Rabu, 10 Disember 2014

HIMPUNAN KOLEKSI KESAYANGAN TMGB

IBU NYAWA / KALIMAYA /  OPAL
BARU RENDAM DALAM AIR









5 MINIT DALAM AIR

10 MINIT DALAM AIR

20 MINIT DALAM AIR


APA ADA DALAM LACI MEJA PC TMGB???


Alatan Pasang cincin, kebanyakan Tool masih atas meja tamu , belum simpan sini

G.M.PANCHAR DEWI







GUTS KESAYANGAN










TINDAK BALAS G.ULAR TEDUNG SELAR DI DALAM AIR
 Baru Rendam


 
 Selepas 20 Minit rendam



 CENDERAWASEH KESAYANGAN ( L.T )







( TIDAK DI JUAL )






 Dari Kiri ( Cenuai emas, MINYAK JIN Dan Cenuai Merah )
( Ibunya Dan tidak di jual )

Minyak Jin Ni kalau xda memang x boleh utk buat Minyak Pengaseh dari Bertap, Cenuai, Malahan ia bukan sahaja untuk minyak pengaseh, ia boleh di buatkan sebagai Minyak Penawar guna guna, sihir, penumbal sihir.... Maybe salah satu rahsia Mengapa sebakul pun x sampai.. maybe la hehehe




Jenis minyak minyak pengaseh dan minyak atar biasa utk kegunaan semburan bertap


Super epal Jin... ada 1 saja...Di Rusila orang Jual RM 7000 Sebiji ni


Botol Botol yang Sedang menunggu RE-Fill Dari Alam Bunian, Zafron sebagai umpan sahaja



 HIMPUNAN KOLEKSI BERTAP / SANGGUL BUNIAN TOK

 Baby..... Sebelah Kanan ialah Bertap Kapas...ia bukan kapas ok



Dop Habis Pantang Lagi


 Koleksi ni belum lagi yang dalam Kotak bertingkat, Koleksi cincin, Koleksi senjata dalam bilik tingkat atas, Ruang Drill dan set Mesin Celup emas 24k

Selama Tok menyimpan semua item ini, belum pernah ada berlaku la benda pelik pelik( ada tu ada, kita citer di bawah ), seperti :

Umah Panas

Nampak Hantu dalam umah

Nampak kelibat

Suara suara pelik

Kejadian pelik

Gangguan ke atas Tok dan Isteri


Dan Di sini persoalannya ........bagaimanakah bagi yang baru menyimpan 1-5 biji permata dan barang mistik dalam umah terkena Ain, Bermacam penyakit dan gangguan....


Rahsianya di sini yang ingin tok kongsikan ialah:

Anda Simpan, Jaga elok elok, Buat dek je walau tahu ada khodam dan sebagainya...Jangan endahkan apa sahaja di awal permulaan kehadirannya....

Ia Ibarat Seperti Kanak Kanak, inginkan Perhatian Anda...jika anda mulai terfikir, tertanya tanya, ketakutan...maka Kanak kanak Pasti suka mengusik anda bukan?....

Ya..konsep ni sama sahaja dengan menyimpan item mistik.... apa pun yang berlaku di awal nya..buat dek je.. buat tak reti.... Lama Lama dia pun busan dan kita buat kerja kita dan dia buat kerja dia la...

Barang Mistik bukan barang yang boleh kita buat alat mainan, bukan benda yang boleh di samakan dengan benda yang dibeli di kedai biasa.... jika sudah anda meminatinya, maka anda perlu tahu bahawa ianya mempunyai sesuatu yang tidak kita dapat lihat menggunakan mata kasar.

Jika anda takut, anda bimbang ....maka di nasihatkan jangan menyimpannya, kerana ia adalah asas atau kita panggil sebagai salah satu latihan Pengukuhan Iman kepada Allah swt....

Penyimpan Item Mistik mempunyai banyak cabaran dan apabila mereka mulai menyimpan item begini makanya mereka ingin di cabar.... Maka jika anda di cabar, sahut sahaja cabarannya yakni dengan cara :

Beranikan diri anda tahap Gaban
 

Jangan Gelabah

Ingatlah bahwasanya Hanya Allah mampu memudaratkan hambaNYA, bukan benda lain

Takutlah hanya kepada Allah


Jadi, bagi yang masih takut kepada benda benda begini... Makanya jangan simpan...kerana belum sampai tahap Keimanan anda dan akidah anda masih lembut selembut ubun ubun  bayi baru lahir

Jika Kita mengakui bahwasanya Allah itu Ada, Allah itu berkuasa... Nah !!!!!.......sahutlah cabaran ini.... sudi sudikanlah diri anda sekali sekala sehingga iman anda mampu mengawal mereka yang juga Makhluk Allah....


Di dunia ini apabila seseorang mampu melakukan hal hal ghoib dan luar biasa , mereka di panggil WITCH 

WITCH WITCH ni lawo lawo wooo..mana ada witch huduh hehehe



 
 
 


( Sebuah kumpulan Witch Malaysia Akan Di tubuhkan Tak Lama Lagi Hehehe...Kebanyakan Apprenticenya memang lawo lawo....info baru )

Atau dengan nama lain ialah Ahli Sihir, Sihir putih mahupun sihir hitam ianya terserah kepada hati anda, jika menggunakan ke jalan jahat maka hitamlah, jika gunakan di jalan kebaikan maka putihlah.

Hitam di sinonimkan gelap, kegelapan dan manusia takutkan kepada kegelapan

Sementara putih di sinonimkan sebagai bersih

Di dalam istilah ialah :

Putih hatinya

Hitam dan gelap hatinya


Sihir atau dalam Bahasa UAE sebagai " Sihr" Al-Jin @ DJinnn amat sinonim nama nama ini di kawasan Turki, Mesir, Sepanyol dan sekitar Eropah, ilmu mereka lebih kepada merujuk dari kitab kecil Nabi Sulaiman A.s iaitu kitab kitab yang di rampas Nabi Sulaiman A.S ketika dulu dari ahli ahli sihir dan menyimpannya di Dalam sebuah kuil yang di panggil Solomon Temple Yang kini giat di korek dan di gali oleh Zionis bagi mendapatkan kitab utamanya 
 

Baik , Berbalik kepada tajuk asal kita...

Sihir Memaksudkan perbuatan yang menghubungkan dengan kekuatan Ghoib yang masih di dalam setara sebagai makhluk

Sihir membawa maksud perbuatan Luar biasa yang di jalankan dengan ritual dan bacaan tertentu mengikut kepercayaan sesuatu kawasan dan tempat.

Makanya apa sahaja di dalam dunia ini yang melibatkan apa sahaja bacaan ialah di dalam kategori sihir

Ia belum di rungkaikan tentang makna sihir yang di bolehkan oleh seorang isteri terhadap suaminya iaitu layanan dan kata kata manis buat suaminya di mana kedua ini mampu menambat hati seorang suami hanya untuknya sahaja...maka di sini ada Layanan ( Perbuatan ) dan kata kata manis ( bacaan tertentu yang manis di bicarakan ), maka sesetengah ulama mengatakan dengan kata kata ini " Sihir yang di benarkan untuk isteri kepada suaminya ialah layanan yang baik dan kata kata yang lemah lembut ".

Ini Ialah Mukaddimah kepada Sihir.....

Jika anda individu yang meminati item item begini , maka anda sebenarnya bukan sahaja meminati luaran sahaja, namun pastinya anda inginkan sesuatu darinya.. jika inginkan sesuatu darinya maka boleh , namun di wajibkan meminta minta dari Allah, sedangkan semua benda ini hanyalah usaha, lambang, ikhtiar sahaja. 

Namun jika di awal nya anda sudah ketakutan, makanya pasti kelebihan yang Allah izinkan padanya akan tergantung buat diri anda, lain yang nak , lain yang jadi..... Lain yang harap.....lain yang dapat...

Kuncinya ialah :

Keimanan

Keberanian

Taqwa Kepada Allah

Iktiqad

Yakin

Sabar


Maka Apabila anda dapat mengawalnya dengan semua ini, Maka Tidak mustahil Allah akan Menganugerahkan KELEBIHAN YANG LEBIH lagi , malah mungkin sesuatu yang LEBIH bernilai kepada diri anda.


Kepada Individu individu yang menyimpan item item begini.... TAHNIAH Tok ucapkan, kerana anda berjaya mengawal nya menggunakan keimanan anda, anda BERANI menyudikan diri anda bagi mengenal Diri dan seterusnya mengenal Allah....

Ada Orang Yang Berkata di bibir dan hatinya, dia hanya takutkan Allah, Namun bila di momokkan dengan hantu atau berada di tempat angker, dia gelabah, terkujat, gementar..... Nah!!! di situ jelas ...masih takutkan pada Benda Lain selain dari Allah

Ada Orang yang tak tahan lalu membuangkannya ke dalam sungai, laut dan paya.... 

Persoalannya???

Adakah ia menyelesaikan masalah anda iaitu ......... Masih takut dengan makhluk selain dari yang bernama yang ESA?...

Membuangnya bukanlah satu kejayaan buat anda, namun sebenarnya kegagalan KEKAL di dalam diri.....

Ingat... Ia ibarat lari dari musuh....

Dan orang yang lari dari musuh di dalam kategori????.......

PENGECUT !!!!

Mengapa anda tidak simpankan , dan fikir.. Allah berikan kita akal untuk berfikir... tanyakan diri:

Kenapa jadi macam ni?

Kenapa kena gangguan?

BAGAIMANA nak tundukkan ia?

Dan cuba dan cuba..........Insyallah anda akan berjaya

Bagaimana untuk BERJAYA...

Wahai Kaum Muslimin dan Muslimat Sekalian....Bukankah Allah telah menurunkan kepada kita sebuah senjata PALING HEBAT...

Apakah Ia Wahai Tok Mat GB?

Jawabku sambil tersenyum macam kerang bucuk.....

" Al-Quran"

" Doa " 


-->Di mana anda menyimpannya ( Item / benda tuah ) dan baru sesuai di panggil khodam, Khodam kepada Allah. Yang menjalankan tugas khusus yang Allah perintahkan kepadanya untuk pemilik yang menyimpannya... 

Mungkin keimanan anda kukuh sehingga jika perempuan seksi duduk atas riba pun anda mampu menepis... cuba bayangkan jika Kak Pontianak pula yang duduk di depan..bukan di riba tau, depan je pun... sohih pasti kita lari atau pengsan.... Makanya jangan Klaim Diri Kuat Iman dahulu jika anda tidak mengujinya Sekarang.....

TAKUT INI ???

@



@


Pilihan Di Tangan Anda


Kekuatan Rohani, kekuatan mental....

Seronok jadi manusia ni... Ayuh... gunakan apa yang Allah jadikan..untuk menyudi keimanan diri kepada Allah SWT. 

Bagi Tok ia adalah pengalaman yang amat amat menyeronokkan sekali




PENGALAMAN TOK MENYIMPAN

Selama Tok menyimpan item pelik pelik ni... permulaan ada berlaku kejadian pelik, antaranya bila pindah ke rumah baru ni... dengar bunyi budak laki dan pompuan main di tingkat atas...2 bilik di atas memang tok khususkan utk ritual, cat kuning semua.... 

Pernah sekali dengar tangisan budak lelaki.... Tok memang pasti... sebab... sebelah kiri kanan rumah tok mana ada orang duduk, belakang hutan saja.

Tangisan budak lelaki ni kedengaran bergema macam dalam gua, makanya Tok tahu ia cuma berada di dalam sebuah dimensi iaitu antara alam kita dan alam dia ( ada sebuah gaung yang memisahkan ), sebentar kemudian tok dengar bunyi kanak kanak perempuan ketawa kecil dan main guli dari Tangga atas turun ke bawah.... Tuk Tuk Tuk...... Zzzzzzzzz... Jatuh ke bawah.. melalui pendengaran kita boleh agak pergerakannya, sampai ke bawah... tiada guli... dan bagaimana boleh berbunyi macam guli jatuh atas simen, sedangkan tangga tok di pasang karpet.... guli tidak akan berbunyi seperti itu jika jatuh atas karpet bukan.... 

Isteri memandang Tok muka macam asam boi.. nak senyum atau nak lari hahaha... tok cuma tersenyum dan bangun buka pintu kabinet kaca BERTAP dan berkata 

" Kak Puteri, g naik atas jap tarik telinga budak pompuan tu, nakai sungguh dia ".....

Ibarat Angin pantai yang sayup imbasan angin naik ke tingkat atas dan selang beberapa minit kedengaran tangisan budak perempuan pula.... dan selepas pada tu, tiada apa apa lagi berlaku...sampai ke hari ini....


Mr Baz ( ipar Tok ) pernah di ganggu di dalam rumah ini semasa ketiadaan tok di rumah... sedang dia tidur di atas sofa ruang bawah, kedengaran pintu bilik tok terbuka di tingkat atas...KreeeeOOoOkkk....... dan ada benda turun ke bawah lalu terus ke dapor yang ada 6 ekor sugar glider di sana serta tupai burma.. 20 minit tupai tupai tu macam bermain main sesuatu.... namun Mr Baz tak pula ketakutan, cuma menganggap perkara biasa, dia juga Makhluk Allah.. apa mahu di takutkan...??

Makanya........... Makanyaaaaaaaaaa

Buat apa takut kepada " benda " atau Makhluk yang di cipta Allah... Kita pula makhluk yang mulia Allah ciptakan

Jangan Tepuk dada tanya selera....jawabnya tentulah KFC...

Tepuk Dada , Tanyakan Hati.........sejauh mana keimanan kita..... Jika kita mengaku beriman.... mengapa takut menyudi diri?.....

====================================

Ada yang takut dengan batu

Ada Yang Takut dengan keris ( ni banyak )

Ada Yang Takut dengan Azimat 
( tengok je .,..terus beliak biji mata )


Makanya........... JANGAN LAGI MENGAKU BERIMAN KEPADA ALLAH 


Apa di takutkan kepada Batu?.... Khodamnya?... Kan sudah ku katakan ianya Jin dan Jin ni menurut Perintah Allah... Jika diusiknya kita , dan kita takut...maka usikan itu atas izin Allah kepada kita...nak lihat sejauh mana keimanan kita kepadanya


Apa Di takutkan pada besi?... Khodamnya?.... Bukankah ianya memang Hamba Allah juga... Darah mangsanya?...cuma darahnya saja.... itu belum anda melihat Mayat di depan mata....Kita pun akan jadi mayat di suatu masa nanti... apa di takut Mati?

Takut dengan Azimat?.... kita yang buat...manusia yang buat... apanya nak di takutkan kepada BUATAN MANUSIA?.... kita kan manusia...kita mampu buat maka kita juga mampu binasakan.

Jika anda bilank.... Lo ga apa lo ada ilmu, gue ga ada apa apa ilmu seh..

Jawapannya: Gue juga manusia sama macam lo. apa lo ini bukannya manusia ??, makanya jadi manusia biar bener manusia... setinggi tinggi ilmu ialah Keimanan kepada Allah...Dunia dapat ..akhirat pun dapat













22 ulasan:

  1. As salam.. Terbaek tok.. Koleksi dan nasihat terbaek.. Tq tok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama , moga menambahkan kefahaman......
      Tok berkongsi sambil sama sama mengingatkan kepada diri sendiri tok sahaja

      Padam
  2. panjang tok bebel.. hehehe....
    terima kasih tok.. :)

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum. Byknye koleksi2 tok hehe.tksh ats nasihat2 tok tu.100% betul kata2 tok tu..trbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali dgr tok bebel mmg best.kusyuk baca crita tok ni.rasa mcm baca novel plk.terbuai2 hehe

      Padam
  4. info berguna utk semua... jaga akidah kita. tq tok

    BalasPadam
  5. Terbaik la tok mat.. tak ramai yang menega sambil share ilmu.

    BalasPadam
  6. Trima kasih tok..ats prkongsian ilmu...

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comey la tok hat hitam ada no 8 tuh.... hehehehehe

      Padam
    2. huhuh tu pict from google, tok pun ada pamor mcm tu.. takleh tjuk kang kene sedut haha

      Padam
  8. Best info2 tok...panjang tok bebel...xjemu baca...bila nak update tok mat life?...lama sgt dah tgu ni tok oiiii...hehe...

    BalasPadam
  9. Terima kasih kongsi ilmu dan pengetauhan...

    BalasPadam
  10. Tok,witch Malaysia tu apa ke benda sebenarnya?

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN