan dan Sarana org Tua, maka pada waktu itu sebagai kanak kanak, ada beberapa ritual yang kita takut untuk lakukan dan akhirnya pada tahun 1998 tok menjalankan kesemuanya dengan penuh minat tanpa di suruh suruh lagi. 

Dengan adanya halaman ini, maka terjawablah persoalan kepada pelanggan semua bagaimana sesebuah perniagaan newbie mengklaim mereka otai. Setiap halaman boleh di setting masa dan tarikh di dalam draft dahulu, kemudian setelah sudah banyak halaman di ciptakan sesuai harinya, barulah ia di lancarkan kesemuanya sekali. 

Nasihat tok rujuklah rekod SSM sesebuah perniagaan untuk mempercayai sesebuah klaim. 

Wujudnya halaman ini bukan kerana dari perasaan iri seorang anak kecil, tapi sebagai sebuah ilmu dan info kepada mereka yang tidak tahu mengenai blogger dan menggelakkan diri anda dari di tipu.

Sekian. Wassalam 

CARA BERURUSAN