Khamis, 10 April 2014

TAZKIRAH TOK KI MAT GB

باسم الله الرحمن الرحيم 

Dengan nama Allah yang Maka Pengaseh lagi Maha Penyayang....



Alhamdulillah, berjumpa kali ini kita di dalam artikel Tok yang seterusnya berkaitan hal hal mistik dan persempadanan di dalam hukum hukum agama islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.a.w

Di dalam permainan Mistik, misteri nusantara, kepercayaan melayu kuno dan moden zaman sekarang , permainan ini masih diteruskan umpama sebuah adat yang tidak boleh dipisahkan dengan bangsa kita.


Pelbagai fahaman dan kepercayaan wujud sebagaimana wujudnya pelbagai kumpulan, persatuan atau perguruan, kadang kala di antara mereka ini bergaduh dan berselisif faham di antara satu sama lain.... Hal ini menimbulkan kelucuan kepada Diri Tok.... sudah la kita sebangsa dan se agama.... Hal dunia pun boleh sampai memutuskan silaturrahim.


Tuan tuan dan puan puan serta cik..... Anda sedar atau tidak bahawa permainan ini hanyalah dunia semata mata?..... jika ada guru yang menyatakan bahawa ia ada bersangkut paut dengan akhirat... maka     ..di mana buktinya?.... adakah kerana ia memakai Ayat Ayat Suci Al-Quran ?... ok..mari kita perhaluskan....


Pemakaian ayat ayat Suci Al-Quran di dalam sesuatu bidang keilmuan bermaksud memakainya untuk sesuatu Tujuan adakah mengundang pahala kepada diri kita.?... sedangkan amalan wajib dan amalan yang di syariatkan Rasullullah tidak kita jalankan?.... seperti solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, membayar zakat dan bersedekah..... di dalam rukun rukun ini pelbagai alasan kita lemparkan bagi menggelak  untuk melakukannya.


Sedangkan sebagai seorang hamba, kita mengetahui bahawa setiap amal kita belum tentu beroleh pahala dan di nyatakan di dalam mana mana cermah yang pernah kita dengari.
Mengapa adanya pernyataan ini ?... Ya , kerana di dalam solat kita belum tentu adanya khusyu yang benar, di dalam sedekah kita belum tentu adanya ikhlas yang benar, di dalam puasa kita belum tentu ada keikhlasan yang sebenar benar keikhlasan.
Apatah di dalam keilmuan.... anda membaca sesuatu untuk mendapatkan sesuatu, maka ...adakah ia suatu keikhlasan?... atau ingin beroleh sesuatu.... ?....


Baik... itu jika di dalam hal hal urusan pahala...maka sebenar benarnya membaca ayat ayat suci untuk kepentingan dunia , ilmu perang, ilmu pelaris, ilmu kehidupan dll...maka ia tidak mendatangkan pahala namun Allah memberikan apa yang kita mahu dan niatkan di dalam sesuatu pengkhususan.... tapi, Allah tidak akan memberi semudah itu kerana DIA akan menguji anda dengan pelbagai dugaan ....dan dugaan ini sebenarnya untuk menyedarkan bahawa .......ibarat kata org lama lama... " belum sampai tahap kamu "...... apa yang anda faham berkaitan ayat ayat tersirat ini?..... kita mengkaji dan kaji,,,, belum tahap bagaimana ya?.... tahap apa ya?...... maka datang la syaithan berbisik , " amal kamu belum cukup , amal solah kamu, amal puasa kamu, amal bacaan ayat ayat kamu belum sampai "..... maka kita pun kalut laaa bersolat, berpuasa dan sebagainya kerana inginkan " TAHAP " tersebut.....


Nah... apa yang anda Nampak di sini ?... bersolat kerana apa?... puasa kerana apa?... malah ada yang lebih teruk lagi apabila puasanya di ubah suai menjadi puasa Jawa.... yakni puasa mutih laaa, puasa pertegeni laa.... puasa jawa ini di utamakan dari pausa yang di syariatkan... tidak makan dan minum selama beberapa hari.. menzalimi diri sendiri... bayangkan ketika di dalam melakukannya anda meninggal dunia.... agak agak kemanakah kita?...... pemahaman perlu dipertingkatkan.... bukan tak boleh menjalankannya, namun apa yang DISYARIATKAN itu perlulah kita penuhi dan disempurnakan..... ini solat tak cukup, puasa tah kemana.... nak belajar ilmu dunia dan ilmu hebat???...bila tak jadi, salahkan guru... mengapa tidak bertanya... orang lain buat jadi, mengapa tidak aku?....


Tok melihat di dalam pengalaman Tok dan di dalam perjalanan keduniaan ini... begitu ramai yang berserban, berjubah dan berubah "baik" serta merta kerana melalui jalan mistik.... wahh... Nampak bagus bukan ?...namun sebenarnya tidak... kerana mereka sebenarnya sedang SESAT di jalan yang benar.. sesat di dalam pencarian dan perjalanan. Jika memakainya kerana sunnah, it's okay... tapi kalau nak menunjuk baikkkkk laaaa sangaaattttt.....bagaimana?


Kerana itu lah Tok selalu berpesan, jika mahu bermain permainan mistik, kebatinan ini, maka silakan berhati hati dan penuh AWAS... kerna jika tidak, ia hanya membinasakan iman, ibadah dan amal kita untuk Allah.... dan hanya kepada Allah semata mata ...bukan kerana hal lain.... ini lah yang di katakana sebagai SESAT...... dan mana mana guru yang mengajar keilmuan dengan ayat ayat suci kemudian menerapkan bahawa amalan ini mampu memberi PAHALA dan Syurga, maka ia adalah sama sekali di dalam kategori AJARAN SESAT.


Lalu......bagaimana kah untuk anda mendalami keilmuan mistik... boleh atau tidak?......


Jawapannya ialah boleh.... namun hal hal syariat , hal hal fikh perlulah di ambil sebagai satu KEUTAMAAN. Silakan belajar solat dalam khusyu' dulu, silakan belajar berpuasa ikhlas dulu.... sudah lengkap bagai... baru lah mencari guru untuk melengkapkan ilmu agama dan ilmu kebatinan seperti ini. baru lah " GUA RESPEK SAMA LU BRADER " hahahaha......


Pemahaman Juga penting.... faham di manakah jalan bathil dan di manakah jalan Haq yang suci???..... di dalam amal ibadah kita perlu suci dan bersih, jika kebanyakan ustaz dan US-Start pun boleh pincang bab bab suci,.... bab bersih semua tentu boleh kan?..bab suci???. kerana bab suci ini amat berat sekali.....

Suci hati

Suci Jiwa

Suci niat

Suci diri

Suci Dari sebarang dosa pada tika itu


Jika ada US-Start yang berzina..... HUL-Lamak Yang Berzina ...apatah kita orang biasa yang tiada ilmu agama yang kukuh di dada ?.....


Mampukah?...


Orang mistik agak sukar untuk berdepan dengan perempuan MANUSIA, kerana kebanyakan masa mereka banyak di habiskan dengan Zikir, suluk, masuk hutan , masuk gua...jumpa jin dan bunian...... Nampak macam selamat kan..... namun sebenarnya mereka ini lah lebih terdedah dengan Jin Betina, Gadis Bunian.......malah lebih cun dan Nyam Nyam dari gadis MANUSIA biasa ini.... godaannya cukup dasyat , dan ada kebanyakan ahli sufi ini gagal di dalam perjalanan mereka dan menjadi satu dosa pula ke atas diri mereka.,...


Itu Ahli Sufi tuan tuan..... jangan cakap US-START atau HUL-Lamak.....apatah kita .... sama sahaja iaitu manusia, jin dan bunian ini ialah Makhluk ciptaan Allah swt..... cuma tarafnya sahaja berbeza.....


Apatah lagi bagi yang baru nak belajar keilmuan mistik dan kebatinan ini....


Jika Kita lihat di Facebook.... ramai yang meniagakan ilmu sewenang wenangnya tanpa memikirkan risiko yang bakal orang awam hadapi.... mereka hanya mementingkan nafsu dan kesenangan...buktinya.mereka mempromosikan keilmuan dengan WANG RINGGIT.... megapa tidak IKHLASkan sahaja?..... mengapa perlu pakai WANG RINGGIT, mengapa tidak pakai benda lain?.... apa guna not $$$ tu untuk mereka?..... beralaskan alas an bahawa wang itu akan di dermakan kepada anak anak yatim... maka adakah benar pernyataan mereka?....


Keilmuan sebenar perlulah bersanat, beradab sopan dan respek... seperti orang lama lama amalkan, " kau nak ilmu, maka kau datang la cari aku ".... baru la Nampak kesungguhan nak belajar kau tu......".... mengapa dia cakap begitu?.......... mengapa?..... bukan nak menyusahkan...namun bila datangnya orang yang nak berguru, maka guru ini akan SCAN atau menilai seseorang ini adakah mampu atau tidak, dan cara scan mereka bukanlah menggunakan Jin namun melalui wajah, urat muka, tegang ke tak tegang, baran ke tak baran atau bagaimana, dan beberapa guideline sudah pun guru tetapkan bagi mengenali manusia mana yang menipu, baran, nak menguji atau menggunakan utk kepentingan diri.... melalui pengalaman mereka berhadapan dengan manusia...Itu baru lah betul betul.... Kepada yag gagal pula, jangan la marahkan guru... " aku datang jauh jauh nak belajar, dia gak suruh datang , alih alih buka tajuk lain, ni sah menipu ada ilmu walhal takde ilmu "...... bukan begitu.,... anda tak boleh marah, kerana seorang guru bukan kedekut ilmu, tapi di dalam hatinya PENUH KASIH DAN SAYANG sesama Makhluk.... dia tahu anda tak mampu membawa ilmu yang ada padanya dan dia juga yakin Ilmu itu hanya akan memberikan musibah kepada diri anda jika di amalkan..... Ahhhh, bagaimana boleh memberi musibah?.....


Jika anda seorang yang baran, anda amalkan pula ilmu harimau... maka baran anda tu akan bertambah tambah..... musibahnya kepada Keluarga, anak anak dan orang sekeliling anda dan terutamanya ANDA SENDIRI..... anda mungkin tidak faham kerana anda hanyalah orang biasa dan guru ini orangnya ialah LUAR BIASA...kerana itu lah dia digelar GURU....master in everything... and he know who u are...... so terimalah hakikat pada ketika itu " tahap anda masih belum sampai "...... didik diri di dalam sila solat, di dalam sila puasa, di dalam sila ibadah dan di dalam bersila Sabar.....Kemarahan anda ketika tidak mendapat ilmu tersebut itu pun sudah bukti bahawa anda TIDAK MAMPU memilikinya.


Di zaman sekarang.... moden sungguh... ada Facebook, ada skype, Ada Whatsup , viber dan segala gala....  Canggih begini pun sebenarnya belum cukup untuk seseorang belajar dan mengajarkan ilmu sebegini.... kerana khuatir kelak akan datang musibah dan musibah ini datangnya dari Allah untuk menyedarkan kepada yang belajar dan mengajar.... mengapa anda tidak menyedarinya....?...... khusyu 'mengira wang di bank ?... khusyuk berbelanja bagai orang kaya di mall mall besar dengan anak isteri hasil meniagakan ilmu...... jika yang belajar itu isim atau gila akibat ilmunya....maka anda memakan wang hasil menjual jiwa raga kepada iblis...walaupun keilmuannya dari ayat ayat suci.,... ingatlah sesungguhnya Iblis itu tidak takutkan apa apa pun kecuali takut kepada Allah Semata mata...maksudnya di sini.... Kepada Ayat Ayat Suci pun tidak dia gentarkan kerana iblis ini ialah HAFIZ QURAN , dia menghafal akan ayat ayat suci ini.... masakan ia takut?...


Semua yang ada di dunia dan diizinkan Allah itu ialah :
Nikmat dan dugaan .... di dalam nikmat itu ada dugaannya dan di dalam dugaan ada nikmatnya.... Oleh itu jika ingin mempelajari sesuatu.... beringat dan BER AWAS lah takut jika ia bisa mencalar dan merosakkan iman anda...


Kehidupan kita simple dan mudah sebenarnya..... lakukan amal , ibadah dan syariat Nabi... insyallah selamat dunia akhirat..... mengapa belajar tanpa memahaminya akan Hakikat diri, hakikat iman dan taqwa kepada Allah jika pandai mengeja, pandai membaca, pandai bercakap, pandai memandu.... maka memandulah mencari guru... apa di kira wang ringgit membayar minyak dan tol... besar sangat kah WANG anda berbandig dengan Ilmu Allah sedangkan WANG RINGGIT anda itu Allah yang bagi.... Dan ianya ialah WANG ALLAH untuk anda bagi sesuatu tujuan....


Maka Sahabat semua.... Jaga lah langkah anda dari mencalari iman masing masing kerana hal sekecil dunia ini...


* Tok sudah memesan di sini sebagai orang yang tahu serba sedikit, dan menegur mana yang perlu di tegur... maka bersaksikan semua orang di sini, lepas lah tanggung jawab Tok di dalam menegur hal hal bathil yang berlaku sekarang ...... lepas lah diri Tok kerana sudah menegur, jika mahu teruskan...maka sila teruskan. Namun tetap bukan jalan Tok at GB dan langsung tidak dipersetujui Tok Mat GB....


Tok Mat GB dengan Jalan Tok dan Kamu Kamu Dengan Jalan Kamu Seperti yang tersurat dan tersirat di dalam surat di bawah :




BISMILLAAHIR-RAHMAANIR-RAHIIM
1) QUL YAA AYYUHAL KAAFIRUUN

2) LAA A'BUDU MAA TA'BUDUUN

3) WA LAA ANTUM AABIDUUNA MAA A'BUD

4) WA LAA ANA AABIDUN MAA ABADTUM

5) WA LAA ANTUM ABIDUUNA MAA A'BUD

6) LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN

12 ulasan:

  1. terima kasih untuk teguran dan peringatan.

    BalasPadam
  2. terima kasih untuk teguran dan peringatan.

    BalasPadam
  3. tq tok . semoga dpt jd pedoman bwt umat manusia :)

    BalasPadam
  4. AssalaamualAikum wbt. Alhamdulillah, tazkirah yg sgt brnas dr tok mat buat renungan bersama. Sekadar menambah; syariat tanpa hakikat HAMPA, hakikat tanpa syariat BATAL, zahir bergabung batin=BARU LA PADU... Ye tok? Sesungguhnya kita Dari ALLAH, keberadaan kita Dengan ALLAH dan segala2nya Kerana ALLAH semata-mata. Terima kasih tmgb... Wabillaahi taufiq wal hidaayah wassalaamualaikum wbt...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillahirabbilalamin.Ini-lah rahmat dan hadayah yg dikurniakan pada insan yang sabar.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah semuanya telah jelas.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, Terima kasih Tok......

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tok, trm ksh ats artikelnya. Sekurg2nya mebri ksdarn bg dri sy dn jga shbt lain agar lbh memahmi.

    BalasPadam
  10. terima kasih untuk tazkirah ni tok...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN