Selasa, 17 September 2013

ITEM MINGGU INI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.....


Alhamdulillah selepas upload malam semalam, pada malam ini tiada item ingin di muat naik berikutan tok sejak petang tadi dan di jangka sehingga esok sibuk , banyak benda nak uruskan seperti esoknya nak kena hantar anak anak tok potong kuku depa di klinik veterinar, sementara anak sorang tu kena buat rawatan susualan akibat kemalangan, ia belum baik sepenuhnya. 

Ada 2 kes datang berubat dalam minggu senak ini juga , dan tok minta maa kerana tok hanya dapat pusatkan tumpuan kes gangguan di Felda Sibol sahaja, sementara dari Penggeli tu, bukan tak prihatin untuk membantu, cuma apa yang terlintas di hati tok semasa berhadapan dgn mereka membuatkan tok tawar hati untuk membantu...perubatan ni susah, kalau ada walau sikit perasaan tawar tu, memang berubat bagai nak rak pun tak jadi sebab tiada keikhlasan di hati samada bahagian perawat atau pesakit, terutama perawat lah iaitu tok sendiri.

Kepala pula asyik memikirkan hal hal anak anak musang tok tu, yang sekor tu lah sakitnya belum cukup kebah, nak jalan pun ngesot kaki, specialist binatang peliharaan tiada di Johor ni, apatah lagi bagi seekor ferret.

Dengan kusut mikirkan mereka dan kesibukan lainnya tak sempat tok nak ke tasek dalam sehari dua ini, maksudnya batu permata pun harapkan apa yang di canai melalui raw yang tok dapat seminggu dua lepas. Pembantu pula cuti. tu yang slow habis tu.

Ingat nak buat video tapi memikirkan rambut belum potong ( belum hansem ), jadi Tok buat secara penulisan lah ya.

Berkaitan dengan kem , alhamdulillah tok sudah menguruskan semuanya , cuma menunggu bilangan ahli yang bakal hadir, ( Nak bajet penginapan dan makan minum ), kawasan alhamdulillah bagus dan aman belaka. 

Itu saja kot ... hah.,. sebelum terlupa... Tok nak jual binatang pelihaaan Tok yang lain :

a) Iguana merah : RM 500 ( dah besar 2 kaki )
b) Chipmunk     : RM 250 Seekor ( Ada 3 ekor ) 
c) Camelion      : RM 500 ( Seekor beserta sangkar dan makanannya )

Bukan apa, tak larat nak membela dengan kesibukan, ni arnab beranak pulak 4 ekor.. kekadang chipmunk tu x sempat nak jenguk, kesian kat dorang. Kalau tiada sesiapa yang mahu, tok akan lepaskan semuanya di Gunung Berlumut ( Hutan ). Lagi lah kesian, kang di makan ular ke apa..... haish susah betul

======================

Insyallah esok lusa akan hadir barang dan item baru jika urusan ferret tok ni selesai, di harapkan dapat barang baru dan cantik juga... doakan lah 

16 ulasan:

  1. Baiklah tok...harap tok dpt selesaikn sume tugas tok yg perlu diselesaikn terlebih dahulu..sy sedia menanti item2 br yg akn diupload...sy doakn tok dpt item yg terbaik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah... tok kena bagitau sebab tok tahu ada sampai jam 3 menunggu item... kasihan, esok nak kerja... jadi tok bagi tau lah

      Padam
    2. Prihatin....cam dulu2 jugak....memang x longkah....:)

      Padam
  2. sabar tok...kesian tok mcm2 hal..sabar ye tok. tok senyum jugak saya baca tu "tok nak buat video'tpi rambut blm gunting'tak hensem" hehehe. Tok hensom sdh maaa~ aiyaaa..
    tok kalau buat video jgn lupa Pasal "PONIBASALWA, EPAL JIN. EPAL JIN SUPER"" teringinnn sangat nak tau benda tu.

    BalasPadam
  3. Salam Tok Mat. Nak tanya kalau saya berminat utk membeli seekor dua binatang2 tu, boleh ke gunakan khidmat poslaju? Atau harus guna cara lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk... pos laju... ?.. kalau dekat tok hantarkan lah ke rumah.

      Padam
    2. Hehe.. Saya plan dahulu dan saya akan call terus hp Tok Mat bila confirm nanti.

      Padam
  4. Tok iguana merah tu... mdah k nk mmbelanye?... Smoga Tok dpt brg bru... dn cantik.....

    BalasPadam
  5. tok bole letak gambar x tok? kalau berkenan nk beli ni..huhu

    BalasPadam
  6. chipmunk tok gmuk n comel...
    mmg kelas...

    BalasPadam
  7. salam tok, semoga urusan tok di permudahkan, kerana tok selalu mempermudahkan urusan orang lain dan saling membantu. tak sabar nak jumpa tok kat kem sabah ni. semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki untuk kita berdua tok.... ehhh untuk semua mcm lain ja berdua2 ni hehehe

    BalasPadam
  8. Salam tok...chameleon tok...leh dpt diskaun x guna kad pintar? hehehe

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN