Sabtu, 21 Disember 2019

RITUAL HUJUNG TAHUN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua

Alhamdulillah pada 19.12.2019 anak bongsu tok Muhamad Jibril Sudah selamat di lahirkan di Hospital Besar Alor Setar dan sudah pulang ke rumah bersama ibunya petang semalam ( 20.12.2019 ).

Maka sudah lama tok menunggu detik ini kerana sudah lama menahan diri dari melakukan ritual zikrullah di lokasi yang tok gemari.. Lokasi yang bukan di gemari ramai orang seperti Jerai, Ledang, Dll yang sudah menjadi tumpuan manusia umum dan banyak pula pertapanya di sana , Alhamdulillah tok akan menyambung kembali perjalanan ritual tok di Kerajaan Fakir melalui esok hari dan berharap dapat di berikan jenis jenis witch Craft kerana tok dah bosan asyik mendapat batu permata sahaja, nak juga jika di berikan witch craft atau barangan dari alam ghaib sana , jika menurut tradisi melayu lama witch craft lebih banyak di gunakan di dalam kehidupan seharian mereka. 

Untuk pengetahuan awal juga, Geliga Permohonan akan di jalankan pada Minggu ke dua Bulan January 2020, Tok maklumkan awal awal kerana ada beberapa sudah bertanya mengenainya. 

Berbalik kepada ritual tahunan, ada dulu mereka yang bertanya di dalam ritual awal, tengah dan akhir tahun tok lakukan ini ( Bukan GP ) adakah boleh di selit selit untuk mendapatkan barangan dari alam sana pakai nama sendiri ?. Jawapannya ada , cuma memang tok tak iklankan kerana khuatir kalau dah ramai sangat akan menganggu ritual khusus tok pula. Jadi kalau setakat 5 org tu boleh la gagah lagi nak dapatkan. Benda yang nak dapat tu nasiblah ikut kepada peruntukan yang ada nak di berikan oleh orang alam sana kepada anda, kalau dapat cincin tu pepahamlah mungkin anda ada secret admire dari sana, Kalau ada masalah apa apa tu akan di beri ikut masalah anda, tok nak sebut pun tak tau. Ada lepas dapat daun, dia tanya tok daun apa, tok cakap mana tok kenal, tok bukan pakar herbalis. Kemudian dia tanya kawan kepada kawan yang bekerja di bidang herba dan memberitahu ia adalah sejenis tumbuhan yang berkhasiat untuk penyakit kanser, Hamba Allah ni beli 10 pokok untuk di tanam di kawasan rumahnya, selang beberapa bulan isterinya mengidap barah payudara mujur cepat di kesan dan daun tu pun dah ada cuma nak di gunakan sahaja, Alhamdulillah sembuh. Hak tu pelik sikit. daun dia bagi kat tok.... terpinga juga, tapi bagi saja lah. rupanya ada guna. 

Perjalanan ritual ini tak lama, kerana ia tak melibatkan tok masuk ke alam sana pun, cuma duduk dan memulakan zikir, Buhur tengah ada banyak tu, boleh la rembat dalam stok dapor tu barang 5 set hehe. Wangi dan mewangikan kawasan. 

Untuk 19, 20 , 21 ini kita masukkan barang repeat yang masih ada dalam stok, tapi tok pelik 1 benda, bila kita republish komen kosong.. nak kena masuk barang baru , baru nak ada komen, pelik sungguh, benda mistik bukan basi macam roti, malah lagi lama dalam simpanan tok auranya lebih berkualiti, tebal dan mantap kerana di rumah ini memang kita adakan majlis Zikir dari kalangan Guru guru Ghoib. 

Jenis jenis minyak masih banyak dalma simpanan, bertap baru kita bawak keluar dari kotak , nak letak di ruang tamu sebagai pameran, ibu bertap pun ada nak di maharkan tu. Tanya Bondalah, tok kaluuit buat benda lain esok. 

Ok lah semuanya, semoga selamat dan sihat walafiat di samping keluarga tercinta. 

Assalamualaikum wbt

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Tahniah Tok dan keluarga dapat ahli baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah tok...semoga diberikan kesihatan dimurahkankan rezeki...aminnnn

      Padam
  2. Tahniah tok.
    Nk tanya org yg dah buat geliga permohonan masih layak lagi memohon tok? Kalau layak berapa maharnya tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah selesai tuan. Aah boleh. Ini ritual tahunan tn bukan gp. So tak semestinya dapat jenis geliga permata

      Padam
  3. Assalamualaikum tok.. Bila LG nk buat permohonan alam. Ghaib.. Jika ada berapa maharnya.. Sama. Ke macam dulu maharnya.. Terima kasih tok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam wbt. Ada tuan. Apa2 tok akn update d blog. Mahar msih sama tuan

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN