Selasa, 10 September 2013

PENGUMUMAN



Assalamualaikum wbt dan salam hormat buat semua sahabat GB


Pada malam ini tiada barang akan di upload walaupun barang banyaaaaaaakkkk boleh di upload disebabkan pada malam ini ialah malam ritual Tok Mat GB.



Pada malam ini Tok Mat GB akan melakukan beberapa ritual antaranya :



- Menyiapkan Penangkal sihir bagi murid murid

- Wiridan amalan penarikan batu permata
- Solat Hajat untuk perniagaan, keluarga, murid murid, guru guru dan sahabat handai bagi kesejahteraan , perlindungan Allah swt dan kemakmuran dunia dan akhirat


Oleh demikian bagi yang mempunyai hajat khusus dan tidak berkemampuan melakukan solat hajat khusus, maka sila kan sms nama anda dan hajat anda , nama gelaran pun tak apa, asalkan ia beserta lokasi anda berada sekarang, tok tak perlukan nama binti mak atau ayah untuk solat hajat kerana Allah itu MAHA mengetahui akan rintihan hambaNYA.



Insyallah ia akan dilakukan pada malam ini juga dan khidmat ini adalah percuma, khidmat untuk permohonan kepada Allah Taala adalah percuma, DIA tidak pernah meminta sebarang ganjaran untuk mendengar rintihan dan permohonan HambaNYA, jadi malam ini adalah malam yang terlalu baik untuk melakukannya , Tok di sini hanya sebagai borangnya sahaja.



Insyallah , selalu terbaik buat anda dan Tok mendoakan kesejahteraan , perlindungan serta kemakmuran anda semua di sini.



Semoga di permudahkanNYA





Ya Allah, Dengarlah Rintihan rintihan Hati Kami

Dengarlah rintihan hati kami yang penuh keluh kesah
berikanlah keampunan kepada kami
yang tidak pernah lepas daripada melakukan
kejahatan,kesilapan dan dosa 
terimalah taubat kami ya allah..teguhkanlah iman kami
dan jadikanlah kami orang orang yang sentiasa bersyukur
dan bertaubat kepada mu

ya allah
jadikanlah disetiap penyesalan kami penawar
dan
penguat kepada iman dan jiwa kami 
agar selalu tabah dan sabar
ya rahman ..berikanlah kami iman yang teguh
kesihatan yang baik,rezeki dan kekayaan yang melimpah 
ilmu yang berguna serta kejayaan dan kemenangan 
ya allah hanya kepadamu tempat kami bergantung harap
kepadamu dan mengadu
janganlah ya allah engkau membiarkan kami sendirian 
dalam mengatur kehidupan kami
ya rahman,ya wadud ya qahar 
bimbinglah kami serta lindungilah kami agar kami bakal 
menjadi penghuni ahli ahli syurgamu
dengan penamat hidup yang terbaik 
dan jadikanlah kehidupan kami didunia ini dalam kehormatan
amin ya allah ..amin ya rabbal alamin.


* Sila Hantar Di SMS Biasa sahaja, mesej yang ringkas dan mudah Tok Faham, kerana... Demi Masa...manusia Itu di dalam kerugian



================================

Rintihan Doa Tok 

Ya Allah Yang Maha Mengasihani Dan Maha Menyayangi

Dengan nama Rasulmu Muhammad dan seluruh Rasul serta nabi Nabimu Ya Allah

Aku Bermohon supaya dilapangkan hati ku, di jauhkan ketamakan duniaku, ampunilah dosa dosaku dan seluruh keluargaku, sahabat handaiku, murid murid ku dan semua umat islam yang berada di jalanmu

Selamatkan lah mereka dari kezaliman Manusia manusia yang munafik, mungkar dan zalim Ya Allah, Selamatkan lah mereka dari Sihir dan perbuatan perbuatan kejam manusia yang Zalim Ya Allah. Aku merintih siang dan malam berdoa kepada Mu Ya Allah , di seluruh pekerjaan ku Ya Allah aku sentiasa mengingati dan merinduimu Ya Allah.

Binasakan lah manusia manusia yang bertindak zalim ke atas kami Ya Allah, Kau Binasakanlah Musuh musuh kami, musuh musuh Islam dan islam hanya pada nama Ya Allah, kukuhkan dan kuatkan semula perpaduan di kalangan kami yang berugama islam Ya Allah.

Ya Allah, aku merintih , hati ku pedih Ya Allah melihatkan Umat islam Se saudara kami di Syria di tindas , kami sedih Ya Allah melihatkan saudara kami di tindas Ya Allah, kami sedih melihat mereka di perlakukan umpama binatang dan umpama tiada nilai di muka bumi ini Ya Allah.

Ya Allah, engkau maha kudus, maha suci , tiada yang sekudus engkau melainkan diriMU sahaja, aku bermohon agar engkau pinjamkan walau sedikit kekuatan dan diserapkan ke dalam jiwa umat islam untuk bangun , bangun melangkah bagi menegakkan agamaMU yang suci ini

Ya Allah aku di sini , sendiri merintih ...aku sendiri di sini Ya Allah di uji.... Aku sendiri di sini Ya Allah di musuhi oleh manusia manusia yang pernah menjadi sahabatku , yang pernah aku bantui mereka dengan IzinMU Ya Allah, kini...mereka menjadi musuh musuhku dan menghantar sihir sihir fitnah ke atas murid murid yang aku sayangi Ya Allah. Aku memohon kepadaMU Ya Allah dengan sedikit kudrat ku yang kau berikan dan juga sedikit ilmu yang kau bekalkan , aku bermohon agar musuh musuh ini di binasakan walau apa pun jalanNYA yang engkau suka Ya Allah

Bertahun syariatMU  aku dan rakan rakan cuba tegakkan , namun ia tetap di halang, ia tetap di kekang dengan pelbagai cara oleh musuh musuh ku Ya Allah, mereka juga adalah musuh musuhMU apabila syariatMU cuba di halang , mereka juga adalah musuh Kekasih Mu Muhammad yang kami rindui selalu

Ya Allah, kau hamparkan kepada kami kasih sayangmu, kau hamparkan lah sebuah baldu kasih sayang MU untuk kami Umat Islam merasai kesyukuran ibarat kami berada di dalam pelukanMU Ya Allah

Walau kami di sini kelihatan Aman Ya Allah , walau kami belum lagi menerima nasib yang sama seperti saudara kami di Syria dan lain lain negara islamnya, Kami tetap berdoa dan merintih akan keselamatan kami dan kami sentiasa berdoa buat mereka saudara saudara kami yang ditindas agar engkau memberikan mereka suatu tempat yang baik di sana, kau berikanlah mereka ganjaran yang baik seperti mana yang engkau janjikan kepada kami umat Muhammad Ya Allah

Dan kami yakin akan janjiMU

Kami Yakin

39 ulasan:

  1. Alhamdulillah tok,
    Jazakallahu khairan kathira..

    BalasPadam
  2. Sms di buka sehingga jam 10.00pm malam ini , kerana selepas saat itu tok dah nak bermula.terima kaseh

    BalasPadam

  3. Ya Allah hanya engkau yg maha mengetahui
    apa yg nyata n tersembunyi
    Kau makbulkn lah doa guru ku
    sebagaimana Engkau makbulkn doa2 para kekasih mu
    Kau berikan lah dia kekuatan n permudahkn lah smue urusan nya...
    amin ya rabbal alamin...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.....

    Smsed tok mat....tq tok....:)

    BalasPadam
  5. ...aameen ya rabbal alamin. Saya mengharapkan kasih-sayang Mu, permudahkan segala urusan...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah terbaikkk.. tok. feeewwiit..!

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah dah sms tok.. semoga allah memberkati usaha guru ku.. & merahmati guru ku serta keseluruhan keluarganya hendaknya.. Amin ya rabbal a'lamin

    BalasPadam
  8. SMS send tok...lebih 1 mohon boleh :-)

    BalasPadam
  9. Ameen Ya Rabb.

    sms sent @ shahril bt.gajah

    BalasPadam
  10. alhamdulillah
    mekaseh tok
    moga tok diberkati dunia akhirat

    BalasPadam
  11. alhamdulillah...sms dah dihantar....terima kasih tok...syukur...

    BalasPadam
  12. salam tok alhamdulillah semoga Allah membalas jasa tok. sms dh sy hantar sblm jam 10

    BalasPadam
  13. Amin............semoga segala ape yg dihajati oleh kite semua termakbul doanya.....proud of TEAM GB.....

    BalasPadam
  14. amin ya Rabbal'alamin.....semoga Allh swt mndgr rntihan kta..dn mengabulkan doa kita..trima ksih tok mat

    BalasPadam
  15. Trlepas plak mlm baik....Allah...syangnye...tk tau bla plak...Tok nk buat.......

    BalasPadam
  16. Alhamdulillah berkat dan doa segala ilmu dan amalan diberkati.pada smua shabat2 yg nama tertinggal harapan kami.msukanlah segala keberkatan syafaat doa2 itu terhadap kami.kau maha mengetahui.Ya..ALLAH.

    BalasPadam
  17. Mekaseh pada Tok Mat..semoga team GB
    Ahli2nya Tok sekeluarga dilindungi Allah dan seterusnya dilimpahi kenikmatanDunia dan Akhirat Amin.


    BalasPadam
  18. Bile tok nk upload brg baru....xsaba nk tgu brg2 terbaek dr tok...

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN