Khamis, 6 Mac 2014

BUAT ANDA YANG TOK SAYANGI DAN CINTAI

KHUSUS BUAT :

1. Keluargaku di kampung halaman Perlis / Kedah
2. Bakal isteriku
3. Bakal keluargaku di Terengganu
4. +-8000 murid muridku di seluruh pelusuk negeri dan negara
5. Para sahabat handai
6. Kawan kawan blog
7. Yang pernah mengenaliku


Nukilan Tok Mat GB

"Setiap yang hidup pasti akan meninggalkan dunia"


Itulah Catatan terakhir allahyarham tokwan Tok Mat GB yang bernama Hj Saad B. samsu di dalam diarinya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dan ia diingati oleh semua anak cucunya sehinggalah ke hari ini.

Permusuhan, persengketaan, perebutan..... di dalam hayat kita sebagai seorang manusia yang berhak ke atas dunia dan kemewahan dunia... Apabila difikirkan dengan iman dan Taqwa... kita hanya akan tersenyum sendirian kerana menyedari ia hanyalah lakonan dunia yang seharusnya dipenuhi gelak tawa dan berkasih sayang serta mencintai di antara satu sama lain.

Tidak seronok dunia tanpa persengketaan dan permusuhan, tidak kita dapat mempelajari sesuatu nikmat iaitu bersyukur kepada Allah swt kerana di lahirkan sebagai manusia nyata, namun jangan lah berdendam kerana sifat dendam ini tidak membawa keberuntungan di dunia apatah di akhirat kelak.

Setiap manusia diberikan akal oleh Allah Swt , namun kesilapan sering berlaku di dalam urusan kita seharian dan kesilapan itu ialah kesempurnaan sebagai seorang manusia.

Apabila kesilapan ini difikirkan kembali... maka ia akan diperbetulkan dengan iman dan taqwa juga. Dari situlah kita mampu menjadi sebaik baik manusia dan di redhai oleh Allah Swt.

Setiap manusia yang lahir di atas muka bumi ini ada peranannya masing masing, antara nya ialah :

1. Peranan Kepada Allah
2. Peranan Kepada Agama
3. Peranan Kepada Diri
4. Peranan Kepada Keluarga
5. Peranan Kepada Sahabat dan kawan kawan
6. Peranan Kepada Masyarakat


Termasuk Tok Juga.... Dan apabila sampai masanya kelak, peranan peranan ini di penuhi, maka akan tibalah ajal menjemput untuk menemui pencipta kita yakni Allah swt dan mempersembahkan apakah amal di dalam peranan peranan kita sebagai mukmin dan mukminin.

Sama ada gagal atau berjaya, itu adalah bergantung kepada keyakinan, keikhlasan dan taqwa kita terhadapNYA.

Kita ibarat makhluk yang diutus oleh Allah swt untuk makhluk lain , samada sebagai pembantu, teman, pasangan, malah mungkin juga permusuhan yang membawa kepada kebaikan pada akhirnya.

Apa di kejar urusan dunia?....

Apa di kejar urusan nafsu?

Apa di kejar urusan kehendak?

Apa kita lupa, dari mana asal muasal kita sebagai makhluk Allah .?...

MATI !!!!
Mengapa perlu menipu diri bahawa di suatu saat, ketika datangnya ia kepada kita, sedikit pun kita tidak mampu menolaknya... apatah melarikan diri darinya....

Di manakah yang haq dan di manakah yang bathil ?
Di manakah Kebenaran dan di manakah Kepalsuan?....

Bukan urusan kita yang bathil.....
Bukan hal hal dunia ini bathil.....


Namun... di manakah kebathilan di dalam diri kita dan apakah kebathilan diri yang kita miliki?....

Jika ingin mencari kebathilan dunia.... tidak Allah jadikan Dunia ini untuk manusia.

Kebathilan tiada pada dunia... bermaksud apatah jauh sekali untuk akhirat, kerana kedua nya ini adalah wujud dan sudah kita tempuhi separuhnya yakni dunia..... menunggu akhirat sahaja.

Kebathilan ada di dalam diri kita, tersembunyi di dalam jiwa kita, di dalam sanubari kita.....

1. Keengkaran
2. Kesombongan
3. Keegoan
4. Ketakjuban diri
5. Obses


Di mana .... perlu di cari sendiri ...kerana setiap dari kita, berlainan kepalsuannya.... tidak sama....


Amalan kita juga tidak sama, tingkatan iman juga tidak sama, tingkatan keilmuan juga tidak sama, malah Kefahaman kita juga tidaklah sama.

Apakah peranan kita di atas muka bumi Allah ini?......

1. Kekayaan
2. Nafsu serakah
3. Keinginan

??????


Mengapa hal begini terjadi..........sedangkan kita mempunyai akal , Allah itu mengasihani kita lebih dari makhluk lainnya dan di keruniakan pula kita akan untuk berfikir... mengapa tidak kita gunakan ia?.......

TAQDIR

1. rezeki
2. Jodoh
3. Maut

Apabila datang ia, tidak mampu kita menolaknya.....

Bukankah Sudah Allah tentukan ?... mengapa perlu mengadu domba?... mengapa perlu mengeluh kesah?..... tidakkan ia adalah perasaan yang palsu ?....

Mengapa tidak mensyukurinya sebagai 1 jalan penyelesaian terbaik yang Allah turunkan bagi membantu kita.... Ya .... ia pasti bersebab....dan terkadang ia akan berlaku dengan sendirinya tanpa kita dapat menolak dan menyedarinya....

Terkadang Jodoh, Hal rezeki... terkadang ia datang tanpa kita mampu menolaknya....apatah urusan ajal....

Kerana itu 3 perkara ini :
- Rezeki
- Jodoh
- Ajal

Berada di dalam 1 keluarga iaitu yang kita namakan sebagai TAQDIR

***Demi Masa Sesungguhnya Manusia Itu di dalam Kerugian
Wallahualam bissawab

5 ulasan:

  1. Benar kata2 tok tu, trkadg kta trlalu taksub hal keduniaan sdgkan kematian semakin hari smakin dkat mjemput kta. Bringtla sblm ajal mjmput kta.

    Takziah buat kelurga tok wan. Smoga rohnya d cucuri rahmat. Amin Ya Rabbal Alamin

    Al-Fatihah

    BalasPadam
  2. Trma ksh Tok ats pskongsian ilmu....dn pringatan....

    BalasPadam
  3. Terima kasih tok atas nasihat tok dan al fatihah untuk tokwan tok hj saad b samsu amin a

    BalasPadam
  4. Assalam tok,otw balik singgah la kl tok boleh sembang teh tarik dah lama tak jumpa.

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN