Rabu, 10 Februari 2016

GELIGA MESTIKA KHODAM






























Semasa tok menjadi pelanggan dulu, sebelum tok mengenali apakah batu ini dan fungsinya. Tok pernah membeli dari seorang peniaga Indonesia saiz sama, cuma corak saja lain RM 800... dalamnya ada azimat cetakan kilang dan juga sebotol minyak kasturi hitam yang bernilai RM 10 di kedai atar biasa. Katanya batu ini mengunci sebuah negara Ratu Jin dan ada Sebuah negara di dalamnya... bila di lihat memang nampak macam ada pulau, ada laut dan bukit bukau serta pokok pokok... apa lagi.. rembat la Rm 800 pun... bila tok menyedari ada benda tak kena .. tok tak marah kan kepadanya tapi tok berterima kasih kepada abg Indon ini kerana tok dapat belajar ... Tok membawa batu itu dan dengan obsesnya tok bercerita kepada seorang sahabat tok yang bekerja dengan JAKIM , hasilnya tok mendapat tazkirah percuma daripada beliau bahawasanya Jin itu ada alamnya tersendiri dan ia bukan di dalam batu, Alam jin tidak kelihatan seperti di dalam batu ini melainkan ia cumalah corak sesebuah batu, jika Nilai Rm 800 itu tok nak padankan yang tok sudah "kena" tok tak rasa begitu kerana akidah tok bukan bernilai Rm 800 dan dengan Nilai ini lah tok menyedari kesilapan tok ketika itu kerana terlalu obses. Sahabat ini mengajarkan sebuah Ayat untuk berkomunikasi dengan alam Jin dan nyatanya batu itu adalah kunci kepada keyakinan , untuk meyakini bahawa ada sesuatu di dalamnya dan dengan keyakinan itu serta amalan yang dia berikan, Alhamdulillah deria ke-enam tok dapat berkomunikasi dengan Makhluk yang di maksudkan, tapi...dengan lebih berhati hati. 

Abang Indon itu tidak bersalah, melainkan cara penyampaiannya mungkin tak berapa nak betul dan di fahami oleh orang kita walau bahasa sama... mungkin dia ingin menjelaskan dengan mudah, apakah fungsi batu ini. Dan Alhamdulillah dengan RM 800 itu tok mendapat ilmu pula. 

Item di atas di gunakan di dalam ikhtiar yang sama yang tok isikan dan amalannya adalah dengan membaca Surah Al-Jin habis 1 juzuk dalam 1 malam, di lakukan dalam keadaan berwuduk. Yang di kehendaki tidak akan datang berdepan melainkan melalui halusinasi ( Makrifat ) atau semasa kita di dalam perjalanan tidur sesudah membacanya. Jika ia hadir cuba gagahkan diri bertanyakan namanya, itu sudah memadai untuk memanggilnya apabila perlu dan tak perlu lagi memulai semula adab di atas.

Kekuatan alami batu ini ialah Kerezekian, dan pengasehan, namun ia tok isikan dengan kelebihan dan maksud di atas, maka terbatal energi alaminya.. macam mana boleh batal... asal mai kan auranya alami... bila kita isikan dengan zikrullah, zikir ni kan hidup, ia ada energi ., bila energi ini masuk ke batu ini maka energi asalnya akan berubah. itu yang di maksudkan dengan terbatal. Ia tidak total.. jika anda terlangkah, terbawa masuk dan kena udara tandas, kekuatan isian akan habis namun kekuatan alami masih dan tetap ada. Hari ni baru tok boleh terangkan dengan detail bagaimana ia terbatal dan jika langgar pantang adakah ia akan kosong, ia takkan kosong..... ibarat manusia lahir, ada energi alaminya yang asal..bila besar dan besar, belajar itu belajar ini, pakai itu pakai ini, energi akan berubah bentuk... bila tak pakai.. energi alami tetap masih ada... energi manusia akan hilang apabila kita diistiharkan meninggal dunia sahaja. Empty shell. 


Kok Produk : GMKHODA 7216
Bentuk : Mestika Khodam
MAHAR : RM 120.25

16 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. emm ni le di tunggu dari semalam..terlepas ..

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN