Rabu, 18 Julai 2012

KOLEKSI KERIS

KOLEKSI KERIS KERAMAT TOK MAT

3 Keris keramat dan "hidup " tok mat dan isterinya



Keris Bali ( pembesar )

Keris bali ( pembesar )

Keris Buntil Mayat ( keris di raja )

Keris Nogososro ( keris perlembagaan ) , hak Milik Alisya

3 Keris berdiri dengan 2 gaya

Nogo sosro Buda ( Keris perlembagaan ) 

Pamor keris bali

Pamor keri bali

Pamor dah hulu keris bali
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Mukaddimah dengan : Bahawasanya keris keris ini adalah keris sesepuh keramat yang hanya boleh dimiliki oleh orang orang yang berugama islam seislamnya bukan atas nama yang ia adalah islam. Bagi yang bukan islam..kenalah Convert jadi islam terlebih dahulu, tapi janganlah anda convert islam kerana keris... kalau nak convert kerana keris..meh tok sepak buntut tu dulu huhuh

Keris keris yang dipamerkan ini ada sebilah sahaja yang ingin dimaharkan pada kadar berskala mengikut musim, keris yang dimaksudkan ialah :

Keris Bali ( pembesar ) berusia sekitar 400 tahun yang lepas. keris ini hidup dan dihuni oleh penjaganya sendiri bagi memberikan pemilik nya :

- Kewibawaan
- Kemasyuran dalam negara
- Penjaga diri dari musuh dan sihir
- Penggentar ( musuh melihat kita menjadi besar walau kerisnya tak dibawa )

Kod Produk: Keris bali Pembesar
Bentuk : Keris
MAHAR : RM 1400
MAHAR TETAP : RM 1500
SOLD OUT




Oleh kerana banyak permintaan terhadap keris  ini, dan banyak juga yang gagal. Maka untuk mengelakkan fitnah ke atas tok.. maka tok akan selaraskan mahar standard bagi keris bali ini seperti di atas...nanti org cakap tok sengaja cakap tak lulus la, tak serasi la sebab nu nak tunggu maharnya naik..tidak..bukan begitu... buktinya...di sini..tok selaraskan nilainya pada nilai tetap sampai bila bila pun ... Insyallah untuk tuan tuan yang berminat akan keris Tok Bali ini...Jika tak sesuai , sila cuba bulan muharam nanti ya..mana tau

Skala Musim

Julai - Ogos : RM 1400
Ogos - Disember : RM 1800
Janauri 13' - Mei 13' : RM 3000 ( nilai sebenar )


Hulu dan sarungnya ialah asli dari zaman dahulu lagi, matanya diperbuat dari besi bermutu antaranya besi 9 daerah dan juga besi meteor sama dengan pembuatan Keris TAMING SARI.

Keris ini agak berat juga untuk Tok lepaskan, namun tok berserah kepada takdir, jika tak ada tergerak hati sesiapa ingin memilikinya maka insyallah dia akan tetap kekal bersama tok dan kawan kawannya di sini....

Koleksi Tok 2 lagi , nagasosro buda dan Buntil mayat tidak akan dilepaskan sama sekali.

Syarat Buntil Mayat :

- Silakan tanya pak pak kiyai di indonesi , jangan di sini, depa mana tau... syarat untuk menjadi pemilik Buntil mayat amat amat ketat sekali.. Tok malas nak bagitau, silakan tanya Pakcik Google ya

Nogososro Buda:

- Pemilik keris ini ialah isteri tok , Alisya..keris ini memang tok khususkan untuk dia dan diisikan dengan khadam zikir asma.. ini ialah keris baru..bukan keris lama...keberadaannya sekitar 100-150 tahun sahaja.

-------------------------------------------------------

KERIS DAULAT MELAYU RIAU





Keris daulat Sepasang ini kalau anda nak cari ada 2 tempat sahaja :

- Muzium
- Istana

Keris ini ialah keris sepuh lama amat.... digunakan oleh Kerajaan Melayu Riau zaman dahulu, Bersalut Perak Tebal pada sarungnya , Sementara hulunya dari gading gajah Asli. 


Tok nak lepaskan :

MYR 25,000

Harga Muzium Mampu beli ialah RM 50 Ribu, namun payment dari muzium amat lewat sekali, sekitar 6 bulan, time tu nak buat apa dah... tok nak pakai jumlah 20k ni ada benda nak buat.. sayang tu memang lah... tapi nak buat lagu mana....

* Bila bila sahaja 

-------------------------------------
KERIS PAMOR BULU AYAM
( Syeikh **** )



1 Lagi Item koleksi keris tok, Sepuh besi Lama, Hulu dan sarung sahaja zaman sekarang... Ini ialah jenis keris pembesar juga, tiada kesan darah di matanya dan kesan ia dikasari.

Khasiat sama dengan Keris Bali, Yang ni semalam bini tok nampak orang berjubah bercahaya berdiri , dia bangunkan tok, sekejap saja tok sempat nampak... Masyallah... demi Allah Tok tak tipu... scan la... 

Bagi bakal pemilik keris ini...Tok mintak dan merayu sangat sangat, jangan lah buat keris ni nombor ke, tarik duit ke... kasihan... khalifah pun khalifah juga..memang kita boleh memerintah, namun bukan dengan memerintah cara memberi wang tarik kepada kita, kelak di hari tua,,kita tak bermaya..dia pulak hantam kita... makhluk Allah ini juga ada Had had upayanya juga... Sepanjang Tok men"jaga" keris keris ini, tok kenal mereka rapat sangat... Kadang kadang Tok berbual dalam bilik sorang sorang,berbual dengan depa la. Jadi teman tok berbual... Bini tok dah masak sangat dah... tapi x lah tok sampai kat luar pun nak bercakap macam org gila ...haha... insyallah....tak salah kan bersahabat dengan mereka kerana agama kita dan dia sama. namun sifatnya tu yang wajib kita jaga jaga... dia tak punya akal macam manusia...jadi kita ada akal.. kita kena pandai fikirlah

Simpan dan jagailah keris ini mengikut adat menjaga keris... sayanginya bagai menyayangi nyawa sendiri... kalau tak nak simpan.. jual semula kat tok tak pa... tok beli semula dari tuan..

MAHAR : MYR 1000

* Terima kaseh Tuan Basir.Ganu

-------------------------------------

SERBA SEDIKIT MENGENAI KERIS

Pada zaman sekarang, asal sebut keris sahaja, orang ingat simpannya untuk membunuh, untuk mempertahankan diri, sejauh manakah kebenaran pernyataan ini?...

Inilah kejahilan yang berlaku pada anak anak melayu atau pun kita panggilkan secara khususnya ANAK ANAK NUSANTARA PEWARIS WARISAN DAN ILMU SEGALA ILMU TINGGALAN NABI NUH A.S DAN KETHURAH DAHULU.

Maaf ya, kita di sini sama sama belajar.

Keris terbahagi kepada beberapa jenis ( seingat tok ): 

- Keris Daulat
- Keris Perlembagaan
- Keris Kerajaan
- Keris Pembesar
- Keris Panglima 
- Keris penghukum
- Keris Rakyat
- Keris Kayangan
- Keris Sakti 
- Keris Perubatan
- Keris Azimat
- Keris Biasa

12 Nama nama di atas ialah nama nama umum... setiap nama nama ini ada pula pecahannya masing dan setiap pecahan ada lagi pecahannya. Bidang keris adalah satu bidang yang amat luas sekali untuk dimengertikan, Banyak perkara perlu dipelajari, boleh dikatakan, jika ada yang mengaku pandai keris pun,..yah... setahu dan sedalam mana ilmu pengetahuan anda mengenai keris termasuklah tok pacal yang hina ini.

Kerana itu bila kita lihat ada nya keris keris lama yang masih utuh dan cantik.. kerana itu ialah keris keris yang bukan di gunakan untuk membunuh.

Ok ..cukup bab itu...

Besi dan semangat besi.... apa yang kita ngerti berkaitan besi dan semangat besi....

Seluruh dunia tahu bahawa sebuah kereta buruk...jika kita mengadu ingin membeli kereta baru... nah apakah respon yang akan anda dapat?.... ia akan rosak kan.. haha... adakah itu kebetulan?.... pernah terfikir...

Ya manusia selalu fikir... ahh..kebetulan aja ni, mainan, khayalan, bayangan.... apa tidak pernah terfikirkah anda semua dari mana khayalan ,bayangan dan kebetulan itu datang...dengan izin siapa?... dan pastinya bersebab.... fikirkan..

Semasa pembuatan keris, dari zaman dahulu lagi, keris dicetak dengan diiringi ayat ayat dan mentera tertentu antaranya memohon kepada yang maha esa agar senjata ini tidak memudaratkan tuannya sendiri dan tidak memudaratkan orang orang yang tidak berdosa. Ada juga yang di ayatkan dengan kalimah kalimah goib pada mata bilahnya... 

Menempa keris (1) bukanlah perkara yang mudah, orang zaman dahulu menempa keris kerana untuk sesuatu TUJUAN

Manakala orang zaman sekarang menempa keris kerana BISNES.

Anda membeli sebilah keris untuk apa?... bisnes?.. so.anda belilah yang ditempa di zaman sekarang...

Jika anda beli ada tujuannya, maka cari dan belilah yang mempunyai Tujuan...

Zaman dahulu menempa keris sebilah sampai bertahun tahun, paling singkat 6 Bulan..

Zaman sekarang 1 hari boleh siapkan keris 200 bilah atau kalau keris klon ( sama dgn lama rupanya ) paling lewat sebilah 7 hari.... 

Berhati hatilah membeli keris jalanan...mana ada keris jalanan tu keris lama... huhu... 

Sebab keris jalanan ini ditempa menggunakan besi keris lama lama yang tidak digunakan, katakan 20 bilah besi keris lama, dipotong dan dijadikan 1 bilah keris... nah ..agak agak boleh kawal tak 20 Khadan, 20 cara penjagaan?... silap haribulan makan anak bini, makan diri sendiri... Ingat ..pesan tok... Tolong jangan beli keris tepi jalan... cari keris lama atau memang keris tarik lama... 

Ada yang taknak ikut cakap... beli jugak..dah dapat saka..mulalah cari darus dan darul sana sini, kena bayar tak pa lagi, datang kat tok..kena tarbiah , kena perli sindir, kena bambu sama tok..pedih telinga dan sakit hati wahahah... nak buang jin la, nak buang saka la... aii..macam macam hal....

Dah lewat ni, dah jam 4.35pm.. nak kena g pos barang pulak...nanti ada lagi..insyallah tok sambung ya...


50 ulasan:

  1. Trima kasih ilmu yg dberi tok mat..walaupn skit tp amat bguna skali..trima lasih daun keladi nnt beri n tulis la lagi..-fairuz bp-

    BalasPadam
  2. saya ada keris tpi tinggal teras besinya saja, boleh ke ditempah guna besi keris itu untuk buat keris baru ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh... tapi ia bila tempa baru akan jd keris baru, sayang lah....

      Padam
  3. boleh pecaya ke benda benda ni tok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percaya boleh, tapi YAKIN pada Allah Swt lah tuan.... Kalau yakin pada benda ni syirik kita...

      Insyallah, dah lama simpannya... dah banyak tok lalui bersama dengan dia..dia pun makhluk tuhan juga... percaya dia makhluk tuhan saja dah cukup tuan.... bukan kita saja ada di muka bumi ni, Allah tu maha esa, maha besar, maha kaya ....apa sekalipun dia mampu menciptanya, jangan sesekali kita membelenggu akal fikiran kita dengan hasutan hasutan yang tidak berasaskan Al-Quran dan Hadis, sekarang orang hanya pandai meletakkan sesatu perkara , menghukum .... namun bila dirinya dihukum, dia melatah pulak...

      Jadi bila kita percaya ada makhluk lain, maka pastinya dia tidak akan duduk diam saja kan... mesti ada benda dia akan buat... insyallah... percaya boleh..yakin jangan

      Padam
    2. Raja raja melayu memakai keris, raja raja kesultanan melayu zaman dulu dulu memakai keris dan bergantung kepada keris untuk apa apa hal sekalipun, dan keris diangkat menjadi keris Daulat atau keris di raja bagi sesuatu perlantikan dato dato panglima, menteri ,hulubalang...maka adakah nak main pakai jari telunjuk saja letak atas bahu mereka atas perlantikan mereka...

      Bagi tok... selagi kita berada di malaysia ini, bumi bertuah kita, jika disebut perihal keris, jangan mempersoalkannya seolah kita bukan dari bangsa melayu atau seoalh kita " lupa Diri " asal usul kemerdekaan kita, perit getir para pahlawan dulu kala mempertahankan Tanah Melayu dari penjajahan anasir2 luar, bukan ada pistol, laser atau teknologi tinggi..

      Masa pemerintahan melayu melaka, zaman hang tuah, orang puteh dah ada pistol, koboi, kot, bar dan arak, rumah kayu dan banglo...di tempat kita manusia masih kuno lagi... bagaimana mereka mempertahankan tanah kesayangan kita ini selain tidak bukan salah satunya ialah peranan keris. masa tu belanda dan Portugal pun Hormat keris, sehingga ke hari ini Ratu British Queen Elizaberth masih mengagungkan keris, malah ada dalam simpanannya 3 bilah keris kesultanan tanah melayu... kenapa ia di simpan jika sekadar kosong, tiada respon, benda yg tidak ada tindakan..?... mana tahu masa dalam simpanan mereka, dia pernah gegar ke, keluar sendiri ke, semuanya tidak mustahil kerana tiap batang besi itu ada semangatnya seperti di dalam sebuah surah dalam Al-Quran " telah kami turunkan sesuatu yang amat kuat yakni besi, " ( seingat tok lah ayat ni... mungkin ada yang boleh perjelaskan lagi..

      Di sini kalimatnya tidak menyebut tentang JIN... orang kita saja... ada pelik pelik je... haaa...ni jin la ni... jadi yang bukan bukan je....haa jin lah ni.... dah macam takda benda lain... kekadang tok tengok pengamal perubatan tradisional pun ada yang benga dan bahlol jugak hehehe... maaf ye... nampak ke benda yang kacau?...nampak?... kenal ke jin tu rupa lagu mana..kenal?.... main tuduh je... ingat tau tuan tuan, dia pun makhluk juga.... dalam Al-Quran menyebutkan bahawasanya sesama islam itu bersaudara BUKAN sesama manusia tau....

      Jadi kalau Jin tu islam macam mana/.,,,kalau bunian tu islam macam mana, ingat bahawasanya Allah itu Adil.... jika silap cakap...maka dosa fitnah itu jatuh ke batang hidung kita yang anggap diri ini semulia mulia makhluk,.. khalifah konon..., alif pun belum tentu habis belajar, apa bisa mau ketemu Patehah?... hehe... kata kata Guru Tok dulu lah...bukan tok na.....

      Ok lah..malas nak bebel..hujan ni..nak p Jb macam mana la pos barang....uii..pos esok boleh tak heheheh... Tak la... tok pos jap lagi je, naik picanto tok tu

      Padam
  4. Awat kemetot je keris Puteri Alisya punya...senang selit kat mana-mana kot....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak kemetot je, malam pertama masuk umah, gegar keris berdiri 2 pasang sebab takut dengan dia, dia nak kenalan datang main sergah, mana tak terkejut kawan tu, sekali dengan tok terbangun dr tido sergah depa balik.... 4.30am buat hal gegar kat meja mekap...apa kes... uii

      Padam
  5. Tok sedih bila ada blog blog yang mendakwa senjata melayu ialah senjata syirik.... setahu Tok...yang mensyirikkan ialah diri kita , bukan benda... kita ni yang ada akai... boleh kita p kata keris yang syirik... belajaq sampai mesir nuh... mana yahudi nasrani dia belajar pun tak tau lah...

    Syirik dari kita.... benda ni x bersalah.... ikut pada kita..setakat mana ketaksuban kita pada benda benda macam ni.... Kalau kita simpan, jaga dia ikut adat jaga keris... bukan ada apa apa pun... ni semua banyak terpengaruh dengan cerita filem lah ni...

    Adat jaga keris ni kalau tuan tuan nak tau, pakai selawat nabi sahaja ... takda mantera mantera merepek pun... mentera tu semua sapa reka?... manusia !!!... dia sendiri mereka mantera dan dia sendiri meletakkan syirik ke atasnya...

    Ingat tuan tuan..jangan sesekali kita menuduh seseorang tanpa usul periksa kelak syirik dan munafik itu berbalik kepada diri kita sendiri....

    Bagi tok... Sebagai Seorang hamba......tidak selayaknya kita menghukum....

    Rasulullah tidak pandai menghukum, malah menasihati dengan baik...

    Al-Quran juga tidak pandai menghukum kerana di dalamnya sudah ada pedoman untuk kita ikuti.

    Yang layak menghukum Hanyalah ALLAH yang 1 Yang TUNGGAL... Jika kita bercakap hanya YANG LAYAK menghukum ialah DIA... ini membawa maksud dan erti bahawa Kita sekalipun tidak layak menghukum... Hang utz ka, hang sapa ka.... Allah pulak tanya kat padang masyar.... Hang sapa Nak jatuhkan hukum?... Kita pun jawab... hang tu...... haha... macam mana?... senang saja kat dunia ni nak jatuh hukum sana sini.... depan maha Penghukum dia terketaq ketaq sampai hancur luluh tubuhnya... Ingat Allah bagi ilmu , Sampai bergelar utz bukan untuk menghukum, tapi untuk menasihati, mengajari dengan lembut, sebagai pemimpin muda mudi, sebagai ikutan masyarakat... ini tak... bagi ceramah kat surau sekolah menempik bagai halilintar... wahahaha.... malaikat pun lari dengar suaranya, apatah lagi sempat pulak dia nak tulis dalam buku amalan kita .... halamak...

    "Tanda kiamat antaranya, kedengaran suara tempik dan kuat di masjid masjid metika menyampaikan nasihat" ( betulkan tok , kalau x betul ya "

    Nak jadi apa.... eiii...tok rasa macam nak g masuk dan tampo je kepala utz tu .... ( utz sekolah sukan bandar penawar ).... bertempik , melolong dah macam orang sakit jiwa.... budak budak kalau kita ajarin dengan keras, maka nalurinya juga akan menolak dengan keras juga.... hatinya akan bertambah keras... ada belajar psikologi tak kat u dulu,.... ke alih alih ngajo p.islam je terus orang panggil utz..gito.... ahaha... sudah sudah la..tok pun tak betu.. sebenarnya nak menegur diri tok ni ha... hahahaha..jangan marah na utz utz mesir Al-Azhar dan pondok pondok.. tumpang lalu na.... zuuuppp......

    BalasPadam
  6. sila bagi komen... tok nak lihat apa komennya

    BalasPadam
  7. sy selaku pihak pemerhati di GeligaBunian mengambil iktibar dan pengajaran dr kisah diatas yg diceritakan oleh tok mat... ._.

    BalasPadam
  8. tok,gambar keris pahlawan tiga lok tu takde ke? yg hat kembar cincin tamim... saja nak buat kenangan barang yg terlepas..

    kyirul

    BalasPadam
    Balasan
    1. adaaaaaa... dekat tuan basir.. minta gambar dr dia lah, tok x sempat nak snap gambaq nya...

      Padam
  9. Cantik Keris Bali tapi sayang tak jodoh dan serasi...

    BalasPadam
  10. saya ada hantar email kat tok...

    BalasPadam
  11. Salam tok mat, saya lock keris bali tu jika belum ada yg ambil. Tksh - Hulubalang Panggilan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai yang gilakan Tok Bali tu..... begini ya tuan... bagi sapa yang nak keris ni, kena bagi nama dulu bin ayah... bukan bin mak...kita try scan dulu, ada serasi ka panas na

      Padam
  12. PENGUMUMAN !!!!!!!!!!!!!! keris tok bali dah ditetapkan nilai utk elak prasangka buruk kat tok.. tok tau ...hehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayang. X serasi lah pulak. Insyaallah ada yg lebih serasi.

      Padam
    2. Tuan orang ke 2.... petang tadi ada org ke-4...sama ...tak serasi... tapi nyaris nyarsi..dia boleh bawa..tapi bab penjagaan akan membuatkan dia menjadi musuh antara keduanya

      Padam
  13. Assalamualaikum tok.. semoga sihat selalu :)

    nak email tok, nak minta tok scan saya untuk keris bali tu boleh ?

    saya bagi nama kat email nanti

    BalasPadam
  14. Keterangan
    Keris Pusaka ini termasuk keris langka karna memiliki omyang jimbe atau putut kembar yang gundul ( istilah dalam dapur keris ) karna biasanya omyang jimbe berkepala panjang keatas, dan keris ini memiliki pamor buntil mayit yang membantu anda menangkis dan mengembalikan serangan maupun kiriman negatif yang ditunjukan kepada anda maupun rumah tempat tinggal anda, ,
    isyaAllah keris ini mampu membalikan atau menawarkan serangan tersebut ditambah pamornya yang wingit keris ini akan memberikan pelajaran kepada siapapun yang berbuat zholim kepada pemegang keris ini , , meskipun anda tidak membawa keris ini penunggunya dapat dipanggil dengan menyebut namanya berulang kali ketika anda dizolimi maupun diperlakukan tidak adil agar penunggu keris ini tau siapa yang menzolimi tuannya dan membuat orang tersebut merasakan apes , sial , sengkolo dalam kehidupannya yang meliputi segala aspek dari Rumah tangga , Karir , Keluarga , Penyakit Dan lain lainnya sampai dia sadar dan minta maff juga selalu berbuat baik kepada setiap orang maka sengkolo tersebut baru bisa hilang.

    dengan meminum air yang diberikan oleh pemilik keris ini atau dengan memanggil khodam dan memberikan maff sudah cukup untuk menghilangkan sengkolo yang dibuat penunggunya.

    Sumber: http://indonetwork.co.id/ireng_kencana/3506901/pusaka-omyang-jimbe-buntil-mayit.htm

    BalasPadam
  15. Org yg mcm mana boleh memiliki keris ini tok, apakh mesti ada darah leluhur ?? Tpi kalu xda duit mahar tak boleh juga nk tebus, hhe..hee.

    BalasPadam
  16. Uihh...bnyak jugak jenis keris ni..ada serasi n x serasi gak ek tok..ish3..

    BalasPadam
  17. ada,, jenis besinya tu kadang2 ada radioaktif, sebab tu kekadang bila tak serasi, boleh pening kepala, malah ada yang membawa kepada muntah2

    BalasPadam
  18. tok,nk brtanya...boleh ke kite mntak org trtentu (cth:-tok) utk carikn senjata keturunan kluarga (cth:-keris lama)...sekiranya khadam keris tu "baik",bleh ke memiliki keris tersebut...

    BalasPadam
  19. As-salam, Tok. Saya tertarik pula dgn cerita keris ini, terutama "Keris Tok Bali"...?

    BalasPadam
  20. salam tok, keris bali da ade empunye ke?nk mintak tok tlg scan kan nama utk kesrasian....nk buat perubatan selain ada pending zahir dan ghaib, wibawa, penunduduk, pelaris, rezeki dan sebagainya...

    BalasPadam
  21. Salam Tok, saya ada keris yg usia cukup lama...dari zaman dulu...saya nak jual, boleh Tok carikan pembeli?

    BalasPadam
  22. kalau berminat boleh e-mail saya...kita boleh jumpa...

    BalasPadam
  23. Saya ada simpan sebilah keris omyang jimbe (ada patung kembar,tulisan jawa kuno,ukiran pokok timbul,payung dan pokok padi). Nak dilepaskan kepada yg berminat. Boleh hubungi saya rhairulazalia@gmail.com atau 0125559499

    BalasPadam
  24. Slm wbt.. minta izin sy nk blajo ilmu yang tok ada,tq

    BalasPadam
  25. Slm wbt.. minta izin sy nk blajo ilmu yang tok ada,tq

    BalasPadam
  26. As salam Tok,

    Nk tnya, bole tlg scan utk sy keris pusaka sy y hilang? Keris Bali ada ag x? sy ske kesenian keris itu sendiri.. moRa

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum.. bila terbaca tentang keris ni timbol minat plak... cam mana nak memiliki.... nak kerumah terus ka... saya dok area kedah...

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum.. bila terbaca tentang keris ni timbol minat plak... cam mana nak memiliki.... nak kerumah terus ka... saya dok area kedah...

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum.. bila terbaca tentang keris ni timbol minat plak... cam mana nak memiliki.... nak kerumah terus ka... saya dok area kedah...

    BalasPadam
  30. Asalamualaikum blh bg no telefon tok

    BalasPadam
  31. salam. tok.mahu bertanya. saya membeli keris dengan kwan saya walha keris itu suram. selepas sy bwk ke rumah. pada lengan saya ad simbol sme pada keris sy nie. lme kelamaan sy mengilat keris sy berseri kuning keemasan. adkah itu tanda sy adlah tuannya. tuan dhlu bgtau keris ini dijumpa dlm tanah kwsan rumah monafendi. pada mula2 sy membeli nye tuan dhlu xbgtau yg keris ini mona yg punya. kalau tok mahu tgk simbol pada lengan saya, sy ad ambk gambr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah dah di jaga berkilat lah dia tuan.. serasi tak serasi kita kena tgk dalam jangka yang panjang koman2 1 tahun tgk macam mana

      Padam
  32. As salam tok...sy ada simpan sebilah keris yg ada 99 nama Allah...minta nasihat...ia diberi kpd sy oleh seseorang tp tak diberitahu utk apa...

    BalasPadam
  33. assalam tok mat.sy ada satu keris nogo sostro diberi kepada saya masa umur 15thn.sy berniat untuk menjualnya.nama nogosostro ni sy tahu semasa org tua yg memberi keria tu pada sy.now sy dh simpan lbh kurang 20 thn dlm jagaan sy

    BalasPadam
  34. Atok sy nak beli keris utk simpanan bela diri. Ada yg mahu jual ka?

    BalasPadam
  35. Salam tuan, ada tak keris baru yang cantik untuk dibuat perhiasan sebagai koleksi peribadi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. w.salam wbt tuan, ada tuan, tengok atas bajet tuan.. berapa agak agak?

      Padam

Komen menggunakan Akaun Gmail anda & Browser Opera Sahaja

CARA BERURUSAN