Ahad, 1 Februari 2015

ALHAMDULILLAH BERSYUKUR KEPADA ALLAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah Majlis pertunangan Staff Tok Cik teja Berlangsung dengan sempurna dan tarikh perkahwinan juga sudah pun di tetapkan. Bagi Pelanggan yang ada di Kl , Selangor dan negeri berdekatan nanti boleh lah hadir Kenduri sebelah lelaki di Kawasan Shah Alam nanti. Tarikhnya akan di beritahu oleh Tuan Baz Di dalam permaharan nanti insyallah.

Harga Minyak Juga Turun Sekali Lagi, Alhamdulillah. Tok tahu kebanyakan dari anda risau akan kehadiran GST... ia sama dengan kerisauan anda menghadapi kenaikan harga minyak sebelum ini sebenarnya. Nasihat Tok, Usah risau dan khuatir kerana tok mendapat berita bahawa Akan ada banyak insentif insentif akan disediakan, cuma kita sebagai rakyat janganlah gelabah tak tentu arah dan mengganggu urusan pentadbiran negara, asal kebajikan kita terjamin sebagai rakyat dan jangan endahkan berita berita yang belum jelas yang di wujudkan oleh sesetengah pihak yang ingin mengelirukan rakyat. Cuma tok sentiasa menyeru agar bangsa kita MELAYU berugama islam sentiasa maju ke hadapan, berani mara ke hadapan dan tidak takutkan apa apa selagi ia bernama KEHIDUPAN. Insyallah Ingatlah Bahawasanya Rezeki Tu datangnya dari Allah...ingat tu betul betul. 

Jika kita usaha bagai nak rak pun jika belum sampai rezekinya tak kemana juga, kerana Allah itu yang maha Menguasa dan maha Mengatur. Sebaliknya jika sudah sampai rezeki yang di takdirkan, terkadang usaha yang kecil cukup membuahkan kejayaan besar, Ini semua kuasa Allah dan kita mesti memegang teguh sebagai Umat Islam Yang mengaku beriman.

Kami di GB akan tetap meneruskan permaharan seperti biasa , walaupun adanya cukai GST, sukacita di maklumkan bahawa kami dikecualikan dari cukai kerana ia di luar bidang dan kategori yang terdapat di dalam GST sendiri. Buat pengetahuan permaharan di IBAY, bahagian settingnya sudah pun kami setkan Kadar 6% GST dan menanti untuk di lancarkan , namun akibat pengecualian ini, ia sudah di padamkan dari setting Website tersebut dan permaharan di GB akan berlaku seperti biasa sehingga ke hari ini.

Tawaran demi tawaran..Promosi demi Promosi akan kaji jalankan dari masa ke semasa seperti yang kami jalankan kini Beli 1 dapat percuma 3-4, Diskaun 10% sekata untuk semua tanpa mengira ahli kad Pintar, Item item sedekah dan pelbagai lagi. Insyallah dengan Ilmu Pemasaran yang ada di dada Sepanjang pernah bekerja sebagai Pengurus pemasaran sebuah syarikat di Serdang suatu ketika dahulu, Ilmu ilmu pemasaran ini akan terus di gunakan demi menjayakan permaharan di GB dan juga kemudahan Permaharan bagi semua pelanggan G.Bunian di sini. 

Pihak kami tidak akan lokek di dalam permaharan dengan kemudahan yang sentiasa kami perkemaskan dari semasa ke semasa.

Buat masa ini di dalam rancangan awal tahun 2015, tok sedang mewujudkan sebuah makmal Bagi Tujuan mengkaji item item yang di maharkan, insyallah peralatan akan di beli secara berperingkat mengikut modal sedia ada.

Tok berminat mengkaji bahan organik yang ada di dalam setiap batu permata dengan melarutkan sejenis kimia bersama batu permata dan larutan ini mampu di lihat menerusi Mikroskop dan dengan bantuan beberapa sahabat lama di dalam bidang Kimia dan kedoktoran insyallah mampu mengenal pasti beberapa jenis bahan organik yang mampu membantu di dalam Kesihatan manusia. Mungkin Tok tiada Sijil dan kelulusan di dalam bidang ini, kelayakan member member yang turut serta di dalam kajian ini mampu di guna pakai demi kemajuan permaharn di Blog GB.

Mampu mengenal pasti sesuatu organisma di dalam Molekul Permata yang di perolehi insyallah mungkin akan menjadi suatu kebanggan buat kami di G.Bunian Suatu masa nanti. Insyallah

Mikroskop dan lain lain peralatan yang bakal Arrive x lama lagi adalah bukti kesungguhan kami di dalam Kajian Permata secara saintifik

14 ulasan:

  1. aslmkm tok,,,pergh...insyaallah pada suatu ketika tok dgn jubah putih doktor/profesor,pakai spek,,baz pun,,teja dan smua staff tok..apa salahnya,,ikut peredaran zaman..syukur tok,,saya tumpang sronok tok n company dapat maju,
    btul tok,kalau kita suka/seronok buat kerja kita ,allah bantu tok...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah tuan. Ada 1 lagi alat belum sampai... alat untuk mengesahkan asli atau sintetik..tok tatau dalam nama sains ia nama apa..

      Tapi tok yakin kita yang dulunya asal dari org asli tinggal atas pokok dan kini maju, malah ada yg jadi pofessor. Tok dapat lakukan kajian ni x dapat pingat dan pujian x pa. asalkan hati puas

      Padam
  2. In Sha allah...moga2 diberkati allah...Aminnn...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Tok Mat. Dok tungu juga kot2 ada gambar2 majlis pertunangan Cik Teja kat cini........

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tok Mat. Dok tungu juga kot2 ada gambar2 majlis pertunangan Cik Teja kat cini........

    BalasPadam
  5. Salam. Tahniah Tok kerna membuka lembaran 2015 dgn kajian yg lebih menarik..... x perlu nok isytihar Dr Asia ke utk kaji batu permata ni... Kita ikut resam padi...Terbaik utk semua warga GB.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat Dr Kehormat pun jadik la Cikgu.. tapi x mo la kecoh kecoh, Dr Kehormat bukan utk di banggakan selain penghormatan atas sesuatu jasa. Rosmah ada 3-4 Pingat Dr Kehormat ni pun dia x suh org panggil dia sebagai Dr Rosmah..

      Padam
  6. Amin...insyaallah...melangkah maju tok mat

    BalasPadam
  7. Asalamualaikum tok.. hehe.. bagus tu tok.. mengaji permata dengan kaedah sains.. klau bleh sya nak tok kaji permata yg sya miliki.. kerana permata tersebut nak kata akik pon ada.. nak kata kecuhung pon ada.. nak kata kristal pon ada.. huhu... hehe...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN