Khamis, 1 November 2012

SISTEM LOCK UNLOCK

PENCERAHAN TOK MAT

* Salinan ulasan 




Ini ialah Pencerahan dari Tok Mat berkaitan adegan lock Unlock, Dulu sebelum ada adegan Lock dan kemudian Unlock , memang tok bagi lock dan lock itu tetap di pegang sebagai satu janji, dalam masa sesatu item di lock tu oleh seseorang , ada juga insan lain yang mengkehendaki item tersebut. Malah ada Individu terbabit hanya " Menyinggah " dan berminat ingin memiliki namun bila lihat sudah lock, maka penyinggahan itu hanya sementara di blog ini.. Ada yang kecewa bila memujuk tok untuk diberikan item berkenaan namun tok tolak dengan alasan sudah di lock, namun apabila terlalu banyak adegan lock meng-lock ini berlaku ( malah ada sebenarnya cust yang mampu menebus terus, namun entah mengapa masih nak lock seolah olah aksi lock itu seperti permainan, dan permainan itu memainkan tok di sini apabila item item ( kebanyakan ) yang mereka lock, tetiba mereka unlock , tok faham anda juga ada masalah kewangan, namun benar juga apa kata tuan aza, anda tahu bajet anda dan kewangan anda, jadi jika inginkan item jangan lah mengikut perasaan yang akhirnya menimbulkan huru hara...hak lepas tu lepas la, tok tak kisah pun sebab item anda unlock tu tok ada pembeli istimewa yang menunggu sahaja anda unlock ,,memang terus dia sambar, mahar tetap sama, tidak semestinya bila anda unlock tok akan melelong item tersebut dgn mahar rendah. Macam tok kata lah, tok bukan gila duit, amanah anda tetap tok pegang sebagai amanah, namun tok juga peniaga dan hanya ini tempat tok mencari makan barang sesuap nasik suami isteri. 



Selepas terjadi tragedi unlock atas item lock, maka tok terus kuat kuasakan bahawa barang siapa yang lock, dia boleh lock.... namun dalam masa yang sama jika ada yang quick grab, maksudnya minat dan terus transfer, maka tok dahulukan orang tersebut sebab ketakutan tragedi di atas lah. 

Jadi jika tindakan tok ini mengundang kemarahan kepada individu yang lock tu, tok minta maaf lah, dan jangan berkecil hati ya. 

Untuk cadangan utz itu, insyallah tok boleh terima, kita try buat dulu, tapi bersyarat, individu yang nak lock perlu meninggalkan : 



1. Nama ( contoh : Azrin Kajang @ Ijam ,Pekan )

2. Tarikh Lock ( Tempoh bertenang cuma seminggu, apabila pembayaran sudah di buat, anda perlu ( WAJIB ) klik "balas " di ulasan sms anda bahawa anda sudah melakukan pembayaran beserta ref number yang bank bagi, Jadi individu lain tidak akan keliru samada sudah tertebus atau tidak, namun jika selepas tempoh itu, jika tiada sebarang ulasan pembayaran dari anda, item anda lock di kira terbatal dan pelanggan lain berhak memilikinya )



3) 1 Item hanya boleh di lock oleh 1 Individu , jika locknya terbatal, item tersebut tidak boleh di lock pelanggan lain melainkan QUICK GRAB sahaja

( jika tidak, tok yang menanggung lambakan stok di rumah nanti, kalau lepas 1 , lepas 1 dan lepas 1 yang asyik lock , item tu.....1 tahun pun takkan lepas keluar dari rumah tok )



4) Lock dalam Hp tidak dibenarkan, sejauh mana pun, dalam hutan atau mana mana sahaja, tok tak boleh tolong lockkan untuk anda, melainkan anda meminta bantuan rakan rakan di sini, saudara mara, adik, kakak, mak atau ayah boleh tolong lockkan ( mesti meletakkan Nama anda seperti di atas ), bukan apa, kadang kadang tok juga di luar bukan di depan lappy, dan paling mustahak... apabila ada seorang yang mula dulu, nanti semua nak buat... tok juga kelam kalibut di buatnya nanti hahaha

Baik lah itu sahaja yang tok minta, pasal tasbeh usah lah risau, sebab dengan adanya gabungan tenaga Tok dan Tok Ramal, insyallah kami boleh memohon tasbeh volcano, namun bukan aslinya dari 21 utas ini, ianya tasbeh volcano juga, namun bukan dari pegangan dan simpanan waliytullah ribuan tahun alam bunian sana.... Bukan negara thai dan china sahaja boleh meniru barang, mereka ( bunian ) lebih canggih 300 tahun dari kita, walau tak asli dari waliyullah, mahar tetap sama. Aura sama tapi kurang sikitlah, alah........ anda juga boleh menambahkan zikrullah padanya, khalifah itu lebih berkuasa dari makhluk Ghoib walaupun mereka dari kalangan wali... kita ini khalifah yang menguasai antara langit dan bumi, itu hak yang Allah berikan kepada kita sebagai khalifah, di mana kita boleh memerintah Manusia, Jin, makhluk ghoib, binatang dan segala galanya dengan izin Allah swt. 

Apa pun terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua pelanggan lama dan baru yang tetap setia dengan blog tok, kesetiaan anda amat tok hargai, tanpa anda siapa lah tok sekarang yang cuma seorang pengamal mistik yang hanya pandai bekerja depan laptop... nak buat kerja berat tak boleh, manja la katakan. 

Insyallah selepas ini, terdapat pelbagai item RARE , cantik dan tuan tuan / puan /cik takkan dapat dari mana mana tempat pun di dalam perniagaan blog , insyallah... item item yang kami berdua ( tok & Tok ramal olahkan, mahar terbaik , kualiti terbaik, perkhidmatan terbaik tetap untuk pelanggan Tok Mat & Group.

Tunggu Saja...... Anda leka, anda boleh tengok saja la org lock atau quick grab


ULASAN

- Tiap Lock hanya boleh di simpan selama seminggu sahaja

- 1 Item hanya boleh di lock sekali sahaja , pelanggan seterusnya hanya dibenarkan Quick Grab Tanpa Lock

- Lock Dalam hp tidak dibenarkan
( dalam blog ini , anda boleh klik mana mana id rakan dan hantar mesej kepadanya untuk menjalin hubungan silaturahim, di sini anda boleh meminta pertolongannya untuk lockkan bagi pihak anda jika anda out station )

- Setiap Lock, Perlu meletakkan nama anda :

H.Azhar, Tapah @ Hilmy, pekan @ Hilmy, Melaka @ Aza, Bangsar ( sebagai contoh sahaja )

Mesti letak nama dan Kedudukan anda, sebab dalam hp tok inilah nama nama anda .

- Tasbeh Volcano boleh dikeluarkan namun bukan asli dari tangan waliyullah Alam sebelah

- Item item rare akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh Tok dan Tok Ramal, kurang salah seorang dari kami, item item ini tidak dapat dikeluarkan , sebab tiap kami ada kunci yang berbeza namun tujuan yang sama.

25 ulasan:

  1. Pencerahan terbaik dari tok..semoga hubungan kita dalam keluarga GB akan lebih akrab..moga perniagaan tok lebih maju.....ameen...

    BalasPadam
  2. Terbaek tok...kepada kita smua(pelanggan2 setia tok) dharap tdak lgi berlaku tragedi haru biru(lock/unlock)..
    Faizol kulim....

    BalasPadam
  3. salam... tok, "Tasbeh Volcano boleh dikeluarkan namun bukan asli dari tangan waliyullah Alam sebelah" maksudnya bkn dari alam bunian? khasiat dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari alam sana, tapi bukan pernah digunakan oleh para waliyullah... kalau alam kita, tok nak jual berapa tasbeh tu tuan, mahai tu tasbeh volcano 100 biji pulak tu.

      Padam
    2. Awak salah paham tu... Dari alam bunian gak.. Tapi tak asli mcm dari tuan haji...

      Padam
    3. Alamak.. Tok dh jawab lak... Huhu

      Padam
  4. Penjelasan yang jelas. Harap semua faham. Padahal dan berkali2 Tok Mat bagitau tentang hal ni. Pada pendapat saya... Siapa yang lock maksudnya dia mampu dan berminat miliki. Jangan lock saja, lepas tu memeningkan kepala Tok Mat lak.kalau nak cam tu baik cari barang kat tepi2 jalan je. Mudah...
    Tok dah gunakan sistem lock dan quick greb adalah jln terbaik untuk semua. Tak payah nak buat pandangan sendiri je. Kenalah menghormati tuan punya BLOG ni( TOK MAT ). Semua atas keputusan tok.
    Memeng semua manusia berminat barang2 berkhasiat. Tapi ingat semua dtg dari Allah. Tapi cuba belajar balik tentang ni dan tengok cermin diri kita. Maaf la, saya ni tak pandai. Ni pandangan saya je mengikut Fakta.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Da ada note kat atas nie.
    Kalo lepas nie saya2 masih tak faham tak tau la...

    BalasPadam
  7. perkataan ADEGAN ngan TRAGEDI tu memang terbaik...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...ada HIKMAH rupanya di sebalik masalah ni...
    Bila tgk blog penuh dgn update2 pembayaran dr pelanggan2 tok yg dah lock brg tp xbyr lg..skrg, semua org terus buat pembayaran brg2 yg dh di lock sbb takut brg2 tu kene lelong nanti...(tau pun takut kene lelong..hehehe...) pelanggan pun dah buat lock berbayar(berdeposit) dan ada juga quick grab..SYABAS bg yg tahu ambil peluang mcm ni....Harap2 ianya berterusan bkn skjp je..kesian kt tok...byk lg benda nk di pikir dan handle....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah tuan, setle 1 prob pun dah ok dari banyak banyak prob tu .insyallah

      Padam
  9. ye la encik taufiek....... kitorang pun nak jadi macam encik taufiek jugak bank in duit cepat2..........

    BalasPadam
  10. Saya setuju dan sokong tindakan tokmat.biar susah skit sistem tokmat agar pembeli terdidik dan berdisiplin.. tak main sembrono je.. tapi saya rindu zaman awal dulu, nak beli barang yg rare mudah dgn tokmat..tak ramai cust lagi la katakan.. kekadang barang bulan lepas pon ada stok lagi.. sekarang ni lambat 10min pon dah sold out.. alhamdulillah syukur sekarang ni dah ramai cust..smoga maju jaya GB&Group..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erm, memang masa dulu rindu amat.... skrg... masuk saja , dah ada org sambar, asal upload saja, kena sambar, bagai meletak umpan di lubuk yang penuh ikan... alhamdulillah... Allah makbol doa dan harapan tok selama ini .... 2.5% hasil niaga kena ingat lah mana yang perlu di salurkan, insyallah

      Padam
  11. salam..beli la ikut kemampuan..kalu duit x de x yah la lock.nak kejar khasiat rasa letih sebab semua barang tokmat ada khasiat.masa bila kita nak pakai semua itu hehehehe nak buat pusaka keee.kan bergaduh anak cucu nak batu cincin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahahahahhaa, adoi.... kalau ruby dan zamrud mmg kalau buat pusaka, kaya anak cucu heeeeee...

      Lepas ni, kedatangan zamrud dan delima, maybe secara longgok kat dalam blog...kita tguuuuuuuuuuu

      Padam
    2. salam.. tok, nak tanya ni, mcm mana nk knl batu akik ori?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN