Jumaat, 31 Ogos 2012

TASBEH MATA DEWA 109 BIJI


Bagi bomoh bomoh, malam malam pakai tasbeh ni menyilang selempang macam ni, jalan dalam gelap... apa reaksi orang agaknya hehehe

Di perbuat dari Batu Mata Dewa Asli, bukan sintetik atau palsu, yang selalu depa juai murah murah tu ia cuma balut sahaja serbuk batu ni di luar permukaan batunya... jika dibelah, nampak dalam puteh sahaja dan nampak jelas salutan habuk mata dewa.

Tasbeh ini dibuat dari 100% batu mata dewa iaitu sejenis batu gunung berapi juga... Perlu diingat kepada teman teman, Jika ia asal gunung berapi maka antara khasiatnya ialah :

- Mentawarkan racun
- Memusnahkan Syaitan
- Mengubati gangguan jin dan iblis
- Pemagar diri dan keluarga

Jenis batuan gunung berapi berunsur panas, haba Larva Gunung berapi ini menyimpankan gelombang yang cukup tinggi dalam frekuensi "Haba" , dan seterusnya mewujudkan Aura Yang boleh memberikan khasiat khasiat di atas.... 

Apa yang Tok maksudkan dengan tawarkan racun, bukan lah dengan tawar macam tu sahaja, namun jika batunya di kasarkan , bahagian yang kasar ini boleh menyedut bisa seperti bisa gigitan ulaq.

Sebab tu ada pendapat menyatakan ianya ialah Geliga Ulaq, haaaa. benda ni lah yang anda jumpa di lain lain tempat, orang cakap geliga ulaq boleh bercahaya dalam gelap.... namun AWAS... Sekarang Banyak Yang PALSU... dia cuma saluran luar sahaja , sebab tu cahayanya tak lama.... bercahaya dalam kurang 4 jam, habis... kalau ori insyallah... sepanjang malam cahaya terangnya....

Kod Produk : TMDEWA
Bentuk: Tasbeh
MAHAR : RM 506

- SOLD OUT -


MINYAK PUGAI SARAWAK

Masih dalam pertapaan selama 3 Jumaat. Ianya ialah dari ramuan turun temurun Guru di Sarikei Dan Di Bintulu.

Gambar belum boleh upload, minyak ini ditapakan di dalam tanah selama 3 jumaat ( 3 minggu ini )

Edisi Pertama sudah terjual sebanyak 2 botol.... Alhamdulillah testimonial Pertama dari Pelanggan Borneo yang di emailkan kepada Tok :

Salam tok.

Selamat Hari Raya untuk tok sekeluarga.

Ni ada sedikit maklum balas tentang minyak Pugai Sarawak yang tok bagi tempoh hari.

Minyak tu terus nampak kesan positif, sampai saya boleh ajak dia keluar berdua (date) begitulah.

Tapi saya dapat tahu yang dia sudah ada teman lelaki pula.

Teman lelaki dia orang kerja off-shore, jarang ada disamping.

Saya pula memang tak main-main, serius nak dengan dia.

Jadi cukupkah setakat saya terus menggunakan Pugai Sarawak  tu atau perlu ikhtiar lain untuk hal yang sebegini.

Harap tok balas email cepat ya.

Lupa untuk Tok pesan, Bagi yang sudah memilikinya, tuan tuan perlu memberinya makan Kulit Lokan , Serpihan sahaja ( sikit ) , ianya hidup dengan Kulit Lokan, Bukan dengan Asap Setanggi. Jenis Ini Ialah Pugai Pangeran Atau Tok Panggil Pugai Brunei. Gurunya ialah salah seorang Kerabat Brunei Yang menetap di Sarikei.

Pugai Sarawak Pula perlu diasapkan dengan setanggi, namun Tok lebih suka Pugai Pangeran Disebabkan ia makan Kulit LOKAN.... Sekali letak tahan Berminggu , dan bila kulit ni habis baru diletakkan lagi kulit LOKAN ini.... 

Ianya tidak di buat sembarangan dan tidak dibuat dalam kuantiti yang banyak.... bukan berdasarkan kuantiti namun KUALITI...insyallah.

Tok hanya memaharkan kepada Pembeli semenanjung berugama islam sahaja dan juga sesiapa sahaja di Borneo kerana ia berasal dari sana.... Tok takut la jugak kalau ia di salahgunakan..... 

Lupa juga untuk berpesan, sesiapa yang menyalahgunakan Minyak ini, memang ada sumpahannya sejak dahulu lagi.... Apa pun sumpahannya...ia amat teruk sekali akibatnya, jadi sila berhati hati......

Gambar akan di uploadkan setelah ia siap di Tapakan dan siap segala Perkakas yang diperlukan Untuk dimulakan Jualan.

Di Sarawak siapa tak kenal minyak Pugai.... Minyak yang digeruni  semua orang di sana dan orang semenanjung yang tahu akan BISANYA

MAHARNYA: Sebilah Keris Baru Atau pun Lama 

* Terus terang Tok cakap , keris keris ini jika serasi Tok akan simpan, kalau tak serasi Tok akan Olahkan dan Maharkan semula

KUKU HARIMAU



Keduanya sama besar sahaja tuan tuan.... dari kaki yang sama, tok leraikan sebab memang dah nak terlerai pun.....

Sama dengan kegunaan kaki yang ada kuku tadi, cuma yang ni ada 1 kuku sahaja, jadi maharnya murah la sikit ya

Kod Produk : Kukurimau1
Bentuk : Kuku 1
MAHAR : RM 156

KAKI HARIMAU BESERTA KUKUNYA

No 1

------------------------------------------------------------------------


No 2

-------------------------------------------------------------------------

No 3


Jeng jeng jeng..................


Kaki harimau beserta 5 jari kukunya..... Insyallah sebagai pelindung diri, rumah dan kedai dengan izin Allah swt disebabkan masih ada bau harimaunya dan penggerun bagi yang ingin membuat sesuatu yang tak baik kepada pemiliknya...

Ada 1 rahsia tok nak kongsikan..... Masa ondaway pulang tadi.... benda ni ada kat belakang kereta, kereta tok mana ada bunyi apa apa walau langgar lopak, tapi anehnya... tok dan isteri dengar ada bunyi benda mengorek ngorek...senang cakap, benda mencakar lah.... tok tanya la isteri tok,.. apa benda pulak bunyi tu.... dia pun tak tau, bila sampai rumah.... ehehehe... rasanya dari apa yg tok lihat, rasanya bunyi tu tadi dari kaki kaki rimau ni... Serem tu ada la jugak.... Hidup Rupanya.... 

Ya...paling tidak kita tau ia hidup dan bukan hiasan semata mata... boleh lah khasiatnya berlaku jika Hidup...kalau hiasan saja, buat apa .....

Kod Produk : Kakirimau
Bentuk : kaki Kuku
MAHAR : RM 256

KALUNG TARING HARIMAU



Kalung Taring ini ada 2 sahaja buat masa sekarang, ia dah siap ada lubang untuk dimasukkan rantainya. Insyallah ampuh sebagai penggerun musuh dan lawan....

Jangan di bawa berniaga, Memancing ikan , dikhuatiri tak berhasil nanti. Kata orang lah...

Dalam 2 item ini tiada di berikan kod, jadi antara salah satu ianya akan dihantar kepada pemiliknya, sama sahaja, tak ada cacat celanya di antara 1 sama lain.

Kod Produk : TaringRimau
Bentuk : Taring
MAHAR : RM 156



3 KERIS MURAH















Maaf ya gambar kurang berkualiti akibat snap gambar waktu malam... 

Ada 3 jenis keris di sini, ianya bukanlah jenis keris lama, namun jenis keris baru yang diolah Semula menggunakan besi lama dan kepandaian Penukangnya.

Setiap keris ini Tok bawa berjumpa seorang guru lepas maghrib tadi untuk di olah... Ia telah dibuang khadam lamanya yang tidak dikenali dan di gantikan dengan penjaga @ semangat besi yang baru, jangan lah pelik jika pemiliknya nanti mendengar ia bergegar sendiri tanpa apa apa syarat, proses ini ialah penyesuain di dalam " rumah" barunya.

Keris ini di olah kepada 3 jenis:

Dari Kanan : 

Berhulu Pekaka , Kerisnya panjang Matanya berlok 3, Ianya di olah sebagai PEMAGAR DIRI

Di Tengah :

Sejenis Keris Design Keris Daulat, , Mempunyai 7 Lok, Ianya diolah sebagai PELANCAR REZEKI

Di Kiri :

Tok memanggilnya keris hitam, ianya mempunyai kuasa menarik penyakit di dalam tubuh pesakit, mempunyai 3 lok Berguna sebagai Keris PERUBATAN

Insyallah...

Dimaharkan 3 Sekaligus Dengan Nilai 

RM 1400 Sahaja...



Khamis, 30 Ogos 2012

KERIS PERUBATAN










Ini ialah keris sahabat Tok ...

Sepasang keris Perubatan ingin dimaharkan, telah diolahkan oleh seorang Pawang Terkenal Jugak... 

Bila dipegang di hujung mata, rasa menyedut keluar..Alhamdulillah digunakan untuk perubatan apa sahaja penyakit kuno dan moden

Kawan Tok ni buat tarik Kanser payu dara dengan menikam sikit kat payudara pesakit , keris lalu celah butang baju...uiii seram sejuk tok tengok dia ubatkan... heheheh...nasib baik sembuh. kalo tak mau mau kena penampo dengan suami pompuan tu.

Ingin dimaharkan pada nilai istimewa:

Yang Panjang : RM 1300
Yang Pendek : Rm 800

Kedua nya sama sahaja, berupaya menyedut apa sahaja penyakit zahir dan jasmani ....insyallah.... allahuakbar....

Kod Produk : Keris Shah
Bentuk : keris
MAHAR : " Seperti di atas "


KAIN CUCI PERAK


Dalamnya ada kain pencuci Perak, Boleh guna sampai kain ni hancur luluh...

Tok guna cuci Cincin Perak Tok... Tahan lama shiningnya dari guna ubat gigi..

Kod Produk : Aksesori-SPC
Bentuk : Kain
MAHAR : RM 8(Tidak termasuk Kos Pos RM 6 )

Kalau Beli Cincin Jebat , Tok akan bagi Free 1

G.DELIMA

GELIGA DELIMA 





Bagi yang dah kena tembak SMS menyatakan maharnya RM 106 Tu... Tok Minta maaf lah. Mahar sebenar ialah RM 880.

TAPI......

Disebabkan dah janji dalam SMS, tak pa lah... Tok bagi Juga lah RM 106 tu .......

Ini ialah Geliga Delima High Grade..... Khusus Perubatan dan sebagainya yang diketahui umum..Tok malas nak cerita lah... tanya pakcik Google La hehehe...

Bagi Tok , sama sahaja dengan Delima delima sebelum ini, insyallah... cuma ianya kecil dan bertaraf geliga..itu sahaja..


Kod Produk : GD5
Bentuk : Geliga
MAHAR : RM 106

* Terima kaseh Tuan Rafhan.Rawang

- SOLD OUT -

G.SEMUT

GELIGA SEMUT MERAH



Alhamdulillah.... Ini yang pertama dan dapat dan insyallah yang terakhir.... berbulan tok usahakan untuk geliga semut ni...sampai pembeli yang memintanya pun tah ke mana dah hehehe.... 

insyallah kekuatannya :

RAJA PELARIS

Cukup diletakkan di atas pintu kedai, insyallah...semua dengan izinNYA juga.... namun inilah apa yang diperkatakan oleh orang pandai2.

Kod Produk : GSMERAH
Bentuk : Geliga
MAHAR : 56

21 Biji

* Terima kaseh Tuan Rafhan Rawang :10 Biji  Baki ( 11 )
* Terima kaseh Tuan Zulkifly. Kajang : 4 Biji  Baki ( 7 )
* Terima kaseh Tuan Normin : 2 Biji Baki ( 5 )
* Terima kaseh A.Zulkifli Cheras : 4 Biji Baki ( 1 )

Yang Lock sms Tu sila Lock di sini, ada 1 sahaja Bakinya... Yang mana x sempat tu... Mohon bersabar menunggu lagi sehingga dapat kali ke-2...tapi... isk..tok rasa mcm xdak dah..habih teruih dah ni..... tak pa..kita tengok lagu mana na















Sepanjang Tok berurusan , terjumpa juga dengan beberapa individu yang nak beli barang tapi tak caya kalau barangnya di pos. Takut Tok tak hantar.. Tolong jangan samakan Tok dengan peniaga lain, Tok Tak sama macam Depa ok..... Kalo barang Tak sampai banyak kali, dah lama dah blog ni Off kan...haaa..pandai pandai pikir lah...

TASBEH KIYAI HJ LEBAR



Tasbeh Kiyai Hj Lebar Ini diperbuat dari Batu Volcano , Unkle menyatakan ianya hampir sama dengan batu petir iaitu batu yang turun bersama petir... wallahualam...

Alhamdulillah, khasiatnya :

- memusnahkan Makhluk halus yang menyerap di dalam tubuh manusia
- Memanas dan membakar makhluk halus
- memulihkan semangat pesakit.

Boleh juga diberi minum air rendamannya dan diberikan pesakit minum, insyallah..

Jika nak test pesakit ada gangguan saka atau tidak, pinta pesakit memegang tasbeh ini selama 5-10 minit bagi mengesan kehadiran makhluk halus di dalam tubuhnya.

Tasbeh ini berusia ribuan tahun dan disimpan oleh Hj Lebar , beliau ialah imam besar masjid kerajaan gunung Berlumut. Ini apa yang diberikan kepada tok, Tok jamin ianya barang RARE nauzubillah... maksudnya...AMAT AMAT RARE, cari la kat mana pun rasanya takkan jumpa... kat dia ada 4, 2 dia bagi tok... maksudnya kat sana ada 2 , kat alam kita pun la ni ada 2... wallahualam bissawab

Sebenarnya tasbeh ni ada 21 unit yang pernah dimiliki oleh wali 21 orang di tempat mereka.Bila dah lama lama, entah mana lepasnya tasbeh tasbeh ni, mungkin ada yang hilang dan mungkin ada yang diberikan kepada org kita dan mungkin juga diperturunkan kepada org dia sendiri.. banyak tu..alam kita pun ada wali 9 yang terkenal...pada dia ada 4 unit.. insyallah lain lain akan dicari beliau , jika ada..tok akan postkan lagi... JIKA ADA LAH.... tok tak menjamin keberadaannya.... nasib nasib lah....tok pun nak 1...hehehe...yang pasti ianya di simpan di dalam kerajaan berlumut, bukan mana mana kerajaan lain, kalau ada..insyallah penjual mistik lain pun ada menjualnya...insyallah.... 

Tasbeh ini takda "Kaf" : pembahagi 33 butir..sebab ianya memang digunakan untuk menjahanamkan gangguan jin dan memusnahkan makhluk kafir ni..terutama iblis... dan ia ber"kaf" 100, maksudnya kalau nak amal zikir, mesti genap 100, bukan ikut "kaf " macam tasbeh biasa biasa tu.

Ianya telah terisi dengan jutaan Zikrullah, malah bagi Tok jika ia pernah dimiliki beberapa waliyullah, rasanya Bukan juta lagi... trillion juta kekuatannya.. sebab, pegang saja dah rasa auranya dan seolah olah ia nak melekat di jari..cubalah.... 

Ada 2 Sahaja.....

Dulu Tok ada Tasbeh Jin.... Dia punya besaq gedabak..macam tok sami... banyak org mintak beli , terutama guru guru di sarawak. Tok tak bagi... alih alih tah macam mana tah tok boleh terjual RM 300 je kat seorang hamba Allah tu... rezeki dia lah... Tiap butir nya ialah geliga siput bulat bulat, tiap biji juga ada kalimah berbahasa JIN, yang penting takda 1 pun ada kalimah Allah Atau muhammad.

Guru di sana semua cakap tok adalah pemilik ke-3 tasbeh tu, yang kedua ialah Sunan Gunung Jati... Alhamdulillah sebab tu ada sesetengah guru bila scan tok dia kata tok anak murid sunan gunung jati... wallahualam... mana la tok tau....

BARANG NI TAK BOLEH LOCK

Harap maaf.. Tok nak lock juga untuk beberapa orang tadi, tapi disebabkan ada pesanan dari Hj, maka Tok nak tak nak tak dapat nak availablekan lock...Maafkan Tok... Tok takut nanti lock punya Lock, sekali dia ambik balik, saja je tok pulak selisih dengan anda yang LOCK tu na.

Kod Produk : TASBEHHJ
Bentuk : Tasbeh 100 Biji
MAHAR : RM 256

* Terima kaseh Tuan Aza,Bangsar
* Terima kaseh Tuan Rafhan.Rawang

- SOLD OUT -

BEKAS CINCIN

BEKAS SIMPAN CINCIN BERZIP DAN BERGAYA



Kini..ianya kembali available...

Alhamdulillah untuk buat simpan cincin anda yang semakin hari semakin banyak tu... hehehe

Kod Produk : BEGZIP
Bentuk : Beg Zip
MAHAR : RM 26



CINCIN DESIGN TERBARU

CINCIN DESIGN " JEBAT "











Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah... tuan tuan dan puan puan serta cik cik.. inilah patern design terbaru yang dikeluarkan , Namanya Design Jebat.

Dikelilingi 8 Permata iringan di sekelilingnya mengikut warna batu yang dipilih, Corak RAMA RAMA di sebelah tepinya menggambarkan kehalusan seni pertukangan Yang pihak kami miliki..Alhamdulillah.

Ini bukan acuan atau dari bekas lilin yang hanya perlu di masukkan cecair perak, namun ianya memerlukan kemahiran kerja tangan yang cukup tinggi.

Di Tempa menggunakan Perak 10 ( Perak Sepenuhnya tanpa campuran ) ketebalan dan kualiti unggul.

Untuk Cincin Jebat Ini :

Kaki Sahaja Tanpa Permata Utama :

RM 500

( Nilai hebat bagi sebentuk Cincin Bercorak moden dan tidak akan dijumpai di mana mana Kedai )

----------------------------------------------------

Cincin di atas telah dipasangkan dengan Geliga Umbi Nibong Pilihan Tok sendiri.

Untuk memiliki Cincin Design JEBAT Permata Umbi Nibong ini:

Kod Produk : CJEBAT-1
Bentuk : Siap Cincin
MAHAR : 

Cincin : RM 500 + RM 256 ( Umbi Nibong ) : RM 756


Rabu, 29 Ogos 2012

KAYU PENUNDUK



Insyallah... sekali lagi ianya keluar di pasaran... rasanya lepas tok pernah keluarkan untuk di maharkan namun dalam bilangan yang sedikit.... masa tu pelanggan tok tak ramai sangat.

Ini ialah ASLI kayu penunduk, bukan campuran kayu mahupun apa apa pun benda lainnya.... Jenis ini amat amat diburu bagi yang mengetahui akan khasiatnya.

Kawasan sebelah utara, ianya amat dikenali di kalangan ayah ayah kita dan dihargai sepenuhnya dengan penjagaan yang baik ( jaga jangan sampai hilang la ).

Sebelum ni, semasa keluaran pertama. Tak ramai yang beli...entah..samada was was, tak kenal kayu atau tidak memerlukannya.... 

Bagi Tok... Nah... kebanyakan anda nak penunduk bukan?.... Kayu penunduk lah jawapannya...

Kayu ini hanya boleh didapati di kawasan sebelah Perak, Kelantan Dan Pahang sahaja.... Lain Lain..memang xda la rasanya berdasarkan Hutan dan bukit yang ada di kawasan kawasan ini.

Ingin Dimaharkan pada nilai Hebat :

Kod Produk : KPenunduk
Bentuk : Permata cincin
MAHAR : RM 86

AKED TULANG LIPAN



Nampak macam lipan di dalam sebenarnya, anak sedara unkle bagi nama akik Tulang lipan... di asma oleh unkle untuk tujuan elak lipan dari mendekati pemakai .insyallah.... unkle jampi berdasarkan urat batu la tu.....


Kod Produk : ATLipan
Bentuk : Permata cincin
MAHAR : RM 46

* Terima kaseh Tuan Azman. Ipoh

CARA BERURUSAN