Ahad, 13 Januari 2013

KERIS RAJA BALI
































Dan berpuluh lagi Gambar Boleh di-inspirasikan Melalui sebilah keris ini..... Alhamdulillah........

Keris Raja Bali Ini Adalah Milikan Perguruan Tok Di Bintulu. Sudah banyak Guru yang ingin melakukan kerjasama melalui keris ini, namun di halang oleh Guru Kami di sana. Amanah Tetap amanah.

Keris ini ingin dimaharkan Sebanyak RM 25000, Namun ia lebih kepada barang kesayangan perguruan kami di mana ia menjadi simbol keteguhan Kumpulan Perguruan kami selama Belasan Tahun ini. 

Keris ini sudah berdiri selama lebih 4 tahun di dalam Akuarium Kaca di Sarawak tanpa sebarang alas, sendal atau pelapik. ia Berdiri Tunggal, Walau banyak permintaan membelinya untuk menarik wang, pihak kami tetap menjaga mutu dan kualiti keris Raja Bali ini.

Ia Di tarik oleh guru kami satu ketika dahulu dan tidak diketahui akan sejarah asal usulnya sehingga diberitahu oleh seorang peminat keris dari Brunei. Keris ini dipunyai oleh seorang Raja dan ia diciptakan untuk menembusi baju besi askar belanda, Keris ini digunakan oleh sang Rajanya sendiri di dalam medang perang. Itu apa yang kami tahu, belum termasuk sejarah di dalam buku buku berkaitannya lagi tuan tuan..

Memiliki keris ini... bagi diri Tok walau sebagai penyimpan Amanah... amat dibanggakan dan Tok bersyukur dapat menyimpannya walau cuma Sebagai Pemegang amanah sahaja. Alhamdulillah.

Sila Bandingkan Keris RAJA BALI Dan Keris TOK BALI Di Muka sebelah. Apakah perbezaannya ?

Keris Bali ini mempunyai Minyak Khasnya , namun Jika minyak khasnya tiada dalam Stok, ia masih boleh digunakan minyak minyak yang lain dan sesuai.

Minyak Khasnya kini ada dalam simpanan Tok.... Mak oiii.... harum sungguh.... 

37 ulasan:

  1. Rasa getaran aura keris raja bali. Terasa ada sesuatu menarik minat sy terhadap keris nie. Wallahualam bissawab. Kalau saya tokey balak dh fast grab dh. Huhu.

    BalasPadam
  2. adekah gambar terakhir keris nie seperti telah tertangkap gambar seorang tua berjanggut.. hmm.. siapa gerangan milik wajah ituu? huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol sy pon perasan jugak. Panjang jugak janggut. Mcm tgh marah je pown ada. Huhu.

      Padam
    2. pamornya saja... bayang dalam bayangan... rezeki tuan melihatnya

      Padam
    3. tq tok.. nnti bawak sekali stok cam kem lepas bole borong brg kt ledang lak..

      Padam
  3. terserlah keindahan sebilah keris...
    xtau nk ckp camne...lembut je nmpk pamor...
    pd saya...di tempa dengan penuh kasih sayang...

    BalasPadam
  4. Bis,bismi,bismillah..cantik sungguh keris..Ada rezeki,kita bertemu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika tuan tuan perhatikan betul matanya... besinya dan urat halusnya... sudah tahu ia amat jauh beza dgn keris yang biasa kita lihat sebelum ini.... dapat keris TOK BALI pun dah ok tuan.... besinya kelas no 2 dari RAJA BALI ini, tapi boleh rodok baju besi belanda juga tuan..keris biasa takleh, mau mau rodok, mata terlipat balik makan tuan ... tiap keris yang diciptakan ada tujuan dan maksud...

      Padam
  5. Insha Allah jika tanah saya Jadi di beli orang sya grap Keris ini .Amin mudah2an makbul Ada jodoh dgn saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Sy doakan utk tuan supaya berjaya pembelian tanah tu.

      Padam
  6. tak mampu nak ucap apa-apa... first time tengok yang benar-benar bermutu. Den penah tengok pedang yang digunakan masa belanda dulu, den rasa keris ni jauh lebih lama lagi sebelum belanda... mungkin majapahit I.

    cuma rasa sian kat tokmat... terlalu banyak tugas sampai menggangu kesihatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpa tuan, tok makiin sembuh jika terus buat kerja dengan sedikit rehat dan ubat... hehee

      Padam
  7. As-salam, sungguh tak terkata. Sdng kemampuan sedikit cuma, memilikimu & mengenalimu nyata hanya kerana Allah. Melihatmu, bersyukur sudah, sedang tangan mengapai belum sampai hajatnya, kerana Allah menentukan segala.InsyaAllah...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Alhamdulillah, dapat sharenya pun dah ok tuan



      ITEM ESOK DAH KOMPOM MASUK MULAI JAM 1200PM.

      ITEM AKAN AUTO UPLOAD SEHINGGA JAM 1.00PM

      SAJA TEST SCHEDULE UPLOAD HEHEHE...

      Jadi tok sah upload skrg, dan kmdn bgtau " item hanya boleh lock grab sekian jam ".... ada auto rupanya...

      Ni kali baru tau

      Padam
  9. Bismillah tok, nampak bisanyer & keserlahan pamornyer bisa mengancam jiwa...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya tuan... tu belum depan mata lagi hehehe

      Padam
    2. Teringat blk tok ms buat assingment videography ttg warisan keris melayu, dpt jumpe collecter2 keris pusaka, pmegang amanah & pandai besi pakcik abu mazen org k.kngsar yg buat keris pjg ms hishamuddin julang d pwtc dlu...

      Padam
    3. erm, tuan ada kenal tak tukang yang mahir buat satrung... tok nak buat sarung cantik dan sesuai bagi keri RAJA BALI ni tuan

      Padam
    4. insyallah kita boleh tanya pakcik mazen tuh sbb pengalaman dia dlm pembuatan keris turun temurun dari datuknyer malah kerabat Prk pun buat tempahan dengan dia tok, bengkel dia terletak di blkng Istana Bkt Chandan K.Kangsar tuh, kalo tok turun kr Prk insyallah sy boleh bwkan kita deal dgn dia tok...

      Padam
  10. CERITA DONGENG TOK MAT DAH BERSAMBUNG :

    http://tokmatlife.blogspot.com/2013/01/jatuhnya-kerajaan-ledang-dan-bangunnya.html

    "NOVEL ALAM MISTIK"

    BalasPadam
  11. kalau tak silap, ni keris tempur/senjata utama/pertama guna besi tarung dan pamor nya di panggil kuca (dalam dalam bahasa kelate)/pamor yang tidak tersusun atau di rancang

    BalasPadam
  12. ni lah dia 3 unsur bahan yang disatukan/disedagingkan kayu,batu dan besi yang jelas nyata. tak termasuk mistiknya,rahsianya,usianya ni dikaitkan pengalaman atau jasanya keris ni terhadap tuan atau pemiliknya yang tidak pernah gagal embenting tuan dari disentuh oleh senjata musuh dan tugas sekaratul maut....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan, bagi ahli ilmu perkerisan dlm persilatan kebatinan, sebenarnya ada 5 unsur bukan 3.. Tanah, besi, air, api, angin. Sama dgn unsur dlm kejadian manusia. Wallahua'lam

      Padam
    2. salam kyirul, betul. itu unsur perbuat keris 5 unsur diperlukan untuk membentuk atau menjadikan bilah keris. 3 unsur yg saya maksudkan ialah sebilah keris yg lengkap..selalu keris dihias perak atau emas tapi tidak batu-batu permata

      Padam
  13. Salam Tok Mat. Masyaallah. Keris ni berada dlm keris tersendiri. Kesenian pamor dan buatannya amat halus dan ekstrim. Subhanallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan aza..bagus gandingkan RAJA BALI ni dengan TOK BALI Tuan Tu tuan .... org kata baru sempurna..berpasangan ... hehe

      Tapi memang yang ni lawa sungguh

      Padam
  14. Salamualaikum, saya berminat untuk memiliki keris raja bali ini, apakah ianya masih ada?

    BalasPadam
  15. Salamualaikum, saya berminat untuk memiliki keris raja bali ini, apakah ianya masih ada?

    BalasPadam
  16. Salamualaikum Tok Mat,
    Saya dah cuba call tok, tapi tok tak angkat mungkin tok sibuk, Saya baru hari ini melihat blog tok ni, alhamdullah saya sangat berminat pada keris raja bali ni. Harga nya tak menjadi masalah cuma saya ingin penerangan yng lebih lanjut mengenai keris itu. Harap dapat maklum balas dari tok. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum tuan m azmi..Keris raja bali Insya Allah akan dimaharkan dlm masa yang terdekat di blog http://senjatamelayuasia.blogspot.com/
      harap tuan dapat berhubung dengan saya amir 01139887846 atau tok mat sendiri 01121709939. Terima kasih.

      Padam
  17. salam, tok mat. berapa mahar keris raja bali ni..maklumkan kpd saya jika masih lam simpanan tok..mekasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum. Tuan Wan Sulaiman. Keris Raja Bali ni ingin dimaharkan Rm25 000. Buat masa ni masih dalam simpanan beliau dan dalam masa terdekat akan dimaharkan di blog http://senjatamelayuasia.blogspot.com/
      harap tuan dapat berhubung dengan saya amir 01139887846 atau tok mat 01121709939. terima kasih.

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN