Selasa, 21 Mei 2013

MAKLUMAN ISI KANDUNGAN KEM MISTIK TOK MAT GB



SEMUA PESERTA KEM PERLU BAWA 

BATANG MOP SORANG SEBATANG


KALAU BERANI LAGI SILA 

BAWA BATU GILING REMPAH

UNTUK BUAT HEMPOK ATAS BELAKANG ANDA DALAM KURSUS KEBATINAN

JIKA PAKAI BATANG MOP IA AGAK RINGAN SEDIKIT


---------------------------------------




Assalamualaikum wbt....


Ingat nak buat Video aja, tapi malam ni muka penat , nanti tak hansem buat video hahaah.. jadi tok buat penulisan sahaja, bagi jari bersenam.


Insyallah selepas ini Semua Kem Mistik TMGB akan di pendekkan menjadi 2 sesi sahaja di mana di dalam Kem kem yang lepas kita sudah mengenal pasti aktiviti aktiviti yang perlu di laksanakan di dalam  kem dan wajar kita persembahkan buat peserta.





KHUSUS BAGI BER-UGAMA ISLAM SAHAJA


Untuk Kem kem akan datang aktiviti yang akan di jalankan ialah :


Ilustrasi Sahaja



KEM SIRI 1

a) Soal Jawab

b) Pernafasan Maut

c) Terawangan

d) Belajar Scan Orang , tempat, kawasan, rumah jarak jauh & Jarak Dekat

e) Kunci Perubatan

f) Hakikat Mata Batin

g) Pengisian Bisa Tangan

h) Naik Kereta Alam Ghoib

i) Ilmu Alam Ghoib ( gerbang Ghoib, Penarikan Pusaka, keris, permata )

* Tiada Pertapaan bagi yang sudah ada keyakinan adanya Alam Ghoib 

YURAN KEM : RM 300/org
======================================

KEM SIRI 2

a) Jurusan Pernafasan Maut ( Jurus Kebatinan Lanjutan ) 

b) Pengujian Kebatinan Menggunakan Batu Giling @ Kayu Mop Lantai

c) Terawangan

d) Gerak 3 Guru Dan Fungsinya ( Perubatan , Jurus Kebatinan, Perubatan )

e)  Haq, Aura , Telepati Dan Ilmu Hakikat serta Praktikal

f) Pertapaan

g) Kursus Lesen kereta Alam Ghoib ( Lesen D Utk Jadi Driver )

h) Naik Kereta Alam Ghoib 

i) Sarana Mandat Dan Sanat Serta Pengijazahan Lengkap

* Di Kem ini Peserta perlu puasa Mutih dan hanya akan di berikan makan nasi sekepal dan air segelas.


YURAN KEM : RM 300/org

====================================

KEM SIRI KHAS 
( Mengawal Khodam & Hakikat Khodam )

a) Pengisian Barang ( keris , permata dan apa sahaja Kecuali Plastik )

b) Erti Khodam dan cara mengawal Khodam mengikut Cara yang dibenarkan di dalam islam

c) Pengertian sifat sifat Khodam

d) Mengawal dan memerintah Khodam

e) Praktikal mengawal dan menyuruh khodam ( kena bawak gambar atau bawa sesiapa sahaja yang semangatnya lemah , awal belajar kena pakai org yang lemah semangat, bila mahir insyallah mampu di suruh dan di tujukan kepada sesiapa Pun , Pelajar perlu iktikadkan bagi tujuan yang baik baik sahaja )

YURAN KEM KHAS : RM 250/org





Allah.... Kenapa Yuran naik Pulak Tok Mat GB?.....

Sebab Di dalam Yuran yang lama, ia tidak sedikit pun membantu Pengurus pengurus Kem Buat kerja, malah terkadang ia adalah negatif dan TMGB pula perlu keluarkan kos selebihnya termasuk membayar pengurus Kem, jadi dengan Yuran yang Baru ini, kita membuat lebih banyak pengisian Kebatinan bagi peserta.

Ia juga demi menggelakkan Spy spy yang datang dari perguruan luar , spy spy yang datang dari perguruan panglima *****, Perguruan *****, Perguruan ***** dan Individu individu yang sebenarnya hanya masuk nak seciput ilmu hanya utk bergelar GURU selepas Kem SIRI 1...... kemudian Murid ISIM, cari Tok minta penawar... Bukan Reka reka, sebab dah terjadi pun..... Jadi kantoi la.......


Yang Lepas lepas masuk kem cuma di ajarkan Pernafasan maut Sahaja, sedangkan di dalam Pernafasan Itu Ada Amalan dan jurusan Khusus yang boleh di uji dengan batu Giling rempah atau Kayu Mop Lantai @ Rotan. 

Ada yang datang cuma nak belajar Ilmu Tarik permata dan berniat dan Potong Line TMGB sendiri , walhal di dalam berguru paling penting NIAT kena jaga.... ini hal berguru MISTIK, buka Berguru Sekolah Menengah belajar sains, matematik atau sastera. Setiap ilmu ada Khodam yang menjaga, Dan Khodam Khodam ini tahu akan niat yang datang belajar.

Kerana itu TMGB tak kisah jika ada peserta kem 5 org ke berapa org ke, sampai tarikhnya , ia tetap On...kita Bukan pikir sangat berapa imbuhan , berapa RIBU kita dapat. Sebab kita nakkan murid yang berKUALITI Bukan BerKUANTITI 


Untuk Kem Mendatang, pengurus Kem Tak perlu Lah Ramai Ramai kerana Tok Akan bawa 2 Org Fasi ( kalau depa x kerja masa tu ) dan juga seorang pembantu Khas Tok yang Tok gajikan Bulanan Sebagai Pengawal Peribadi, jadi serba sedikit beliau boleh lah membantu hal urusan kem semasa perlaksanaan Di jalankan. 

Jadi Utk urusetia ni kena la bayar juga paling pun duit minyak Tol depa, yang Pengawal peribadi Tu takpa sebab Gaji Bulan bulan dia tetap jalan. 

Jika anda lihat Pengisian dan aktiviti kita yang terbaru di atas pun , ianya adalah lain dari sebelum ini.


Bagi Peserta kem Terdahulu, KEM SIRI 3 tetap akan di jalankan Pada Bayaran Yang Dipersetujui dan akan di berikan pengisian pengisian yang disenaraikan di dalam SIRI KEM terbaru di atas, usah khuatir lah.

Bagi Kem yang akan Di jalankan Sedikit masa ini, disebabkan anda dah buat Bayaran ( YURAN LAMA ), maka ia tetap akan di jalankan.... seperti kem En Nizam, Tuan Dato , Tuan Mashadi ( Sg ) dan Tuan Mazlie ( KK ), tetap bayaran lama lah sebab kita berjanji dah lagu tu.

Untuk Kem siri akan datang sahaja, Bayaran Yuran Baru akan di kuat kuasakan dengan Pengisian Di atas.


Sebarang Pertanyaan, Sila Tanya TMGB Terus Ok : 017-8259540


KELAYAKAN PESERTA KEM


Islam

Waras

Bukan Yang Tiada Akidah

Bukan Yang terlalu Over dalam Bidang Ghoib

Bukan Spy

Bukan Gila Pangkat dan Kuasa

Mempunyai Pekerti Yang Baik

Hormat Menghormati dan Beradab Susila

Sedia Menerima Dan Tidak mempersoal

Minta Peserta Serius

Link KMTMGB Berlumut :
 http://geligabunian.blogspot.com/2013/04/kem-mistik-tmgb-siri-1-ambilan-5.html




-------------------------------------------------------------

SEMUA PESERTA KEM PERLU BAWA 

BATANG MOP SORANG SEBATANG



KALAU BERANI LAGI SILA 

BAWA BATU GILING REMPAH

UNTUK BUAT HEMPOK ATAS BELAKANG ANDA DALAM KURSUS KEBATINAN

JIKA PAKAI BATANG MOP IA AGAK RINGAN SEDIKIT

56 ulasan:

  1. Balasan
    1. Best atau tak yang menerima separuh dri pengisian ni ialah peserta kem di berlumut tempoh hari... tanya depa lagu mana.

      Insyallah...kita fixkan 3 siri kem ke dalam 2 siri sahaja.. mmg padat lah..

      Jadi time rehat yang ada jangan la dok berbual, gunakan sepenuhnya time rehat kita bagi

      Padam
    2. KEM SIRI 3 nanti bagi peserta lama, kita akan kumpulkan dala bebrapa kumpulan semasa p.maut.

      Yang kuarga rimau, dok dalam group rimau

      Yang kuarga Silat dok dalam group silat

      Yang kuarga Menari dok dalam Group menari

      Yang dalam kuarga zikir dok dalam group zikir.....



      Kita Tegok jadi lagu mana.....hak mana keje dri Jab Ugama negeri, silakan datang... lihat bagaimana tenaga Haq diri dalam badan yang sudah ada sejak lahir di aktifkan tanpa sebarang amalan pengisian seperti sebelum sebelum ini di era kebatinan Melayu.....

      Dalam amalan kita bukan x da yang kena buat amalan, ada... tapi pengaktifan ini tak perlu amalan pun, tok tak sentuh, tak tiup tak jeling anda pun ... cuma ajarkan bagaimana cara mengaktifkan

      Padam
    3. Padat dn berisi...agak2 bila kem ni Tok ...? Bleh set time ni....

      Padam
    4. kat berlumut apa yg tok ajar lebih bernilai dari RM250 tu.. Pengalaman yang tak bole dapat dari mana2 guru pada pendapat saya.. Tok tak kedekut ilmu.. Cuma semangat nak kena kuat je.. Kalau kuat semangat mcm2 tok leh ajar and kongsikan.. and paling penting, PERCAYA akan kewujudan "diorg".. hehe.. den dah lalu.. Kenderaan Ghaib terbaikkkkkk...

      Padam
    5. btol kata tn ezad...cara penyampaian yg bersahaja, mudah faham n xada halangan utk bertanya...tempat berehat yg selesa...makanan marvelous...pengalaman yg berharga...jgn percaya apa yg sy kata...alami sendiri n insyallah anda akan lebih dr berpuas hati...insyallah...

      Padam
    6. Sampai dah takda soalan nak tanya.. sume soalan tok boleh jawab kan abg kr33ps..huhu..

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    8. Insyallah kalau diizinkan...nak tau brapa h/b sbb awal 2 apply ALeave..

      Padam
    9. tn imran kena la ikut blog tok klu nk tau bila....klu dgn tok...insyallah tn akan berpuas hati...
      mcm kem kami...kami dh xtau nk tanya apa...tp tok xberhenti d situ shj...tok ttp kongsikn tanpa kami minta...

      Padam
    10. BIla nih tok dan buat kat mane???

      Padam
    11. Kena rasa kenderaan ghoib tok tu..tu yg paling best.. BMW and MERC pun kalah oooo ngan kenderaan ghoib tok tu ehehe

      Padam
    12. aah...pasti kena bisik2 sikit...huhuhu...
      terbaeeek...

      Padam
    13. Ejat xmau jd driver ke. Hahaha. Ritu da dpt 'bisikan dr penumpang' kan.. Hihihi

      Padam
    14. Insyallah akan sy sertai...dpt sy menambahkan, merasai ..ilmu dan pengalaman dlm diri sy yg masih kosong lagi ni..dan mengukuhkan ikatan keluarga GB...

      Padam
    15. hahaha tobat dah nad.. driver tanak, penumpang pun tanakkk.. kalau dtg pun nak tlg2 tok je sekadar termampu and tambah kenalan..

      Padam
  2. group kluarga berenang xde pn tok..?hehehe..nk jgk join..tgh smgt ni...tgok pengisian pn dh xsbar nk join..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berenang?... adew... tuan jangan risau punya hahaha

      Padam
    2. sbb kt ats tu xde pn group berenang..bkn pe..tkut xdpt join je..nk sesgt join ni.....semgt tgh bkobar2 ktakan...hehehe

      Padam
  3. alhamdulillah...insyallah kita sama2 memartabatkn keilmuan yg ada agar todak hilang di telan zaman...
    terima kasih tok krn bersungguh2 berusaha membangkitkn keilmuan....0

    BalasPadam
  4. Insya Allah tok, tolong jua kami2 yg masih terkandas di tahap 2/3 pernafasan maut...kesian kami x dpt 'rasa' walaupun maklum belum rezeki kami lagi...juga bab terawangan...rasanya Tok sedia maklum akan feedback murid2 yg lepas....tolong bantu kami2 ini mencapai gred yg Tok mahukan....insya Allah ramai yg IKHLAS menyertai kem tok sbb ilmu Allah ni luas...byk cabangnya....Bantu kami yea tok n sahabat2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Join utk kem yg akn dtg tn. InsyaAllah kami murid2 yg da lepas bole bantu. InsyaAllah.

      Padam
    2. Tok, bagaimana utk sahabat2 yg bukan Islam tapi berminat sertai?

      Padam
    3. Alhamdulillah Puan Nadeeya dan para sahabat serta Tok yg sudi membimbing...Buat Tok, terima kasih daun keladi...hehehe

      Padam
    4. Sekadar membantu dan menambah pgalaman sendiri tn. Apa yg kami bantu ianya sperti mgulangkaji. Tak rugi tolong tok guru. Sbb pgalaman bkn bole dijual beli. Hihi

      Padam
    5. Kem yag akan di anjurkan bermula Sabah ni akan mengikut silibus baru di atas.

      Cuma yang dah bayar yuran utk kem Gabai, Sabah dan jerai ni kan masih bayaran Lama, takpa kita kekalkan, nanti kem 2 baru masuk bayaran Yuran baru. termasuk kem siri 1 akan datang termasuk juga yuran baru.

      Utk semua pengisian di atas, minta maaf lah sebab yang bukan islam x boleh mengikutinya sebab semuanya memerlukan bacaan Ayat Suci Al-Quran.

      Padam
  5. Balasan
    1. Terbaekkk...tn.osman xbrmnt ka kikiki...

      Padam
    2. tuan osman, ke 2 nanti bawak batu giling saiz XXL tau tuan... giling biasa x boleh ....

      Padam
  6. Terbaik lah tok,satu penjelasan yg cukup mantap..

    p sekolah pun ada jadual belajar...kena follow ler hehehe...x leh la p sekolah belajar bab matematik jer...benda lain pun kena gak...

    dalam satu kelas ada 30 org murid,tak semua jadi doktor,ader gak jadi guru,jadi pak guard...tak kan salah guru kot...hehehe

    apapun bila berguru ni kena redha dan ikhlas menerima apa yg guru sampaikan...baru berkat ilmu tu..cowy tok layan mencacao lak..hehehe

    la ni dh mudah...dulu nk berguru dgn guru 2 yg arif dan mahir ni cukup susah...silap silap berbulan ulang alik baru guru nak terima,psl nk tengok kesungguhan murid sendiri..yg tahan akan berjaya lah..insyaallah..

    bila tengok kesungguhan tok utk menyebar ilmu yg bermanfaat...sayu hati...mudah mudahan allah swt sajer yg dapat membalasnyer...ni bukan nk bodek/ampu...tp ikut pengalaman saya la dlm menuntut ilmu...

    ingat time berguru dulu dok ulang alik p ghumah guru yg dok cheruk kampung thn 1990...dh tengah malam jauh plak tu,tekojut pokok pisang melambai..ku sangkakan pocong...hehehe teghojun dgn motor sekali dgn kawan yg dok blakang..beghenang cam ikan dugong dlm bendang..laghiiiii hahaha.

    tp alhamdulillah pengalaman tu,berbaloi bila difikirkan..sahabat pun sempat wakil negeri,wakil negara thn 1994.time final bertembung plak dgn sahabat seguru sendiri...walaupun kalah di tangan rakan seguru...kita redha...x berkecil hati malah lebih kuat berusaha kaji kenapa kalah...sedangkan teknik dan guru yg sama.

    mudah mudahan peluang yg ada di ambil dan digunakan sepenuhnya...apapun tok,terbaik..perjuangan yg masih belum selesai..terus tetap terus..

    ps#..gambor ilustrasi tu cam kenal jerr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pkongsian tn. sgt2 bmakna kata2 ini. murid dlu bgaimna usaha nya. murid skrg bgaimna plak kan. kesabaran membina sesuatu yg kukuh. Jika kita dlm golongan yg berfikir.

      Sy puji kesungguhan tn dalam bguru. bersabar,istiqomah dan tidak bnyk kerenah dlm mencapai sesuatu.

      "Allah s.w.t dah tentukan pjalanan hidup ssorg. Jika kite terlalu bkehendak, mmg sukar utk dpt. Tapi jika bsederhana, bsyukur dan terima apa sj. Pasti akan dpt lebih dr itu. InsyaAllah"

      Moga dapat sy jdkan pgalaman tuan sebagai contoh. Alhamdulillah. :)

      Padam
    2. susah skrg nak mencari yang benar benar nak belajar. banyak hanya ingin tahu sahaja... dok ingin tahu situ lah sampai bila bila.

      Then bila jadi apa apa darurat baru nak belajar, mana sempat lagi masa tu....

      Padam
    3. Saya suka ayot tokMat ni.. :

      "dok ingin tahu situlah..sampai bila2.."

      ~ menarik.! perlukan keyakinan dan semnagat yg tinggi ya TokMat..

      Padam
  7. Terbaik tok!!!!! Yeayyy!!!!!! Bila nak pi nih........ hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuan p tak kem sabah...tok esok p sabah dah....

      Hah..satu lagi... ada juga yang tak tahu menahu hal kem, dia ingat esok tok p sabah dia ingat tok p melancong..adeh adesh..sabau je la.... hahahah

      Padam
  8. INFO
    KEM MISTIK 1(UTARA)
    GUNUNG JERAI,KEDAH bkn pahang nuhh
    tarikh:14-16 jun 2013
    fidyah:rm250/org(ni bincang ngan tok)
    acc:MYGEMSTONE
    paid:available to 12.6.13

    info:
    megat nizam
    0188732844

    BalasPadam
    Balasan
    1. kem ni masih pakai yuran lama... utg la sapa masuk kem ni , bayaran masih lama, kalau x masuk tghen masuk kem akan datang... kena bayar lebih sikit na

      Padam
    2. alhamdulillah...
      tok minta tolong jelas yg KEM SIRI KHAS..SYARATNYER,MASANYER...dan yg penting penting lah..berapa hari...senang nk explain...hehehe

      Padam
    3. Utk kem siri khas adalah bagi org org yang selama ini selalu dapat mimpi,alamat atau petanda. Dan org yg selalu nampakmbayang bayang, boleh berkomunikasi dgn org halus...di alu alu,an, jadi pembelajarN lbh mudah, jika x nanti kita kena buat kem siri khas 2 pulak.

      Padam
  9. Balasan
    1. bini dlm pantang tok...susah nk gerak g mna2..erm..sy mmg nk g sgt2..modai dh ada..masa ja n keadaan xmngizinkn..sy cuba kecek org umah sdaya upaya nih..huhu

      Padam
    2. Takpa, berapa bulan aje pantang, lepas ni ada lagi tuan, usah risau ya

      Padam
    3. insyaaallah tok..mudah2an tok..rugi sy xdpt nk join lg..arap2 ada la rezeki sy nk blajar ilmu ni..

      Padam
  10. Tumpang sekaki,

    Kem Air Terjun Sungai Gabai 1/2, tarikh 7, 8 & 9 Jun 2013, masih pakai yuran lama RM250. Ada lagi ka sapa-sapa yang nak join??

    daftar di http://jelajahmistik.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kepada yang telah mendaftar dan telah membuat bayaran.... ramai jugak neh...

      Padam
    2. Aah.lepas ni masuk yuran baru dah... Cepat cepat

      Padam
  11. tok mat, bila nak buat kem kat sarawak plak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ..mintak mintak boleh lh buat kat area kelantan dan terengganu nie,,,lepas raya pun ok juga tue.....

      Padam
  12. ya ...setuju dengan saudara khai bila lagi nak jejak kaki ke tanah tumpah darah cik siti ni..... kami dah lama dok menanti

    BalasPadam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN