Selasa, 7 Januari 2020

PENAT SAMPAI TAK BUAT UPDATE

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia semuanya. 

Alhamdulillh ni baru rasa bertenaga nak menekan keyboard Pc untuk menulis, Tok lepas habis ritual semalam, sampai ke pagi tadi ..penatnya sampai rebah ke bumi. Tok dah pesan ke Bonda lepas, maybe dia lupa, dalam ritual tahunan ni tok cuma boleh terima 5 nama saja, sebab tok tak mau buat banyak hari , nanti minggu depan ada ritual GP pulak, tu belum amalan harian lagi di tengah malam bila sampai waktu kena buat. 

Hangpa tau semua ada berapa nama?

25 nama. Ho mampuih tok hahaha. Ini bukan kerja 1 malam, bukan 2 malam. Kalau Gp 1 malam boleh henjut 50 nama, sebab kita fokus GP saja, ni ada ritual lain yang melibatkan zikir , tawassul kepada semua guru yang sudah meninggal, Tahlil, bacaan Yassin untuk mereka 1 nama 3x Yassin..Kalau dah 7 nama, 21x Yassin. Tawasul bukan sikit sikit Nama. 

Perolehan semalam adalah yang dapat benda pelik apanama pun tak tau, gadget mistik pun ada, tongkat pun ramai, benda yang dalamnya macam ada meteor kecik dok main main pun ada. gambaq takda la , barang org bukan boleh dok tunjuuk tak tahwan hala, tu nama dia tak amanah. Hak dapat daun kering pun ada, yang dapat apa nama ni akaq bentuk Lam pun ada, ritual ni kita sapu semua waima kalau dia bagi sebutir pasir pun kita ambik. Tu yang kata nasib tu, kalau GP ni kebanyakan 99.99% batu permata. 

Ni malam ni tok kena p pulak , malam esok kena p pulak, koho hari koho sikit la nama, ritual sama, ayat sama, adab sama, masa pun sama. Maksudnya ritual tu boleh buat sehari saja, 3 bulan setiap hari pun boleh, tapi tok tak mau la sebab sama saja, buat 1 hari sama, buat 90 hari pun sama. kalau sampai 90 hari gamaknya tok ni tak keluar dari hutan dah la, jadi org utan. 

Lama tak minum ayaq akaq seruntun, habis kaki gatai gigitan nyamuk, garu sampai berdarah darah.

So, hari ni bonda pun katanya letih tak cukup tidoq, dia dok kalut dengan fight hantu belakang umah... nak cerita ka... ?.. cerita p lah... umah kosong belakang umah tok ni dulu ada kes tembak, pompuan cina kena tembak sampai mati, lepas pada tu takda la org duduk sampai hari ni, baru ni ada lah 1 cina beli nak duduk, siap dah bawak barang rumah nak mai pindah, duduk seminggu, pindah keluar balik , cempera macam bewok kena tenggalung batu tuuuuu. Lepas tu tak lama . dalam dekat 2 mgu lepas depa bawak mai tok sami , masuk pagi, balik petang sebelum senja. 

Lepas maghrib tok keluar sat dok tepi rumah, dok merasa dah ada benda pelik kat belakang tepi kanan, tapi tok buat tak tau saja, maklumlah tok ni memang friendly dengan hantu pa semua ni. Anjing tok yang Labrador kacuk kampung tu tengok dia dan kemudian menyalak , makin lama makin mengundur, jadi tok pun main main la...tok kata " try hang p depan anjing tu tgk jadi lagu mana..." , Hantu tu p depan sikit, anjing tu pulak jelas la depan kita dia mengundur koho ke belakang . 

Dah dia tgk tok friendly kot, dia mai lepak kat rumah. masuk dalam rumah, dok kacau anak tok, tok ni .. memang takkan buat apagaq apa pun kat rumah. kiranya selagi tak bawak lari anak kita tu selagi tu kita tak buat apa.. ngusik pun tok sama sama gelak saja, contohnya staff tok kena usik dalam bilik nampak penampakan, Bonja JJ nampak kepala perempuan melayang kat dapur , Bonda Sha nampak perempuan sedang bersujud di dalam bilik , Anak perempuan tok nampak kelibat perempuan duduk di balkoni bilik dia, tok gelak saja...., bagi tok... biasa la tu... depa pun makhluk juga. 

Sampaikan 3-4 hari lepas anak bongsu tok yang baru usia 16 hari tok kena ganggu depan tok, benda tu terapung dalam keadaan berbaring menghadap anak tok yang sedang tidur, dia cuba nak pegang anak tok tu , tok pula waktu tu dok tidur di tepi katil ( bukan atas katil la ), baby atas katil. Anak tok menjerit sekuat hati, jerit tau, bukan menangis. Tok terjaga dan tok sergah " woihh woihh " saja, dia tak ganjak tok tepuk tangan baru dia berlalu dan hilang.... tuuuuuu pun tok tak buat apa apa pemagar. 

Last last bonda buat pemagar sementara jugak sebab dia tak tahan dengar anjing topk buat bising sebab nampak benda ni, kesian ke anak anak la, jiran apa semua tak boleh tidur , dari jam 9 malam sampai ke subuh dia dok menyalak. Dan baru tadi tok hantar balik anjing tu balik ke Pusat Perlindungan Anjing kucing ( memang tok pinjam je anjing tu nak train German Shepard tok jaga rumah dan gigit orang...bite train )..... so sekarang tok xda dah peneman masuk ke hutan. GSD nak bawak masuk hutan?... jenis tu bukan tahan gigitan nyamuk, suruh gigit org boleh la. Bawak dalam kereta sampai di rumah musuh, buka pintu belakang tunjuk sapa yang perlu di gigit, terus meluru gigit, org tua kata guruh di langit pun mapuih dia tak lepas selagi tok tak suruh. Tu dia. putuih jari kalau kena tang jari. 

Jadi utk ritual awal tahun ni tok akan sambung hari ni, dan esok last. Barang masuk ke blog esok saja la noh. penat ni weh.. bok masuk blog pun hangpa bukan nak grab, lebih selesa offline kan?.. syiok offline, mesej bonda jam 9am.... sat g jam 12pm dia baru balas hahah, tak kaluit la kan. cuma nasib juga, kalau bukan awok org pertama mesej nak barang tu, awok tak dapat ler, tu je. sama macam kaedah grab di blog, cuma di blog ni awok nak kena buka blog kan, kena tunggu, klik refresh sokmo... stresss , tension. pastu item keluar cepat2 type grab... pastu tgu lagi, nak tau dapat tak dapat tu punya stress ttgu komen keluar, dah keluar tgk tgk Allah.... ada org lagi laju type grab .. kecewa... stress sungguh noh... kiki., stress tu hok dok layan 8 tahun doh tu. offline ni memang tak stress, tapi kalau tiba tiba hp bonda JEM, hp hilang... habis la semua. tu je. Hp bonda pegang tu bukan HP RM 3000. RM 700 je tu. kalu tetiba JEM gak, payah jugok kan?. 

OK sekian

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN