MEMBER TOK MAT

Isnin, 25 Jun 2012

MERAWAT SIHIR

MERAWAT SIHIR & MELAWANNYA

Assalamualaikum wbt

Sepanjang Tok berblogger batu permata ni Tok mendapat tahu ada kalangan pelanggan tok rupanya dihinggapi sihir atau senang cakap, Terkena sihir akibat dengkian orang lain.

Sedih tok bila mendapat tahu beberapa pelanggan hanya tahu membeli geliga di blog tok, namun tidak pandai mengolahkannya sebagai satu bentuk ikhtiar pendinding atau penawar sihir.

Untuk yang belum terkena sihir, tok ingin pesan..amalkan lah membaca :

" Hu Allah "

Sebanyak 21x semasa menahan nafas di perut ...zikirkan 'Hu Allah " ini di dalam hati dan ianya di amalkan sebaik sahaja bangun dari tidur..Insyaallah berguna untuk melindungi diri sepanjang hari dari sihir, tenung dan guna guna.

--------------------------------------------------------------

Jika semasa bekerja terasa sesuatu yang tidak kena..seperti hati berdebar atau terasa angin sebelah kiri meniup kencang... berhenti melakukan pekerjaan atau berjalan sebentar, kemudian bacalah :

" Lailah hailla anta subha naka inni kuntu minazzolimin " 3x

Kemudian ludah ( berlagak meludah ) sebelah kiri dan berdoalah " Ya Allah , jauhkan lah aku dari perbuatan orang orang yang dzolim "

---------------------------------------------------------------

Jika semasa menaiki kenderaan atau berada di mana mana kawasan yang menyeramkan atau terasa di ekori sesuatu yang tidak nampak atau Terasa diperhatikan, Bacalah :

- Surah An'Nas ( Qul a'u Zubirab binnas ......)
- Surah Al-Falaq

Secara berulang ulang, insyaallah jika ada penampakan sekalipun, ianya akan lari lintang pukang. Jika mahu baca Ayatul Kursi , boleh juga, namun ayatul kursy ini hanya berguna khasiatnya bagi orang yang bersih hatinya..manakan tidak..ayatnya panjang, kalau tak tetap hati..mahu tunggang langgang dibuatnya.

---------------------------------------------------------------

Jika semasa Tidur selalu nampak kelibat bayangan, pejam mata pun tak boleh... maka bacalah :

- An-Nas
- Al-Kafiruun
- Al- Ikhlas
- Ayatul kursi
(1x Untuk semua )

Kemudian Niatlah " Ya Allah, Hamba bermohon Turunkanlah / datangkanlah malaikat penjaga malam menjagaku " , kemudian jika dapat membayangkan macam google earth tu... bayangkan ada 2 malaikat berupa cahaya hijau turun dari atas, ke bumbung rumah dan memasuki bilik anda dan bayangkan ia bergerak ( meronda )... tidurlah wahai sahabat...insyaallah tidur anda nyenyak

---------------------------------------------------------------

Jika sudah terkena sihir, nyatakan jenis gangguan / simptom:

- Muntah darah
- sengal badan dan lemah
- Tak boleh tidur
- Nampak goib ( hijab terbuka )
- Terdengar bisikan bisikan di telinga ( tidak kiralah ianya suara apa pun )

MUNTAH DARAH 

- Ambil duri landak laut, ada banyak di jual di kedai cenderahati di kawasan pantai, mereka buat kraftangan bunyi bunyian bersama cengkerang siput lainnya, yang panjang bawah sebesar pensil itu ialah duri landak laut.

- Asahkan di batu lesung, habuknya dimasukkan ke dalam air panas, nanti airnya bertukar warna menjadi pink kemerahan sikit .... setelah sejuk..minumlah airnya.. insyaallah.

Boleh juga di amalkan Bismillah 6.... bacakan pada segelas air, dan minum.... insyaallah akan keluar isi muntahnya. Cara ini nampak ringkas, namun amat berkesan.

Jika ingin memulangkan kembali sihir berkenaan , sila bawa ayam kampung seekor, Asam jawa segenggam, madu asli setengah gelas, setanggi sebatang dan bekas untuk anda muntah...muntah yang keluar ialah makhluk halus yang ada di dalam tubuh.... insyaallah ianya akan kembali kepada tuan yang mengupahnya, selalunya insyallah semua kuasa Allah jua... selalunya mereka akan terkena di antara 2 perkara :

- Gila
- Mati

Namun Tok tak galakkkan, fikir lah dulu sebelum datang membawa bahan bahan ini ke rumah Tok.

-----------------------------------------------------------------

SENGAL BADAN DAN LEMAH

- Pastikan kawasan manakah yang sakit...tangan , kaki, leher atau 1 badan...
- Ambil kapor makan dan limau nipis .... ambil airnya dan campur bersama dengan kapor..oleskan di tempat yang sakit tadi.... amalkan dalam masa 3-7 hari..insyaallah jin yang berada di dalam badan akan terasa pedih dan panas... jika ulasan melalui sains, kapor tu panas, manakala limau itu masam... 2 perkara ini boleh menyembuhkan sakit urat dan sendi secara semulajadi

- Untuk Lemah badan, semasa tidur... amalkan memakai batu kecubung . kalau boleh letakkan di dada dan kepala ( dahi )

- Jika ada batu petir / meteor sila rendamkan semalaman dan minum airnya..insyaallah.

-----------------------------------------------------------------

TAK BOLEH TIDUR


- Ambil batu kecubung GPS, rendam di dalam air selama 30 minit, minum airnya, sementara GPS ini diletakkan berhampiran tingkap.

- Amalkan membaca :

--> Bismillah ... bukan penuh tau...bismillah sahja sebanyak 21x

Kemudian niatkan " Ya Allah bawalah daku berjumpa dengan orang yang ingin berjumpa denganku "

Kemudian tiup di kanan sampai kiri, kemudian dari atas ke bawah kaki dalam keadaan berbaring.

Kadang kadang perkara ini terjadi akibat diri anda diseru oleh seseorang, cara menyeru kadang kadang ada secara tidak sengaja ..seperti orang selalu menyebut nyebut nama anda... jika amalan ini dilakukan selama 7 hari, anda akan tahu siapakah orang yang selalu menyeru anda, dan anda boleh berjaga jaga dengannya.

Selain dari ini,,, ini cuma satu penyakit yang di panggil " insomnia " atau penyakit sukar tidur..... carilah doktor.

-----------------------------------------------------------------

NAMPAK GHOIB ( HIJAB TERBUKA SECARA TIDAK SENGAJA )

- Amat mudah sekali, ambil batu petir dan ikatkan di perut sepanjang hari walau tidur sekalipun sehingga ianya tertutup sendiri.

- Jika tak boleh tutup juga... cari segera orang pandai untuk menutupnya...namun jika anda merujuk kepada tok, tok akan menasihatkan agar anugerah itu dikekalkan...insyaallah tok akan ajar dan bimbing cara mengendalikannya sesempurna mungkin mengikut pengetahuan yang tok ada. insyaallah.

------------------------------------------------------------------


TERDENGAR BISIKAN BISIKAN


- Jika perkara ini terjadi , tidak kiralah anda mendengar suara hilaian tawa, tangisan perempuan, orang beratib, orang membaca sesuatu ayat... bagi bidang perubatan..ianya tetap dianggap sebagai gangguan kerana fitrah manusia apabila dilahirkan , matanya terbatas, telinganya terbatas dan segala galanya adalah terbatas...jika melebihi batasnya yang Allah dah bagi standard... maka ianya di anggap sebagai Gangguan... yang menyebabkan kita tidak fokus, terganggu, khayal semasa memandu dan bekerja.... kedengaran macam bagus kan , dengar org beratib , membaca ayat ayat suci.... ianya adalah gangguan bagi semua golongan.... kerana para wali sekalipun, mereka memerlukan ketenangan di dalam mengerjakan zikir... bagaimana bisa berzikir jika asyik mendengar ada orang berzikir di telinga juga ya.... ingat lah kaum adam... bahawa sesungguhnya syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia... biarpun menggunakan cara yang BAIK dan HALUS.

- Cara mengatasinya amat mudah juga, amalkan membaca ayatul Yassin @ Kursy @ 3 qul... @ paling ekstrem.... ambil wudhuk, kemudian bersolatlah, sebelum memulakan solat , bacalah :

- Surah An-Nas ...bagi menghalau jin yang menggangu solat kita...


Mengadap Kiblat


* Duduk Bersila...Nak pasang atau tak pasang setanggi, adalah terpulang kepada anda.....Mulakan:


TAWASUL


Ila hadrotil Nabiyullah S.A.W- Al-Fatihah


Seterusnya:


a) Para Sahabat Nabi
b) Para Malaikat 4 ( sebutkan namanya atau boleh digunakan ayat 4 )
c) Para waliyullah
d) S.K.A.Jailani
e) Para Leluhur dan sanat keluarga
f) Para Muslimin muslimat yang telah meninggal
g) Para " " " Masih Hidup
h) Para Guru guru
i) Diri Sendiri


Seterusnya , Bacalah :


" Wadjah Tu waj hi ya lil lazi fataras sama wati wal arz, hanifam muslimau wa ma ana minal muslimin "
1x dan Berniat " Ya Allah Ya Hadir Ya Hadirun (1x) .... Hadirun Yaaaaaaa Hadirun(21x) )


Kemudian berzikirlah :

a) Alhamdulillah 21x
b) Subhanallah 21x 

Zikirkan secara berulang ulang..... namun jika hadir IA..... ( yang membisikkan tadi ), jangan lah lari.... kalau ketawa mengilai datangnya berupa perempuan pontianak, jika beratib mengaji datangnya Pak Haji.... awas..jangan terpedaya dengan tipu dayanya.....

Soal ( jika datangnya bagus )

a) tunggu sehingga ia beri salam 3x baru di jawab...
b) jawab salam 
c) Tanyakan namanya dan asal usulnya
d) Tanyakan mengapa menggangu
* Jika jawapannya baik baik belaka...soalan cepu emas perlu diberikan.....ada 2 soalan mudah
e) Minta dia mengucap dan maksudnya 
*ini biasa orang buat.... mengucap saja semua orang nadah tangan syukur,....ingat.. sekarang orang yahudi pun pandai mengucap 2 kalimah syahadah...malah semua bangsa juga pandai mengucapkannya...... 

Soalan cepu emas seterusnya:

f) Mintalah dia ke makam nabi adam dan bersembah sujudlah ia di sana dan mengaku bahawa Adam dan keturunannya ialah semulia mulia makhluk......

PASTI.... lihatlah mukanya akan berubah menyeringai menyeramkan melihat anda , kerana.... sesungguhnya... dia tidak akan sesekali menyembah nabi adam a.s..... 

Nyatalah ...di hadapan anda..ialah Iblis .... makhluk yang pernah menjadi penghulu segala malaikat dan seorang Hafiz ( penghafal )..... dia pernah melihat syurga dan neraka.... kita?..... jangan takut melihatnya... kerana jika anda ketakutan sekalipun...jiwa anda tetap bebas...yang mati hanya jasad ( kena sakit jantung @ stroke ).... namun ..jika anda kuat..punya jiwa yang gagah...insyaallah..cukup dengan azan..ianya akan menghilang.....

---------------------------------------------------------------------------------------

Jika selalu mendapat mimpi Ngeri.... ambil batu petir dan ikatlah di pinggang ... sama seperti di atas... ingatlah ... ini cuma usaha... takkan dapat mimpi ngeri anda nak merujuk doktor...pasti anda di caj ...sakit jiwa....


Guru Tok Selalu Berceloteh:

Zaman sekarang Guru Ada 3 macam:

a) Guru TERPELAJAR
b) Guru BARU BELAJAR
c) Guru KURANG AJAR 

KURANG AJAR?...... UIKK..MACAM MANA PULAK TU...?

Sebab tu kalau nak berubat bukan boleh main berubat saja,..asal dengar ada orang pandai urut, pandai ubat...haaa...cepat aje start kereta ke sana..... berubat punya berubat...alhamdulillah..lega..sembuh.... syukur sangat sangat....cepat pulak tu dia ubatkan...tiup lebih kurang je,..dah sembuh....


Dekat nak tengah bulan

Dekat nak Cuti sekolah

Dekat nak Raya

Sakit balik semua... penyakit lama datang hinggap semula..... berubat lagii... kali ni ditemberangnya apa tak tau lah... owh..ini bapak jembalang dah resap..kena buat tu lah ini lah... ..... asap berkepol kepol macam kebakaran..... fuh sana sini..... nu.... melihatkan punya lah dia macam bersusah payah... mintak RM ratus hingga ribu pun takpa.......

Keluar bilik je... aih...jumpa lagi orang orang yang kita jumpa 3 bulan lepas, semua sakit sakitnya datang balik........

Nanti.....


Nak RAYA...... sakit lagi............. wah..hebat utz tu,,,, hebat wak tu,,,, hebat haji tu.... lupa dah ...yang hebat tu hanya Allah taala..... lupa bahawa diri diperdaya dengan mainan Jin yang bersarang di rumah sang utz, sang wak dan sang Pak Haji.... senyuman manis rupanya racun poket.... layanan mesra rupanya tuba Jiwa.... jiwa para pesakitnya....... banyak.... banyak sungguh orang macam ni....... 

Ingat tuan tuan / puan puan..... jika anda rasa diri anda selalu jadi macam ni... nak raya sakit..nak cuti sakit...nak tengah bulan sakit....

Anda sebenarnya sedang dipergunakan...... hehehe..... Tu la...orang nasihat tak mau dengaq.... kan dah naya..... kes macam nilah orang tak nampak..... Sekarang Orang Hak hak jenis janggut panjang, berjubah serban, ada ilmu sanat tariqat lah Tok dok tengok...nauzubillah..perangai.... seperti kata Orang lama lama.... akhir zaman, semua terbalik... 

Ok lah..terbebel pulak...

Nasihat Tok.... baik cari... dan belajar sendiri... tak jadi saka aihh...toksah dok terpengaruh sangat ceciter filem tu semua..... depa semua tu buat filem nak cari duit..sekadar hiburan.... belajar yang betui la... jangan belajar yang tak betui....jadi la tak betui... nu ..dok menjerit tengah jalan....

Kalau sedang belajar 1 guru, habiskan dulu baru cari guru lain.

Kalau sedang belajar, rasa ada yang tak kena... minta pada guru untuk berhenti secara elok... jangan maki guru tu...kang tak pasai kena santau... naya saja heheh...

"Jangan tamak Ilmu.... Kerana Ilmu itu Hak Allah...Ilmu Bukan dari Guru...Kerana Guru Juga Hamba Kepada  Yang Esa... Jangan agongkan guru...Kerana mengundang syirik, naikkan martabat islam dan naikkan maruah melayu"





Tok Bukan nak Tunjuk Pandai, cuma nak Berkongsi... Tok Ni Bodoh Orangnya... Sungguh...bukan nak melawok..Tok memang Bodoh lagi bab ni... mengaji lagi..tak habis habis lagi mengaji... Ilmu Allah Tu Kan Luas... Bebaskan diri..jangan menunggu untuk 1 guru... ada lagi Guru lain...1 Guru tidak punya semua Ilmu, Kerana Jika ia Punya semua Ilmu... Dunia sudah Kiamat.


Cari Rahsianya.... kenapa nak ilmu tu nak ilmu ni..nak kena berguru... ilmu tu hak guru ka?... tidak... ilmu itu ialah Hak Allah..guru cuma membantu kita membuka Haq yang tertutup.. tertutup di dalam Kalamnya sang cahaya Jiwa. Cari lah Sukma di dalam Raga... 


Tapi Bukan Tok maksudkan Ilmu


Merogo Sukmo


Itu Ilmu.... hanya 1 ilmu...


Kalamnya cahaya jiwa adanya 1001 ilmu. Minta Guru kuncinya dan bukalah.... 


Yang Itu dinamakan 


Kebebasan Jiwa di dalam berilmu  


Ilmu Nya di dalam Kalam Jiwa


Bukan Bersifat


Ilmu Pada Kalam


Jiwa Bukan Sifat


Kesimpulannya....... Ilmu tertutup rapi di dada... tiada terlihat... baju hanya pakaian tubuh, bukan penentu siapa kita dan di mana kita. Banyak orang zaman sekarang suka menilai melalui pakaian... 


Tok Tak suka... sebab Tok suka pakai bangle ..dan Tok tak suka sangat orang melayan Tok secara Formal... Tok suka santai dan rock rock ... di situlah kebebasan jiwa dalam berilmu... bukan mengikatnya dengan pakaian.. dah,... pakai jubah serban, nampak awek seksi, menjelingnya 2-4 kali... kan dah menjatuhkan martabat Islam. Pakai lebai pak Haji bawak kereta macam jalan tu dia yang punya.... sebab tu lah di panggil jiwa bukan sifat, jiwa lanun, tapi bersifat Tok Haji.... 


ehehehe... maaf Pak pak haji na... adik tumpang lalu.......


Dah................ melalut pulak.... 

Ada lagi yang ingin Tok kongsi... cukup ini dulu buat masa sekarang... nanti Tok Karang Lagi... Insyaallah....

15 ulasan:

  1. waheguru... alhamdulilah... kusyuk sy bc... karang lg tok mat.. manfaat pesan tok mat ni...

    BalasPadam
  2. Tu dia aih... Mukadimah dia panjang berjela.. Tok,kami tengah tunggu nak masuk isi..suspennya.tapi biasa la,kalo berguru silat kampung ni,depa ajaq kenai diri dulu.dua tiga mlm dok celoteh pasai diri saja.tak kenai diri, depa tak ajaq bukak gelanggang pon,apatah lagi bunga tari dan buahnya. . Hehehe. Moga dapat kesempatan dan keizinanNya utk mendapat ilmu agar menjadi pelajaran bagi hamba ini..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Terima kasih krana berkongsi. Mudah2an dpt dipergunakan semua yg memerlukan. Wallahualam.

    BalasPadam
  4. Terima kasih tok atas perkongsian, rakan saya ada jugak yang kena ganguan seperti yang dicakapkan oleh tok,insyallah... dah tahu caranya...mudah-mudahan allah turut murahkan rezeki tok dan mudah kan urusan kita semua.amin

    BalasPadam
  5. silvermaddness25 Jun 2012 9:01 PG

    Alhamdulillah..tudia..tok guru bukak cerita..mmg terbaek..huhu

    BalasPadam
  6. terbaik..satu ilmu yang amat berguna dari tok mat..

    BalasPadam
  7. tok mat bila nak mai tganu

    BalasPadam
  8. Terima kasih daun keladi nk lagiiiii-fairuz bp-

    BalasPadam
  9. salam tok mat... gelang bintang tu brape mahar die? maaf xde kdit lak nk msj...

    BalasPadam
  10. salam tok mat...sye ade beli 2 jenis permata bentuk kalung...kalau sye pakai kedua2 kalung scre serentak boleh x? ade jejas ape2 x? aura 2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau 1 kalung pelaris @ penyeri dan 1 kalung pulak untuk penggerun,.memang x boleh pakai..dia lawan... nanti jd neutral... sama juga dengan cincin ... atau sama juga dengan 1 kalung dan 1 lagi cincin...

      Padam
  11. Kompius betol....

    Ada yang order rantai petir la ..g.bulan la... bila tok bagi rega ..mahai pulak...rupa rupanya loket....

    Rantai : yang melilit leher
    Loket : Sebiji yang ada pada rantai tu

    Kalau petir buat rantai...mana tak mahainya... berpuluh batu petir keliling leher... hehehe.....

    So..dah jelaskan apa beza rantai dan loket?

    BalasPadam
    Balasan
    1. silvermaddness1 Julai 2012 1:35 PTG

      haha..tok kena buat kamus istilah mistik pulak niehh

      Padam