Ahad, 30 Oktober 2016

KECUBUNG KARANG GEDABAK








Hooo. tediaaa., 

Kecubung karang emas.. bukan kaler hitam , kaler putih biasa biasa tu.. saiz ni kalau dulu ada 1 seller juai rm 1000 kat org kampung, la ni tak dah kot pasai kita dah ada di sini dan ramai yang tahu.. pada la sama kot.. tapi macam tok sendiri cakap, harga terpulang pada peniaga, bukan ada harga kawalan juai batu ni, cuma batu ni ada pihak yang kawal agar ia jadi mahai... cthnya bawah meja berlambak lagi, tapi atas meja ada sebiji dua.. biasa la, main harga, tu la salah 1 ilmu meniaga kot hangpa tatau. Tok x buat lagu tu sebab tok jenis nak perabih barang cepat , kalau tak ghoib sendiri tatau p mana tepuk dahi la tok kalau batu hilang dalam laci, 

Kecubung karang ni banyak gunanya

Kalau orang cina dia cakap ada ong sebab ada kaler emas,

Kalau melayu kita dia cakap sejuk sebab batu ni dari jenis kecubung dan terjadi dengan hasil air sendiri

Kalau tok.. tok kata semua di atas ada betuinya... yang cina kata tu psiko saja... mana tak psiko.. bila kita pakai kat jari, bila kita lemah saja dalam bisnes kita akan belek ia.. minda manusia dah set..kuning tu emas, emas tu kuning.. jadi bila kita pandang kaler kuning, kita sendiri akan rasa nak lebih usaha, kita sendiri akan jadi nak berjaya. tu psikology... tok x belajar degree psikology tapi kita bergaul dengan org degree. Jadi la sama sama degree kot haha. 

Yang melayu kata ia sejuk pun tok setuju pasai memang batu ni sejuk, dan mudah serap energi sejuk.. cold like water. not like ice la k..tu melampau tu haha.. nak uji sejuk tak sejuk.. kita amik air suam yang sama suhu dan serentak tuang dalam 2 gelas yang berlainan, kuantiti kena sama. salah 1 gelas ni letak kecubung ini... insyallah yang ada kecubung ni lebh cepat sejuknya ( menyejuk ) dari yang tak ada kecubung.. 

Lagi 1 cara yang org mistik pakai ialah letak bunga... 2 bunga yang sama usia dan letak salah satunya kecubung ni dekat dekat, 1 lagi jauh sikit.. yang dekat tu lambat kayu. tapi kefahaman tok masih belum boleh menerima cara ini kerana jika anda memakai termometer jenis tembak kat kepala tu... setiap penjuru rumah kita berbeza suhunya.. tengah ruang tamu katakan 36, di sudut timur pula 38, di sudut rumah arah barat pula 34... tengok kedudukan pancaran matahari. 

Untuk rawatan anak anak demam insyallah boleh pakai

Menaikkan aura dan menstabilkan aura manusia dari getaran kasar ke getaran halus kefahaman ini masih kekal bagi diri tok. 

Menjaga mutu aura permata lainnya



Kod Produk : KKD 281016
Bentuk : Kecubung Karang Saiz Big
MAHAR : 120 Mlr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN