Sabtu, 4 Julai 2015

RAJA KAYU MERAH








































Selalu tok cakap " Apa pun ada auranya... apa pun..." kalau dulu tok cakap hanya plastik saja takda aura, maka hari ini, plastik pun tok cakap ada auranya tersendiri dan semua benda atas bumi ini ada auranya, cuma ia tidak bernyawa... 

Ramai yang bertanya dari dulu sampai hari ini pun.... walaupun dah beberapa artikel penulisan dan video lisan di keluarkan, mungkin mereka tidak berjumpa dengannya... ada juga yang tiba tiba hantar sms, Sy serahkan balik semua barang tok mat utk tidak ada lagi pada diri saya dan keluarga saya.....ni nama dia sms org jahil buat kerja tak pakai akal yang Allah bagi.... Tok paham, bila ada yang cakap macam tu..bukan ramai pun, ni pun kali ke-2 oleh org yang sama... tok cuma istigfar panjang.... Yang pertama... PERCAYA PADA BOMO..la ni bomo pakai nama ustaz , tapi bukan utz pun, nama saja, Kedua : PERCAYA ADA MAKHLUK HEBAT SELAIN DARI ALLAH , dan ketiganya... Betapa bodoh dengan berakal tidak mampu berfikir dengan lojik... dan lepas dia cakap macam tu pun, masih juga kena gangguan.... sebab gangguan tu bukan dari barang tok, ia adalah gangguan luar yang Allah hantar untuk uji serta di pikirkan sebagai 1 penyesalan. Bomo la ni pandai juga, mana pakai nama bomo... semua pakai nama utz... wak wak, bapak, mujuq bukan bapak ayam ja..ustaz pun pasal panggilan, ni ..sama la dengan tok ni, dulu org panggil Mat saja, la ni jadi Tok Mat sebab mula mula dulu Pelanggan dari Parit raja panggil nama Tok Mat, maka mula lah sampai la ni orang panggil Tok ..tok... dah mcm tua pulak huhu...

Begini ceritanya... ada lah pelanggan yang membeli item dari GB ini... GB ni tuan tuan...bukan tok nak cakap..... Musuh Ya Rabb.. punya la ramai, ramainya tu sampai tak terkira, Kalau kata Blog Ni tutup, surelah dorang buat parti pantai 40 hari 40 malam punya... Mengapa ramai?... lihat sendiri mungkin anda tahu kenapa dan mengapa... tu tok malas nak sebut lah.. 

Kalau sebut nama Tok Mat GB pada mana mana pemakai cincin, apatah di kl dan selangor, pahang dan sebelah utara... kalau ada 10, insyallah 9 darinya akan mengenali tok dan blog ini... itu org awam, kalau bomo?...kalau peniaga peniaga lain?..lagi lah tahu... dan ada juga peniaga peniaga ni sambil meniaga , merawat orang juga macam tok... Hari tu adik perempuan tok yang ada di POLISAS ada la lelaki dok tegur dia, ada puteri dok ikut la apa la.. dia ngadu ngan tok... tok cakap dengan dia..tanya dia kenai tak tok mat GB... adik tok cakap.. " takkan dia kenai kot ".. tok cuma gelak jela " tanya je la dulu tengok sapa lebih glamour " kata tok..sebab adik tok ni dok perasan glamour pas dia jatuh longkang tu hari hehehe... so dia pun tanya. lect dan sorang pelajar yang selalu dok usik dia cakap " kenalla , sapa tak kenal pemilik Blog GB..kenapa? "...Tanya dorang ..adik tok wassup dan cakap, " gilak ah.. org sini pun kenal "... hehehe... tok gelak je la... ni kalau tok terima pelawaan Siri bersama Awie " Tunggu sebentar " yang dorang pelawa tahun lepas, lagi la aku ni glamer... aku je taknak glamer... hahaha.. Buat apa glamer?... ada kesempatan.. kalau org lain...?... grab je kan.. masuk tv wooo 

Jadi bila kena gangguan dan sebagainya.. macam tok dok jelaskan lama dah, bomo akan tanya ada simpan brg apa apa tak?.. atau ada tak beli apa apa barang?...., kita pun bagitau la dia bla bla dan bla... beli tu ini dari Tok dan blog GB.. bomo ni pulak dengar nama TMGB, terus sakai la, macam ular lalu tepi... melatah dan amik kayu sakai buang.. haaa..macam tu la lebih kurang... 

Pelanggan Tok yang pernah membeli ada lebih dari 3000 orang , yang masih aktif pula sekitar 200 orang, pelanggan baru hari hari masuk sekitar 2-3 orang dan pemerhati pulak lebih dari 300 orang sehari... 

Pertama : Tok isikan dengan zikrullah.. tak reti tok nak baca mantera mantera ni utk pengisian, sebab tok nak harapkan pahala anda memakainya dan nak berniaga lama atau kekal, jadi tak jadi bukan kerja tok. Im Not A God, tu jangan lupa.. ketuk kepala kang. Khasiat yang ada di sini ialah mengikut kepercayaan dan testimoni pelanggan terdahulu. Namun perlu diingat, aura setiap orang x sama, jadi kesannya juga x sama, lambat atau pantas pada kita

Kedua : Barang Barang Tok semua di renjiskan dengan air bacaan Yasin , spray je agar apa benda x elok nyah dari melekat di sana, mana dapat air yasin,, tak yah tanya la kalau x pernah dok baca Yassin malam jumaat.

Ketiga : Dalam umah tok ada 2011 Jenis Batu, belum masuk keris apa semua, lembing, azimat, rambut hantu, rambut bunian, dulu gigi jin pun ada...... ada gangguan, tapi gangguan asal umah tok duduk sekarang lah, nak halau dah memang dia lama kat situ. 

Dalam hati iktikadkan cuma takut pada Allah..bukan mana mana makhluk... tujuan GB di cipta pun bukan nak MENSYIRIKKAN hati manusia, jika anda baca dari awal blog ini, tok lebih kepada mendidik hati hati anda untuk lebih beriman.. .. yang x minat tak payah cakap lah.. yang minat mistik?... kalau dia jumpa orang yang senget juga, asik citer bab makhluk halus ja, obses bab bunian, dan jin... anda yang dengar nak jadi apa?... sekali dengan anda jadi senget otaknya.. dok zikir atas sejadah sebab nak lihat makhluk halus, dok zikir dalam hutan sebab nak dapat KELEBIHAN.... apa semua ni?... jika tiada orang yang mendidik hati hati ini... siapa lagi?.... ulama?...ustaz?... kalau boleh ikut..yang mana hati degil... nak tau pasal alam ghoib,, utz larang pun x kan dengar punya... jadi di sini dengan kefahaman kita , kita didik hati hati ini agar sentiasa di dalam kelompok hati hati yang benar.

Ini Kekadang tok lihat di facebook, minta maaf bagi yang terasa, ni tok cakap umum, tak sebut siapa pun... siap berbual, patik tuan hamba ..... sembah menyembah konon yang satu tu raja..masalahnya bila masa hang jadi raja?.. sapa lantik hang?.. tak kiralah hang ada darah raja sekalipun, ni tok ni, keluarga tok ni...kami keluarga terdekat dengan Kerabat selangor.. takde nak kecoh pun... p tanya , kalau nak tanya... darah kita ni genetik ada kaitan, namun bukan beerti kita boleh jadi raja. Allah dah tetapkan semuanya kan, terima lah hakihat utk jadi rakyat biasa.

Masuk balik bab perubatan ni... cuba lihat pula,, lepas bomo ni cakap macam tu... apa dia suruh?... beli barang dia la, apa lagi.... tu ja la point dia.. apa yang susah sangat. 

Jin ni.. kerjanya nak sesatkan manusia saja... apatah jika pengamal mengamal dan mempunyai sahabat jin. asas sekali ialah nak kita percaya pada dia.. iktikad... tau apa iktiqad?... iktikad ni kalau tergelincir sikit ja... jahanam.. nu masuk neraka... pastu dok cerita pula.. menyebarkan GHIBAH.. lagi tanggung dosa bertambun tambun... Ingat.. ni tok nak pesan... tok x da apa apa.. tok lagi suka orang hari hari ingat pada tok walau pada keburukan.. tapi ingat lah diri tu.. bukan nak hidup selamanya , dosa ni walau sebesar zarah sekalipun akan di kira, tau zarah tu besar mana?... paling kita mengaku kita islam... buat cara islam.... 

Tok di sini cuma nak bagi laluan kepada peminat mistik untuk minat di dalam selamat, selamat akidah dan sebagainya, sapa pernah ikut kem mistik anjuran tok, tahu lah bagaimana tok amat menekankan bab bab akidah, hangpa ingat tok buat kem dulu ada lesen ke?.... satu surat pun tadak, surat utk jab hutan ada la, tapi orang orang di jabatan jabatan ugama ni tahu dah perjuangan kita macam mana..ada la org dalam sana takyah tau sapa... siapa lagi nak mengekang ketaksuban alam ghoib yang lebih nak ke arah syirik jika tidak di bimbing?.... 

Boleh minat di dalam mistik, tapi jaga lah akidah, ni hangpa semua di sini ni, semua tok nak berjawab kat depan Allah swt tau.. sapa lagi nak jawab ?, pengendali blog ni tok sorang ja. siapa cakap tak berjawab?... wajib berjawab punya.

Kalau tok bawak anda ke arah syirik, sekali dengan tok ke neraka.bukan hangpa sorang... ni bab nak kena jaga sungguh... buat apa apa atas dunia ni BIAR KITA BOLEH BERJAWAB, jangan sampai x da jawapan yang boleh diterima. 

Bab berniaga dan apa pun semua ada dialog berjawab, orang jual ikan pun nak kena berjawab nanti... ada ikan segar kenapa jual ikan murah yang dah pecah perut,,, haa tu semua bala belaka.

Jadi jika anda kena apa apa gangguan kebanyakan ialah gangguan jin luar, dia tahu anda miliki item macam ni, dia pun kacau la atau masuk dalam mimpi, jelma jadi tok mat, aku pun tatau bila aku masuk dalam mimpi hangpa huhuhu... pastu jadi gaduh, antara kita dah putus silaturrahim.... akidah anda pulak songsang sebab percaya bomo dan percaya jin mampu memudaratkan... haa HAK TU yang dia nak... perpecahan ukhwah dan terima dosa... jin syaitan ni akan buat apa pun untuk bawak kita jadi member dia di neraka.. tak caya... tengok la nanti kat sana.. tok menegur ni habuan lepas tanggungjawab tok... kat sana tok boleh jawab " Ya Allah, aku dah bagitau dah sekian sekian "... maka keluarlah sekali lagi skrin halaman ini besar besaran 1 dunia boleh nampak... Lepas la bahagian aku.... Bab korang sebarkan Ghibah tu kat sana memang xde maaf dah.. kat masyar kita minta ampun dengan org, mana ada ampun lagi woii , hahaa.. ni p sekolah ugama ke tak ni... 

Jadi, sekian saja pesanan tok.. yg mana baik tu dari Allah dan mana yang buruk tu dari tok... 

Setiap dari kita da peranan masing masing antara satu sama lain... bukan untuk diri dan jaga hal kita sahaja.. insyallah beroleh pahala


Atas ni Permata Raja Kayu Merah, jika suluh, dalamnya merah, jika di bakar ia mampu keluarkan getah yang harum. Insyallah banyak kegunaannya :

Habuknya jika di gesekkan ke tangan akan menjadi pembisa pukulan

Jika di buat permata dan di pakai, insyallah tidak akan di timpa pokok yg tumbang

Habuknya mampu menghentikan darah luka kecil

Penunduk binatang dan manusia

Dan banyak lagi 



Kod Produk : RKM 2715
Bentuk : permata
MAHAR : RM 80

Promo Idulfitri : RM 60

9 ulasan:

  1. payment done...tok sy dah whataps ke no hp 0178259540

    BalasPadam
  2. dah lama tak buka blog so tak tahu no hp mr baz...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha selamat kembali tuan . no Mr Baz ialah 01117775251 / 0178259540

      Padam
  3. as slm tok dan tuan2 sekelian...
    saya tersalah bagi maklumat kepada tuan baz..sepatutnya 3A tapi saklumat kepada tuan baz 2A..
    jadi saya unlock 3A dan lock 2A (payment done)..
    kesulitan amat dikesali..
    selamat hari raya maaf zahir batin

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN