Khamis, 12 April 2018

INI KATA TOK UNTUK RITUAL PERMOHONAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera


Tok ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya di dalam Permohonan Tahunan dan juga mingguan yang di lakukan sejak 2 minggu yang lepas. 

Ada yang dapat item besar, ada yang dapat item sekecil kepala mancis, ada yang dapat dari bahan alami sebagaimana yang di tunjukkan kepada tok selepas mereka menerimanya.

Item yang anda perolehi ialah di atas nama anda sendiri dan apa yang anda perolehi adalah atas keperluan semasa anda kini dan akan datang sebagai contoh item pemagar rumah. Item itu mesti di letakkan di Atas Pintu rumah anda atau di gantungkan, ia di gunakan untuk penumbal balik sihir. 

Yang mendapat geliga, bagi tok ia adalah hal biasa kerana ia boleh di perolehi di dalam ritual mingguan atau Geliga Permohonan yang kita jalankan 3x setahun

Memohon bukan beerti anda dapat apa item yang anda ingini, namun memohon atas niat keperluan tersembunyi yang anda sendiri tidak tahu dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. 

Item item yang anda perolehi ada yang tidak boleh di buka khuatir bahan alami di dalamnya tercicir walau 1 cebis ia mampu merosakkan, bahan alami ini sudah di wafaq ghoibkan erti kata lain ia di Jampi dengan bacaan tertentu . Walau secebis Habuknya hilang atau jatuh, maka ia terbatal.

Mungkin ada di kalangan newbie yang tidak faham dunia spiritual melayu, kalau kami di sini Utara Tanah Air, Kayu berlobang kami mampu jadikan azimat pemagar rumah dari pencuri, jika pencuri masuk ke dalam rumah nescaya tidak boleh keluar dan ini sudah banyak kali terbukti , Bagi kayu bersilang atau kayu tikam kayu atau kayu bergesel, ia boleh di gunakan untuk tujuan kerosakan atau juga tujuan kebaikan untuk pasangan anda di rumah atau keluarga. 

Di Sini Perlis, Negeri Ilmu.. Jika anda memasuki sempadan negeri ini anda akan lihat Tugu Negeri Perlis ialah Negeri Ilmu dan ia kaya dengan pelbagai ilmu baik ilmu Pendidikan persekolahan nahu ilmu spiritual, dari Negeri ini juga lah Wujudnya Ilmu HAKIKAT yakni ilmu yang paling ampuh dan mudah untuk di laksanakan dengan berbekalkan KEYAKINAN kepada Sang Pencipta . 

Di dalam permohonan lepas ada yang bergurau ingin mendapat emas 100 kilo.. tidak semudah itu , untuk apa anda inginkan emas 100kilo?... selain ingin kaya malah mungkin akan membuatkan anda lupa kepada Allah SWT dan menjadi angkuh. 

Untuk memohon item yang khusus tok ingin berterus terang, bahawa kita berurusan dengan Alam Ghoib, Bukan membeli ikan di pasar pagi. Jika anda ingin memohon khusus atas hajat anda, maka sila sediakan anak anda atau ibu anda untuk di lakukan pertukaran. 

Dahulu ada 1 hamba Allah di KL inginkan Merah delima dan tok menyatakan bahawa tumbalnya ialah ibunya sendiri, dia sanggup dan mungkin beranggapan tok menipunya, maka ritual di jalankan, Merah delima di perolehi, selang 1 minggu ibunya meninggal dunia dan beliau menelefon tok sambil teresak esak mohon agar delima ini di kembalikan dan ibunya di kembalikan kepadanya, Namun bukanlah kuasa tok untuk mengembalikan sesuatu yang sudah termetarai sebagai sebuah perjanjian. 

Segala Geliga dan mustika serta permata yang tok perolehi dan maharkan di Blog ini, perjanjiannya tok sendiri yang menanggung , bukan pelanggan dan apakah perjanjian itu, hanya tok sendiri yang tahu dan hanya Allah Yang mengetahuinya. Tok Pernah beristeri 12 selama hayat muda ini dan anak tok cuma 4 orang dan tok juga bukan orang yang kaya .. di situ cukup untuk anda menghayati apakah perjanjian yang tok lakukan. 

Ada yang memperolehi ibu duit... jika anda mengeluh, ingat 1 perkara keluhan anda itu di dengari orang alam sana, sekiranya selepas ini anda menghadapi kehidupan yang lebih sukar, kembalilah bersujud syukur kepada Allah sebagai tanda kesyukuran bahawa sekurangnya Allah masih mengingati anda dengan mengabulkan permohonan ini melalui pemberian orang alam Ghoib. Tok hanya di beri upaya mendapatkan.. jika dari keluhan anda itu muncul kesusahan yang lebih ekstrim di dalam hidup anda selepas ini maka ia bukanlah kuasa tok untuk mengubahnya kembali kecuali anda sendiri yang kembali kepada Allah dan mengucapkan " Alhamdulillah " . 

Pengalaman di dalam ritual ini cukup membuatkan tok tersenyum melihat gelagat mereka yang mendapat item " BESAR "... setelah mereka dapat, tiada lagi sms, Whatsapp bertanyakan khabar.. maka pertanyaan muncul di hati tok... adakah itu yang mereka inginkan di dalam hidup mereka selain Silaturrahim. Ibaratnya kacang lupakan kulit...tok tidak mengharapkan apa apa kecuali silaturrahim kita berkekalan dan tok juga ingin INGATKAN bahawa tok bukan ALAT atau Gadget kepada anda untuk anda mendapat sesuatu yang bernilai ....Apa besar RM 100 anda???...jika di bawa ke kedai runcit sekalipun hanya 3 barang keperluan makanan sudah habis jumlah itu di zaman ini..Apa mampu kadar upah RM 100 anda itu menyembuhkan patukan ular di kaki tok jika tok di patuk ...apa mampukah ia menanggung kos perbelanjaan jika tok di serang denggi semasa ritual... apa berbaloi dengan kadar RM 100 itu tok meninggalkan anak isteri tok semalaman HANYA UNTUK ANDA Sedangkan anda di rumah tidur dengan nyenyak dan nyaman ????..

Tok Tidak merungut, cuma di lain kali bagi mereka yang merungut, SILA MASUK GUA sendiri hadap bau tahi kelawar , gigitan nyamuk dan Risiko mati memanjat Gunung / bukit yang curam untuk keperluan anda sendiri. Anda ingat Gunung Ledang?.... Ingat Gunung Jerai... boleh pandu kereta dalam aircond kemudian terus buka pintu dan cari port nak bertapa?... anda tahu batu tinggi menegak yang curam, perlu panjat menggunakan tangan di celahan batu sahaja memanjat dan di bawah ialah gaung yang dalam?... Tidak Percaya cakap tok... mari ke Sini tok bawakkan..kita sama sama panjat..lihat siapa yang akan menjerit kegayatan dahulu. 

 Adalah lebih baik tok mendapatkan item bernilai, menjualnya dan membina masjid atau madrasah atau membeli tanah bagi di wakafkan sebagai tanah perkuburan Keluarga tok di Kg Bangsal Lebah Batu Lima Perlis yang kini sudah sesak itu. 

Tok ingin ingatkan... Apa anda sudah kaya?... sudah senang benar?... otai otai lama yang ada di blog ini semenjak 2012 yang mana sudah berjaya dan kaya sudah tidak ada lagi di blog ini membeli item.. asal mereka kebanyakan datang dari motor kapcai tidak ada roadtax , ada yang sebelum ini berharap kepada duit nombor ekor untuk hidup dan kini mereka sudah senang , malah ada yang sudah bergelar jutawan. Mereka tidak ke sini lagi kerana sudah senang.....Tapi kebanyakan mereka IKHLAS untuk bersahabat dengan tok sehingga ke hari ini.... Tidak ada orang senang di sini, jika anda senang dan kaya, anda tidak akan memerlukan Jalan GHOIB untuk mendapatkannya. Dan di sini tok sentiasa membimbing anda agar tidak sesat di jalan mistik, agar anda tidak leka dan tidak obses dengan tok di sini. 

Manusia jika di tegur dengan perkataan " JANGAN " mereka tidak akan dengar, mereka akan kata kita tak faham, kita tak tahu. Jadi perkataan jangan itu tok letak tepi , dan tok buka blog ini Dengan kata BOLEH tapi mesti ada sempadan dan sentiasa ada peringatan. 

Jika tidak blog ini sudah lama di Block kerajaan, Sudah lama freeze... Teknologi negara kita di alam maya cukup canggih sampaikan boleh kesan individu yang hina Ketua Polis di Facebook di tahan reman, sampaikan boleh tangkap Individu yang hina Sultan di Facebook, Nah...tidak canggih lagi kah walau sudah pakai nama samaran tapi masih boleh di tangkap?.. 

Blog ini sudah menapak selama 6 tahun di alam maya dengan Jumlah Klik melebihi 12 juta Hits dan pelanggan GB ada di seluruh pelusuk dunia. 

Kami kekal di sini kerana KEJUJURAN, AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB. Jika ini tiada.. antara 2... mungkin kami jenis seller lari sana sini , buka blog sana sini atau yang keduanya blog ini sudah lama di sekat kerajaan Malaysia. 

Ini ialah HAKIKAT dan KENYATAAN yang semua kena maklum bahawa kami di sini bukan untuk Chong anda, Bukan untuk menipu anda, Bukan untuk menyesatkan anda, tapi kami di sini sebagai Pembimbing dengan mengenepikan perkataan JANGAN itu. BOLEH buat tapi mesti ada sempadan selagi di dalam panduan Islam. 

Di Perlis ini anda perlu tahu orang tua kami di sini hanya pagar rumah menggunakan 3 ketul tanah sebesar hujung kelingking sebelum keluar rumah, tanah itu di gentel menjadi bulat dan kemudian di balingkan di depan rumah setiap kali mereka ingin keluar, mana mana pencuri akan melihat rumah ini hanya bukit. 

Cuma dengan berbekalkan batang pisang dan keris orang orang tua di sini mampu membunuh orang yang mereka benci dan tidak suka biarpun orang itu di Johor Sekalipun Asal belum seberang lautan. 

Di Perlis ini perawat boleh buang saka dengan hanya sehelai daun lalang , Mahar tidak di minta , syarat tidak di beri tapi pesakit yang pulih dari Saka dengan gembira sanggup memberikan sehingga ribuan ringgit kepada perawat. Sehelai lalang harganya ribuan??......... atau penderitaan itu pulih ia bernilai ribuan...bagaimana anda menilainya?.... itulah bagaimana cara manusia berfikir. 

Ada yang berkata mereka hanya ikut lojikal... maka jika yang ikut lojikal ingin pula tok bertanya di mana Allah Itu?, Di mana Arasy itu ?..jika menurut lojikal anda perlu melihat dan membuktikannya... namun untuk mempercayai dan meyakininya walau ia ghoib tidak nampak anda TERPAKSA menerimanya dan meyakininya dengan penuh keimanan. 

Bersamaan dengan kelebihan sehelai lalang mampu memutuskan SAKA... di mana lojikalnya?... terletak di mana... AWAS.... Jangan Sudah Terhantuk baru nak menadah dan berpijak di Bumi Allah ini jangan hanya memandang ke langit khuatir kaki tersandung batu jatuh terjelepok muka ke tanah jua. Jangan angkuh kerana kita Tidak bernilai Kepada Allah SWT walau sebesar Zarah..Wujud kita hanya untuk di uji dan jangan juga lupa ilmu Allah itu tidak Habis Walau 7 Lautan Bumi. 



Wassalam.

30 ulasan:

  1. alhamdulilah. terima kasih atas ingatan ni tok. terkadang, kita jadi tamak tanpa kita sengaja. hanya sebab nak kejarkan kekayaan, kita lupa semua benda termasuklah orang yang kita syg.

    semoga saya tidak tergolong dalam manusia yang tamak. dan sentiasa ingat kepada yang maha esa. insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Salam tok.Saya dapat sebatang kayu pendek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi tok kayu itu lebih bernilai dari permata, kalau permata, di kedai kedai permata ada juga di jual, kalau kayu?. Ia banyak khasiatnya di sini. Kayu itu adalah untuk perisai sihir dan penglimunan dari hati manusia yang beririhati, ia di letakkan di atas pintu rumah atau di tanam di depan kedai bagi membatalkan sihir kini dan akan datang.

      Padam
  3. Alhamdulilah tok... terbaik tok.. Itu La Nama Manusia.. Sabar Tok.. Saya Pon Banyak Dengar Gosipp Liorr Dari Orang Tapi Saya Tak Percaya Dengan Mereka Tok.. Apa2 Semoga Allah Beri Rezeki Lebih Dan Dijagai SeKeluarga Tok Dengan Hidup Bahagia...πŸ˜πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gosip?... standard la... Benda baik dan berjaya mana tak ada gosip?

      Nabi Muhammad SAW di gosip musuh sejak 1400 tahun lebih sudah. sampai ke hari ini pun musuh masih menghina Nabi Muhammad SAW.

      Kemerdekaan negara kita oleh Perdana Menteri lepas pun masih ada yang memandang serong dengan menyatakan kemerdekaan kita di beli dan di janjikan gadaian hasil bumi kepada British.

      Malah Bab Ugama Islam Sendiri pun ada persengketaan contohnya Syiah dan Sunni dan Sunnah.


      Jika kita pandang pula siapa yang melemparkan cemuhan cemuhan ini?

      1 Sahaja

      Mereka yang tidak berpuas hati


      Tidak puas hati sebab apa?

      Itu fikir sendiri

      Padam
    2. hehehe faham tok... tu sya malas layan... Pengikut Tok setia ni dalam senyap hahah tu hadir ke mimpi... Terbaikk TokπŸ˜πŸ‘

      Padam
  4. Assalam tok..request azimat pencuri kayu berlubang boleh x..sbb selalo sgt kes kecurian kt rumah sewa ni..duit hilang,fon hilang..pelik benor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh In Sha Allah, baru baru ini kayu tu muncul di Tanah Kebun Pusaka Tok di Sini dan di jumpai ayah tok, tok letak atas bangsal , nanti tok pergi cek masih ada atau dah di ambil orang... Sini org pantang jumpa benda macam tu, memang drg akan ambil untuk di gunakan

      Padam
  5. walaupun saya sudah tidak membeli tok..
    saya tetap mencuci mata setiap hari...
    betul silaturrahim jangan di putus kan..

    moga panjang umur tok dan dimurah rezeki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah , terima kasih tuan hilmi... tetapi tok amat bersedih sekartang dengan sikap segelintir newbie zaman ini, di zaman kehadiran tuan dulu. kebanyakan boleh faham dan tahu serba sedikit selok belok mistik melayu itu yang boleh sampai ke blog ini. newbie sekarang sampai di sini hanya kerana ingin mencuba, tetapi tiada ilmu.

      Nampaknya ilmu mistik kemelayuan kita akan pupus tidak lama lagi akibat anasir anasir Atehyst yang bertopengkan kata kata berbisa. sedangkan mereka hanya ikut kepada akal lojikal

      Padam
  6. Assalamualaikum tok. Boleh kah saya ingin bertemu dengan tok sekiranya tok pulang utara? Dan ingin menjalinkan silaturrahim dgn tok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W.salam wbt tuan Zul, untuk pengetahuan, tok sudah pun menetap di Perlis sejak 3 bulan lepas , dah 3 bulan x balik terengganu kerana tiada urusan lagi di sana, rumah dan peralatan masih ada di sana, dan di sini juga ada.

      Tok menetap di jalan santan sekarang.

      Padam
    2. Puasa ni in Sha Allah tok balik sekejap di sana

      Padam
    3. Saya kalau bab xdgr tok bceloteh dan membebel mmg x sah...kira mcm x bseri blog ni tok..x membeli x bmakna x bka blog tok ni..

      Padam
    4. Mcm mana saya nk hubungi tok? Boleh la nk belanja minum sembang satu meja.

      Padam
    5. Hahaha...btol tu bang...Sya ckup suka baca bebellan insan yg bergelar Ayah Pay ni..Kdg2 sya trsnyum sndri bila bca kiasan2 padu yg Ayah Pay bg tu...Bnyk jgak ilmu serta pencerahan yg sya dpt ttg dunia mistik secara langsung mahupun tidak..Tima Kasih Ayah PAY...smoga Allah sntiasa mmbri rahmat serta kmudhan keats Ayah sekeluarga dn juga jemaah2 Geligabunian blogspot ni..Aamiinn...

      Padam
  7. Walaupun saya newbie dan dah tak beli brg ayah sbb masih berlajar duit kurang sikit hehe .Saya tetap buka blog dan belajar sikit2 dri penulisan ayah. Sbb sayanhsayang kat ayah dan mahu menjalin hubungan silayurahim dgn ayah .Amin .Insyaallah

    -akmal

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Tok.Saya memang da lama x membeli.Tapi masih mengikuti blog tok menimba ilmu.
    Saya berminat dengan permohonan.Nak wsap berhubung dengan siapa ye tok.Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Assalam tok..nk tnya..bulan lps sy ad beli geliga puteri aisyah g.ledang..betul kah bayangan puteri aisyah..org nya pki sanggul jawa,bulu mata lentik tajam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt tuan. bayangan tu lebih kurang menyerupai beliau. tegur tak?

      Padam
  10. X pun tok..tgamam..hehe..tapi kli adiahkan al fatihah pd nya..boleh kan tok??..sy sekarag tgh dlm proses merasai keindahan g.dewa putih,ngeram rimau rusila dan guts kursani..tapi ngeram rimau rusila mmg pki..kwn sekerja kita x berani tegur..padahal kita mukr mcm biasa..depa kata jgn r marah2..adessss

    BalasPadam
  11. assalamualaikum tok

    BalasPadam
  12. saya jarang mahar tapi selalu follow boleh ke tok ;)

    BalasPadam
  13. Aslkm tok.. sejak sy ikuti blog ini.. byk sy bljr dr tok.. nsihat2 tok.. brbekas dhati ini.. trima ksh tnjuk ajr tok..wlau msih bru.. dr bdk2 lg sy ske mstik2 ni.. tkut tu ad tp minat tu lbh kuat.. sudah lme trcri2.. tgh sy trkinja2 mncari sesuatu.. dgn mslh istri lg.. trjmpe blog tok.. byk bce nsihat2 tnjuk ajr tok.. nk brguru tok dh duk jauh.. tme ksh tok..hrp slaturahim ni brkekalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W.salam wbt tuan

      Alhamdulillah dan tahniah atas pengetahuan yang tuan perolehi di dalam blog ini.

      Ada yang dah jadi bomo pun ada dengan pengetahuan yang tok kupaskan dalam blog tok ni.

      Tok cuma berharap ia dapat memberi manfaat kepada semua.

      In Sha Allah di tempat lain masih ada guru yg lebih hebat dari tok

      Padam
  14. Alhmdlh. Terima kasih atas nasihat dan pandangan Tok. Saya newbie disini. Diharapkan Tok dapat membimbing kami2 yg newbie dengan nasihat yg berguna dimasa hadapan.Terima kasih sekali lagi Tok.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN